Ayam Masak Mayonis

Sepanjang2 puasa ni, memang aku masak sendiri, kecuali masa awal2 Ramadhan ,sebab H@zim masuk spital, dan kami berbuka di spital selama 4 hari.. Makan nasi bungkus je..

Selebihnya aku masak sendiri. Aku memang malas la nak beli kat PARAM sebab nak dapat yang sedap tu memang susah.  Dari aku sakit hati menyumpah penjual tu, baik la aku masak, walaupun terkejar2 mengejar masa.  .  Aku kuar opis dalam kul 5, dengan jem bagai, selalunya aku sampai rumah dalam kul 6, dan siap semua dalam kul 7. Sementara tunggu masakan tu siap, aku lari2 naik atas untuk asar.  Time management sangat kan..hahhahah..

Mencari idea nak masak apa memang senang.. sebab?? sebab kat opis aku ni ada cik Ain yang sangat la pandai masak. Ini blog dia Ain's blog .  Aku pakat2 tiru je apa yang dia masak , dan hasil nye memang mabeles..

 Bihun siam ..sedap uols.. first time masak bihun siam sendiri.. hasben pun bertambah2..Resipi ada kat blog Ain..Jangan derhaka resipi ..ikut je kalau nak sedap..
 Ni pun aku tengok resipi dari blog Ain.  Ayam ala2 kenny rogers. Ain perap 2, 3 jam , aku dok perap sehari semalam.  Kira derhaka resipi ke ni? Ayam ni aku x bakar dalam oven, sebab dah lambat ..x sempat masak kang .. So, aku bakar dalam pemanggang ajaib (nama dia mmg pemanggang ajaib tau). Yang bestnye dia mmg cepat masak, masak sama rata, dan kejap je dah siap..
 Ni aku pakai campak2 je ..Sbb nak abis kan segala sayur dan ayam dalam peti ais.  Pun masak dalam pemanggang ajaib tu.. Kejap je dah siap. Aku tuduh masakan aku bernama Paprik Ayam.
Ni pulak ayam masak  mayonis aku.. First time aku makan ayam ni masa MIL aku buat.. Aku memang suka food ni sebab terasa sangat semua bahan2 dia..Aku ada share resipi ni dengan sorang kawan aku, dan dia sangatlah suka masak ni.. Meh aku share ngan korang lak
Bahan2:
Ayam setengah ekor  - dipotong sedang2 la ..jangan besar2 ye
Bunga kantan 3 batang  - dihiris halus
Serai 3 batang  - dihiris halus
Daun limau purut 4 helai - dihiris halus
Segenggam cili api (kalau nak pedas lagi, tambah la ) - dihiris halus
Bawang putih - 4 ulas  - dimayang
Bawang besar - 1 biji - dimayang
Dua kiub tomyam (aku guna brand Adabi)
3 sudu besar mayonis
Sedikit air


Cara2:
1) Ayam diperap dengan garam dan kunyit, then , goreng, angkat.
2) Panaskan minyak, then tumis bawang putih dan bawang merah
3) Bila dah naik bau,  masukkan kiub tomyam dan letak sikit air supaya kuib tu cair...sikit je tau.. sebab tujuaan nya supaya kiub tu cair je ..
4)masukkan ayam yang digoreng tadi.. kacau2  kejap kasi sebati dengan rasa tomyam tu
5) Masukkan bunga kantan, serai, daun limau purut, cili api. Kacau lagi ..
6) Masukkan mayonis, masa ni korang tambah la air sikit , sebab nak sebatikan mayonis tu dengan ayam.
7) Letak garam skit je. Then tunggu air kering skit. Korang leh angkat la ..
Masakan ni memang jenis yang x berkuah banyak..Dia punye kuah tu cam kuah rendang la kepekatan nya   .. kan pekat2 gitu...
 Selamat mencuba..

6 ulasan diberikan:



pepesyed said...

I rasa dari I masak, apa kata you buat kan untuk I? Thanks!! :D

pepesyed said...

I rasa dari I masak, apa kata you buat kan untuk I? Thanks!! :D

Cik Sar said...

pepesyed>> nanti i masak utk u .. i tapaukan dengan nasi skalik..

edrina said...

first time jugak akak dengar ayam masak mayonis..boleh cuba lah lepas ni :).

Selamat Hari Raya Sar! Maaf zahir batin!

Cik Sar said...

Kak Ed..leh cuba ni kak . kurang kan cili so bebudak leh rasa :)

yani mn said...

1st time dgr ni nanti nak try..yg bihun siam tu pun cam best je