Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Legoland Hotel

 Legoland lagi...so tak perlu la review sangat pasal theme park.
Kami sampai di legoland jam 10. Sampai2 terus ke hotel Legoland untuk register dan letak beg di kaunter beg.  Nak register tu pun barisan punyalah panjang.. itupun ramai juga yang datang secara walk in, tak buat reservation,  dan kemudian balik je sebab hotel dah full house. 


Selesai letak beg, kami breakfast dulu.. lagipun plannya nak masuk theme park sekejap..main apa yang kita tak main last time, kemudian check in hotel , lepas tu ke water park pula. 
Hari panas yang amat. Aku ni dah la ratu migrain, nasib la dah spare ubat migrain dalam beg.. aku hanya naik train keliling park dan naik satu ride yang sangat tak mencabar...selebihnya aku duduk minum air sambil tengok orang naik roller coaster dan jadi photographer anak2 aku. Aku suka tengok orang naik roller coaster..lebih2 lagi tengok muka depa bila ride tu nak menjunam..nak suruh aku naik? Memang takkan!!
Sekejap  je kami kat dalam tu..dalam kul 2, kami dah terpacak kat lobi hotel untuk check in.    Sambil2 tunggu check in, aku temankan anak2 main lego kat lobi..  budak2 memang tak kan boring menunggu sebab kat segenap ruang di lobi ada tempat main lego.




Kat legoland ni, bilik dia ikut theme. . Kami ambil theme pirates. Setiap level ada theme dia sendiri;  macam pirates,  ada di level 1 dan level 5. Theme  lain yang ada adalah Adventure dan juga Kingdom. Korang masuk la website nak  tengok macam mana bilik dia. Theme tu bermula sebaik saja kita keluar lift.  Macam theme pirates, keluar saja lift,  terasa macam berada dalam kapal lanun.  Lift dia funky sangat..siap ada lampu dan  music bagai.. si H@kim  asal masuk lift , terus menari..
 Bilik kami muat utk 5 orang, 2 dewasa, 3 kanak2.. dalam bilik tu, ada 1 katil queen, dan 1 katil double decker *bawah sekali ada pull out bed ..so total 3 katil.. area untuk kids tido tu sekali dengan tv dan permainan lego sekali.  Lego tu tak boleh bawa balik ye. Hanya untuk main dalam bilik je.  Ada treasure hunt juga dalam bilik.  Ada kertas yang guide budak2 ni untuk passcode untuk bukak treasure box tu. Bukan susah soalannnya, cuma kira berapa banyak tengkorak kat carpet , berapa banyak tapak sulaiman , dan apa nombor kat tv budak2 tu.. seronok tengok anak2 excited dok mengira tapak sulaiman kat karpet. Sekali bukak treasure hunt, dalam tu ada keychain, lego, dan notepad. . Suka budak2 tu dapat lego lagik.  Padahal tadi masa kat theme park,  masing2 dah membeli lego. 

Aku yang ratu migrain ni, terus makan ubat. Sakit kepala weh. Budak2 ni pun main2 sampai pukul 4..dah pukul 4 baru terhegeh2 nak ke waterpark.  Aku memang tak larat nak berjalan dah. Memang rugi tiket aku. Tapi nak buat macam mana, aku perlu rehat dan tido setelah makan ubat tadi.
Setelah mereka balik dari waterpark, kami keluar dinner. Dalam jam 7.. kami jalan kaki ke mall depan legoland ni.Medina.  kedai makan kat situ tutup jam 10 katanya.  Ada kfc, burger king, kopitiam, secret recipe, thai cuisine, gloria  jeans coffee dan .banyak kedai makan lain. Kedai serbaneka pun ada.  So, kalau korang tido di legoland,  tak perlu gusar nak drive keluar. Semua ada kat Medina.
Lepas makan.. laju2 balik bilik..untuk bersiap2 masuk semula ke theme park sebab nak tengok bunga api.  aku pun tak sure pertunjukan bunga api ni untuk hari Malaysia atau untuk occasian lain. Tapi yang pasti, memang cantikkkk.  Dah la dia buat kat area miniland,berlatar belakangkan klcc dan dan bangunan sultan abdul samad. Nampak sangat real dalam gambar. .terutama KLCC area tu.



Esoknya kami turun breakfast jam 9. Ramainya orang. Siap queue depan cafe. Tapi tak perlu la gusar sangat, sebab mereka ada sedikan tempat menunggu yang selesa, siap ada jus kat tepi. Once sampai, korang kena register nombor bilik dulu, then bila dah sampai giliran dia akan panggil. Aku rasa sebab full house dan ramai orang kalau normal day, sure tak gini. Tapi, tak lama pun menunggu, dalam 10 minit, tapi kau x sedar pun lama gitu, sebab sambil2 tunggu, leh main lego juga.
Overall, kami sangat puas hati dengan Legoland Hotel ni. Looking forward untuk datang lagi sebab budak2 pun sangat enjoy di sini. 

Legoland Trip

Last week dari hari Selasa, kami pegi ke Johor.  Encik Hasben ada kije kat JB dari hari Rabu sampai Khamis, so, aku dengan budak2 having our own sweet time kat Hotel je.. Kali ni kami dok kat Mutiara Hotel, JB.  Kebetulan semasa kami sampai, hotel ni under renovation.  Lobi pun dah jadi kecik, sebab dia tengah renovate main lobby.  Tapi itu tak menghalang kami dari berseronok.

Sebab encik suami kerja, maka aktiviti kami selepas breakfast adalah tengok tv dan mandi swimming pool.  Pool hotel ni besar, tapi tak cantik.  Kebetulan pulak musim hujan, jadi mandi pun sekejap2 je sebab langit dah gelap. Jadi la kan..kasi budak2 ni happy.    Aku suka dok kat hotel ni sebab staffs dia pun baik2 dan ramah mesra.. Itu pun dah cukup kan untuk kita datang lagi.. Memang x de sebarang masalah la..


Hari Selasa tu, kami dinner kat hotel je..Lagipun dah sampai malam, masing2 dah penat nak berjalan ... Esoknya, kami plan nak dinner kat Danga Bay, tp on the way pergi, hujan punya la lebat.. So, kami decided pergi terus ke arah Skudai, dan pergi ke sebuah restoran yang kami memang dah pernah makan dan memang sedap. Tapi aku x tau nama kedai, gambar pun x tangkap, lupa sangat2.. Harga pun murah..dan sedap.  Sup tulang dia adalah hebat!!! Tak dapat nak rekomen kedai apa, sebab aku memang x tangkap gambar,.Tp kedai ni adalah menghala ke Pulai Spring Resort dari UTM. 

Esoknya, kami dinner di S!nggah Selalu. Ini kali ke 2 aku makan di sini. Kali pertama semasa kami sekeluarga ke USS ..  Memang bukan selera aku la kedai makan ni..Aku order nasi goreng ikan masin, nasi goreng dia sejuk, dan x sedap..
Kami order juga Tako Tako.. pun x berapa sedap.. 3 layer tea aku sangat la bukan 3 layers.  Takpe la..aku anggap aku minum teh ais je la..
Apa sebenarnye makanan yang best kat sini ye?  Mebbe lain kali aku ke JB lagi, aku boleh cuba makanan yang betul2 hebat di sini..
The next day, kami teruskan perjalanan ke Legoland.. Budak2 dari dalam kereta dah bising.. Mereka dah siap2 buat research nak main apa kat sini.. Sebelum pegi lagi kami dah siap2 set kat mind masing yang rides dia x banyak macam USS.. Ye la.. Legoland ni pun masih  baru.. Pokok2 pun x banyak, so, kira ok la .. x yah la compare dengan Legoland overseas sana ye..
Hotel Legoland ni dah siap.. Nampak macam best je kan.. Harga nya pun boleh tahan. Kalau sapa2 yang beli pass utk theme park dan water park, memang sesuai la duduk kat Hotel dia.. Tp macam kami ni, hanya beli pass untuk theme park je..

Anak2 memang dah plan nak naik roller coster.. Aku tengok je la.. Memang x kan naik sebab aku ni dah gayat dan penakut.. Satu kelebihan Legoland ni, dia x ramai orang..  Tak macam USS yang kita kena queue panjang baru boleh naik rides.. Kat sini, laju je pergerarakan korang ..  x de orang sangat kan.. 
H@kim pun naik roller coster tau.. Aku x mampu.. Aku tukang jaga beg je kat bawah sambil tangkap gambar.. H@zim memang dah plan nak pegi driving school kat sini..Memang sesuai la dengan umur dia kan..Tp, bila dia nak queue, semua budak2 yang main kat situ semua rendah2.. Dah nampak pelik sangat bila dia join.. Kesian dia .. So, aku pujuk dia naik boating school ( ye kot namanye dia macam ni). Barisan memang  x panjang.. tp dah dekat2 sampai turn aku dengan H@zim, hujan turun,. Lama la jugak dan lebat la juga.. So, semua rides kena stop.. Bila hujan dah stop, adik2 tu kena la lap air kat boat kan.. Dalam pada depa dok lap2 kasi kering boat , hujan turun lagi sekali.. Sabar je la.. Total waiting time kat boat ni , dalam sejam lebih.. Terharu juga aku sebab aku sabar menunggu.. Kalau ikutkan aku, memang x le aku tunggu, tapi mengenangkan H@zim, aku layan je la.. Bila dah dapat naik, kejap je pun dalam boat nye.. macam naik boat kat titiwangsa tu..gelak besar aku ..

Sebab budak2 ni dah siap2 buat research, kami pegi tempat yang depa dah rekeus awal..Ada satu tu, 4D movie..Si H@kim nak tengok Chima.. Kebetulan masa kami sampai, movie dah start, kena tunggu lagi 45 minit untuk next movie.  So, sementara menunggu, kami makan dulu.. kat bawah ni lego2 depan restaurant tu..  Masuk restaurant adalah sangat best, sebab ada ekon..hahaha
Macam biasa ..kena beli souvenir..Masing2 dah siap keluarkan duit tabung sorang rm 50.. Tp mana la ada lego harga rm 50 kan .. Tu pun depa pilih yang paling murah kat situ.. Adik beli Chima .. rasanya  harga rm 71.90 .. dapat la sekor Chima.. Layan je la adik tu .. Si Abang pula  beli alarm clock .. Harganya RM 119.. tp  dapat diskaun 30%.. Last2 aku tengok alarm clock tu tersadai je kat atas meja makan.. Sabar je la ..asal boleh membeli budak2 ni..
Lain macam miniland, ada lego KLCC, KL sentral , sangat cantik..  Aku lalu laju2 kat area tu ..sebab sangat panas.. Tak sanggup nak layan lama..

Ada satu ride tu, aku macam nak naik, dia akan naik slow2, then, turun air terjun la kononnya.. For sure akan basah la .. Aku macam berani..dah nak ajak H@zim, tp kendian aku cancelkan sebab aku takut aku akan memalukan diriku sendiri..

Overall, not bad la .. Cuma..panas tu pasti.. Again, aku rasa budak2 kecik yang umur 4 tahun ke bawah, x yah la bawak.. dah la panas, bukan depa leh naik apa2 pun kan. .
Ok..kang sambung ..sebab dari JB, kami ke Melaka.. byee..