Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Bibik nak lari.. Plan sangat!!

Maid aku sekarang ni dah setahun lebih dengan kami..So far, memang la aku sangat puas hati dengan kerja dia. Memang tip top.. Yang kesiannya, duit dia x pernah dia simpan.semua dia hantar balik.. bermacam reason..
1) anak nak sekolah
2) anak nak sekolah
3)reason 1 & 2 diulang selama 4 kali
4) nak puasa
5)nak raya
6)sedara sakit (aku lupa bapak ke mak ke..or nenek..yang pasti sedara)
7) sedara yang sakit di no 6  meninggal (see, nampak x logik di situ, ye la tu bikkkk)
8) dan paling x menahan reason bulan lepas---> rumah kampung dia roboh!! Aduhaiii.. apa2 je la x bik..duit ko..

Aku pun pelik ..hantar je la kan. xyah la ko kasi reasons  bangang ni kat aku.. Sampai la kelmarin, mmg habit aku lagi seminggu nak gaji dia aku akan tanya, kali ni duit ni nak simpan ke? dan kelmarin dia cakap..dia nak semua ..Aku cakap, nak hantar balik? Dia cakap x..dia nak pegang.. Terdetik la aku..ehh..minah ni nak lari ke..Tp x terluah je...

Sampai la tadi masa aku masak dinner, dia tanpa ditanya2, inform :
Bibik: Duit  gaji bulan ni saya mau beli 2 cincin, mau dititip untuk anak saya..
Aku: Macam mana kamu nak hantar?
Bibik: Mau suruh ibu Y@h (mak mentua aku) hantar ke S@lm@h..
S@lM@h ni kawan dia, yang dah lama kije sini. Aku pun assume mebbe S@lm@h nak balik Indon kot..so aku malas nak layan .. sebab aku actually x percaya dia nak beli cincin then berani lak ko kirim kat orang kan...

Dan, hari ni ,after dinner, aku terus ke Rawang lawat abang ipar aku .. dia x sihat .. Dalam keta, aku cakap dengan hasben aku.aku x sedap hati dengan bibik. Dia cam pelik sikit lately.. Hasben aku pun cakap yang mebbe lepas ni, kalau bibik berhenti, x perlu la ada maid lagi.. So, perjalanan ke Rawang dipenuhi dengan plan2 apa nak buat kalau betul2 kami maidless..

Sampai2 ke Rawang, sembang2 dengan kakak & abang ipar aku, sekali aku dapat call dari mak mentua aku.. Mak mentua aku ada 2 maid,dan setiap hari memang aku hantar maid aku g rumah mak mentua aku sebab aku x percaya tinggalkan anak2 aku dengan maid kat rumah..at least , kalau kat rumah mak mentua aku, aku tau ada orang lain yang aku percaya kat situ.. Maid mak mentua aku lak, sorang tu dah lama, sorang lagi baru je seminggu kot... Dan, maid mak mentua yang before that, lari few weeks ago.. Just imagine, ada 3 maid kat rumah tu, macam mana 2 maids ni x sedar yang
kawan depa yang sorang ni lari.. emmm. something fishy kan.Panjang lak intro aku kan... Mak mentua aku tanya aku:
Mak: Ko dah kasi gaji dia bulan ni?
Aku: Belum mak..tp dia ada cakap nak semua dalam tangan dia .. x mo bank in..
Mak: Dia cerita dengan maid dua ni, dia nak lari bila dah dapat gaji..
Aku: Ler... patut la dia lain macam je skang.. nak lari..(hampeehhh ko maid)

Bukan tu saja ye kawan2.. mak mentua aku cakap, dia buruk2 kan aku kaw2 punye.dia ngadu dengan the maids:
1) Penat kemas rumah aku..ada 7 bilik dan 7 bilik air (hamboiiii..ko ingat rumah aku banglo?? mana datang 7 bilik, 7 bilik air ..ko kire sekali dengan bilik air orang sebelah ke??? atau, ko x pandai kira..)
Cuci toilet pun seminggu sekali je kot.. Tu pun, bilik air aku, bilik air hasben aku ngan budak2..baru 2 kann.. bilik air bawah tu bilik air dia.. baru 3 kan..do the math , bikk..mana datang 7 ..aduhhh..lagi satu, x kan bilik air ko pun aku nak basuh..

2) H@zim dapat B karangan untuk mid term ni.aku punya la ngamuk .. Padahal mmg satu kelas dapat teruk...Kelas no 1 kat Melaw@ti tu ok.. tp mebbe depa set soalan susah kot.. Dia leh ngadu ngan mak mentua aku.. aku marah kaw2 anak aku dapat B.. Tp memang patut pun, sebab katanya, aku bukan nak ajar anak,,sibuk main games kat Phone..opss...sentap aku.sebab aku memang tengah gila main candy crush.. Mak mentua aku slash dia balik..---> kamu jangan nak buruk2 kan majikan (padahal mak mentua aku pun tau aku kaki games)...Yang mak mentua aku marah tu, dia sangat sweet talker.. Cakap dengan aku baik sangat..belakang aku, kutuk kaw2..

Aku x sangka dia begitu pun.. nampak sangat baik ok..Dan kami pun layan dia sangat bagus.. Sapa2 penah g rumah aku, sure cakap dia sangat baik..dan aku pun selalu laaa puji dia.. Kalau aku x masak dinner sebab aku x sihat ke apa..kami akan tanya dia, nak makan apa..kami belikan.. Dia tinggal makan je..  Tugas dia kat rumah aku, hanya kemas rumah , dan jaga anak aku...dan opss.. tak lupa cuci toilet aku yang 7 buah tu.. Masak adalah tugas aku..  Please la lari bik,aku nak tengok kau kena macam mana kalau kat rumah lain.. lari tau..

Tu pun baru sembang kat phone.. sebab aku pun kat rumah kakak aku.. malas la nak sembang lama2 .. Esok aku nak g rumah mak mentua aku tanya details..Tp mak mentua aku x kasi dulu aku kasi gaji dia.. Aku mmg plan nak kasi Jumaat ni..Sebab memang aku akan kasi ujung bulan.. Aku nak tengok dia lari ke tak hari Sabtu tu. Tak tau nak sedih ke .. nak geram ke.sebab dia ok je depan aku..Tp aku jadi takut lak.. Macam tadi, kami sampai rumah je..dia dah bukak pintu depan..aku buat lawak dengan hasben aku.---> saspek x lari lagi rupanya..

H@zim penah cerita pada aku before aku g umrah tu, H@zim demam .. So, dia x g sekolah.. dia kata, bibik sembang dengan lelaki kat belakang..bisik2.tp aku x pandang seriyes pun.. Then, lately, dia selalu buat2 lawak.. "Ok la..H@kim x sayang bibik..bibik lari ye"..aku memang pantang orang cakap gitu.sebab maid aku yang lari dulu pun before lari dah kasi amaran begitu..hihihi..Just imagine ye..maid aku yang lari dulu, 4 tahun dengan aku, still leh lari ikut lelaki .. apatah lagi bibik yang baru setahun setengah ni..

Aku baru plan nak bawak dia g tailor buat baju raya this weekend..Trus plan cancelled. 

Seriyes x tau macam mana nak react.. Tak tau camne nak senyum masa dia buat lawak..td lepas aku parking keta, beriya2 nak amik kunci aku nak kunci gate..ehhh..sinetron sangat kamu ni bik.. Kita tunggu la nanti macam mana ye.. Dia lari ke x weekend ni..

Hasben's birthday treat

Sempena dengan birthday encik suami, kami sekeluarga pergi bercuti.tp dekat2 .memandangkan aku busy sangat .. so, ok la . dapat menjauhkan diri dengan KL selama 2 hari pun kira dah ok. Since sekarang ni musim ujan, jadi kami decided untuk ke Gr@nd Lexis, PD.. Ini kali ke 3 kami ke sini. Dan setiap kali pergi, kami cuba bilik2 yang berbeza.

 This time, kami amik 2 bedrooms villa.Budak2 amik satu bilik, ai dengan encik suami satu bilik.. Bilik budak2 terus ke swimming pool, jadi depa leh terjun bila2 masa saja. Setiap bilik ada bilik air, tv sendirik,so mak dan babah leh ada own sweet time sendirik.. * x le . aku still terkejar2 dengan budak2 dua orang tu..

 Masa pertama aku tido sini dulu, aku cuba yang villa atas air ni..Then, kali kedua aku cuba yang amik yang kat main building hotel tu. Dia  panggil sky pool villa. This time, garden lanscaped villa. Hasben aku suka yang ni (ala.sebab pegi masa birthday dia )..
After check in je, Budak2 tu dah masuk swimming pool, berjimba puas.. Then, dalam kul 5 gitu, hujan turun lebat..Siap petir bagai..  Budak2 tu still swimming .. Bila aku dah memetir, baru depa kuar dari swimming pool.. Kalau x, sanggup berhujan tu.. Dalam kul 630 gitu, ujan dah reda, depa berendam balik..Aku biorkan je ..dah memang nak depa main swimming pool puas2 kan...Malam tu ujan balik..aku malas nak kuar dinner *sebab aku pun selsema ..makan ubat so mmg mengantuk ya amat. Encik  hasben yang kuar beli dinner..

Malam tu sambung ujan..Bila bangun pagi tu, aku tengok ada bunga kemboja pink ni jatuh kat tepi swimming pool. Aku x ubah ok .aku snap pic ni naturally gitu..santek kann. Budak2 mandi lagi sampai kul 830.. Pepagi dah berendam.. Then, kul 9 kami g bekpes.


Bekpes kat sini mmg out. Seriyes tau.. Dah la banyak lalat..Seriyes x paham nape.. Aku rasa food dia x berasa. Aku minum kopi ala2 kadar, kuar. Dari dulu aku rasa makanan kat hotel ni out.  So, kalau korang g sini, please jangan expect too high utk food dia ye.., Korang anggap la korang bayar mahal2 utk bilik je .. bukan untuk buffet bekpes dia.,.kalau x ..mmg sakit hati.

After bekpes, jalan kaki keliling hotel.. Lalu kat tepi tempat archercy ni..H@zim beriya nk cuba.  Ok la .kasi chance. Murah je uols..RM 10 utk 12 kali panah..  Orang tu ajar kejap, then dia suh buat sendirik.. Not bad anak aku ni. Kagum gak aku sebab x sangka dia leh aim dengan hebat..Kalau aku, mebbe x terbang kot anak panah tu..hihih
Balik bilik, depa swimming lagi samapi kul 11 gitu..Sambil2 depa swimming, aku kemas2 barang untuk balik. Actually kami plan nk lunch kat Putrajaya..so, guna la LEKAS.. senang skit dan x jem ..
Masuk je LEKAS, x lama lepas tu aku rasa keta aku bunyik pelik.. Rupanya2 tayar pecah..
sebab ada anak2  dalam keta, nebes juga..Sebab LEKAS ni sunyi tau..
Hasben aku decided nk tukar tayar sendiri. Emmm..aku call LEKAS (tanpa pengetahuan dia mulanya).. Dalam 10 minutes, peronda LEKAS datang dan tolong. Baik sangat orang tu..
Dia tolong hasben aku tukar tayar.. Then, bila lepas tukar tayar, drive slow ke next exit untuk tukar tukar tayar baru..
Anak2 aku ni jenis yang happy 24 jam..jadi walaupun suasana masa tu adalah agak penat, tp sebab depa 24 jam gelak.. trus ilang penat..

Sampai Melaw@ti dalam kul 3.. Alhamdulillah..walaupun penat, tayar pecah bagai..tp at least dapat quality time with family dan celebrate bestday encik Suami..

Short Getaway & Makan2

Another weekend gateway untuk kami sekeluarga is PutraJ@ya Sh@ngri-La. Dekat je.. tp sebab tak penah pun tido Putrajaya, kami gunakan kesempatan ni la. Actually hasben aku ada dinner kat putraj@ya, dan since dinner tu plannye akan habis lewat,dia malas nak drive balik KL.. So, dia book hotel tu utk kami yang x pegi dinner ni, so boleh la anak2 aku enjoy.

Sabtu tu, lepas H@zim abis piano terus gerak ke PutraJ@ya.  Terus boleh check in. Kami amik bilik yang facing park.  Cantik pemandangan dia, lagi2 bila malam sebab boleh nampak Jambatan *apa ek nama dia .. and boleh tgk warna jambatan tu berubah2 malam2..(of koz sebab lampu kan..)..





 Overall, hotel ni memang selesa.  Orang pun tak ramai, makanan pun best.  Swimming pool dia sangat cantik..anak2 aku memang have fun  betul kat situ..Boleh la untuk gateway dekat2 kan.. kawasan pun aman damai.. 

Esoknye, aku jemput geng sekolah aku datang makan kat rumah.  Kami ni asalnye ber4 mmg close.  Ni geng study group aku dulu, aku, zil@, h@lim, and Nud!n.  Aku masak simple2 je.. Buat hi tea saja. Tp Nud!n x dapat datang sebab dia balik kg ari tu. Dia cuba gak nak terjah rumah aku ..Tp jalam jem.dia sampai KL dah senja,.malu katanye nak datang..Dia ni  lama kije architect kat Ireland. Tahun lepas dia balik Msia, siap buat rumah2 ala resort lagi kat kampung.. Saya adalah sangat suka..

Sempat la aku hidang soto, rendang, bubur kacang dan kek.. And of course sembang2 ngan depa mmg seronok. Family pun dah kenal since sekolah..now anak2 & suami isteri masing2 pun dah close.  Aku sayang kawan2 aku ni..