Blue Mountain to Sydney Olympic Park


 Kami bertolak dari Sydney dalam pukul 10 dan sampai ke Blue Mountain National Park dalam pukul 12 lebih (note: Kami x ikut jalan tol). Sampai2 je, terus ke Echo Point. Ada satu tower kecik yang tengah2 center tu yang tulis suhu masa tu adalah 11darjah celcius. Aku mula nya macam relaks je (Sebab masa tu  still dalam keta). Sekali bila kuar je dari keta, dah kena angin, aku terus migrain sebab sejuk sangat(seriyesli). Aku cakap dengan encik suamiku yang aku perlukan coffee ; mulanya dia tengok aku dengan sinis sebab dia tau aku mmg hantu kopi (haa..jangan nak salahkan aku, dia yang ajar aku).
 Luckily, ada cafe kat situ.Order kopi dan duduk2 dulu dalam cafe ; anak2 aku sempat beli souvenir kat kedai depan tu (jalan2 x lagi , dah mula beli souvenir).Opss..sebelum tu, Echo Point ni ada kawasan pelantar yang korang boleh tengok icon blue mountain yang glamer tu (three sisters). Ini gambar2 yang anak aku tangkap dari atas pelantar tu. emm..gambar 3 sisters tu ada, tp dalam video la pulak. so kalau korang nak tau  mitos 3 sisters tu sila google .
 Gambar atas ni hasben dengan anak2 aku dalam cubaan tengok air terjun kat area Echo Point. Tp makin lama makin sunyi dan macam terbiar je kawasan tu. Siap ada sign no entry.  Dan ada tanda2 pokok2 situ terbakar.  Bila kami sampai  kat satu  simpang, dia tutup jalan tu, dan tulis yang kawasan air terjun tu ditutup sebab depa tengah selenggarakan area tu sebab ada kebakaran.

Jadi kami berpatah balik dan pergi ke dataran.  Anak aku eksaited sebab ada mamat ni main menda ni (aku x tau nama dia ,tp amazingly bunyi dia walaupun berdengung2 tp nice juga. Aku actually zoom dari jauh pic ni. See.. dalam sejuk2 dia boleh je x pakai baju kan.

 Sebelum keluar dari situ, aku gi minum lagi.  Hasben aku tiba2 datang dan kasi aku souvenir ni. Suweett sangat.. :). dan murah saja.. Aku amik yang bracelet tu *bukan sebab dia mahal 4 dollar dari rantai tu yee.,  Tp sebab aku memang suka bracelet.  Yang rantai tu aku suh hasben aku kasi mak dia ..

Then, kami ke Schenic World.  Scenic World x sampai pun 10 minute drive dari Echo Point.Apa yang menarik? From here, we can take train (train ke depa panggil) yang ala2 coal miners naik tu, then jalan2 dalam hutan Blue Mountain, then, naik semula ke Scenic World guna cable car.
Mula2 kita naik ni dulu.. Ohh..pengalaman ni sungguh nightmare bagi aku sebab dia turun 90 degree okkkk.. Aku menjerit (aahh..x kire !!!) Tp anak2 aku relaks je..cisss...Bila dah sampai pit stop ni, semua orang turun, aku cam yeahhh(sambil lap dahi). Nasib baik kami amik pakej yang untuk naik ke atas kami choose cable car. Kalau x , aku x sanggup kot naik menda ni lagi.

Then, kami ikut je walkway dia ke untuk ke kable car. Menariknya, kat setiap pokok2 yang ada unik kat situ, depa akan tulis penerangan2nya. So, macam hasben aku, dia baca satu2 okkk.. Aku??? errrr ..aku nak cepat naik je. Bawah ni gambar masa kami tunggu cable car. Happy betul aku  naik ni. Oh ya. nak tegur sikit kat sini sebenarnya. Ada 2 family melay* yang queue sama dengan aku. Berlagak ok.. orang senyum pun x balas.  Aku sure depa bukan dari kota singa or dari *ndonesia sebab 1) pakaian 2) cara cakap .. Muka seko2 cam bangga je. Apa salahnye senyum, x mintak bayar pun.. atau korang bajet kaya sangat ke  dapat jalan2 oversi? geram aku..kang next entri aku cerita pasal families yang aku aku jumpa masa tour kat Circular Quay. Beza sangat dengan family yang aku jumpa kat sini. aihhh.. sabar je la..

Lagi sekali beli souvenir. Actually H@kim la tu.. Dia amik satu koala, satu kanggaro. Emmm.. Dua2 dia nak.. Aku rasa kat paddy market lagi murah kot..Hasben aku pun beli souvenir sini,,aku cakap jangan la beli, beli kat Paddy lagi murah .. dia leh cakap sama je.Haa..degil kan .. Bila aku beli kat Paddy, actually harga aku dapat half price dari tmpt ni.. Then dia leh cakap  kualiti lain (aku cam ..yeahh rite)..ahhahahha

On the way back, kami singgah ke Sydney Olympic Park.  2x5  je dengan Bulit Jalil.. Kosong, sunyi...



Anak2 aku suka la .,. main2 kat taman..ada la tourist dari Ch*na kat sini juga, Sama macam Bu*it Jalil, I guess depa sewakan stadium2 ni utk outsiders and untuk show, sebab aku tengok ada banyak iklan2 kat luar stadium ..ie. concert..Next entry aku cerita pasal Circular Quay :)