Dublin Part 2

Hari2 seterusnya plan nak balik awal dari opis supaya kami boleh jalan2 Dublin .. tp kita hanya mampu merancang.. sedih uolss.. hari rabu tu banyak gila kerja..lepas meeting,   Jackie kena  tunjuk aku untuk buat kerja yang aku tak pernah bhat before, then kena solve issue team Jackie. Hasilnya, kami balik dari opis agak lewat. Tak awal pun.. ciss betul. Itupun, sebab dah gelap.. lagi nak berjalan ke train..nak berjalan ke hotel.. sabar je..
Ye la..dah memang datang untuk kerja...jangan mengada nak berjalan pula ya. Opis aku ni dekat Dundrum . Baru je mereka pindah ke Dundrum *bangunan pun masih baru ..dulu opis kat tengah2 Dublin. So, masa nak makan, kami tanya la staff Dublin makan mana..depa makan kat meja sendiri. . Or.kat pantri..abis tu, aku dengan Jackie macam mana? Takkan nak share dengan mereka. Haa.. tak lawak. Nasib baiklah bangunan ni bersambung denga shoping complex .. ala2 MidValley gitu. Dan .shopping complex dia sangat best..  aku beli vege sushi setiap kali lunch time ..  Jackie siap shopping baju lagi. Shopperholic sangat..  situ ada H&M, Zara, Pandora.. tp harga H&M tu kalau dalam € nampak la murah, tapi kita gaji bukan dalam euro ye..setelah aku convert, aku dapat lagi murah kat Msia..so better beli kat Msia.  Hari terakhir kat sana baru aku beli baju .. sebab murah uols.. terus amil 2 helai..nama.kedai tu Penny..so kalau uols g Ireland..cari la Penny..actually peny ni subsidiary of Primark..
Walaupun x berjalan mana2 kat Dublin, Tapi, nasib  la aku turun tren kat Stephen Green dan on the way to hotel, lalu area Dame Street yang banyak kedai2 best dan orang buat show jalanan..  jadi, tak la kesian sangat dengan kami kan..  sempat la usha pertunjukan jalanan gitu.. balik bilik aku buat megi.  Aku ni bukan la peminat megi sangat. . Tapi dalam keadaan begini, tak payahlah nak memilih..megi kari pun sedap juga kan ..*iklan megi. Tapi sekali tu je la aku makan megi . Hari2 seterusnya x yah  dinner.  Amazingly, aku x lapo...
Hari terakhir,  kami check out awal, sebab pukul 1 dah nak ke airport.  Flight Jackie balik ke US adalah pada 4pm..dan aku pada pukul 8.20 pm. Aku Sampai2 lobi, Jackie dah siap checkout. Aku checkout dan letak barang kat storage room sebab kami plan nak naik bas keliling Dublin , then balik hotel amik barang dan terus ke airport.
Kami plan nak amik bus tour €19 keliling Dublin. Tapi , memandangkan kami keluar awal sangat, bas tour mula jam 9.. jadi kami amik kesempatan masuk ke Trinity College.  Kalau tak silap aku, University ni adalah antara yang tertua di Ireland.  Kebetulan pada minggu tu adalah graduation week, ramai lah orang kan.. Jackie siap tegur sorang mat saleh ni pasal jubah yang dia pakai. Aku rasa macam komplikated je cara dia pakai jubah konvo tu..bukan macam kita punya yang ala2 sarung je. Jackie pun sependapat dengan aku..sebab jubah konvo kat msia sama dengan jubah konvo us..main sarung je. Being makcik Jackie, dia rekues kat mat salleh tu utk pinjam kejap jubah tu utk buat bergambar. Bdk tu x kasi. Today is my graduation day..ujar budak itu tegas..  aku nak tergelak pun ada.sebab banyak kita dengar yg omputih ni x heran pun konvo2 ni kan.. mebbe bdk ni kerja keras masa stadi..atau jubah tu susah nak pakai. .jackie ni pun main rekues je..  dasar sgt kann..
Kami  keluar dari trinity college pun still belum jam 9..see !awal kan kami keluar. Sempat la kami jalan2  ke area kedai  di situ. Jackie nak cari barang harley davidson utk brother dia..dan nak cari barang2 utk cucu dia juga since hari tu bday cucu sulung dia..dah umur 15 tahun uols.. ada satu kedai ni, cantiknya barang2 dia. .high class sangat.. aku suka.. aku sangat tertarik dengan mangkuk, tray kaca yang dia jual (mak2 sangat dah kenapa) tapi mengenangkan takut pecah ke hape (dan faktor harga yang agak tak masuk akal) aku belek2 je la .. see..aku rasa aku dok situ berjam2 pun ok.. ada jual segala macam benda. . Dari souvenir sampai la ke baju..tp aku x beli apa2..sebab souvenirs aku beli kat carols.
By the way, sebagai pelancong, kita boleh claim semula tax yang dikenakan bila kita beli barang. Sila isi borang dan pass kan di airport,  atau boleh juga pos bila sampai di negara kita, kang dia kasi semula tax tu kepada kita.  So..sila la simpan resit2 souvenir anda. Dan mintak form tax juga dari kedai souvenir tu.
Kami ambil bas dari depan kedai souvenir tu. Bas tu selesa (tapi penuh). Aku dan Jackie duduk kat atas.nasib la x hujan kan.  Stop pertama kami adalah Dublin Castle. Kali ni, sempat la kami masuk  dalam castle.  Dalam area castle ni, memamg ada macam area chapel dia sendiri yang dah x digunakan. Dia bukak as pameran je. Dan utk pengetahuan korang, banyaknya la church kat sini..sebanyak mana banyaknya pub mereka. 
Kami x lama di sana sebab nak kejar masa.. dah siap tangkap gambar, lari2 tunggu next bus dan kami turun di satu lagi church yang jackie nak pergi..tp kami x masuk. . Hanya tengok2 luar saja dan tangkap gambo.. dah la bas yang seterusnya lambat..kami ni masuk explorace ..mengejar masa ni. Aku secara jujurnya x de tmpt nak pergi..aku ikut je si Jackie..  & memandangkan bas tu lambat,jam pun dah 11++, kami ambil keputusan duduk2 dalam bus utk buat satu pusingan dan tgk area bandar dublin. Jadi la kan.. 
Luas tau kawasan yang dicovered oleh bas ni.. kami sampai di last stop pukul 12. Lelaju lari ke hotel ambil beg dan panggil teksi untuk ke airport.  Satu perangai makcik Jackie ni adalah dia selalu beranggapan abamg teksi ni penipu. Dia bisik kat aku why macam jauh sangat perjalanan kita ni.. aku cakap, takper.. mebbe sebab siang kot..jem.. dia x puas hati..dia pegi tanya driver tu ..mengapa jalan ni macam jauh. Driver tu terangkan la skang tengah  hari plus jalan sehala kan..
Sampai2 airport, kami berpisah sebab jackie dah lambat..peluk2 dengan jackie yang super baik..dan aku duduk sorang2 selama berjam2 sementara menunggu flight aku. Ok..aku tido..bukannya aku duduk. Caranya adalah..aku peluk handbag dan beg laptop dan  tido secara duduk. Penat weh explorace dengan Jackie tadi..  kat airport juga aku sedar yang aku x beli apa2 utk diriku. .so x de kenangan Dublin..nasib baik ada kedai pandora kat airport. .memahami sngt. .maka aku beli 2 charms ..seriyes cantik dan way way murah dari haraga Malaysia.. saya suka!!! Bertambah koleksi saya.. sampai di Dubai airport lak, aku borong ceklat utk anak2..
Actually aku ada option untuk extend over the weekend dan company still will pay for hotel and all..tapi sorang2? Memang tak la kan..sian anak2 kat rumah. . So, encik suami, sila plan next yr trip to Europe. .sekian..