Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Roti jala tanpa acuan

Aku ada masak kari ayam yang sengaja yang aku lebihkan kuahnya.  Bila tak habis, aku simpan dalam peti ais, kemudian lupa nak panaskan sebab dah tertolak ke belakang.  aku dapat idea untuk buat roti jala, boleh buat makan lawan dengan kari tu.
Aku memang tak pernah buat roti jala, maka acuan roti jala pun sudah tentu tak ada. Terima kasih kepada encik google kerana memberikan saya link untuk membuat roti jala tanpa acuan. Senang sangat.
Buat roti jala ni pun senang sangat2. Baru kutahu..  resipi ni aku ambil dari resipiwarisanbonda.blogspot.com  dan aku ubah skit2 je..  adunan ni aku dapat dalam 6 roti jala.
Bahan2 dia:
3/4 cawan air masak
1/2 cwn susu cair
1 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh  garam
Pewarna kuning , tapi sebab aku x de, aku letak serbuk kunyit
1 biji telur
3 sudu besar butter yang dicairkan
Cara:
Campurkan semua bahan dalam blender (kecuali tepung) then kisar.
Bila dah sebati, baru masukkkan tepung dan  kisar lagi.
Tapis bahan2 kisar tadi supaya kita hanya dapat adunan yang halus.
Bila Adunan dah siap, Boleh la start mengkirai roti jala korang guna acuan dia. Tetapi, kalau sapa2 yang x de acuan, caranya adalah ambil botol mineral water yang kecil dan juga paku. Panaskan paku dengan api, then cucuk di penutup botol (sehingga anda dapat satu lubang). Masukkan adunan ke dalam botol, dan mulakan menkirai adunan anda.
Kalau korang nak tengok video dia, silalah cari di youtube.   Aku pun cari kat youtube gak.  Senang je.. gambar kat bawah end product dia. Tp ada sikit2 hangit kat sebab kuali panas sgt..aku punya  roti jala  tak cantik pun, tak macam demo yang kat youtube tu..tp sebagai permulaan, aku sangat excited sebab ada la rupa juga..kasi la chance..lepas raya aku nal cuba buat dengan proper acuan..

Daging dendeng vs bubur kacang durian

Masa aku kije di opis lama, ada kawan aku ni akan akan ambil order daging  dendeng tiap kali nak raya. Selalunya dia akan kasi awal, dan aku akan buat makanan berbuka ..sedap!!

Dan tetiba hari ni rasa nak makan daging dendeng.  Membuatnya agak renyah, tapi yang bestnya bahan2 dia senang nak dapat.  Aku  check semua bahan ada, maka marilah kita memasak daging dendeng.

Sebagai beginner, aku tak berani masak banyak2 .. aku guna daging batang pinang, beli sekilo, tapi aku guna separuh je.  Bahan2 ni aku agak2 je.  Resipi ni aku amik dari blog mat gebu di tiffinbiru.com,  tapi aku ejas skit. Sebab mat gebu letak resipi utk daging sekilo, aku tulis je sini..kang pandai2 korang ejas juga.
Tanda * adalah bahan yang aku tambah sendri yang x de dlm resipi encik mat.

Bahan2:

1 kg daging
500 gm  bawang merah utk dibuat bawang goreng
20 - 25 tangkai cili kering dikisar
20 biji bawang merah dikisar
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa
* halia
*bawang putih
*bunga lawang
*kulit kayu manis
* kicap manis
Cara:
1. Potong daging dan rebus daging bersama2 halia dan bawang putih  yang diketuk.
2. Bila dah empuk, toskan, dan hiris nipis, kemudian diketuk daging (dont ask me why). Kemudian, goreng daging tu sekejap. Jangan lama sangat, nanti keras pulak daging itu.
3. Buat bawang goreng (then aku  tumbuk bawang goreng tu  *tumbuk kasar, bukannya sampai halus.
4. Tumis bawang kisar sampai naik bau. *masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

 5. Bila dah masak bawang tu, masukkan cili kisar,goreng sampai masak.
6. Masukkan daging, air asam, kicap manis dan serbuk perasa. Letak garam skit
7. Dah agak rata, masukkan pula bawang goreng.
8. Masak dengan api kecil sampai keluar minyak dan siap!

Bau dia memang mencabar..wangi je sebab banyak pakai bawang.

Sambil2 aku masak daging ni, aku buat bubur kacang hijau. Lepas tu terasa macam best pulak kalau tambah durian dalam bubur.lantas zaassss... aku ajak hasben pegi beli durian kat depan deen's Melawati. Beli yang siap dah pack..durian tembaga katanya..rm15 per pack. Boleh taham gebu durian tembaga ni kan..warna pun cantek. 

Cubalah ye.daging dendeng ni tahan lama. Simpan dalam peti ais dan boleh makan utk sahur  juga.

Ayam Masak Mayonis

Sepanjang2 puasa ni, memang aku masak sendiri, kecuali masa awal2 Ramadhan ,sebab H@zim masuk spital, dan kami berbuka di spital selama 4 hari.. Makan nasi bungkus je..

Selebihnya aku masak sendiri. Aku memang malas la nak beli kat PARAM sebab nak dapat yang sedap tu memang susah.  Dari aku sakit hati menyumpah penjual tu, baik la aku masak, walaupun terkejar2 mengejar masa.  .  Aku kuar opis dalam kul 5, dengan jem bagai, selalunya aku sampai rumah dalam kul 6, dan siap semua dalam kul 7. Sementara tunggu masakan tu siap, aku lari2 naik atas untuk asar.  Time management sangat kan..hahhahah..

Mencari idea nak masak apa memang senang.. sebab?? sebab kat opis aku ni ada cik Ain yang sangat la pandai masak. Ini blog dia Ain's blog .  Aku pakat2 tiru je apa yang dia masak , dan hasil nye memang mabeles..

 Bihun siam ..sedap uols.. first time masak bihun siam sendiri.. hasben pun bertambah2..Resipi ada kat blog Ain..Jangan derhaka resipi ..ikut je kalau nak sedap..
 Ni pun aku tengok resipi dari blog Ain.  Ayam ala2 kenny rogers. Ain perap 2, 3 jam , aku dok perap sehari semalam.  Kira derhaka resipi ke ni? Ayam ni aku x bakar dalam oven, sebab dah lambat ..x sempat masak kang .. So, aku bakar dalam pemanggang ajaib (nama dia mmg pemanggang ajaib tau). Yang bestnye dia mmg cepat masak, masak sama rata, dan kejap je dah siap..
 Ni aku pakai campak2 je ..Sbb nak abis kan segala sayur dan ayam dalam peti ais.  Pun masak dalam pemanggang ajaib tu.. Kejap je dah siap. Aku tuduh masakan aku bernama Paprik Ayam.
Ni pulak ayam masak  mayonis aku.. First time aku makan ayam ni masa MIL aku buat.. Aku memang suka food ni sebab terasa sangat semua bahan2 dia..Aku ada share resipi ni dengan sorang kawan aku, dan dia sangatlah suka masak ni.. Meh aku share ngan korang lak
Bahan2:
Ayam setengah ekor  - dipotong sedang2 la ..jangan besar2 ye
Bunga kantan 3 batang  - dihiris halus
Serai 3 batang  - dihiris halus
Daun limau purut 4 helai - dihiris halus
Segenggam cili api (kalau nak pedas lagi, tambah la ) - dihiris halus
Bawang putih - 4 ulas  - dimayang
Bawang besar - 1 biji - dimayang
Dua kiub tomyam (aku guna brand Adabi)
3 sudu besar mayonis
Sedikit air


Cara2:
1) Ayam diperap dengan garam dan kunyit, then , goreng, angkat.
2) Panaskan minyak, then tumis bawang putih dan bawang merah
3) Bila dah naik bau,  masukkan kiub tomyam dan letak sikit air supaya kuib tu cair...sikit je tau.. sebab tujuaan nya supaya kiub tu cair je ..
4)masukkan ayam yang digoreng tadi.. kacau2  kejap kasi sebati dengan rasa tomyam tu
5) Masukkan bunga kantan, serai, daun limau purut, cili api. Kacau lagi ..
6) Masukkan mayonis, masa ni korang tambah la air sikit , sebab nak sebatikan mayonis tu dengan ayam.
7) Letak garam skit je. Then tunggu air kering skit. Korang leh angkat la ..
Masakan ni memang jenis yang x berkuah banyak..Dia punye kuah tu cam kuah rendang la kepekatan nya   .. kan pekat2 gitu...
 Selamat mencuba..

Ayam Bakar versi Mama Sya

Sebagai ibu bekerjaya ni, bila petang je sure aku dok pikir apa la nak masak for dinner (Ye.. sila percaya ye.. Cik Sar memang pemasak orangnye).  Dulu rajin la juga makan luar, tp sejak H@kim dah semakin membesar dia tak suka  makan kat luar(Lain sangat dengan abang dia ..)
Encik suami pun selalu busy.. balik dah lewat, kalau aku ajak makan luar pun, dia akan kelam kabut sebab nak hantar H@zim g tuition, then, kul 10 kena amik pula.. Di buatnye kedai makan tu lambat, or  makan jauh skit lantas jem .. memang kesian anak  aku. 

Tapi lately memang dah x tau nak masak apa.. Seriyesss.. Aku jalan2 ke blog2 , lantas kawan aku suggest blog ni.. Mama Sya .. Bile aku tengok.. wahhh..menarik ni. bahan2 semua dah ada.. Aku selalu masak ayam bakar juga. sebab hasben dan anak2 aku ni mmg pemakan ayam tegar.. Tp x penah lagi cuba macam yang Mama Sya ni buat..  Simple je .. 

Resipi korang tengok kat blog Mama Sya ye.. Aku x perap lama pun. Dalam setengah jam pun x sampai. Dan aku x guna oven .. Aku guna  pemanggang merah tu (namanye pemanggang ajaib --jangan nak gelak, itu nama yang diberikan oleh penjual) Aku beli kat FB.. 

Kejap je pun masaknye.. Sambil masak ayam, aku buat kari ikan bawal, buat sambal belacan makan dengan salad.. Buat telur dadar.. 
Ini la hasilnye ayam bakar versi aku tu...not bad kann..rasa nye pun sedap..Korang sila la cuba..Tq ye Mama  Sya...