Blue Mountain to Sydney Olympic Park
Kami bertolak dari Sydney dalam pukul 10 dan sampai ke Blue Mountain National Park dalam pukul 12 lebih (note: Kami x ikut jalan tol). Sampai2 je, terus ke Echo Point. Ada satu tower kecik yang tengah2 center tu yang tulis suhu masa tu adalah 11darjah celcius. Aku mula nya macam relaks je (Sebab masa tu still dalam keta). Sekali bila kuar je dari keta, dah kena angin, aku terus migrain sebab sejuk sangat(seriyesli). Aku cakap dengan encik suamiku yang aku perlukan coffee ; mulanya dia tengok aku dengan sinis sebab dia tau aku mmg hantu kopi (haa..jangan nak salahkan aku, dia yang ajar aku).
Luckily, ada cafe kat situ.Order kopi dan duduk2 dulu dalam cafe ; anak2 aku sempat beli souvenir kat kedai depan tu (jalan2 x lagi , dah mula beli souvenir).Opss..sebelum tu, Echo Point ni ada kawasan pelantar yang korang boleh tengok icon blue mountain yang glamer tu (three sisters). Ini gambar2 yang anak aku tangkap dari atas pelantar tu. emm..gambar 3 sisters tu ada, tp dalam video la pulak. so kalau korang nak tau mitos 3 sisters tu sila google .
Gambar atas ni hasben dengan anak2 aku dalam cubaan tengok air terjun kat area Echo Point. Tp makin lama makin sunyi dan macam terbiar je kawasan tu. Siap ada sign no entry. Dan ada tanda2 pokok2 situ terbakar. Bila kami sampai kat satu simpang, dia tutup jalan tu, dan tulis yang kawasan air terjun tu ditutup sebab depa tengah selenggarakan area tu sebab ada kebakaran.
Jadi kami berpatah balik dan pergi ke dataran. Anak aku eksaited sebab ada mamat ni main menda ni (aku x tau nama dia ,tp amazingly bunyi dia walaupun berdengung2 tp nice juga. Aku actually zoom dari jauh pic ni. See.. dalam sejuk2 dia boleh je x pakai baju kan.
Sebelum keluar dari situ, aku gi minum lagi. Hasben aku tiba2 datang dan kasi aku souvenir ni. Suweett sangat.. :). dan murah saja.. Aku amik yang bracelet tu *bukan sebab dia mahal 4 dollar dari rantai tu yee., Tp sebab aku memang suka bracelet. Yang rantai tu aku suh hasben aku kasi mak dia ..
Then, kami ke Schenic World. Scenic World x sampai pun 10 minute drive dari Echo Point.Apa yang menarik? From here, we can take train (train ke depa panggil) yang ala2 coal miners naik tu, then jalan2 dalam hutan Blue Mountain, then, naik semula ke Scenic World guna cable car.
Mula2 kita naik ni dulu.. Ohh..pengalaman ni sungguh nightmare bagi aku sebab dia turun 90 degree okkkk.. Aku menjerit (aahh..x kire !!!) Tp anak2 aku relaks je..cisss...Bila dah sampai pit stop ni, semua orang turun, aku cam yeahhh(sambil lap dahi). Nasib baik kami amik pakej yang untuk naik ke atas kami choose cable car. Kalau x , aku x sanggup kot naik menda ni lagi.
Then, kami ikut je walkway dia ke untuk ke kable car. Menariknya, kat setiap pokok2 yang ada unik kat situ, depa akan tulis penerangan2nya. So, macam hasben aku, dia baca satu2 okkk.. Aku??? errrr ..aku nak cepat naik je. Bawah ni gambar masa kami tunggu cable car. Happy betul aku naik ni. Oh ya. nak tegur sikit kat sini sebenarnya. Ada 2 family melay* yang queue sama dengan aku. Berlagak ok.. orang senyum pun x balas. Aku sure depa bukan dari kota singa or dari *ndonesia sebab 1) pakaian 2) cara cakap .. Muka seko2 cam bangga je. Apa salahnye senyum, x mintak bayar pun.. atau korang bajet kaya sangat ke dapat jalan2 oversi? geram aku..kang next entri aku cerita pasal families yang aku aku jumpa masa tour kat Circular Quay. Beza sangat dengan family yang aku jumpa kat sini. aihhh.. sabar je la..
Lagi sekali beli souvenir. Actually H@kim la tu.. Dia amik satu koala, satu kanggaro. Emmm.. Dua2 dia nak.. Aku rasa kat paddy market lagi murah kot..Hasben aku pun beli souvenir sini,,aku cakap jangan la beli, beli kat Paddy lagi murah .. dia leh cakap sama je.Haa..degil kan .. Bila aku beli kat Paddy, actually harga aku dapat half price dari tmpt ni.. Then dia leh cakap kualiti lain (aku cam ..yeahh rite)..ahhahahha
On the way back, kami singgah ke Sydney Olympic Park. 2x5 je dengan Bulit Jalil.. Kosong, sunyi...
Anak2 aku suka la .,. main2 kat taman..ada la tourist dari Ch*na kat sini juga, Sama macam Bu*it Jalil, I guess depa sewakan stadium2 ni utk outsiders and untuk show, sebab aku tengok ada banyak iklan2 kat luar stadium ..ie. concert..Next entry aku cerita pasal Circular Quay :)
Wollongong & Kiama
Kami bertolak ke Wollongong jam 10 dan sampai dalam jam 12 tengah hari..Just nice untuk lunch. Perjalanan nye biasa2 saja, seriyesli rasa macam drive kat PLUS.. GPS tu memang banyak membantu la..Kalau korang drive kat NSW ni, tolong la pakai GPS, sebab aku rasa simpang dan exit dia macam kat M'sia je.. so, GPS adalah penting. Masa aku drive kat NZ *baca (hasben aku drive), kami memang x pakai GPS, peta & signboard dah memadai ..
Kawasan ni aku x tau apa nama dia.. But, I guess it must be kawasan pelancongan *what else, sebab banyak juga bas stop sini. Gambar2 lain x leh upload sini, sebab ada je gambar aku ngan anak2..so aku leh letak sikit je la.. Dalam sejuk2 kat sini pun, bila hasben aku tengok lori aiskrim, dia beli juga.. Aku kagum dengan tahap hasben aku & anak2 leh makan aiskrim dalam keadaan sejuk cenggini.. Hasben aku feeling2 teringat zaman dia study dulu la tu. cehhhh..Kami makan tengah hari kat Wolonggong juga. Ada kedai fish ship kat tepi laut ni.. And..ada tanda halal .. yes!!! kami x makan dalam kedai, saja nak feeling2 local, maka kami makan kat taman..
Lepas lunch, set GPS lagi sekali, gi Kiama.. Kiama ni ada femes dengan blowhole. Aku cam x de idea apa sebenarnye Blowhole tu .. Tp nasib baik la ada penerangan kat situ..
Masa tu dah nak gelap..Kami ada masa 2 jam untuk balik ke Sydney sebelum hari gelap.. Tangkap2 gambar lebih kurang dalam kul 2 kami balik ke Sydney.. bajet cam sempat la sampai dalam kul 4.
Sampai town dah gelap. Dalam kul 3.30 tu dah gelap skit..aik.. nk ujan ke.. Aku bajet kalau gelap2 gini ujan je..x de lain dah.. Tp x ujan pun..elok la x ujan, akak x bersedia nak drive dalam ujan2 kat sini .. *macam la aku yg drive kan.
Dalam kul 4 dah gelap gelita, dannn jem!!! Hampess!!! baru kul 4..Ofis tutup kul 5 or 6 kan..ai x paham nape. Dan seperti biasa, GPS akan jadi gile masa masuk town. Dia suh turn right, tp turn right tu no entry.. Nebes aku masa tu.. Hasben aku yakin cakap.. mebbe depan sana kot massa kanan.. okkk..depa sana la sangat..mana ada simpang!!!
Lama gak kami sesat kat tengah2 bandar tu.. Sampai aku suh hasben aku stop, dan aku reset GPS tu.. *padan muka kau.. dah la kasi jalan salah pada aiii...Ni aku rasa dalam kul 430... Masa ni aku bersyukur sangat kita kije KL.. jem dia acceptable lagi.. Tp jem kat sini..leh membuat aku stress.. Tak bergerak lansung...Dah la GPS menggila di city.. Bila aku cerita kat kawan aku baru je balik dari assignment kat Sydney, dia pun ada same experience dengan GPS kat tengah2 town... mebbe x update kot kan.
Last2, hasben aku decide x pakai GPS, dia kata dia ingat sikit2 kot..boleh kot, Aku cam give him benefit of the doubt je la.. yakin je la. Alhamdulillah sampai jugak.. Fuh.. terus hasben aku cakap , esok kita keluar, makes sure balik sebelum gelap..
Darling Harbour & ChinaTown, Sydney
Dah almost sebulan aku pegi Sydney, baru ni aku nak cerita.
Flight kami dari KL ialah jam 1145 pm. Sampai je Sydney dalam kul 10 (settle semua checkout). Alhamdulillah, imigresen dia x check lansung beg kami *bukan ada apa pun, megi pun x de.. Cuma aku ada tulis situ bawak medicine, dia tanya ubat apa..Encik suami cakap .. ubat demam.. Dia angguk dan suruh kami terus je.. X perlu bukak2 beg.., Alhamdulillah ..
Kat airport kan panas .. ada heater.. Melangkah je kuar kat tempat teksi, terus kesejukan .. Tp sebab sweater dalam beg, x koser aku nak kuarkan.. redah je..budak2 memang dah siap2 ada sweater..so aku suh depa trus pakai.. Tahan teksi, dah terus laju je kami ke Hotel..
Dah letak beg tu, terus amik peta kat receptionist dan kuar . sejuk ok. rasa nak nangis.. Tp after 10 minute tu, dah immune. Jalan je la.. Ini kat sebelah hotel kami. Memang x de masalah makan lansung!
Selama 5 hari kami kat sini, tetiap hari makan kat restoran bawah ni.. MMC..
Adik ni siap tebar2 roti canai depan mat saleh.. Kagum dik!! Etlis, leh la memperkenalkan makanan M'sia kan.. Pekerja2 dia semua ramah . Siap leh sembang2 ngan kami dah eksaited ..Tanya dari mana,, dok sini sampai bile..bla bla bla. Dah kami selama2 dok Sydney tiap2 hari la makan sini .. Emm.. harga dia leh tahan gak.. Aku lupa exact amount, tp cam kami makan ber4, tiap kali makan dalam 100 dollar..kami hanya makan dinner saja di sini, every nite kat sini.. Sebab dekat & sedap. X yah pikir menda lain dah..menu pun bermacam *wahh..aku promote kedai adik ni ...
Since baru kul 10 lebih, x tau kedai2 kat sini bukak kul bape, kami buat pusing satu ChinaTown. Then, gi Darling Harbour. Kat Area situ, seriyes terasa cam KLCC..jauh gak kami jalan..Nampak cam terang benderang kan..ekceli sejuk dan berangin.. So, mmg x terasa la penat sebab sejuk je..





