Melbourne Day # 2 - visitor shuttle bus

Hari kedua..tengok weather forecast hari ni cuaca between 8-18 darjah. Cuaca mendung dan sejuk, nak bangun dari katil pun malas. Hari ni kami breakfast kat bilik. Hari pertama dah siap2 beli roti, cheese, marjerin dan nutella kat 7E.. so, pepagian makan roti la. Aku kena makan sebab aku masih on antibitiok, kalau tak memang malas juga nak makan sarapan ni. 

Jam 9 kami berjalan ke Federation Square.  Dari hotel, kami jalan terus sepanjang Elizabeth street sampai ke hujung. Bila dah sampai ke ujung,  masuk kanan ke flinders street. Jalan terus sampai jumpa federation square.  Berjalan tak sampai 10 minit dah sampai.  Kawasan ni agak sesak dan busy sebab di flinders street ni ada train station. di federation square,  kami masuk ke tourist information centre. Di sini, ambil number giliran dan bila number di panggil, pekerja dia akan layan apa saja pertanyaan korang. kat sini juga boleh ambil peta, beli souvenir dan beli ticket tourist bus. 

Macam kami, kami beli full day ticket untuk tourist shuttle. Servis bermula 930 pagi sampai 4 petang. Ada 13 pit stop yang dia akan singgah,   dan korang leh turun naik di mana2 pit stop tu.  Di federation square, kita beli di kaunter, tp tiket juga boleh di beli di any pitstop(dengan gunakan coins ; exact amount sebab baki tidak dipulangkan..kalau tak ada coins, boleh guna credit card.) Harga tiket adalah $5 dan bagi budak2 10 tahun ke bawah, tiket adalah percuma. 

Bus kami datang jam 10.05 ..tepat..  driver tu akan merangkap tourist guide juga. Walaupun dh ada recording setiap kali lalu tempat2 menarik, Paul si driver dengan passionate nya bercerita pasal setiap bangunan.   Kami turun di Victoria Market. 
Husband aku beriya2  membeli sampaikan aku kena beli beg untuk isi hasil belian dia. Beg tu aku jadikan  souvenir kelak. kemudian aku ke area fruits and vege. Hajat di hati memang nak cari cherry. Kat KL mahal sangat, so, hajat aku nak beli banyak2 makan kenyang2.. malangnya, aku tak jumpa pun cherry. Last2, husband aku tanya kat penjual situ, ada cheery x? Dia kata dah x de.. cherry x de??!! Whyyy..sedih..

sementara tunggu bas datang, kami beli donut kat market. Comel je jual donut dari dalam van. 5 biji donut for $5.50 .. aku tak berapa gemar donut dia sebab berminyak sikit..  
Dari Victoria Market, kami naik bas lagi. Hasben aku ajak turun kat dockland. Tp aku sangat x cool..aku x mo turun..esok2 la.. bila dah sampai botanical garden, aku nak ajak semua turun sebab macam cantik dan byk tempat menarik situ, sekali hujan pulak. Dah la x de payung, tak sanggup berbasah. Last2 aku terus balik je.  Esok2 boleh pegi lagi. Sampai federation square dah pukul 130 ptg.
Singgah beli fish n chip, then singgah kfc beli mashed potato dan balik hotel makan kat hotel. Mulanya ingat nak makan kat luar kedai fish n chip tu..tp memandangkan sejuk dan angin kuat, memang x mampu nak mengunyah pun.. kena jalan kaki laju2 sebab nak panaskan badan..
For dinner, kami jalan2 cari makan di area elizabeth street ni. Masuk dalam bangunan train station; di situ ada food court dan juga coles. Hasben dan h@zim beli chicken kebab(bawa balik je), aku lak memang tekak melayu, jadi kena la makan nasi juga. Masuk coles beli air dan telur..tak lupa juga kudapan budak2 .  Aku tanya adik coles tu mengapa x ada jual ceri, katanya bukan musim ceri.. ohh..padan la aku cari satu pasar tak ada..coles pun tak ada..bukan musim ceri.  Lantas beli strawberry..walaupun strawberry banyak je kat kl, tp tetap juga nak beli.
Otw back to hotel, Singgah dulu di Mamak beli nasi, sampai bilik,aku goreng telur. Macam mana aku buat: letak marjerin dalam tuppaware, pecahkan telur,  then masukkan dalam microwave selama 180 saat. Then, aku panaskan ikan bilis brahim..wahh..nikmat sangat makan berdua dengan H@kim.  
Macam ni la jalan dengan anak2 kecik. Bukannya boleh bawa banyak tempat satu hari. Kalau jalan jauh2, kasihan sebab nanti depa penat. Sebab tu kena pegi lama, sebab jalan2 di awal pagi sampai tengah hari je. Petang hanya aktiviti dekat2 hotel saja.
Ok..bersambung nanti.

2 ulasan diberikan:



ain sweet thots said...

anak ai u ... mmg dr kecik bawa jalan ikut cam org besar .. haha .. kasi lanyak satu hari cukup2 .. so depa sampai now dh biasa mcm tu .. hehe

Cik Sar said...

I kesian depa kena jalan.. padahal sejuk je ..x penat pun kan.. tp x per la. Lama lama kat sana ari tu..so..merata gak leh pegi