Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

MARRI@T,PJAYA

Lama kan aku tak memblog.. banyak sangat benda  jadi yang menjadikan   blog ni terpinggir.kasihan dia.

Aku pun sejak bukak sekolah ari tu dah busy sangat. Dengan maid x de. So,weekend dah jarang berjalan. Lagipun sabtu every week si h@zim ada kelas UPSR.. Alhamdulillah   berjaya dapat  5As untuk exam bulan 3 lepas . . aku harap sangat dia  boleh maintain   sampai UPSR..

Ahad pula h@zim ada kelas piano .. tahun ni kami request cikgu piano dia datang rumah . . Kelas dia sampai 1130 - 1230, then pukul 130 kami dh bergegas ke Wangs@ Walk sebab H@kim ada kelas   drum kat Yamaha. Budak H@kim ni minat melukis, drum, math.. apa yang dia minat, itu yg kita nak dia buat kan. Tp aku ni bukan rajin melayan..encik suami la yang  rajin, tah hapa2 tah dijanjikan kepada budak2   tu.   so weekends mmg busy la akak ko ni kan.. memang family time   ahad..so kawan2 yang ajak jumpa weekend mmg susah  nak ditunaikan (padahal x  de sapa pun ajak..propa sangat kau ciksar)  

Masa CNY yang lepas, kami ke M@rriot, PJaya.. untuk family day belah hasben . Plan mulanya nak ke Cherating la, ke Hot spring trolak la...last2 sebab takut jem bagai kat hiway, dan tak mau tinggal rumah   lelama, ke Putrajaya la kita..

Aktiviti   dimulakan dgn makan tengah hari kat Marina Putrajaya.. bagi aku, aku kasi rating 3/5.. food wise biasa2 je, servis pun agak lambat ditambah dengan waiter yg confuse .. tp confuse2 dia pon, dia x tunjuk muka boring..so, kira ok la kan..  kalau ikut aku, aku prefer la makan kat tempat lain, tapi dah organiser beriya nak makan situ, ikut je la..*nasib baik free, so, sila jangan banyak   komplen..giteww (sambil menadah tangan sukurrr)

at 2, memasing dh check in kat M@rriot. Kami amik executive level, amik extra bed utk bebudak..akak x mampu nak amik 2 bilik   kat executive   level ni.   Dah semua kazen2  ada , budak2 ni sebaik checkin,terus salin baju renang, beriadah di kolam renang kekdahnya..aku? Aku beriadah   di bilik dgn biras aku si suz!.  Sesi beramas mesra dua orang . .  Dah agak2  x de idea nak sembang, aku turun bawah  tengok bebudak ni main air.. chill  kata orang kg kan.. elok juga korang main lama2.. kang penat, cepat je memasing tido..

Tepat jam 5, memasing dah berkumpul di executive   lounge untuk hi tea cum bday celebration   PIL.   Lounge ni hanya utk guest yang stay kat Executive level.. air dia free flow sepanjang   hari,  dan yang paling penting ; coffee dia sgt sedap.. makanan dia aku rasa ada utk breakfast   dan hi tea je..  tp food dia x la banyak sgt optionnya..   setakat nak sembang2 sambil makan sambil berangan yang kau orang kaya bolehlah.. tapi kalau kau tgh lapar, x yah la makan kat sini, sila makan kat bawah ye.

Masa makan tu la depa plan nak pegi cruise   tasik malam2.. malam cruise tasik tu ada jam 815.. dengan tiket x berbeli..main redah je..dah la pjaya jem nak mampus..bertolak dari hotel jam 6..jam 715 ko still kat jalan . .padahal dekat je kan. Hampir2 la juga berputus asa, akhirnya berjaya parking dalam pukul 740 kot .. kelam kabut masuk masjid ..masa ni la guard tu tegur   pakaian akak x syariah   compliant . . Apakah? Baju aku labuh   tutup punggung   kot.. kecik ati akak.. cecepat   amik jubah kat kaunter   dan turun   bawah untuk amil wudu..  selesai solat,  baru jumpa yang lain2 dan terus ke jeti cruise tu. 

Kami dah pernah naik cruise ni siang2..malam2 x de apa pun ye..gelap je..pjaya ni pon bukannya ada lampu terang2 cam kat kl kan..menguap2 aku tahan mengantuk sepanjang2 45 minit tu.. 

Turun2 depa ajak makan pulak   * depa ni x tau penat kot..kami sekeluarga decided x join makan2 sebab aku dh ngantuk dan x lapar. Kalau lapar, kita makan room service je la..  bila dengar family   aku x join ,  anak si suz!  Pun x mau join . .nak ikut kami balik ke hotel.. set la.. ayuh la kita balik sekarang.. 

Memang betul, sampai2 je, bebudak ni terus mengadu lapar..terus order room servis, dan aku nak tido je.. x koser nak makan2 dah..korang makan la ye..  mak is penat.. pengaruh umur la ni..baru aktiviti   lebih skit,kepenatan nya tu memang sangat2 berbanding   dulu2 . . 

Esoknya, kami check out at 11 dan terus balik Melawat! .. kalau nak chill dekat2, boleh la kot marriot ni.  Breakfast kat bawah banyak pilihan. Tapi, sebab kami ni makan sepinggan pun amik msa sejam, dan x bertambah, memang tak seswai la makan buffet ..kalau korang yang mmg breakfast banyak, memang seswai sangat2.. 

Actually M@rriot   ni dekat sangat2 dgh I0I citymall tu. Tp sebab kami ni dtg ramai2, kang kalau hilang x join   aktiviti  , x sedap la kan.. that's our CNY holiday . . Dekat sangat2 dengan rumah, tapi quality   time la kan. Itu yang penting . .

Everly Hotel, Pjaya

Percutian adhoc. Nak puaskan hati si H@kim yang asek2 nak  dok hotel.. asalnya nak pegi royal bintang kat the curve, tapi tempat tu kan bising.. tak kuasa la kan nak weekend getaway, tapi tempat bising.  
So, nak kasi feeling jauh sikit, kita pegi ke Putrajaya. Book  via  agoda.com kul 12 tengah hari, kul 2 dah terpacak kat hotel.
Kami dapat executive suite.  Besar dan selesa..
Dah la wireless free, maka budak2 ni sambung aktiviti tengok youtube.
Hotel ni ada swimming pool, tapi disebabkan hujan dan sejuk, maka anak2 aku x mo mandi di swimming pool.   Kami memang betul2 bercuti di dalam bilik je. Tengok tv dan rehat2 .. dari bilik tidur, boleh nampak tasik di belakang MoE dan Alamanda.. tp bila malam gelap saja.. tak ada apa2 pun yang nak ditengok.
Petang dalam jam 5, kami ke alamanda nak tengok Hunger Games la kononnya. Sekali x de dah movie tu. We are sooo yesterday.. takpela.. nanti kita beli cd saja la. Movies lain pun macam bosan saja.  Jadi, kami pusing2 Alamanda saja..  tak lama kami pusing2,  sebab so the very bosan kan..kami tapau burger  di food court dan aku beli popia juga di food court alamanda tu. Tapi popia tu sangat la x sedap, dan berasa aneh. tak habis pun aku makan.. membazir je.
Malam tu memasing tengok piala AFF.. bersorak2 dalam bilik.. walaupun kalah, puas hati sebab main bersungguh2 kan.. dah namanya pun nak relaks saja..memang betul2 relaks duduk dalam bilik la.. puas hati si Hakim tu.. keluar kejap2 pegi Alamanda malam tu, dan sempat aku sambar jeans sehelai kat Parkson.. asal boleh aku ni..
Nak jadikan cerita,  aku bangun solat subuh, perut aku sakit dan memulas ya amat2 sakitnya.. kena cirit birit uols. . Sekejap2 aku ke toilet. . Dah la aku sorang je yang sakit perut. . Aku rasa culprit nya di sini adalah popia tersebut, kerana aku sorang saja yang makan popia tu.
Bila dah sakit perut,  aku x jadi breakfast.  Hanya hasben dah anak2 saja yang pergi. Aku dok bilik sambil main phone..
Suite  ni 2 kali ganda besar size bilik biasa. Masuk2 ruang tamu, then ada pintu ke ruang tidur, tapi aku x tutup pintu tu..aku baring atas katil dan tengah2 aku main phone tetiba  dengar air shower bilik air dengan kuat.  Aku cam..helloo..bunyi apakah itu. .aku jengok ke pintu ke arah ruang tamu..takkan bilik air orang sebelah..melampau sangat jelas bunyinya..sah bilik air aku. Kau ingat aku berani sangat nak bangun nak check? Memang tak la.. lama juga bunyi tu..level takut aku dari 1-5 adalah 2 je. Sebab aku berprasangka baik yg itu adalah pressure air. Dan prasangka baik tu berhasil sebab skala ketakutan aku tak berubah sampai bunyi tu stop.  Aku yakin something wrong dgn pressure air kat bilik tu..tu yang dia on sendiri.. yakin..yakin ..
Lama pula encik hasben aku g bekpes.. bila dia balik, kami terus check out sebab plannya nak ke rumah adik hasben kat klang.
Kesimpulannya, mmg sangat worth it harga bilik kat Everly ni. Aku suka..bilik besar dan selesa. Pekerja2 dia pun baik dan ramah tamah. Kalau saja nak relaks2, boleh la ke sini, nak ke Alamanda pun jalan kaki je.

Short Getaway & Makan2

Another weekend gateway untuk kami sekeluarga is PutraJ@ya Sh@ngri-La. Dekat je.. tp sebab tak penah pun tido Putrajaya, kami gunakan kesempatan ni la. Actually hasben aku ada dinner kat putraj@ya, dan since dinner tu plannye akan habis lewat,dia malas nak drive balik KL.. So, dia book hotel tu utk kami yang x pegi dinner ni, so boleh la anak2 aku enjoy.

Sabtu tu, lepas H@zim abis piano terus gerak ke PutraJ@ya.  Terus boleh check in. Kami amik bilik yang facing park.  Cantik pemandangan dia, lagi2 bila malam sebab boleh nampak Jambatan *apa ek nama dia .. and boleh tgk warna jambatan tu berubah2 malam2..(of koz sebab lampu kan..)..





 Overall, hotel ni memang selesa.  Orang pun tak ramai, makanan pun best.  Swimming pool dia sangat cantik..anak2 aku memang have fun  betul kat situ..Boleh la untuk gateway dekat2 kan.. kawasan pun aman damai.. 

Esoknye, aku jemput geng sekolah aku datang makan kat rumah.  Kami ni asalnye ber4 mmg close.  Ni geng study group aku dulu, aku, zil@, h@lim, and Nud!n.  Aku masak simple2 je.. Buat hi tea saja. Tp Nud!n x dapat datang sebab dia balik kg ari tu. Dia cuba gak nak terjah rumah aku ..Tp jalam jem.dia sampai KL dah senja,.malu katanye nak datang..Dia ni  lama kije architect kat Ireland. Tahun lepas dia balik Msia, siap buat rumah2 ala resort lagi kat kampung.. Saya adalah sangat suka..

Sempat la aku hidang soto, rendang, bubur kacang dan kek.. And of course sembang2 ngan depa mmg seronok. Family pun dah kenal since sekolah..now anak2 & suami isteri masing2 pun dah close.  Aku sayang kawan2 aku ni..