Roti jala tanpa acuan

Aku ada masak kari ayam yang sengaja yang aku lebihkan kuahnya.  Bila tak habis, aku simpan dalam peti ais, kemudian lupa nak panaskan sebab dah tertolak ke belakang.  aku dapat idea untuk buat roti jala, boleh buat makan lawan dengan kari tu.
Aku memang tak pernah buat roti jala, maka acuan roti jala pun sudah tentu tak ada. Terima kasih kepada encik google kerana memberikan saya link untuk membuat roti jala tanpa acuan. Senang sangat.
Buat roti jala ni pun senang sangat2. Baru kutahu..  resipi ni aku ambil dari resipiwarisanbonda.blogspot.com  dan aku ubah skit2 je..  adunan ni aku dapat dalam 6 roti jala.
Bahan2 dia:
3/4 cawan air masak
1/2 cwn susu cair
1 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh  garam
Pewarna kuning , tapi sebab aku x de, aku letak serbuk kunyit
1 biji telur
3 sudu besar butter yang dicairkan
Cara:
Campurkan semua bahan dalam blender (kecuali tepung) then kisar.
Bila dah sebati, baru masukkkan tepung dan  kisar lagi.
Tapis bahan2 kisar tadi supaya kita hanya dapat adunan yang halus.
Bila Adunan dah siap, Boleh la start mengkirai roti jala korang guna acuan dia. Tetapi, kalau sapa2 yang x de acuan, caranya adalah ambil botol mineral water yang kecil dan juga paku. Panaskan paku dengan api, then cucuk di penutup botol (sehingga anda dapat satu lubang). Masukkan adunan ke dalam botol, dan mulakan menkirai adunan anda.
Kalau korang nak tengok video dia, silalah cari di youtube.   Aku pun cari kat youtube gak.  Senang je.. gambar kat bawah end product dia. Tp ada sikit2 hangit kat sebab kuali panas sgt..aku punya  roti jala  tak cantik pun, tak macam demo yang kat youtube tu..tp sebagai permulaan, aku sangat excited sebab ada la rupa juga..kasi la chance..lepas raya aku nal cuba buat dengan proper acuan..

4 ulasan diberikan:



orggilacinta said...

Oihh..ni,fav linda niiiiiii roti jala...

yani mn said...

akak skrg guna acuan yg 3 lubang tu beli online 2 botol termsuk postage rm18 je

faghaa boek said...

salam Kak yani, nk tnya akak bli botol acuan tu kt mna . Bole bg link? Tq :)

yani mn said...

akak beli acuan tu blog dari dapur kak jee cer taip nama tu