Of Report Card Day

Semalam aku ambil half day leave pagi.  Ada report    card day di sekolah anak2 dan kemudian   pada  jam 11 am ada perjumpaan dengan guru besar untuk parents   yang anak2nya terlibat   dalam program Champions.

Cadangnya aku nak pergi awal, tapi guess what, aku tak boleh tido lansung malam sebelumnya. Culpritnya adalah caramel  machiato yang aku minum   pada malam tu. Terkebil2 aku sorang2.. on tv, tengok tv sampai   pukul 4 , terlena  45 minutes , itupun on off sebab takut   terlepas sahur.  

Kami ambil report   card H@kim dulu.  Kami (read: hasben  ) tak push sangat   anak masa darjah 1. Dia ni lebih bersifat nurturing tapi aku lebih kepada   controlling. Macam H@kim, dah la tak tuition (dia tak mo g tuition), study pun malas..sakit hati mak kau ni dik..  malam sebelum exam,aku la yang jadi   monster   buat revision dengan dia.  Dan aku puas    hati dengan result adik.  Kalau dia study,insyaAllah   he can get   better, tapi kita biarkan dulu.. cikgu pun tak komen banyak  pasal H@kim,cuma satu je: dia pendiam sangat .  Nak tergelak aku dengar cikgu cakap dia pendiam. Kalau kat rumah, sampai terjerit2 kita  nak suruh dia diam. Kat sekolah diam pula kau ye..

Selepas ambik report   card H@kim, kami ke kelas H@zim pula. Tak lama tunggu   sebab parents 6 Murni ramai yang tak sampai  lagi. Terus jumpa   cikgu,dan Alhamdulillah   cikgu pun kasi feedback yang baik pada   H@zim. Lagi 70 hari nak UPSR,aku memang nervous dan selalu harap H@zim boleh dapat   good result.  cikgu2 SKTM2 memang sangat komited dengan kerja, macam2 program mereka buat untuk anak2 UPSR tahun   ni..

Aku selalu cakap dengan H@zim, Sekarang bukan masa  nak baca2 semua buku lagi.  Dia patut dah khatam buku2 ni. Sekarang adalah masa buat soalan banyak2. Discuss dengan kawan2 tentang soalan yang tak paham.  Gitu.. macam2 nasihat aku kasi.. lecturer   yang sorang tu,diam je.. aku lak yang kasi tips belajar, kalah lecturer.  Nak main internet, nak main games boleh, tapi after kerja siap..  selalunya dia akan tanya akan dulu, boleh tak dia main internet. so, yang untung di sini   adalah H@kim, sebab masa abang buat   kerja, dia boleh    main komputer.

Aku ada beli soalan2 UPSR past years kat POPULAR, dan sekarang aku suruh H@zim buat soalan2   tu... so kita boleh agak kita kat level mana sekarang.  Macam H@zim, dulu   aku risau tentang BM dia,now dah BM dah banyak   improve,so kita  concentrate   pada   Sains pula. Ini semua tips dari perjumpaan parents tu la.. katanya now, tumpukan pada subject yang dia perlu improve  je..yang selalu dapat 90 dan ke atas,insyaAllah   kita maintain   je..
Semasa perjumpaan parents  untuk Champions ,cikgu2 banyak kasi tips kepada   parents. Aku suka dengan komitmen parents yang datang. Ada few parents   depan aku siap keluarkan   buku nota dan salin the tips. Aku?? Akak acah2 hafal ..lalalalala. hasben? Haruslah maintain cool je..

Balik dari sekolah,aku terus   on lappy dan kerja. Working   from home,so,dah jimat masa travelling. Tp, bila kerja dari rumah ni, lagi banyak kerja kena buat. Dari sepatutnya off pukul   430,pukul   530 baru aku offline. 

2 ulasan diberikan:



Norliana Abdul Rahman said...

beb aku nak tanya kau pasall setia budi tu la.. bagus ke.. and mana hang plan nak masukkan hazim nanti? whatsapp aku boleh tak senang borak 012.293.7670!

Cik Sar said...

Okok..kelak daku wasap ok..skrg busy beramal soleh sempena ramadan katanya