I cant believe yang aku tertipu ! !

As semua orang tahu, aku memang pembeli   online.. and semuanya   ok la..barang sampai .  Quality tu mg boleh   dipersoalkan, tapi   at least   barang sampai..cakap je kat mana..Lazada, Groupon, Poplook,Nile,Zalora semua tu mmg fav online portal aku.

Handbag aku beli dari mmg trusted seller yang kalau bukan kawan aku sendiri kenal  sendiri or mereka rekemen.. mahal kan..so mmg aku berhati2..takut tertipu bayar mahal2.sekali fake!!
Tudung2 branded like   Bokitta & Naelofar  pun aku   beli online.. cuma kalau dh x sabo menggeletar   nak pakai esok juga..masa tu mmg dan dan masa tu juga aku g kedai . .  so, basically   i am quite   confident dengan online portal and buying  branded and expensive   stuff   online.

Kisahnya.. aku browse2 ig dan nampak   satu ig ni jual instant shawl yang sangat2 la cantiknya. Aku x pernah beli shawl kat ig.. and shawls dia pun cantik..so macam nakkk sangat   cuba. Katanya promo rm100 for 3 helai . .and with postage   rm107.

Masa nak beli mmg agak ramah mesra..but hey budak . .aku mmg x kan ramah   mesra dgn penjual online.. calling me yunk.. seriously ?  Kau ingat aku budak baru nak up? I kept on make it formal and address her as sis.
And i kept it formal   as i can. Aku bank   in duit 12hb  may.. malam..and katanya   dia akan pos once a week. Ok understoood..

Tp dari hari sehari, dia x kasi tracking   id..senyap . .tp rajin update  kat ig.  Ok i kept on sabar waiting . .sampai aku rasa macam something   fishy is happening   ..but still   husnuzon. Hey ciksar.. baik pula kau.
Until   on  26 may, aku rasa patut  wasap them. Katanya,esok kami pos.
Masa tu jumaat, so aku macam ok.. give her sometimes.. selasa baru aku tanya lagi kalau x dapat.. dan mmg betul..  selasa tu x dapat2   juga. Petang tu..aku wasap lagi..dia seen message  aku..tp x reply . . Sesuatu x.. soalam simple and basic . .can i get my tracking id?
Kau nak tau dia kata apa? Ok kejap kami kasi.. kejap dia makan 10 minutes.. x reply2..
Aku tanya lagi..tracking id please. Kali ni jawapan dia lain.. malam ni baru pos . .baru leh kasi tracking   id.. aku x tau la adik ni ada short   term memory lost   tahap kronik ke apa.. tp baru 10 mins tadi dia ye ye cakap macamkan tracking id tu ada.. now malam ni baru nak pos? 
Jangan nak menipu  secara kurang bijak boleh   tak?
Then . Aku malas nk layan..aku cakap refund je la duit aku.. dia kata ok.. malam ni.. malam ni tu malam selasa tau.. ni dh khamis.  Habuk pon   tarak.  Aku wasap baru je di tadi.. reply pon tak. Aku nak tunggu sampai   kul 11 ..kalau   dia x reply.. aku akan cakap,bln2 puasa   ni.. dermakan la duit aku tu kat masjid.. x yah la refund kat aku.. kalau kau x buat..menjawab   la kau nanti di akhirat..

I am ok to wait . .aku pernah   beli   handbag yang aku kena tunggu 2 bulan sebab pre order.  Aku ok with that sebab aku tau.dia dah inform awal2.. dan x la diam lepas dpt   duit. For some of you,rm107 is just tiny miney little amount kan.  Tp,just imagine kalau dh dapat 10 org tertipu cam aku??

Aku tak mau share   ig dia kat sini. Never!!aku x mau jd mcm dia..
So..korang, hati2 la dengan penjual shawl kat ig ni.. baiklah beli je kat ampang   park tu..jangan malas sangat   nak berjalan .   Ehhh..itu aku..  utk adik tu.. semoga   kau mendapat balasan sewajarnya

Penang..

Cuti sekolah   yg lepas, kami ke Penang. Dan kali ni,untuk pertama kalinya kami tak ke Batu Feringghi. Tujuan utamanya adalah untuk ke Lexis Suite , Penang.

Lexis memang famous dengan famous dengan private   swimming pool   kat semua bilik..so, ayuh kita cuba yang Penang   pula . .

Kami sampai dalam pukul 11. Terus  ke Bukit Bendera   dulu. Dah bertahun2 tak pergi   Penang..dah bertukar pun   keretapi tu. Parking pun dah cantik.. dah bertingkat2 . .tak perlu la berpanas2 dan bersesak parking..yang ni, aku salute..perubahan yang sangat positif. Yang x bestnya   kan..sikap sesetengah   pelawat yang x reti   nak beratur.. i would say..Msian dah bagus..kita beratur..ikut queue ...dalam train   kasi kanak2 dan org tua duduk.

Tapi, tu la.. dah nama pun kawasan pelancongan, ramai la makcik  dan pakcik   arab kan.. yeah..mereka2 ni sangat menaikkan darah kau.. dengan x reti nak queue masa naik naik train..muka selamba   je potong   queue. Dalam train , x de pon rasa nak kasi bdk2 or pompuan   duduk.. like seriyesli pak arab???

Train tu agak laju kan..aku lak yg ngeri sebab laju   sangat . .dah la naik   like almost 90 degree.. cuaca kat atas tu panas   ya amat2.. kalau   dulu2 kau leh bajet2 kabus manja kat penang   hill tu..now tidak   lagi.. panassss uolss..

Dan sebagai acah2 pelancong..kami makan kat cafe atas penang hill.. beli scone.. tea..kek..kata acah2 pelancong   kan.. kau ingat   ni kat Cameron Highland  .. dah la mahal ..ku tabahkan diri utk abiskan scone dan teh   tu dalam   kepanasan...nak tangkap gambar pun x mampu   sebab panas sangat.

Lepas makan.. cari la jambatan kunci ala2 korea tu kan..aku dh lupa pasal tu..tp nasib la si H@zim ingatkan.. laju2 juga bergambar..cantik la tempat tu..i like.. cuma minus   the   weather   je yg acik tak berapa  tahan. Aku ni mmg cannot   tahan panas..migrain kelak..terus x jadi bercuti   lak nanti.

Keluar je dari Penang Hill..terus beli nasi kandar otw jalan je teluk   kumbar.  Why semua nasi kandar kat Penang ni sedap...

Ok..terus ke hotel . .senang je nak cari hotel   ni..dia bukan la kat kawasan pelancongan . . Sama la macam kat PD tu..motip   kami pun just nak rehat2 kat bilik..

Bagi   aku..bilik dia memang la kecik  skit dari grand lexis, PD.. tapi   konsep dia moden .  Siap ada bilik sauna kat tepi swimming pool. Sampai2   je.. bebudak terus mandi, dan kami makan tepi kolam..acah2 rumah sendiri.. bebudak mmg have fun sangat. kami memang tak keluar ye..malam pun makan order   room service   je.

Esoknya, Breakfast   dia not bad.  Yang ni dia menang dari Grand Lexis. Pilihan banyak.
Masa kami dtg,hotel   ni baru soft launch ye.. so, dia promo cam we can take any/everything   dari fridge dlm bilik.  Banyak   kali juga kami tanya betul ke.. senang kau.. rezki jangan ditolak.
Masa nak checkout, hasben ajak kami makan kat Japanese resto kat hotel tu.. dia x suka pon makan japanese ye..tp dia dok melayan tekak bini dia ni haa.. dan kami dapat makan free tau. Nak tau camne? Sebab kami dapat   voucher rm100 dari hotel.. memang untung berganda. Harga dia pn ok..ala2 kau makan kat   sushi zanmai je. Aku ambil salmon head .. hasben   dan anak2 ambil nasi set ayam.

lepas   makan, terus check   out dan cari barang   skit kat town. Basically   percutian   yang ni memang kami dok   bilik je..sure org   cakap..datang jauh2 dok hotel je ke. Yes!! Memang nak relaks .. anak2 mandi depan   mata.. dan mak ayah leh tgk tv   depan   bilik.

Kalau sapa2 yg dok kat utara nak rehat2..memang aku sajes la Lexis   ni.. trick dia, kau beli   food siap2.. sebab lepas kau dh check in, kau akan jadi sgt malas nak keluar *dan sangat jauh juga sebenarnya dari town.

Uncle suratkhabar

Pepagian tadi masa aku keluar dari rumah , bukak gate,aku nampak pakcik yg selalu hantar suratkhabar ke rumah   untie ros.. Tapi dia tolak motor dia..dengah berat penuh   suratkhabar, slow je dia tolak . .kesian lak aku tgk..

"Uncle, motor rosak  ke?" Yes..aku tau   soklan ni agak bodoh,lame and typical sangat.. tp heloo . .aku cuba   jadi peramah..so, kasi la kredit sikit..

"Ye la.. dah sejam i tolak motor..penat!!" Kata uncle   sambil tersenyum, baling suratkhabar ke rumah untie ros, dan terus tolak motor ke rumah   seterusnya. 

Aku sebenarnya   terpikir.. betapa uncle ni punya rasa tanggungjawab amat tinggi . . Dia tau ramai yg tunggu suratkhabar dia..yg dah amanahkan dia utk hantar   pada mereka   everyday..so; walaupun motor dia rosak ,  dia rela tolak motor dan still deliver   suratkhabar   tu..

Tak de pon   uncle nak amik EL,mahupun   Mc. I salute u,uncle..

Dem yu lrt

Malu..sakit.. dem yu el ar ti..

How do u spend your longgg weekend

Selamat   bercuti warga Malaysia . Aku hanya   kerja isnin & selasa, ambil cuti hari rabu dan sambung   public   holiday   sampai   weekends.
Since kami dah balik kampung last week, this week kita duduk je la kl sambil settlekan   urusan beli barang2   H@zim   utk ke Al@m Sh@h (S@S).

Hari rabu tu..baru la beli baju2 H@zim & H@kim .. kita beli kat Aeon, AU2.. ada promosi   kat tengah2 tu.. tp aku rasa sama je mahalnya.. dan aku rasa   juga kami ni yg lambat   beli sebab  banyak size dah x de. Nasib baik la size both  of them ada..kalau x, memang malas la aku nak ke mall lain . . Mak is dah tua..malas nak jalan2 dah..

Aku rasa dulu2..aku boleh je berjalan   shopping   dari pagi bawa ke malam..tp skrg . . 2 jam pon aku x larat..rasa nak pengsan . .

Kami ikut je list  barang dlm surat   tawaran SBP tu.. aku rasa baru 50% kami beli..insyaAllah   petang ni kami siapkan   semua . . Ada lagi sorang kawan H@zim dapat S@s juga..dan menurut H@zim,dia dah siapkan semua . .ye la anak..sabar ye.. minggu ni kita settlekan all.. 

Khamis (semalam lak) aku dah janji nak makan2 dgn ibu2 grup tremendous   utk makan kat sambal cob3k. Plannya utk makan last before   anak2 pergi sekolah masing2.  Satu aku suka geng2 ibu ni..sangat punctual . . Cakap pukul 12, semua dah ada at 12. Malangnya restoran tu tutup..  diskas punya diskas , kami decided   makan kat festival   city ..situ ada y@mah@..  lagipun   bdk2 ni mmg dh plan nak jamming lepas makan.. dah siap2 bawak gitar,amplifier   bagai ( anak aku la tu)..
Sampai FC, dalam pukul   1230..malas nak  pikir nak makan mana..kita pilih tcrs je.. bdk2 makan kat meja lain..mak2 kat meja lain..kasi mereka sembang2 before   masing2 ke sekolah menengah.

Sementara tunggu bebudak   abis jamming, mak2 jalan2 shopping   .. x la shopping   mana pn aku ni ..kat fc ni..ada few kedai baju yg ala2 jual baju kat ig tu.. printed   palazo.. baju2 blouse   yg cantik..kedai dia kat tepi lorong nak g surau lelaki . .aku lupa nama kedai tu..memandangkan   pergi dgn kawan2..malss nak cuba2 baju. Next time, aku nak pegi sorang2..bleh cuti baju selama yang boleh..

Anddd.. aku sangat larat dah berjalan   ..lepas amik bdk2 jamming . .maknya ni yg tasa dehydrated . .macam aku yang jamming kan.. tak mampu nak tunggu2 lagi..trus pegi beli air..dan balik rumah.. penat   sangat2 . .mebbe sebab cuaca   pun panas.. so, kepenatan   tu berlipat ganda.

And rasanya itu penutup aktiviti   dgn ibu2   semua tahun ni.. right after upsr   keluar,kami buat   bbq party   kat ukay   perdana,then kami buat futsal antara parents vs anak2.. 
2015 ni memamg   tahun yg busy   aku ..dgn anak exam, aktiviti2 anak2 yang bertambah2.. so now..lets rehat for the longgg weekend.

Tahniah anak!!

Hari Sabtu lepas   hari anugerah kecemerlangan sktm2. Selesai majlis, ada hari karnival sampai ke petang.   Budak2 looking forward   nak main rumah hantu..tak paham aku apa eksaited nya..padahal hantu2 tu kawan2 ko juga. Tah apa2 anak2 aku..siap masuk berkali2  pula tu (yang masuk berkali2   tu of koz la si H@kim).
Aku memang dh janji dengan   mommies 6 murni untuk   jumpa memandangkan   anak aku amik anugerah utk pencapaian  5A utk  trial UPSR. ngeri uolss.. ada 23 orang   yg dpt   5A masa trial.  Dah la anugerah tu hari Sabtu, selasa akan dapat result   betul..so, untuk tidak  mengundang spekulasi, aku mmg x update gambar atau apa2 ke ig utk majlis anugerah.  Malangnya... malang bagi aku..dari malam Jumaat tu, aku demam. Hari Sabtu makin teruk , tapi   aku cakap   dengan H@zim aku akan datang juga. Sebelum dia pergi sekolah, dengan muka harapannya dia pegi   ke katil aku dan cakap..nanti mak datang kejap tgk abang je..lepas tu balik.. sedih aku tau..sbb aku tau aku tak larat  nak bangun.
Memang betul. Aku memang x larat nak bangun . . Tapi rakan2 grup wasap 6 murni dan hasben aku kasi live update. Bangganya mak .. walaupun baru setakat   trial masa tu..  anugerah 5A katanya.. harus la bangga . .

Itu cerita Sabtu. Ahadnya pula ada majlis graduasi tahun 6.. kelas hazim buat persembahan   tarian endang yang di careograph  kan oleh be+ty, mama Ar!f. Kagum aku dgn effort   be+ty & mommies yang sanggup   berkampung   di sekolah ajar anak2 menari .. cari baju and all. Sayang sangat geng mommies ni..walaupun   semuanya baru je kenal sebab anak2 nak UPSR, tapi kami sangat2 close.
Bawah ni video   youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat. 

Aku rasa now semua sekolah dah  buat majlis graduasi ni kan..
And..hari Selasa datang. Aku admit.. aku x boleh tido   malam tu.. since dinner ,  aku slow talk dengan h@zim. aku cakap dengan dia..whatever result   yang dia dapat, terima   dengam redho. Mak dan babah akan terima ..u already did your best..kalau result tak seperti yang kita harap..semua tu ada sebab.. jangan stress ye..
H@zim tgk aku...dia cakap, dia tak sangka aku akan cakap camtu..sob sob sob..sedih iolss.. laki aku dengan relaksnya cakap.. kita tawakal .. dan redo.. mak baru feefeling nak motivasi..dia dah potong jalan. Sejujurnya , aku yakin   dengan   H@zim..tapi aku tak mau over konfiden . .  Tp mmg mak tak boleh tido..risau kalahkan masa zaman aku amik result SPM.. 
Pagi tu..memang tak boleh buat apa. Dari pagi   grup wasap masing2 dah gundah gulana.  Mmg tak boleh buat kerja apa..last2 kul 930 aku dah pergi   sekolah.. rupanya   kak L!za dabmn T!n! Dah lama ada. Hahha..lawak wehh..memasing duduk   layan wasap.. at 10, ramai dah ada..geng2 semua dah penuh   kat sekolah.   Actually   at 10,kita dah boleh check result   via sms,tp aku x mau check . . Penantian tu..rasa nak menangis.. i know this is only UPSR,aku dah siapkan skrip A dan skrip B untuk hadapi sebarang kemungkinan. 
Berdebar sangat..tiba2 hasben aku datang dan cakap H@zim dan check via sms result   dia.. dia dapat 5A. Aku macam?? Haaa..kawan2 aku yang dgr semua peluk aku dan menangis. Yeahh..menangis..cakap la aku over pun.. tp tak tau feeling   dia macam   mana..aihh..budak2 ni check buat   apa kan.. 
Terus aku g dewan sebab cikgu dah panggil berkumpul dan kawan2 H@zim all salam aku dan congrats . .sweetnya korang.. im so touched.  Masa tu dh ramai parents   check juga.sbb rasa lambat  sangat announcement   cikgu.. 6 murni ramai yg dapat 5a   ..again mak2 congrats   each other.. tp jangan happy sangat   kan.. masa tu aku ada sedikit gentar...betul ke sms ni..hahaha..typical!!!
Masa adik2 aku wasap tanya result .   Aku cakap aku nak tunggu formal   frm cikgu .   Tunggu ye. And the moment of truth   tiba..
Sktm2... diumumkan   sebagai sekolah terbaik daerah Gombak, dan top 10 Selangor . . Gambar bawah ni adik ipar aku kasi semasa pengumaman peringkat negeri kat Klang.. GB SKTM2 dijemput untuk ambil anugerah sekolah terbaik.


71 students dapat 5A.  Semua murid2 jerit yeayyyy.. so..cikgu   kelas naik..dan umumkan  penerima 5A.. Alhamdulillah . .H@zim is first   student lelaki yg dipanggil..hilang nervous mak. And Alhamdulillah ,  37 dari 42 students   Murni dapat 5A, yang 5 tu dapat   4A, 1B. Tp anak2 lain please jangan sedih..  chill ok..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah  pentas    sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce   kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk   mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.

This is just the beginning..banyak lagi   yang perlu kita buat   .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.

Dah x de menda lain nak kutuk ?

Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry   dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan  dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh  blah macamkan teruk   sangat english kakak   tu.. so..aku bukak dulu   video   fazura then   baru aku tengok   video   neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya   aku admit yang   neelof@   agak over   dan fazur@  chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.

Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap   berterabur yg ko lansung   x paham . . Grammar past, present   berterabur ke.. sebutan totally   out ke.  Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang   kutuk macamkan dia x pandai   lansung bercakap.  Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject   matter yg berbeza dan situasi dan theme   yang berbeza adalah amat tidak   adil. Kutuk orang   sila berpada2 please.

Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya   lagi teruk dari tu. Aku sangat   takut dengan dunia internet   sekarang terutama kat vlog yang kalau   kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least   kita kena la tau english dan bahasa melayu.

Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American   accent walaupun   kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2.  Effort sangat aku nak tukar2   slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang   agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak   la.asalkan orang paham sudah .  Asalkan grammar dan pronunciation  betul sudah la..yang kutuk tu english   sempurna   sangat   ke .

Aku dulu masa mula2 masuk dlm family   hasben aku cultural shock   jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . .  Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local  ) mmg rasa nervous   24 jam bila kena meeting .. dan semua orang   dlm opis akan cakap english.. tapi practice   makes perfect. Padahal english   aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap   adalah dua benda   yang berbeza . .kau boleh   dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ?  Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan  x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar  ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?

Aku ajar anak2 aku cakap english   dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa ..  so,yang kutuk2   sangat orang tu, mohon   cermin diri dulu ...