Tahniah anak!!

Hari Sabtu lepas   hari anugerah kecemerlangan sktm2. Selesai majlis, ada hari karnival sampai ke petang.   Budak2 looking forward   nak main rumah hantu..tak paham aku apa eksaited nya..padahal hantu2 tu kawan2 ko juga. Tah apa2 anak2 aku..siap masuk berkali2  pula tu (yang masuk berkali2   tu of koz la si H@kim).
Aku memang dh janji dengan   mommies 6 murni untuk   jumpa memandangkan   anak aku amik anugerah utk pencapaian  5A utk  trial UPSR. ngeri uolss.. ada 23 orang   yg dpt   5A masa trial.  Dah la anugerah tu hari Sabtu, selasa akan dapat result   betul..so, untuk tidak  mengundang spekulasi, aku mmg x update gambar atau apa2 ke ig utk majlis anugerah.  Malangnya... malang bagi aku..dari malam Jumaat tu, aku demam. Hari Sabtu makin teruk , tapi   aku cakap   dengan H@zim aku akan datang juga. Sebelum dia pergi sekolah, dengan muka harapannya dia pegi   ke katil aku dan cakap..nanti mak datang kejap tgk abang je..lepas tu balik.. sedih aku tau..sbb aku tau aku tak larat  nak bangun.
Memang betul. Aku memang x larat nak bangun . . Tapi rakan2 grup wasap 6 murni dan hasben aku kasi live update. Bangganya mak .. walaupun baru setakat   trial masa tu..  anugerah 5A katanya.. harus la bangga . .

Itu cerita Sabtu. Ahadnya pula ada majlis graduasi tahun 6.. kelas hazim buat persembahan   tarian endang yang di careograph  kan oleh be+ty, mama Ar!f. Kagum aku dgn effort   be+ty & mommies yang sanggup   berkampung   di sekolah ajar anak2 menari .. cari baju and all. Sayang sangat geng mommies ni..walaupun   semuanya baru je kenal sebab anak2 nak UPSR, tapi kami sangat2 close.
Bawah ni video   youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat. 

Aku rasa now semua sekolah dah  buat majlis graduasi ni kan..
And..hari Selasa datang. Aku admit.. aku x boleh tido   malam tu.. since dinner ,  aku slow talk dengan h@zim. aku cakap dengan dia..whatever result   yang dia dapat, terima   dengam redho. Mak dan babah akan terima ..u already did your best..kalau result tak seperti yang kita harap..semua tu ada sebab.. jangan stress ye..
H@zim tgk aku...dia cakap, dia tak sangka aku akan cakap camtu..sob sob sob..sedih iolss.. laki aku dengan relaksnya cakap.. kita tawakal .. dan redo.. mak baru feefeling nak motivasi..dia dah potong jalan. Sejujurnya , aku yakin   dengan   H@zim..tapi aku tak mau over konfiden . .  Tp mmg mak tak boleh tido..risau kalahkan masa zaman aku amik result SPM.. 
Pagi tu..memang tak boleh buat apa. Dari pagi   grup wasap masing2 dah gundah gulana.  Mmg tak boleh buat kerja apa..last2 kul 930 aku dah pergi   sekolah.. rupanya   kak L!za dabmn T!n! Dah lama ada. Hahha..lawak wehh..memasing duduk   layan wasap.. at 10, ramai dah ada..geng2 semua dah penuh   kat sekolah.   Actually   at 10,kita dah boleh check result   via sms,tp aku x mau check . . Penantian tu..rasa nak menangis.. i know this is only UPSR,aku dah siapkan skrip A dan skrip B untuk hadapi sebarang kemungkinan. 
Berdebar sangat..tiba2 hasben aku datang dan cakap H@zim dan check via sms result   dia.. dia dapat 5A. Aku macam?? Haaa..kawan2 aku yang dgr semua peluk aku dan menangis. Yeahh..menangis..cakap la aku over pun.. tp tak tau feeling   dia macam   mana..aihh..budak2 ni check buat   apa kan.. 
Terus aku g dewan sebab cikgu dah panggil berkumpul dan kawan2 H@zim all salam aku dan congrats . .sweetnya korang.. im so touched.  Masa tu dh ramai parents   check juga.sbb rasa lambat  sangat announcement   cikgu.. 6 murni ramai yg dapat 5a   ..again mak2 congrats   each other.. tp jangan happy sangat   kan.. masa tu aku ada sedikit gentar...betul ke sms ni..hahaha..typical!!!
Masa adik2 aku wasap tanya result .   Aku cakap aku nak tunggu formal   frm cikgu .   Tunggu ye. And the moment of truth   tiba..
Sktm2... diumumkan   sebagai sekolah terbaik daerah Gombak, dan top 10 Selangor . . Gambar bawah ni adik ipar aku kasi semasa pengumaman peringkat negeri kat Klang.. GB SKTM2 dijemput untuk ambil anugerah sekolah terbaik.


71 students dapat 5A.  Semua murid2 jerit yeayyyy.. so..cikgu   kelas naik..dan umumkan  penerima 5A.. Alhamdulillah . .H@zim is first   student lelaki yg dipanggil..hilang nervous mak. And Alhamdulillah ,  37 dari 42 students   Murni dapat 5A, yang 5 tu dapat   4A, 1B. Tp anak2 lain please jangan sedih..  chill ok..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah  pentas    sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce   kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk   mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.

This is just the beginning..banyak lagi   yang perlu kita buat   .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.

Dah x de menda lain nak kutuk ?

Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry   dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan  dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh  blah macamkan teruk   sangat english kakak   tu.. so..aku bukak dulu   video   fazura then   baru aku tengok   video   neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya   aku admit yang   neelof@   agak over   dan fazur@  chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.

Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap   berterabur yg ko lansung   x paham . . Grammar past, present   berterabur ke.. sebutan totally   out ke.  Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang   kutuk macamkan dia x pandai   lansung bercakap.  Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject   matter yg berbeza dan situasi dan theme   yang berbeza adalah amat tidak   adil. Kutuk orang   sila berpada2 please.

Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya   lagi teruk dari tu. Aku sangat   takut dengan dunia internet   sekarang terutama kat vlog yang kalau   kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least   kita kena la tau english dan bahasa melayu.

Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American   accent walaupun   kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2.  Effort sangat aku nak tukar2   slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang   agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak   la.asalkan orang paham sudah .  Asalkan grammar dan pronunciation  betul sudah la..yang kutuk tu english   sempurna   sangat   ke .

Aku dulu masa mula2 masuk dlm family   hasben aku cultural shock   jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . .  Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local  ) mmg rasa nervous   24 jam bila kena meeting .. dan semua orang   dlm opis akan cakap english.. tapi practice   makes perfect. Padahal english   aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap   adalah dua benda   yang berbeza . .kau boleh   dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ?  Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan  x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar  ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?

Aku ajar anak2 aku cakap english   dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa ..  so,yang kutuk2   sangat orang tu, mohon   cermin diri dulu ...