Hobi dan pencarian rumah smurf

Semalam entah macam mana, semasa berjalan balik ke opis, tetiba kawan aku tanya soalan yang aku rasa soalan darjah 5 sangat. Soalan dia adalah; apa hobi u, kasi I dua hobi yang u ada sekarang. Nervous aku nak jawab soalan tu. Muka dia lak serius masa tanya.  Kelakar ok..
Tapi tu la .. aku berjaya mengelak dari menjawab soalan tu*sebab aku memang x de hobi. Cara aku elak adalah dengan tanya dia pulak apa hobi dia. Nasib baik hobi kawan aku ni menarik untuk didengar, dan dia pun excited cerita pasal hobi dia. Maka, selamat aku.
Seriously,  aku tak ada hobi. Dulu baca buku...novel.. tapi bila dah ada anak, memang aku tak baca buku lagi.  Aku tak consider mengemas rumah adalah hobi aku, sebab bagi aku, kemas rumah ada satu kemestian.  Rumah kena kemas, kalau tak kemas, memang boleh stress.  Anak2 pun dah biasa tengok hiasan2, menda2 kecik atas meja, maka mereka tak hairan pun kacau.  Dan, aku dah stop beli barang2 hiasan rumah ni..maintain je apa yang patut.
Kendian, ada grup wasap antara mommies kindy anak aku. Salah sorang mommy ni sangat suka gardening.  Aku ni rajin la usha gambar garden dia kat fb.  Sebab, aku memang ada tanam pokok bunga tp gitu2 je la. Tak ada la hebat sangat pokok2 aku. Lagipun  before  beli, aku memang dah siap2 tanya kat untie bunga, pokok apa yang paling senang dijaga. Maka, pokok tu la yang aku beli.  Elok je pokok2 tu membesar. Suka aku.  Ada tak pokok yang mati?? Kalau bunga tak ada lagi (kot!! ) tapi kalau sayur2an macam serai, kunyit...memang mati. Aku salahkan tanah..sebab kunyit dan serai aku tanam kat laman belakang.  Tanah dia keras, tak subur.. maka pokok x menjadi . Bunga aku tanam dalam pasu, dan tanah di laman depan.tanah subur dan lembut.  So, pokok pun subur.
Last weeks, aku beli daun kesum, dan aku tanam bawah meja taman di halaman depan. Setakat ni, subur nampaknya. Maka, teori kesuburan tanah aku di atas mungkin boleh dibuktikan benar. Motip beli daun kesum? Supaya kalau aku masak asam pedas, leh maim petik  daun tu.. imaginasi sgt..
Bunga2 aku pun dan makin bertambah. Lagipun sekarang kan musim hujan..makanya effort menyiram pokok tu telah dibantu oleh nature.
Tapi, dah namanya cik sar, bunga tu memang dah ada, aku memang suka aksesori.. taman pun ada aksesori uol.... . So, sebagai seorang pembeli online tegar, aku cari hiasan utk taman. No no no..I bukan cari itik..burung bagai ye..I cari rumah smurf..sebab ari tu ada ternampak ada orang hapload kerusi cendawan yang aku trus tuduh rumah smurf. .  And.. I berjaya contact penjual tu dan order rumah smurf tu..lol.  rupanya penjual tu panggil rumah cendawan. Aku yang memandai rebranding jadikan rumah smurf... cantik x rumah smurf I? Siap ada papa smurf gergasi ok.. kbye!!