Melbourne Day #1-- city tram

Kami sampai Melbourne jam 930 pagi.
Cuaca kat melbourne  dalam 23 darjah..  tp keadaan mendung je. Kawan aku ada cakap yang Melbourne ni boleh je tiba2 hujan..betul pun..sambil kami jalan2 nak cari lunch td, hujan turun renyai2..
Keluar dari airport,  kami terus ambil teksi ke CBD.. kami  stay di Somerset on Elizabeth selama  5 hari, 4 malam. Kami ambil 1 bedroom apartment,  dan tambah 1 extra katil. Sapa yang datang dengan anak2, memang sesuai la dok somerset. Bilik dia besar..siap dengan kitchenette, 2 tv (living room and bedroom) dan sofa also washing machine. nak add on breakfast is $15 per person, tp kami x amik bekpes.. total  4 malam termasuk extra bed rm2451 .. (15% discount utk early bird)..aku book via booking.com
Dari airport ke hotel cost us   $50.90 .. tp memandangkan kami tak ada  duit kecik, dia waive je la 90 sen tu. 
sampai hotel jam 1030, ingatkan nak letak beg saja, tp pekerja hotel kata bilik dah ready, so boleh trus check in..bahagianya aku..sebab mmg nak baring kat katil sgt2... cantik kan bilik dia.. .pekerja2 dia pun baik2 dan ramah2.. good decision betul aku book hotel ni..
Selepas  rehat, kul.1230 tu rasa lapar sangat..kami keluar je ikut kaki bawa ke mana2 lokasi.. tiba2 dah ada kat depan national library. then, aku nampak satu restoran-->> Nelayan. Aku pun masuk je..lauk2 dia nampak sangat indonesia. aku amik nasi and ayam, hubby and h@zim masing2 amik nasi dan 2 jenis lauk. H@kim pulak ambil sup bebola ayam (bebola ayam tu dia buat sendiri dan beso gile..) air suam/ais and teh cina dia adalah free..amik je la banyak mana nak.. kami juga amik root beer utk.h@kim.. harga  semua $25..  not bad.. kalo korang dtg melbourne, boleh cari Nelayan ye.. kedai dia pun selesa..ramai mat saleh makan di sini juga.. aku rasa ambil sambal belacan dia..x kick la..sebab x pedas. Tp ye la.dia kan cater tekak2 mat saleh..mana bleh pedas2. Pekerja dia sangat selamba layan ko dengan bahasa indonesia..aku pun tiba2 cakap indonesia.. asal boleh aku nih..

Kalau ikut itenary yang aku  buat hari ni..patutnya kami naik free city tram tu je hari ni.. amik feel Melbourne dulu. Patutnya amik tren no 35, tp aku kan konfiden..aku suruh suamiku naik je trem no 30 walaupun sah2 dia tulis  etihad stadium bukannya city circle..sampai kat etihad,  turun tram 30 (sebab kena paksa turun oleh driver, lol)..nasib baik tak lama  tunggu, tram no 35 dtg menyelamatkan.. bila naik tram 35, terasa kelainan sebab tram 35 akan terangkan setiap pit stop yg menarik sepanjang perjalanan.. tram 30, senyap je..pandai2 la ko baca peta masing2..
Kami x turun sampai last pit stop pun sebab Hakim dan mengantuk..sampai elizabeth street, kami turun ingatkan nak terus jalan kaki ke hotel..sekali ternampak coffee shop and kedai roti "papa roti". Sebagai Malaysian, haruslah proud..kami beli dua set roti  with coffee*satu with mocha and lagu satu is caffe latte. One set $5..not bad kan.. dari ingatkan nak balik hotel, terus lepak kat luar kedai kopi sambil tgk org lalu lalang.. kat mesia x leh buat gini..panas uols..  ada budak kecik tu makan eskrem lagi.. si abang setia dengan vanilla ice blended dia .. memang makan je  hari ni..  banyak juga kedai makan melayu and halal kat area hotel ni..ada mamak, arabic restoran called zam zam dan juga ada satu kedai melayu called cili padi.. so x yah riso la nak bawa sardin, beras bagai..memang rasa kat kl  je makanan2 dia..
Kalau ikutkan aku, aku nak je keluar semula..tp kesian budak2..masing2 nak rehat dan esok baru nak jalan katanya.. x per la.aku lama kat sini.. hari pertama cari2 kedai makan je la dulu..esok baru jalan2..
Sampai bilik masing2 bantai tido sampai kul 630 petang..cuaca pun muram je, tak nampak matahari lansung. kami sampai2 bilik, extra bed dah siap. So, H@kim dengan happy terus tertido.  Nak kejutkan dia bangun pun x sampai hati sebab mengantuk sangat nampaknya. Last2, hasben aku keluar gi beli dinner.
Dinner malam pertama beli nasi goreng & mee goreng kat MAmak. pedas masakan dia. Memang kena sangat dengan selera aku. Kami beli juga roti planta.. satu nasi goreng $12, same goes to mee goreng tu.. and roti planta tu $9.. memandangkan kita ni kena juga makan masakan melayu kan..jangan banyak cakap..bayar je la.  Nasib baik sedap!!   ok done untuk day 1..later sambung day 2 ye..

2 ulasan diberikan:



edrina said...

Wah bestnya! Be safe & have fun!

ain sweet thots said...

Dah update rupanya cuti2 melbourne .. ai baru perasan ... day1 pun dh menarik kubaca ni ... xsabar nk baca habis