Daging dendeng vs bubur kacang durian

Masa aku kije di opis lama, ada kawan aku ni akan akan ambil order daging  dendeng tiap kali nak raya. Selalunya dia akan kasi awal, dan aku akan buat makanan berbuka ..sedap!!

Dan tetiba hari ni rasa nak makan daging dendeng.  Membuatnya agak renyah, tapi yang bestnya bahan2 dia senang nak dapat.  Aku  check semua bahan ada, maka marilah kita memasak daging dendeng.

Sebagai beginner, aku tak berani masak banyak2 .. aku guna daging batang pinang, beli sekilo, tapi aku guna separuh je.  Bahan2 ni aku agak2 je.  Resipi ni aku amik dari blog mat gebu di tiffinbiru.com,  tapi aku ejas skit. Sebab mat gebu letak resipi utk daging sekilo, aku tulis je sini..kang pandai2 korang ejas juga.
Tanda * adalah bahan yang aku tambah sendri yang x de dlm resipi encik mat.

Bahan2:

1 kg daging
500 gm  bawang merah utk dibuat bawang goreng
20 - 25 tangkai cili kering dikisar
20 biji bawang merah dikisar
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa
* halia
*bawang putih
*bunga lawang
*kulit kayu manis
* kicap manis
Cara:
1. Potong daging dan rebus daging bersama2 halia dan bawang putih  yang diketuk.
2. Bila dah empuk, toskan, dan hiris nipis, kemudian diketuk daging (dont ask me why). Kemudian, goreng daging tu sekejap. Jangan lama sangat, nanti keras pulak daging itu.
3. Buat bawang goreng (then aku  tumbuk bawang goreng tu  *tumbuk kasar, bukannya sampai halus.
4. Tumis bawang kisar sampai naik bau. *masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

 5. Bila dah masak bawang tu, masukkan cili kisar,goreng sampai masak.
6. Masukkan daging, air asam, kicap manis dan serbuk perasa. Letak garam skit
7. Dah agak rata, masukkan pula bawang goreng.
8. Masak dengan api kecil sampai keluar minyak dan siap!

Bau dia memang mencabar..wangi je sebab banyak pakai bawang.

Sambil2 aku masak daging ni, aku buat bubur kacang hijau. Lepas tu terasa macam best pulak kalau tambah durian dalam bubur.lantas zaassss... aku ajak hasben pegi beli durian kat depan deen's Melawati. Beli yang siap dah pack..durian tembaga katanya..rm15 per pack. Boleh taham gebu durian tembaga ni kan..warna pun cantek. 

Cubalah ye.daging dendeng ni tahan lama. Simpan dalam peti ais dan boleh makan utk sahur  juga.

1 ulasan diberikan:



yani mn said...

amboi cik sar rajinnya buat daging dendeng ni..my fav tp malas nak buat cam byk beno kena buat itu ininya