Of Sorry

Mak aku dulu2 masa aku kecik dia selalu membebel sebab katanya kami adik   beradik selalu lebih2kan kawan2.. dengan kawan cakap elok2 je..dengan adik beradik ,  kalau x bergaduh x sah.

Betul juga kot.. sama ada adik beradik, atau besf fren.. kita akan cenderung kepada lebihkan kawan2 kita dari adik beradik.. atau, kita lebih cenderung   jaga hati kawan2 biasa   dari jaga hati   bestfren..mengapa? Sebab bagi kita, adik beradik   akan maafkan kita, adik beradik   kalau terasa pn tak lama..konsep   nya adalah air dicincang tak kan putus.
Kita cenderung untuk cakap elok2 dengan kawan..kalau dengan besfren, kalau tak menjerit tak sah.. betul, kita cenderung buat semua2 tu.. tapi adakalanya kita overboard. Adakalanya kita melampau2.. dah buat salah dengan adik beradik ,  kita tak minta maaf. Dah la x mintak maaf, kita buat macam org lain yang salah.  Konsep   nak minta maaf masa raya ke apa?
Dah buat salah dengan besfren, kita tunggu one fine day,tanpa minta maaf kita tetiba ramah mesra dengan dia..

Susah kan nak minta maaf? Why? Sebab kita tend untuk ambil ringan orang2 yang rapat dengan kita..  belajar2 la minta maaf..say sorry dan kemudian   baru move on.

Dari aku yang nak dengar org cakap sorry...

Of Report Card Day

Semalam aku ambil half day leave pagi.  Ada report    card day di sekolah anak2 dan kemudian   pada  jam 11 am ada perjumpaan dengan guru besar untuk parents   yang anak2nya terlibat   dalam program Champions.

Cadangnya aku nak pergi awal, tapi guess what, aku tak boleh tido lansung malam sebelumnya. Culpritnya adalah caramel  machiato yang aku minum   pada malam tu. Terkebil2 aku sorang2.. on tv, tengok tv sampai   pukul 4 , terlena  45 minutes , itupun on off sebab takut   terlepas sahur.  

Kami ambil report   card H@kim dulu.  Kami (read: hasben  ) tak push sangat   anak masa darjah 1. Dia ni lebih bersifat nurturing tapi aku lebih kepada   controlling. Macam H@kim, dah la tak tuition (dia tak mo g tuition), study pun malas..sakit hati mak kau ni dik..  malam sebelum exam,aku la yang jadi   monster   buat revision dengan dia.  Dan aku puas    hati dengan result adik.  Kalau dia study,insyaAllah   he can get   better, tapi kita biarkan dulu.. cikgu pun tak komen banyak  pasal H@kim,cuma satu je: dia pendiam sangat .  Nak tergelak aku dengar cikgu cakap dia pendiam. Kalau kat rumah, sampai terjerit2 kita  nak suruh dia diam. Kat sekolah diam pula kau ye..

Selepas ambik report   card H@kim, kami ke kelas H@zim pula. Tak lama tunggu   sebab parents 6 Murni ramai yang tak sampai  lagi. Terus jumpa   cikgu,dan Alhamdulillah   cikgu pun kasi feedback yang baik pada   H@zim. Lagi 70 hari nak UPSR,aku memang nervous dan selalu harap H@zim boleh dapat   good result.  cikgu2 SKTM2 memang sangat komited dengan kerja, macam2 program mereka buat untuk anak2 UPSR tahun   ni..

Aku selalu cakap dengan H@zim, Sekarang bukan masa  nak baca2 semua buku lagi.  Dia patut dah khatam buku2 ni. Sekarang adalah masa buat soalan banyak2. Discuss dengan kawan2 tentang soalan yang tak paham.  Gitu.. macam2 nasihat aku kasi.. lecturer   yang sorang tu,diam je.. aku lak yang kasi tips belajar, kalah lecturer.  Nak main internet, nak main games boleh, tapi after kerja siap..  selalunya dia akan tanya akan dulu, boleh tak dia main internet. so, yang untung di sini   adalah H@kim, sebab masa abang buat   kerja, dia boleh    main komputer.

Aku ada beli soalan2 UPSR past years kat POPULAR, dan sekarang aku suruh H@zim buat soalan2   tu... so kita boleh agak kita kat level mana sekarang.  Macam H@zim, dulu   aku risau tentang BM dia,now dah BM dah banyak   improve,so kita  concentrate   pada   Sains pula. Ini semua tips dari perjumpaan parents tu la.. katanya now, tumpukan pada subject yang dia perlu improve  je..yang selalu dapat 90 dan ke atas,insyaAllah   kita maintain   je..
Semasa perjumpaan parents  untuk Champions ,cikgu2 banyak kasi tips kepada   parents. Aku suka dengan komitmen parents yang datang. Ada few parents   depan aku siap keluarkan   buku nota dan salin the tips. Aku?? Akak acah2 hafal ..lalalalala. hasben? Haruslah maintain cool je..

Balik dari sekolah,aku terus   on lappy dan kerja. Working   from home,so,dah jimat masa travelling. Tp, bila kerja dari rumah ni, lagi banyak kerja kena buat. Dari sepatutnya off pukul   430,pukul   530 baru aku offline. 

Of Spring Cleaning

Sabtu lepas kami buat spring   cleaning kat rumah.. kemas store dan buang barang2 yang x pakai dan rosak..guess what..85% barang kena buang   dan store terus jadi kemas dan terang benderang..

Baru aku sedar yang aku suka sangat mengutip segala macam kotak, dan segala plastik.. suka sangat membeli barang dan simpan kotak2 tapi aku x tau nak guna apa kotak2 tu..half of it, aku tak sedar pun   ianya wujud..nasib baik dalam store je..so, tak la nampak bersepah rumah ku . .

Aku malas nak involve dalam spring   cleaning store   sebab kalau aku involve, semua   barang2 tu aku simpan   semula .Bercakap pasal simpan barang2 ni..masa hasben aku kemas barang  tu dan put aside barang yang nak dibuang, aku sangat terkejut dengan betapa banyaknya barang yang x guna dalam store aku.. and some it aku dah lupa pun kewujudannya.aku sangat sayang   nak buang barang..even  kalau resit pun aku simpan bertahun2.. slip atm pun   aku simpan tapi x tau bila masa nak guna.. omg. Adakah aku telah   menjadi   the hoarder? Adakah???    Reaksi berlebihan   sangat ni mengapa   cik sar?  Aku tak mau jadi macam mereka. Tidak !!!! (Abaikan   reaksi berlebihan ini)

Aku pernah tgk hoarder   yang kronik(kat tv ye..so jangan speku).. serius rumah dia not in a living condition. Gudang lagi lawa kot dari rumah dia.. Segala mak nenek ada kat ruang tamu . Sepanjang2 hall way tu semua barang..kalau aku, aku buang   jek semua..dan start a brand new life..serius kau x tau where   to start pun   sbb segala2nya nampak sama..bersepah dan all sampah..  mmg kalau ko tgk, kau akan rasa pengotornya.. x reti mengemas   , pemalas dan sengkatan dengannya. Even ada sesetengah tu tak suka bila orang dah kemas rumah   mereka sebab mereka kata tak biasa rumah   kemas2..eeee..marah lak aku tengok , rasa nak lempang..dah la pemalas, bila orang  tolong,lagi mau komen . .meh sini tadah pipi kau kat sini..

Aku mengaku yang aku suka mengumpul barang ,  tapi ada masa yang aku rasa this is enough,macam dah tak betul ni, aku akan buat  spring   cleaning.. macam almari budak2.. buku2.. at one point  yang kau rasa baju2 ni dah x muat   or almari perlu dikosongkan skit untuk kasi ruang pada baju lain, aku akan kemas dan decide   which one to buang dan which  one to kasi pd orang lain . Percayalah ko simpan lama2 pun, bukannya kau akan guna benda tu.. better donate to orang yang memerlukan..ada juga pahalanya..

Dalam pada spring cleaning store , encik suami   pun spring   cleaning   lappy dia. He need to transfer all data from his old lappy to new lappy. Masa tu la dia delete mana yang x perlu . .dan masa tu la dia discover semula gambar2 lama. Bila aku cakap   lama ..lama tu maksudnya dari   h@kim baru lahir. Gambar dari 7 tahun   lepas. Aku tak perasan   apa yang berlaku   sampai la 3 beranak tu gelak macam nak rak. Suspicious   sangat gelak tu.. rupanya they tengah   gelakkan gambar aku masa aku kat Sabah..menyampah   tau . .tau la i selekeh vs spek beso segala..tp perlu ke gelak..
Dapat tengok gambar2 h@kim masa kecik yg super montel..rindunya zaman tu..dan gambar2 lama masa vacation..bestnya.. lama x g cuti . . Lesen memandu aku dari tahun 2000 yang aku nak buang tapi encik suami   simpan diam2..then dia tangkap gambar lesen tu..itu pun jadi   bahan ketawa .  And bila yg jadi bahan ketawa tu adalah kita, seriyes aku rasa x funny lansung. Geram pula hati kita.

Spring cleaning boleh buat kita jumpa banyak   memory as well as banyak  benda    unexpected kita akan jumpa.  Nasib baik bulan puasa,so lepas kemas2 tak payah sibuk2 kena prepare   lunch ke apa.semua tido semula dan rehat dan bila bangun terus decide   x payah masak la kita makan luar  je. We had our iftar at Tony Romas Citta Mall hari tu. Makan lelaju..solat Maghrib then balik semula ke Melawati by 9 pm. Productive sangat   weekend lepas kan..

Of Online Shopping

Aku ni memang la pembeli tegar online. Tp mostly benda yang aku beli adalah baju2 aku dan handbag (itu pun   hanya dari pembeli yang sama yang aku tau ketulenannya sebab dah bayar mahal2 takut fake...nangis kan).  Aku penah beli segala mak nenek barang such as dell lappy dan desktop,juice maker, kasut, baju, barang  dapur etc.   Tp aku makes sure dari website yg dipercayai..

Ada satu website popular   jual2 baju   ni, dah bertahun2 aku beli dengan mereka...dulu2 baju2 dia sangat berkualiti dan cantik serta   affordable . Tp sekarang ko kena pilih betul2   baru dapat baju yg design cantik.. aku amat berhati2 kalau nak beli baju yg bercorak kat situ sbb corak yang sama akan dijumpai di section skrit, tudung dan baju..  kang tiba2 kak tipah   naik lrt, ada org pakai   tudung sama corak dgn baju kak tipah.. terus dua2 bajet awkward.  To play safe, aku beli je baju plain. Korang sure tau website mana kan.. gi la terjah,hari ni bayar,esok dah sampai opis dah baju tuuu (nampak sgt kau guna alamat opis cik sar)

Adik aku ada kasi satu ig yg jual2 baju ni.. harga dia uolss..kalah kau beli baju kat isetan.. seriyes..baju dia ala2 design   baju kat  website yg aku cerita kat atas tu je.. aku cam apakah ??? Mahal bebenor ni.. sebagai cik kepoci   aku pun masuk ig tersebut dan sahlah..semua baju2 dia bajet tinggi .bagi aku, kalau dah harga gini, baik aku terus beli yg branded..at least puas hati kan.. akak teruskan menscroll dan bingo!!! I dah tau mengapa baju dia mahal secara extreme ... sebab fotoshoot dia kat Paris dan seorang   pelakon malaysia yang aku jarang2 tgk lakonan dia di kaca tv tp amat glamer di beautifulnar@ telah promote dan pakai baju tu..lantas jadi mahal?? Kawan adik aku beli dan katanya x berbaloi kualiti dan harga.. welll..  bagi aku , kalau blouse dah harga >100, aku x kan beli online . . Itu rules of thumb aku.. lebih dari rm100, big NO. Kecuali kalau kau betul2 yakin   ianya sangat hebat ..
Ok ..tu je bebelan akak di subuh yg hening ni. Selamat berpuasa semua..

Puasa Day #1

Selamat berpuasa   semua. Seperti biasa, bila puasa beriya2 aku mencari   resipi   siap buat list   sampai 30 hari nak masak apa everybody (free sangat ke ko cik sar oiii).. dan kawan aku si fae pun dan buat list macam ni since years.. dia siap hapload kat ig lagi..  aku tak berapa gemar makan bukak puasa kat luar..sebabnya;
1. Ramai   orang .. aku kan anti sosial.tak kuasa nak bersesak2 queue amik food.lepas tu nak solat pun susah..dapat lak tmpt yang   kasi ruang solat   kecik dan jauh..
2. Kami memang tak makan banyak.. rugi bawak makan buffet. 
3. Mahalnya wehh makan bukak puasa kat luar. Dengan merujuk  fakta no 2 dan fakta yang kami ni bukan orang   ada-ada (bak kata p ramlee) baiklah kita masak.
*panjang kan justifikasi (lepas beberapa   hari cik sar up entry makan kat hotel..sure mengundang   kata nista rakan2..lalalalala)
Utk hari pertama aku masak ayam roasted, sambal ikan bilis, salad telur dan fettucini carbonara. Ayam roasted tu aku combine kan   resipi kakak aku & resipi mil aku.. kang aku kasi  kat bawah.. semua bahan2 aku siapkan malam before sahur..dan masa sahur just perap semua..senang jek..
Fettucini tu hakim   yang nak..sekali dia x makan pun..dia nak burger pula . Mengada kan..
Resipi fettucini mohon tengok je kat belakang botol prego tu..Cumanya   aku tambah daging kisar, cendawan butang , cheeese dan susu. Bila masa nak tambah tu.. daging dan cendawan tambah awal2. Cheese dan susu tambah   kat akhir2 .. gitewww . . *macam x  mo kasi tau je kan .
Ayam roasted  :
Bahan2
1. Ayam seekor (aku belah   2 supaya   senang   dan cepat   masak..dan aku rebus dulu selama lebih kurang 10 minit)
2. Jintan   manis, ketumbar,lada hitam (sesudu setiap satu) aku tumbuk sampai   lumat (aku x jumpa grinder aku letak mana..gigih menumbuk..
3. Kicap, osyter sos, serbuk pati ayam
Cara:
1. Ayam dah direbus, sejukkan sekejap dan kendian sapukan semua bahan2 pada ayam.
2. Balut dengan aluminium   foil ..letak dlm fridge..biarkan   semalaman
3. Panaskan oven 200 degree dan set timer 1 jam.. masak ayam..
Senang   kan..kalau x de banyak masa, mmg seswai sangat masak ayam cenggini..
By the way, kali ni bazar ramadan betul2 dah depan rumah aku.. jemnya jangan cakap..siap parking2 depan rumah iols..aku macam x boleh balik kije ikut jalan  depan adni  dan kawasan mall baru yy tengah buat tu sebab sure
jem juga bersama2 orang2 pasar ramadhan tu..nasib baik la nak masuk melawati ni ada banyak jalan lain.. 
Kalau aku rajin, aku letak lagi gambar hari2 next  ye..tp Biasalah   gambar main tangkap je..tabahlah..

Time management

Minggu lepas aku ada management   training.. ada 2 modules dan setiap   module adalah   2 hari. Module   ke 2 akan berlansung bulan puasa nanti.masak la  masuk training x leh makan kan...

Masa permulaan   training, seperti biasa kena introduce diri masing2..dan berapa lama kerja..apa yang  kita do well, dan apa yang kita paling tak suka. Kita kena tulis dulu dan kendian present kepada peserta lain. Aku paling tak suka bad time management . .. baik dalam kerja, atau dalam ur daily routine.. seriyes   rasa macam hellloo...kau ingat aku takde kerja lain??  Nak tunggu kau bersiap dan mereput di sini ?

Masa aku matriks kat UUM dulu, aku ada sorang kawan.. kecik molek budaknya....A^FA namanya.. dia punya time management   memang   big time fail.  Dari bersiap nak pegi pasar malam sampai   la ke makan.. kalau dia makan, dia akan sudu dalam 5 butir je nasi tu sekali suap..seriyes wehh..rasa nak suapkan je..then dia kunyah pelan2..aku dh jegil2 mata tgk dia  makan. . Dan most of the time, aku akan tinggalkan je dia kat cafe..konsep dia adalah sebab ko lembab kau makan sorang2.  Sebab tu dia selalu makan sorang2..dan dia pun jenis tau dia lembab kot..hhahaha. so dia pon relaks je makan sorang2..

Paling kronik kalau hari Selasa.. hari selasa ada PMC: pasar malam changlun. Dah nama pasar malam..kena la g malam or lewat petang   kan.. A^FA ni rajin la nak ikut   geng2 aku sekali ke PMC.. masa tu kami dh alamakkk..masak la nak tunggu dia..tiap kali dia tanya kul bape nak tunggu kat cafe,kami mesti kasi sejam awal.. percayalah . .dan kami dtg sejam lewat dari waktu yang kami  cakap..kadang2 kena tunggu dia jugakkk.. giveup ok orang2 lambat gini.. tp dia jalan laju..konsepnya   adalah bad time management   tp jalan kena laju . ..tapi satu aku respek, dia tau dia lembab.. so, dia x kisah kena tinggal   sebab dia tau dia yg salah..

Yang paling aku menyampah . .dah ko lembab . . Call x angkat, x cakap sorry.. message x reply . . Dan last2 ko buat macam aku x menyempat2 . . Ye la.. hidup ni mmg semua berkisar tentang kau je kan..  time orang   lain apa la sangat !!!
Just imagine   masa orang lain yang   depa boleh gunakan utk benda2 lain selain dari tunggu kau.. kalau lambat 5 minit..10 minit ok la lagi beb.. kalau more   than that..memang meminta sangat. Kalau sekali sekala x per..tapi asek2   ko..asal lambat je kau..asal kau je lambat..  aihh..mengundang sangat . .

So.. Please   ye.. kalau deal dengan aku, please la punctual . .aku leh paham kalau sekali sekala kau lambat..sebab aku pon kadang2 lambat with   valid reason dan aku akan inform awal2 yg aku might be late.. tp berbudi bahasa la..say sorry..  next time jgm buat lagi..  ni kalau   setiap kali aku kena tunggu kau..memang nak kena sangat.. hilang mood i tau..