I cant believe yang aku tertipu ! !

As semua orang tahu, aku memang pembeli   online.. and semuanya   ok la..barang sampai .  Quality tu mg boleh   dipersoalkan, tapi   at least   barang sampai..cakap je kat mana..Lazada, Groupon, Poplook,Nile,Zalora semua tu mmg fav online portal aku.

Handbag aku beli dari mmg trusted seller yang kalau bukan kawan aku sendiri kenal  sendiri or mereka rekemen.. mahal kan..so mmg aku berhati2..takut tertipu bayar mahal2.sekali fake!!
Tudung2 branded like   Bokitta & Naelofar  pun aku   beli online.. cuma kalau dh x sabo menggeletar   nak pakai esok juga..masa tu mmg dan dan masa tu juga aku g kedai . .  so, basically   i am quite   confident dengan online portal and buying  branded and expensive   stuff   online.

Kisahnya.. aku browse2 ig dan nampak   satu ig ni jual instant shawl yang sangat2 la cantiknya. Aku x pernah beli shawl kat ig.. and shawls dia pun cantik..so macam nakkk sangat   cuba. Katanya promo rm100 for 3 helai . .and with postage   rm107.

Masa nak beli mmg agak ramah mesra..but hey budak . .aku mmg x kan ramah   mesra dgn penjual online.. calling me yunk.. seriously ?  Kau ingat aku budak baru nak up? I kept on make it formal and address her as sis.
And i kept it formal   as i can. Aku bank   in duit 12hb  may.. malam..and katanya   dia akan pos once a week. Ok understoood..

Tp dari hari sehari, dia x kasi tracking   id..senyap . .tp rajin update  kat ig.  Ok i kept on sabar waiting . .sampai aku rasa macam something   fishy is happening   ..but still   husnuzon. Hey ciksar.. baik pula kau.
Until   on  26 may, aku rasa patut  wasap them. Katanya,esok kami pos.
Masa tu jumaat, so aku macam ok.. give her sometimes.. selasa baru aku tanya lagi kalau x dapat.. dan mmg betul..  selasa tu x dapat2   juga. Petang tu..aku wasap lagi..dia seen message  aku..tp x reply . . Sesuatu x.. soalam simple and basic . .can i get my tracking id?
Kau nak tau dia kata apa? Ok kejap kami kasi.. kejap dia makan 10 minutes.. x reply2..
Aku tanya lagi..tracking id please. Kali ni jawapan dia lain.. malam ni baru pos . .baru leh kasi tracking   id.. aku x tau la adik ni ada short   term memory lost   tahap kronik ke apa.. tp baru 10 mins tadi dia ye ye cakap macamkan tracking id tu ada.. now malam ni baru nak pos? 
Jangan nak menipu  secara kurang bijak boleh   tak?
Then . Aku malas nk layan..aku cakap refund je la duit aku.. dia kata ok.. malam ni.. malam ni tu malam selasa tau.. ni dh khamis.  Habuk pon   tarak.  Aku wasap baru je di tadi.. reply pon tak. Aku nak tunggu sampai   kul 11 ..kalau   dia x reply.. aku akan cakap,bln2 puasa   ni.. dermakan la duit aku tu kat masjid.. x yah la refund kat aku.. kalau kau x buat..menjawab   la kau nanti di akhirat..

I am ok to wait . .aku pernah   beli   handbag yang aku kena tunggu 2 bulan sebab pre order.  Aku ok with that sebab aku tau.dia dah inform awal2.. dan x la diam lepas dpt   duit. For some of you,rm107 is just tiny miney little amount kan.  Tp,just imagine kalau dh dapat 10 org tertipu cam aku??

Aku tak mau share   ig dia kat sini. Never!!aku x mau jd mcm dia..
So..korang, hati2 la dengan penjual shawl kat ig ni.. baiklah beli je kat ampang   park tu..jangan malas sangat   nak berjalan .   Ehhh..itu aku..  utk adik tu.. semoga   kau mendapat balasan sewajarnya

Penang..

Cuti sekolah   yg lepas, kami ke Penang. Dan kali ni,untuk pertama kalinya kami tak ke Batu Feringghi. Tujuan utamanya adalah untuk ke Lexis Suite , Penang.

Lexis memang famous dengan famous dengan private   swimming pool   kat semua bilik..so, ayuh kita cuba yang Penang   pula . .

Kami sampai dalam pukul 11. Terus  ke Bukit Bendera   dulu. Dah bertahun2 tak pergi   Penang..dah bertukar pun   keretapi tu. Parking pun dah cantik.. dah bertingkat2 . .tak perlu la berpanas2 dan bersesak parking..yang ni, aku salute..perubahan yang sangat positif. Yang x bestnya   kan..sikap sesetengah   pelawat yang x reti   nak beratur.. i would say..Msian dah bagus..kita beratur..ikut queue ...dalam train   kasi kanak2 dan org tua duduk.

Tapi, tu la.. dah nama pun kawasan pelancongan, ramai la makcik  dan pakcik   arab kan.. yeah..mereka2 ni sangat menaikkan darah kau.. dengan x reti nak queue masa naik naik train..muka selamba   je potong   queue. Dalam train , x de pon rasa nak kasi bdk2 or pompuan   duduk.. like seriyesli pak arab???

Train tu agak laju kan..aku lak yg ngeri sebab laju   sangat . .dah la naik   like almost 90 degree.. cuaca kat atas tu panas   ya amat2.. kalau   dulu2 kau leh bajet2 kabus manja kat penang   hill tu..now tidak   lagi.. panassss uolss..

Dan sebagai acah2 pelancong..kami makan kat cafe atas penang hill.. beli scone.. tea..kek..kata acah2 pelancong   kan.. kau ingat   ni kat Cameron Highland  .. dah la mahal ..ku tabahkan diri utk abiskan scone dan teh   tu dalam   kepanasan...nak tangkap gambar pun x mampu   sebab panas sangat.

Lepas makan.. cari la jambatan kunci ala2 korea tu kan..aku dh lupa pasal tu..tp nasib la si H@zim ingatkan.. laju2 juga bergambar..cantik la tempat tu..i like.. cuma minus   the   weather   je yg acik tak berapa  tahan. Aku ni mmg cannot   tahan panas..migrain kelak..terus x jadi bercuti   lak nanti.

Keluar je dari Penang Hill..terus beli nasi kandar otw jalan je teluk   kumbar.  Why semua nasi kandar kat Penang ni sedap...

Ok..terus ke hotel . .senang je nak cari hotel   ni..dia bukan la kat kawasan pelancongan . . Sama la macam kat PD tu..motip   kami pun just nak rehat2 kat bilik..

Bagi   aku..bilik dia memang la kecik  skit dari grand lexis, PD.. tapi   konsep dia moden .  Siap ada bilik sauna kat tepi swimming pool. Sampai2   je.. bebudak terus mandi, dan kami makan tepi kolam..acah2 rumah sendiri.. bebudak mmg have fun sangat. kami memang tak keluar ye..malam pun makan order   room service   je.

Esoknya, Breakfast   dia not bad.  Yang ni dia menang dari Grand Lexis. Pilihan banyak.
Masa kami dtg,hotel   ni baru soft launch ye.. so, dia promo cam we can take any/everything   dari fridge dlm bilik.  Banyak   kali juga kami tanya betul ke.. senang kau.. rezki jangan ditolak.
Masa nak checkout, hasben ajak kami makan kat Japanese resto kat hotel tu.. dia x suka pon makan japanese ye..tp dia dok melayan tekak bini dia ni haa.. dan kami dapat makan free tau. Nak tau camne? Sebab kami dapat   voucher rm100 dari hotel.. memang untung berganda. Harga dia pn ok..ala2 kau makan kat   sushi zanmai je. Aku ambil salmon head .. hasben   dan anak2 ambil nasi set ayam.

lepas   makan, terus check   out dan cari barang   skit kat town. Basically   percutian   yang ni memang kami dok   bilik je..sure org   cakap..datang jauh2 dok hotel je ke. Yes!! Memang nak relaks .. anak2 mandi depan   mata.. dan mak ayah leh tgk tv   depan   bilik.

Kalau sapa2 yg dok kat utara nak rehat2..memang aku sajes la Lexis   ni.. trick dia, kau beli   food siap2.. sebab lepas kau dh check in, kau akan jadi sgt malas nak keluar *dan sangat jauh juga sebenarnya dari town.

Uncle suratkhabar

Pepagian tadi masa aku keluar dari rumah , bukak gate,aku nampak pakcik yg selalu hantar suratkhabar ke rumah   untie ros.. Tapi dia tolak motor dia..dengah berat penuh   suratkhabar, slow je dia tolak . .kesian lak aku tgk..

"Uncle, motor rosak  ke?" Yes..aku tau   soklan ni agak bodoh,lame and typical sangat.. tp heloo . .aku cuba   jadi peramah..so, kasi la kredit sikit..

"Ye la.. dah sejam i tolak motor..penat!!" Kata uncle   sambil tersenyum, baling suratkhabar ke rumah untie ros, dan terus tolak motor ke rumah   seterusnya. 

Aku sebenarnya   terpikir.. betapa uncle ni punya rasa tanggungjawab amat tinggi . . Dia tau ramai yg tunggu suratkhabar dia..yg dah amanahkan dia utk hantar   pada mereka   everyday..so; walaupun motor dia rosak ,  dia rela tolak motor dan still deliver   suratkhabar   tu..

Tak de pon   uncle nak amik EL,mahupun   Mc. I salute u,uncle..