Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Melaka again and again

Kami ke Melaka lagi.. encik suami   ada kerja , dan ajak kami teman .  Makanya, H@kim  & H@zim  kena ponteng   sekolah hari Jumaat. Nasib baiklah hari terakhir penggal ni cikgu buat celebration   untuk hari guru, jadinya x kisah lah ponteng   kan budak2 sebab bukan belajar pun..
Tapi,malam before pergi tu, jenuh   juga aku membalut  hadiah utk cikgu2. Hari Khamis anak2 aku nak   kasi kat cikgu masing2 hadiah..  malam tu la nak g aeon au2 nak membeli hadiah..malam tu juga kena balut2. .malam tu juga lah nak kemas barang utk ke melaka.. pengsan mak!!!




sampai Melaka dalam pukul 8 malam .. laju gak encik suami drive. Checkin kat tempat   biasa..Equatorial   .. Sampai2 je lamanya hasben aku dok kat kaunter ..padahal dah book lama .. aku siap suruh   anak2 jenguk apa la babah depa buat.. seperti yang di sangka,  dia cuba prektis kan apa yang kami tonton di "How to win".. korang ada tengok x rancangan   tu kat Discovery   Channel ?
Basically   dia tunjukkan benda2 yang kita boleh buat tapi  tak penah cuba, dan dia ajar how to deal with it. One of it is how to upgrade our room. katanya, 80%  kalau kita minta utk upgrade   bilik kita , hotel will gv it.. Cumanya,  kita ni memalu nak mintak.. just ask katanya.. si suami   aku ni  nak eksperimen   la konon..cuba mintak..tp lamanya ko deal . . And guess what.. dapat upgrade to premier room. .. yang lamanya sbb hotel dah prepare room lain, then kena kasi room lain..tu yg lama kena check kot.. aku rasa benda ni x leh implement   kalau peak season..atau kau jenis malu2...kami pon baru ni mintak..saja nak test boleh ke x..
Esoknya pepagi hasben dah g meeting.. so,  hanya kami ber3 pegi bekpes kat bawah.. again, kami ni memang jenis makan sepinggan   dah kenyang, tapi aku nak buang masa kat situ, kami sembang2 je.. so..lepak   kat cafe bawah sampai pukul 930.. Sehinggalah h@kim bising bila la pegi swimming . . Aihh.budak ni kan.. naik ke atas dan tukar baju bebudak, then pegi swimming   pool . .  Cuaca panas ya amat kat  Melaka  ni,walaupun   baru pukul   9++.. tapi suasana  cantik la sebab terang jek.. aku lepak2 kat tepi swimming   pool sampai rasa nak tertido .. bdk2 ni mandi sampai  kecot..




Malam tu, again ke mana lagi kalau tak makan Seafood.. memang x pernah miss makan di Umbai,tapi  dengan mengada nya aku kasi suggestion untuk   lajak ke depan dan  cuba di Serkam.. hasben aku macam x setuju tp sebab dia malas nak layan dan argue, dia bawa la aku ke sana..jauh juga tau medan ikan bakar tu..dan kedai pun sikit sangat compared   to Umbai.. masa tu baru jam 630.. aku bila tengok je keadaan macam tu, terus cancel . . Kita patah balik dan makan di Umbai .. Aku pun x tak pasti macam mana food kat Serkam tu..tp sebab dah terbiasa   makan kat Umbai yg ramai org walaupun baru pukul   6 pm, aku macam pelik la why kat Serkam tak de org.. tp kalau ada orang yg penah makan di sana, dan kasi komen yg bagus, maybe aku akan cuba kot.
Update: rupanya aku salah tempat kat Serkam tu.. bila sampai hotel, aku google Serkam,  ehh..ok je tempat   ni..tak macam tempat   yang aku sampai   tadi.. masalahnya, waze   aku tu sama bengong .. mebbe x de rezki lagi aku cuba kat Serkam.  Aku memang kena g makan kat Umbai je.. 
Kami ambil ikan silap sweet and sour , udang butter nestum, sayur kalian dan sotong tepung.. ikan dan udang tak habis maka , jadi kami tapau   bawa balik hotel   dan kos nya rm95 saja. Murah kannnn.sebab tu aku suka.murah dan sedap...
Tapi aku lupa nak bawa balik udang & ikan.. aku tertinggal   kat dalam fridge kat hotel.. sedih sangat...
Pagi tu, encik hasben g bayar awal..konsep dia adalah bayar dan masa check   out nanti just hantar kunci je..  sebab masa ada banyak lagi, kami keluar pegi breakfast   kat luar, dan masa keluar breakfast tu aku dah cakap tak perlu la bawa beg baju ni. Kang mereka ingat kita nak balik.. tapi Biasalah. .suamiku kan degil, dia kata dia dah cakap dengan kaunter kami akan checkout   jam 1130..so  no worry..  kami pun keluar dgn semua barang2 siap masuk dalam kereta   kecuali laptop *sebab konsepnya adalah bahaya bawa laptop dalam kereta sebab kita akan kluar   dan tinggalkan lappy.. ok fine..  tinggalkan la lappy tu..
Balik2  bekpes,ingatkan nak baring2 kejap..tp masuk2 bilik..bilik dah siap2 kemas.. dan lappy dah takde. Aku tengok muka hubby dan cakap. See..betul tak saya cakap..depa ingat kita dah balik. Cari2 lappy mmg x de dalam bilik.. nasib baik adik house  keeping   tu masih ada di bilik hujung. .hasben tanya ada jumpa lappy tak masa kemas bilik? Dia kata ada..dia dah letak   kat bawah...gitewww...nasib baik adik tu jujur.. kalau dapat yang x jujur macam mana?
Di pendek kan cerita..kami dapat laptop semula, dan terus kluar.tq Equatorial   Melaka.. pekerja2 anda sangat jujur  dan mesra. 
And of koz akan dtg lagi.. tp, kalau korang perasan ,  betul2 depan Equatorial   ada satu hotel baru..imperial   heritage kot nama dia. . Next time..ingat nak cuba sana pula.. We all suka that location  sbb dekat dgn tempat makan, dan semua tempat2 menarik kat Melaka . . Jalan kaki je.. 
that's   all abt melaka trip kali ni...jumaat next week aku cuti lagi..adik aku kahwin pula.. later I update   the wedding k. Bye..




Legoland Trip

Last week dari hari Selasa, kami pegi ke Johor.  Encik Hasben ada kije kat JB dari hari Rabu sampai Khamis, so, aku dengan budak2 having our own sweet time kat Hotel je.. Kali ni kami dok kat Mutiara Hotel, JB.  Kebetulan semasa kami sampai, hotel ni under renovation.  Lobi pun dah jadi kecik, sebab dia tengah renovate main lobby.  Tapi itu tak menghalang kami dari berseronok.

Sebab encik suami kerja, maka aktiviti kami selepas breakfast adalah tengok tv dan mandi swimming pool.  Pool hotel ni besar, tapi tak cantik.  Kebetulan pulak musim hujan, jadi mandi pun sekejap2 je sebab langit dah gelap. Jadi la kan..kasi budak2 ni happy.    Aku suka dok kat hotel ni sebab staffs dia pun baik2 dan ramah mesra.. Itu pun dah cukup kan untuk kita datang lagi.. Memang x de sebarang masalah la..


Hari Selasa tu, kami dinner kat hotel je..Lagipun dah sampai malam, masing2 dah penat nak berjalan ... Esoknya, kami plan nak dinner kat Danga Bay, tp on the way pergi, hujan punya la lebat.. So, kami decided pergi terus ke arah Skudai, dan pergi ke sebuah restoran yang kami memang dah pernah makan dan memang sedap. Tapi aku x tau nama kedai, gambar pun x tangkap, lupa sangat2.. Harga pun murah..dan sedap.  Sup tulang dia adalah hebat!!! Tak dapat nak rekomen kedai apa, sebab aku memang x tangkap gambar,.Tp kedai ni adalah menghala ke Pulai Spring Resort dari UTM. 

Esoknya, kami dinner di S!nggah Selalu. Ini kali ke 2 aku makan di sini. Kali pertama semasa kami sekeluarga ke USS ..  Memang bukan selera aku la kedai makan ni..Aku order nasi goreng ikan masin, nasi goreng dia sejuk, dan x sedap..
Kami order juga Tako Tako.. pun x berapa sedap.. 3 layer tea aku sangat la bukan 3 layers.  Takpe la..aku anggap aku minum teh ais je la..
Apa sebenarnye makanan yang best kat sini ye?  Mebbe lain kali aku ke JB lagi, aku boleh cuba makanan yang betul2 hebat di sini..
The next day, kami teruskan perjalanan ke Legoland.. Budak2 dari dalam kereta dah bising.. Mereka dah siap2 buat research nak main apa kat sini.. Sebelum pegi lagi kami dah siap2 set kat mind masing yang rides dia x banyak macam USS.. Ye la.. Legoland ni pun masih  baru.. Pokok2 pun x banyak, so, kira ok la .. x yah la compare dengan Legoland overseas sana ye..
Hotel Legoland ni dah siap.. Nampak macam best je kan.. Harga nya pun boleh tahan. Kalau sapa2 yang beli pass utk theme park dan water park, memang sesuai la duduk kat Hotel dia.. Tp macam kami ni, hanya beli pass untuk theme park je..

Anak2 memang dah plan nak naik roller coster.. Aku tengok je la.. Memang x kan naik sebab aku ni dah gayat dan penakut.. Satu kelebihan Legoland ni, dia x ramai orang..  Tak macam USS yang kita kena queue panjang baru boleh naik rides.. Kat sini, laju je pergerarakan korang ..  x de orang sangat kan.. 
H@kim pun naik roller coster tau.. Aku x mampu.. Aku tukang jaga beg je kat bawah sambil tangkap gambar.. H@zim memang dah plan nak pegi driving school kat sini..Memang sesuai la dengan umur dia kan..Tp, bila dia nak queue, semua budak2 yang main kat situ semua rendah2.. Dah nampak pelik sangat bila dia join.. Kesian dia .. So, aku pujuk dia naik boating school ( ye kot namanye dia macam ni). Barisan memang  x panjang.. tp dah dekat2 sampai turn aku dengan H@zim, hujan turun,. Lama la jugak dan lebat la juga.. So, semua rides kena stop.. Bila hujan dah stop, adik2 tu kena la lap air kat boat kan.. Dalam pada depa dok lap2 kasi kering boat , hujan turun lagi sekali.. Sabar je la.. Total waiting time kat boat ni , dalam sejam lebih.. Terharu juga aku sebab aku sabar menunggu.. Kalau ikutkan aku, memang x le aku tunggu, tapi mengenangkan H@zim, aku layan je la.. Bila dah dapat naik, kejap je pun dalam boat nye.. macam naik boat kat titiwangsa tu..gelak besar aku ..

Sebab budak2 ni dah siap2 buat research, kami pegi tempat yang depa dah rekeus awal..Ada satu tu, 4D movie..Si H@kim nak tengok Chima.. Kebetulan masa kami sampai, movie dah start, kena tunggu lagi 45 minit untuk next movie.  So, sementara menunggu, kami makan dulu.. kat bawah ni lego2 depan restaurant tu..  Masuk restaurant adalah sangat best, sebab ada ekon..hahaha
Macam biasa ..kena beli souvenir..Masing2 dah siap keluarkan duit tabung sorang rm 50.. Tp mana la ada lego harga rm 50 kan .. Tu pun depa pilih yang paling murah kat situ.. Adik beli Chima .. rasanya  harga rm 71.90 .. dapat la sekor Chima.. Layan je la adik tu .. Si Abang pula  beli alarm clock .. Harganya RM 119.. tp  dapat diskaun 30%.. Last2 aku tengok alarm clock tu tersadai je kat atas meja makan.. Sabar je la ..asal boleh membeli budak2 ni..
Lain macam miniland, ada lego KLCC, KL sentral , sangat cantik..  Aku lalu laju2 kat area tu ..sebab sangat panas.. Tak sanggup nak layan lama..

Ada satu ride tu, aku macam nak naik, dia akan naik slow2, then, turun air terjun la kononnya.. For sure akan basah la .. Aku macam berani..dah nak ajak H@zim, tp kendian aku cancelkan sebab aku takut aku akan memalukan diriku sendiri..

Overall, not bad la .. Cuma..panas tu pasti.. Again, aku rasa budak2 kecik yang umur 4 tahun ke bawah, x yah la bawak.. dah la panas, bukan depa leh naik apa2 pun kan. .
Ok..kang sambung ..sebab dari JB, kami ke Melaka.. byee..

Hasben's birthday treat

Sempena dengan birthday encik suami, kami sekeluarga pergi bercuti.tp dekat2 .memandangkan aku busy sangat .. so, ok la . dapat menjauhkan diri dengan KL selama 2 hari pun kira dah ok. Since sekarang ni musim ujan, jadi kami decided untuk ke Gr@nd Lexis, PD.. Ini kali ke 3 kami ke sini. Dan setiap kali pergi, kami cuba bilik2 yang berbeza.

 This time, kami amik 2 bedrooms villa.Budak2 amik satu bilik, ai dengan encik suami satu bilik.. Bilik budak2 terus ke swimming pool, jadi depa leh terjun bila2 masa saja. Setiap bilik ada bilik air, tv sendirik,so mak dan babah leh ada own sweet time sendirik.. * x le . aku still terkejar2 dengan budak2 dua orang tu..

 Masa pertama aku tido sini dulu, aku cuba yang villa atas air ni..Then, kali kedua aku cuba yang amik yang kat main building hotel tu. Dia  panggil sky pool villa. This time, garden lanscaped villa. Hasben aku suka yang ni (ala.sebab pegi masa birthday dia )..
After check in je, Budak2 tu dah masuk swimming pool, berjimba puas.. Then, dalam kul 5 gitu, hujan turun lebat..Siap petir bagai..  Budak2 tu still swimming .. Bila aku dah memetir, baru depa kuar dari swimming pool.. Kalau x, sanggup berhujan tu.. Dalam kul 630 gitu, ujan dah reda, depa berendam balik..Aku biorkan je ..dah memang nak depa main swimming pool puas2 kan...Malam tu ujan balik..aku malas nak kuar dinner *sebab aku pun selsema ..makan ubat so mmg mengantuk ya amat. Encik  hasben yang kuar beli dinner..

Malam tu sambung ujan..Bila bangun pagi tu, aku tengok ada bunga kemboja pink ni jatuh kat tepi swimming pool. Aku x ubah ok .aku snap pic ni naturally gitu..santek kann. Budak2 mandi lagi sampai kul 830.. Pepagi dah berendam.. Then, kul 9 kami g bekpes.


Bekpes kat sini mmg out. Seriyes tau.. Dah la banyak lalat..Seriyes x paham nape.. Aku rasa food dia x berasa. Aku minum kopi ala2 kadar, kuar. Dari dulu aku rasa makanan kat hotel ni out.  So, kalau korang g sini, please jangan expect too high utk food dia ye.., Korang anggap la korang bayar mahal2 utk bilik je .. bukan untuk buffet bekpes dia.,.kalau x ..mmg sakit hati.

After bekpes, jalan kaki keliling hotel.. Lalu kat tepi tempat archercy ni..H@zim beriya nk cuba.  Ok la .kasi chance. Murah je uols..RM 10 utk 12 kali panah..  Orang tu ajar kejap, then dia suh buat sendirik.. Not bad anak aku ni. Kagum gak aku sebab x sangka dia leh aim dengan hebat..Kalau aku, mebbe x terbang kot anak panah tu..hihih
Balik bilik, depa swimming lagi samapi kul 11 gitu..Sambil2 depa swimming, aku kemas2 barang untuk balik. Actually kami plan nk lunch kat Putrajaya..so, guna la LEKAS.. senang skit dan x jem ..
Masuk je LEKAS, x lama lepas tu aku rasa keta aku bunyik pelik.. Rupanya2 tayar pecah..
sebab ada anak2  dalam keta, nebes juga..Sebab LEKAS ni sunyi tau..
Hasben aku decided nk tukar tayar sendiri. Emmm..aku call LEKAS (tanpa pengetahuan dia mulanya).. Dalam 10 minutes, peronda LEKAS datang dan tolong. Baik sangat orang tu..
Dia tolong hasben aku tukar tayar.. Then, bila lepas tukar tayar, drive slow ke next exit untuk tukar tukar tayar baru..
Anak2 aku ni jenis yang happy 24 jam..jadi walaupun suasana masa tu adalah agak penat, tp sebab depa 24 jam gelak.. trus ilang penat..

Sampai Melaw@ti dalam kul 3.. Alhamdulillah..walaupun penat, tayar pecah bagai..tp at least dapat quality time with family dan celebrate bestday encik Suami..

Short Getaway & Makan2

Another weekend gateway untuk kami sekeluarga is PutraJ@ya Sh@ngri-La. Dekat je.. tp sebab tak penah pun tido Putrajaya, kami gunakan kesempatan ni la. Actually hasben aku ada dinner kat putraj@ya, dan since dinner tu plannye akan habis lewat,dia malas nak drive balik KL.. So, dia book hotel tu utk kami yang x pegi dinner ni, so boleh la anak2 aku enjoy.

Sabtu tu, lepas H@zim abis piano terus gerak ke PutraJ@ya.  Terus boleh check in. Kami amik bilik yang facing park.  Cantik pemandangan dia, lagi2 bila malam sebab boleh nampak Jambatan *apa ek nama dia .. and boleh tgk warna jambatan tu berubah2 malam2..(of koz sebab lampu kan..)..





 Overall, hotel ni memang selesa.  Orang pun tak ramai, makanan pun best.  Swimming pool dia sangat cantik..anak2 aku memang have fun  betul kat situ..Boleh la untuk gateway dekat2 kan.. kawasan pun aman damai.. 

Esoknye, aku jemput geng sekolah aku datang makan kat rumah.  Kami ni asalnye ber4 mmg close.  Ni geng study group aku dulu, aku, zil@, h@lim, and Nud!n.  Aku masak simple2 je.. Buat hi tea saja. Tp Nud!n x dapat datang sebab dia balik kg ari tu. Dia cuba gak nak terjah rumah aku ..Tp jalam jem.dia sampai KL dah senja,.malu katanye nak datang..Dia ni  lama kije architect kat Ireland. Tahun lepas dia balik Msia, siap buat rumah2 ala resort lagi kat kampung.. Saya adalah sangat suka..

Sempat la aku hidang soto, rendang, bubur kacang dan kek.. And of course sembang2 ngan depa mmg seronok. Family pun dah kenal since sekolah..now anak2 & suami isteri masing2 pun dah close.  Aku sayang kawan2 aku ni..









Melaka Duck Tour

Melaka lagi.. Tp aku x komplen ..sebab aku kan suka sangat makan kat Umbai.. Kami dok kat Equ*torial, tp kali ni kita cuba Club Room.   Istimewanya Club Room ni adalah dia ada level sendiri untuk check-in.  Spesel skit. Dan, everyday ada complimentary hi tea kat Club Level.   Masa breakfast kita boleh choose nak breakfast kat bawah, or kat Club level.



Apa aktiviti aku kali ni?? Anak aku si Ha*im awal2 dah cakap dia nak naik Duck Tour.  Dia dah awal2 cari kat internet pasal Duck Tour ni..Aku cam.. apa2 je la .. ikut je la . Katanya, Duck Tour adalah kenderaan yang boleh berjalan di daratan dan di lautan .. wahh.. aku cam ..apa2 je la.sure tepi2 laut je ni..
Aku ni kan penakut dengan laut.. Dulu masa matrik aku penah naik feri g Langkawi..mak aihh.. i dun like.. x sukak lansung..aku rasa perjalanan tu sangat jauh.. di lambung ombak adalah pengalaman yang tidak cool.

Masa mula2 naik duck tour ni, adalah tourist guide yang ada terangkan here and there.  Slow je dia jalan. Aku ok lagi.. Then, bile sampai kat area bawah ni.. dia stop kejap.. katanya nak tukar driver since nak bawak duck ni dalam air. Aku dah nebes..Biar betul..Tp aku sedapkan hati aku dengan harapan dia bawak sipi2 je tepi pantai... hasben dan anak2 aku dah gelak2 ok...


Bila dia bawak makin ke tengah, mata aku dah asyik cari mana jaket keselamatan pelampung bagai.. apa yang tourist guide tu cakap pun aku x layan .. aku nebes.. Anak2 aku eksaited.. Tp aku x eksaited lansung .. Sebab masa tu cuaca pun mendung.. Lama sangat aku rasa perjalanan tu .. Then, aku ingat dia akan naik kat hujung sana,, Tp tidak.. Dia U turn ok..
Apa2 pun, pengalaman menarik juga sebenarnye .. *lepas kejadian baru aku sedar pengalaman ni berharga.  Tp seriyes, aku x kan naik lagi. Korang leh cuba bile pegi Melaka nanti ye..

Blue Mountain to Sydney Olympic Park


 Kami bertolak dari Sydney dalam pukul 10 dan sampai ke Blue Mountain National Park dalam pukul 12 lebih (note: Kami x ikut jalan tol). Sampai2 je, terus ke Echo Point. Ada satu tower kecik yang tengah2 center tu yang tulis suhu masa tu adalah 11darjah celcius. Aku mula nya macam relaks je (Sebab masa tu  still dalam keta). Sekali bila kuar je dari keta, dah kena angin, aku terus migrain sebab sejuk sangat(seriyesli). Aku cakap dengan encik suamiku yang aku perlukan coffee ; mulanya dia tengok aku dengan sinis sebab dia tau aku mmg hantu kopi (haa..jangan nak salahkan aku, dia yang ajar aku).
 Luckily, ada cafe kat situ.Order kopi dan duduk2 dulu dalam cafe ; anak2 aku sempat beli souvenir kat kedai depan tu (jalan2 x lagi , dah mula beli souvenir).Opss..sebelum tu, Echo Point ni ada kawasan pelantar yang korang boleh tengok icon blue mountain yang glamer tu (three sisters). Ini gambar2 yang anak aku tangkap dari atas pelantar tu. emm..gambar 3 sisters tu ada, tp dalam video la pulak. so kalau korang nak tau  mitos 3 sisters tu sila google .
 Gambar atas ni hasben dengan anak2 aku dalam cubaan tengok air terjun kat area Echo Point. Tp makin lama makin sunyi dan macam terbiar je kawasan tu. Siap ada sign no entry.  Dan ada tanda2 pokok2 situ terbakar.  Bila kami sampai  kat satu  simpang, dia tutup jalan tu, dan tulis yang kawasan air terjun tu ditutup sebab depa tengah selenggarakan area tu sebab ada kebakaran.

Jadi kami berpatah balik dan pergi ke dataran.  Anak aku eksaited sebab ada mamat ni main menda ni (aku x tau nama dia ,tp amazingly bunyi dia walaupun berdengung2 tp nice juga. Aku actually zoom dari jauh pic ni. See.. dalam sejuk2 dia boleh je x pakai baju kan.

 Sebelum keluar dari situ, aku gi minum lagi.  Hasben aku tiba2 datang dan kasi aku souvenir ni. Suweett sangat.. :). dan murah saja.. Aku amik yang bracelet tu *bukan sebab dia mahal 4 dollar dari rantai tu yee.,  Tp sebab aku memang suka bracelet.  Yang rantai tu aku suh hasben aku kasi mak dia ..

Then, kami ke Schenic World.  Scenic World x sampai pun 10 minute drive dari Echo Point.Apa yang menarik? From here, we can take train (train ke depa panggil) yang ala2 coal miners naik tu, then jalan2 dalam hutan Blue Mountain, then, naik semula ke Scenic World guna cable car.
Mula2 kita naik ni dulu.. Ohh..pengalaman ni sungguh nightmare bagi aku sebab dia turun 90 degree okkkk.. Aku menjerit (aahh..x kire !!!) Tp anak2 aku relaks je..cisss...Bila dah sampai pit stop ni, semua orang turun, aku cam yeahhh(sambil lap dahi). Nasib baik kami amik pakej yang untuk naik ke atas kami choose cable car. Kalau x , aku x sanggup kot naik menda ni lagi.

Then, kami ikut je walkway dia ke untuk ke kable car. Menariknya, kat setiap pokok2 yang ada unik kat situ, depa akan tulis penerangan2nya. So, macam hasben aku, dia baca satu2 okkk.. Aku??? errrr ..aku nak cepat naik je. Bawah ni gambar masa kami tunggu cable car. Happy betul aku  naik ni. Oh ya. nak tegur sikit kat sini sebenarnya. Ada 2 family melay* yang queue sama dengan aku. Berlagak ok.. orang senyum pun x balas.  Aku sure depa bukan dari kota singa or dari *ndonesia sebab 1) pakaian 2) cara cakap .. Muka seko2 cam bangga je. Apa salahnye senyum, x mintak bayar pun.. atau korang bajet kaya sangat ke  dapat jalan2 oversi? geram aku..kang next entri aku cerita pasal families yang aku aku jumpa masa tour kat Circular Quay. Beza sangat dengan family yang aku jumpa kat sini. aihhh.. sabar je la..

Lagi sekali beli souvenir. Actually H@kim la tu.. Dia amik satu koala, satu kanggaro. Emmm.. Dua2 dia nak.. Aku rasa kat paddy market lagi murah kot..Hasben aku pun beli souvenir sini,,aku cakap jangan la beli, beli kat Paddy lagi murah .. dia leh cakap sama je.Haa..degil kan .. Bila aku beli kat Paddy, actually harga aku dapat half price dari tmpt ni.. Then dia leh cakap  kualiti lain (aku cam ..yeahh rite)..ahhahahha

On the way back, kami singgah ke Sydney Olympic Park.  2x5  je dengan Bulit Jalil.. Kosong, sunyi...



Anak2 aku suka la .,. main2 kat taman..ada la tourist dari Ch*na kat sini juga, Sama macam Bu*it Jalil, I guess depa sewakan stadium2 ni utk outsiders and untuk show, sebab aku tengok ada banyak iklan2 kat luar stadium ..ie. concert..Next entry aku cerita pasal Circular Quay :)

Wollongong & Kiama

Kami bertolak ke Wollongong jam 10 dan sampai dalam jam 12 tengah hari..Just nice untuk lunch.  Perjalanan nye biasa2 saja, seriyesli rasa macam drive kat PLUS.. GPS tu memang banyak membantu la..Kalau korang drive kat NSW ni, tolong la pakai GPS, sebab aku rasa simpang dan exit dia macam kat M'sia je.. so, GPS adalah penting.  Masa aku drive kat NZ *baca  (hasben aku drive), kami memang x pakai GPS, peta & signboard dah memadai ..

Ini kereta yang kami sewa untuk 2 hari.  Mulanye ingat nak sewa compact je, sebab kami bukan drive jauh2 , tp memandangkan harga pun x banyak beza, kami terus sewa sedan.. senang & selesa..

Kawasan ni aku x tau apa nama dia.. But, I guess it must be kawasan pelancongan *what else, sebab banyak juga bas stop sini. Gambar2 lain x leh upload sini, sebab ada je gambar aku ngan anak2..so aku leh letak sikit je la.. Dalam sejuk2 kat sini pun, bila hasben aku tengok lori aiskrim, dia beli juga.. Aku kagum dengan tahap hasben aku & anak2 leh makan aiskrim dalam keadaan sejuk cenggini.. Hasben aku  feeling2 teringat zaman dia study dulu la tu. cehhhh..Kami makan tengah hari kat Wolonggong juga. Ada kedai fish ship kat tepi laut ni..  And..ada tanda halal .. yes!!! kami x makan dalam kedai,  saja nak feeling2 local, maka kami makan kat taman..

Lepas lunch, set GPS lagi sekali, gi Kiama.. Kiama ni ada femes dengan blowhole. Aku cam x de idea apa sebenarnye Blowhole tu .. Tp nasib baik  la ada penerangan kat situ..
Masa tu dah nak gelap..Kami  ada masa 2 jam untuk balik ke Sydney sebelum hari gelap.. Tangkap2 gambar lebih kurang dalam kul 2 kami balik ke Sydney.. bajet  cam sempat la sampai dalam kul 4.
Sampai town dah gelap. Dalam kul 3.30 tu dah gelap skit..aik.. nk ujan ke.. Aku bajet kalau gelap2 gini ujan je..x de lain dah.. Tp x ujan pun..elok la x ujan, akak x bersedia nak drive dalam ujan2 kat sini .. *macam la aku yg drive kan.
Dalam kul 4 dah gelap gelita, dannn jem!!! Hampess!!! baru kul 4..Ofis tutup kul 5 or 6 kan..ai x paham nape. Dan seperti biasa, GPS akan jadi gile masa masuk town. Dia suh turn right, tp turn right tu no entry.. Nebes aku masa tu.. Hasben aku yakin cakap.. mebbe depan sana kot massa kanan.. okkk..depa sana la sangat..mana ada simpang!!!

Lama gak kami sesat kat tengah2 bandar tu.. Sampai aku suh hasben aku stop, dan aku reset GPS tu.. *padan muka kau.. dah la kasi jalan salah pada aiii...Ni aku rasa dalam kul 430... Masa ni aku bersyukur sangat kita kije KL.. jem dia acceptable lagi.. Tp jem kat sini..leh membuat aku stress.. Tak bergerak lansung...Dah la GPS menggila di city.. Bila aku cerita kat kawan aku  baru je balik dari assignment kat Sydney, dia pun ada same experience dengan GPS kat tengah2 town... mebbe x update kot kan.
 Last2, hasben aku decide x pakai GPS, dia kata dia ingat sikit2 kot..boleh kot, Aku cam give him benefit of the doubt je la.. yakin  je la. Alhamdulillah sampai jugak.. Fuh.. terus hasben aku cakap , esok kita keluar, makes sure balik sebelum gelap..