Legoland Hotel

 Legoland lagi...so tak perlu la review sangat pasal theme park.
Kami sampai di legoland jam 10. Sampai2 terus ke hotel Legoland untuk register dan letak beg di kaunter beg.  Nak register tu pun barisan punyalah panjang.. itupun ramai juga yang datang secara walk in, tak buat reservation,  dan kemudian balik je sebab hotel dah full house. 


Selesai letak beg, kami breakfast dulu.. lagipun plannya nak masuk theme park sekejap..main apa yang kita tak main last time, kemudian check in hotel , lepas tu ke water park pula. 
Hari panas yang amat. Aku ni dah la ratu migrain, nasib la dah spare ubat migrain dalam beg.. aku hanya naik train keliling park dan naik satu ride yang sangat tak mencabar...selebihnya aku duduk minum air sambil tengok orang naik roller coaster dan jadi photographer anak2 aku. Aku suka tengok orang naik roller coaster..lebih2 lagi tengok muka depa bila ride tu nak menjunam..nak suruh aku naik? Memang takkan!!
Sekejap  je kami kat dalam tu..dalam kul 2, kami dah terpacak kat lobi hotel untuk check in.    Sambil2 tunggu check in, aku temankan anak2 main lego kat lobi..  budak2 memang tak kan boring menunggu sebab kat segenap ruang di lobi ada tempat main lego.




Kat legoland ni, bilik dia ikut theme. . Kami ambil theme pirates. Setiap level ada theme dia sendiri;  macam pirates,  ada di level 1 dan level 5. Theme  lain yang ada adalah Adventure dan juga Kingdom. Korang masuk la website nak  tengok macam mana bilik dia. Theme tu bermula sebaik saja kita keluar lift.  Macam theme pirates, keluar saja lift,  terasa macam berada dalam kapal lanun.  Lift dia funky sangat..siap ada lampu dan  music bagai.. si H@kim  asal masuk lift , terus menari..
 Bilik kami muat utk 5 orang, 2 dewasa, 3 kanak2.. dalam bilik tu, ada 1 katil queen, dan 1 katil double decker *bawah sekali ada pull out bed ..so total 3 katil.. area untuk kids tido tu sekali dengan tv dan permainan lego sekali.  Lego tu tak boleh bawa balik ye. Hanya untuk main dalam bilik je.  Ada treasure hunt juga dalam bilik.  Ada kertas yang guide budak2 ni untuk passcode untuk bukak treasure box tu. Bukan susah soalannnya, cuma kira berapa banyak tengkorak kat carpet , berapa banyak tapak sulaiman , dan apa nombor kat tv budak2 tu.. seronok tengok anak2 excited dok mengira tapak sulaiman kat karpet. Sekali bukak treasure hunt, dalam tu ada keychain, lego, dan notepad. . Suka budak2 tu dapat lego lagik.  Padahal tadi masa kat theme park,  masing2 dah membeli lego. 

Aku yang ratu migrain ni, terus makan ubat. Sakit kepala weh. Budak2 ni pun main2 sampai pukul 4..dah pukul 4 baru terhegeh2 nak ke waterpark.  Aku memang tak larat nak berjalan dah. Memang rugi tiket aku. Tapi nak buat macam mana, aku perlu rehat dan tido setelah makan ubat tadi.
Setelah mereka balik dari waterpark, kami keluar dinner. Dalam jam 7.. kami jalan kaki ke mall depan legoland ni.Medina.  kedai makan kat situ tutup jam 10 katanya.  Ada kfc, burger king, kopitiam, secret recipe, thai cuisine, gloria  jeans coffee dan .banyak kedai makan lain. Kedai serbaneka pun ada.  So, kalau korang tido di legoland,  tak perlu gusar nak drive keluar. Semua ada kat Medina.
Lepas makan.. laju2 balik bilik..untuk bersiap2 masuk semula ke theme park sebab nak tengok bunga api.  aku pun tak sure pertunjukan bunga api ni untuk hari Malaysia atau untuk occasian lain. Tapi yang pasti, memang cantikkkk.  Dah la dia buat kat area miniland,berlatar belakangkan klcc dan dan bangunan sultan abdul samad. Nampak sangat real dalam gambar. .terutama KLCC area tu.



Esoknya kami turun breakfast jam 9. Ramainya orang. Siap queue depan cafe. Tapi tak perlu la gusar sangat, sebab mereka ada sedikan tempat menunggu yang selesa, siap ada jus kat tepi. Once sampai, korang kena register nombor bilik dulu, then bila dah sampai giliran dia akan panggil. Aku rasa sebab full house dan ramai orang kalau normal day, sure tak gini. Tapi, tak lama pun menunggu, dalam 10 minit, tapi kau x sedar pun lama gitu, sebab sambil2 tunggu, leh main lego juga.
Overall, kami sangat puas hati dengan Legoland Hotel ni. Looking forward untuk datang lagi sebab budak2 pun sangat enjoy di sini. 

4 ulasan diberikan:



edrina said...

Bestnya!! Anak2 sure enjoy dok dlm hotel ni.

yani mn said...

ni kalo anak akak tgk ni meroyan deme hehe

Cik Sar said...

Betul kak.. si h@kim siap cakap dia rasa hotel terbaik dia penah pegi sebab di mana2 ada lego..

Cik Sar said...

Bawak la kak.. bilik yg I amik ni seswai utk akak dan family sebab dia mmg utk 2 adults 3 kids.. sekali dengan bekpes