Semalam aku ambil half day leave pagi. Ada report card day di sekolah anak2 dan kemudian pada jam 11 am ada perjumpaan dengan guru besar untuk parents yang anak2nya terlibat dalam program Champions.
Cadangnya aku nak pergi awal, tapi guess what, aku tak boleh tido lansung malam sebelumnya. Culpritnya adalah caramel machiato yang aku minum pada malam tu. Terkebil2 aku sorang2.. on tv, tengok tv sampai pukul 4 , terlena 45 minutes , itupun on off sebab takut terlepas sahur.
Kami ambil report card H@kim dulu. Kami (read: hasben ) tak push sangat anak masa darjah 1. Dia ni lebih bersifat nurturing tapi aku lebih kepada controlling. Macam H@kim, dah la tak tuition (dia tak mo g tuition), study pun malas..sakit hati mak kau ni dik.. malam sebelum exam,aku la yang jadi monster buat revision dengan dia. Dan aku puas hati dengan result adik. Kalau dia study,insyaAllah he can get better, tapi kita biarkan dulu.. cikgu pun tak komen banyak pasal H@kim,cuma satu je: dia pendiam sangat . Nak tergelak aku dengar cikgu cakap dia pendiam. Kalau kat rumah, sampai terjerit2 kita nak suruh dia diam. Kat sekolah diam pula kau ye..
Selepas ambik report card H@kim, kami ke kelas H@zim pula. Tak lama tunggu sebab parents 6 Murni ramai yang tak sampai lagi. Terus jumpa cikgu,dan Alhamdulillah cikgu pun kasi feedback yang baik pada H@zim. Lagi 70 hari nak UPSR,aku memang nervous dan selalu harap H@zim boleh dapat good result. cikgu2 SKTM2 memang sangat komited dengan kerja, macam2 program mereka buat untuk anak2 UPSR tahun ni..
Aku selalu cakap dengan H@zim, Sekarang bukan masa nak baca2 semua buku lagi. Dia patut dah khatam buku2 ni. Sekarang adalah masa buat soalan banyak2. Discuss dengan kawan2 tentang soalan yang tak paham. Gitu.. macam2 nasihat aku kasi.. lecturer yang sorang tu,diam je.. aku lak yang kasi tips belajar, kalah lecturer. Nak main internet, nak main games boleh, tapi after kerja siap.. selalunya dia akan tanya akan dulu, boleh tak dia main internet. so, yang untung di sini adalah H@kim, sebab masa abang buat kerja, dia boleh main komputer.
Aku ada beli soalan2 UPSR past years kat POPULAR, dan sekarang aku suruh H@zim buat soalan2 tu... so kita boleh agak kita kat level mana sekarang. Macam H@zim, dulu aku risau tentang BM dia,now dah BM dah banyak improve,so kita concentrate pada Sains pula. Ini semua tips dari perjumpaan parents tu la.. katanya now, tumpukan pada subject yang dia perlu improve je..yang selalu dapat 90 dan ke atas,insyaAllah kita maintain je..
Semasa perjumpaan parents untuk Champions ,cikgu2 banyak kasi tips kepada parents. Aku suka dengan komitmen parents yang datang. Ada few parents depan aku siap keluarkan buku nota dan salin the tips. Aku?? Akak acah2 hafal ..lalalalala. hasben? Haruslah maintain cool je..
Balik dari sekolah,aku terus on lappy dan kerja. Working from home,so,dah jimat masa travelling. Tp, bila kerja dari rumah ni, lagi banyak kerja kena buat. Dari sepatutnya off pukul 430,pukul 530 baru aku offline.
2 ulasan diberikan:
beb aku nak tanya kau pasall setia budi tu la.. bagus ke.. and mana hang plan nak masukkan hazim nanti? whatsapp aku boleh tak senang borak 012.293.7670!
Okok..kelak daku wasap ok..skrg busy beramal soleh sempena ramadan katanya
Post a Comment