Melaka again and again
Melaka Duck Tour
Melaka lagi.. Tp aku x komplen ..sebab aku kan suka sangat makan kat Umbai.. Kami dok kat Equ*torial, tp kali ni kita cuba Club Room. Istimewanya Club Room ni adalah dia ada level sendiri untuk check-in. Spesel skit. Dan, everyday ada complimentary hi tea kat Club Level. Masa breakfast kita boleh choose nak breakfast kat bawah, or kat Club level.
Apa aktiviti aku kali ni?? Anak aku si Ha*im awal2 dah cakap dia nak naik Duck Tour. Dia dah awal2 cari kat internet pasal Duck Tour ni..Aku cam.. apa2 je la .. ikut je la . Katanya, Duck Tour adalah kenderaan yang boleh berjalan di daratan dan di lautan .. wahh.. aku cam ..apa2 je la.sure tepi2 laut je ni..
Aku ni kan penakut dengan laut.. Dulu masa matrik aku penah naik feri g Langkawi..mak aihh.. i dun like.. x sukak lansung..aku rasa perjalanan tu sangat jauh.. di lambung ombak adalah pengalaman yang tidak cool.
Masa mula2 naik duck tour ni, adalah tourist guide yang ada terangkan here and there. Slow je dia jalan. Aku ok lagi.. Then, bile sampai kat area bawah ni.. dia stop kejap.. katanya nak tukar driver since nak bawak duck ni dalam air. Aku dah nebes..Biar betul..Tp aku sedapkan hati aku dengan harapan dia bawak sipi2 je tepi pantai... hasben dan anak2 aku dah gelak2 ok...
Bila dia bawak makin ke tengah, mata aku dah asyik cari mana jaket keselamatan pelampung bagai.. apa yang tourist guide tu cakap pun aku x layan .. aku nebes.. Anak2 aku eksaited.. Tp aku x eksaited lansung .. Sebab masa tu cuaca pun mendung.. Lama sangat aku rasa perjalanan tu .. Then, aku ingat dia akan naik kat hujung sana,, Tp tidak.. Dia U turn ok..
Apa2 pun, pengalaman menarik juga sebenarnye .. *lepas kejadian baru aku sedar pengalaman ni berharga. Tp seriyes, aku x kan naik lagi. Korang leh cuba bile pegi Melaka nanti ye..
H@zim's birthday treat @ Holiday Inn Melaka
We went to Melaka for H@zim's birthday treat, and this time we stayed at Kid Suite, Holiday Inn. Dah nama pun kid suite, so dia ada additional small room for kids. Ada katil double decker, meja kecik yang dia letak colouring book, and special bath rope for kids. Dah anak2 aku pun eksaited la..
As Melaka always being our weekend gateway, aku dah malas nk keluar..baik dok bilik tengok tv, tp si H@zim sibuk la pulak nk cuba River Cruise. And guess what, it is not bad..Pemandangan pun cantik, they really make an effort to make everything good. Good job!
Malam tu pulak, (bukan malam pun ), dalam kul 630 pm , aku dah kerah encik suami bawak aku gi Umbai.. sedap sangat rasanya makan seafood segar2.. seperti biasa, aku sorang je la yang makan seafood2 bagai ni..hasben & anak2 tgk je (dah memilih sangat makan..jadi sile tgk mak makan ok..).. Balik tu, kena singgah Mcd beli dinner utk 3 insan yang sangat memilih makan.
We love Melaka..dan jangan hairan kalau tiba2 weekend2 depan kami datang lagi..