Of Spring Cleaning

Sabtu lepas kami buat spring   cleaning kat rumah.. kemas store dan buang barang2 yang x pakai dan rosak..guess what..85% barang kena buang   dan store terus jadi kemas dan terang benderang..

Baru aku sedar yang aku suka sangat mengutip segala macam kotak, dan segala plastik.. suka sangat membeli barang dan simpan kotak2 tapi aku x tau nak guna apa kotak2 tu..half of it, aku tak sedar pun   ianya wujud..nasib baik dalam store je..so, tak la nampak bersepah rumah ku . .

Aku malas nak involve dalam spring   cleaning store   sebab kalau aku involve, semua   barang2 tu aku simpan   semula .Bercakap pasal simpan barang2 ni..masa hasben aku kemas barang  tu dan put aside barang yang nak dibuang, aku sangat terkejut dengan betapa banyaknya barang yang x guna dalam store aku.. and some it aku dah lupa pun kewujudannya.aku sangat sayang   nak buang barang..even  kalau resit pun aku simpan bertahun2.. slip atm pun   aku simpan tapi x tau bila masa nak guna.. omg. Adakah aku telah   menjadi   the hoarder? Adakah???    Reaksi berlebihan   sangat ni mengapa   cik sar?  Aku tak mau jadi macam mereka. Tidak !!!! (Abaikan   reaksi berlebihan ini)

Aku pernah tgk hoarder   yang kronik(kat tv ye..so jangan speku).. serius rumah dia not in a living condition. Gudang lagi lawa kot dari rumah dia.. Segala mak nenek ada kat ruang tamu . Sepanjang2 hall way tu semua barang..kalau aku, aku buang   jek semua..dan start a brand new life..serius kau x tau where   to start pun   sbb segala2nya nampak sama..bersepah dan all sampah..  mmg kalau ko tgk, kau akan rasa pengotornya.. x reti mengemas   , pemalas dan sengkatan dengannya. Even ada sesetengah tu tak suka bila orang dah kemas rumah   mereka sebab mereka kata tak biasa rumah   kemas2..eeee..marah lak aku tengok , rasa nak lempang..dah la pemalas, bila orang  tolong,lagi mau komen . .meh sini tadah pipi kau kat sini..

Aku mengaku yang aku suka mengumpul barang ,  tapi ada masa yang aku rasa this is enough,macam dah tak betul ni, aku akan buat  spring   cleaning.. macam almari budak2.. buku2.. at one point  yang kau rasa baju2 ni dah x muat   or almari perlu dikosongkan skit untuk kasi ruang pada baju lain, aku akan kemas dan decide   which one to buang dan which  one to kasi pd orang lain . Percayalah ko simpan lama2 pun, bukannya kau akan guna benda tu.. better donate to orang yang memerlukan..ada juga pahalanya..

Dalam pada spring cleaning store , encik suami   pun spring   cleaning   lappy dia. He need to transfer all data from his old lappy to new lappy. Masa tu la dia delete mana yang x perlu . .dan masa tu la dia discover semula gambar2 lama. Bila aku cakap   lama ..lama tu maksudnya dari   h@kim baru lahir. Gambar dari 7 tahun   lepas. Aku tak perasan   apa yang berlaku   sampai la 3 beranak tu gelak macam nak rak. Suspicious   sangat gelak tu.. rupanya they tengah   gelakkan gambar aku masa aku kat Sabah..menyampah   tau . .tau la i selekeh vs spek beso segala..tp perlu ke gelak..
Dapat tengok gambar2 h@kim masa kecik yg super montel..rindunya zaman tu..dan gambar2 lama masa vacation..bestnya.. lama x g cuti . . Lesen memandu aku dari tahun 2000 yang aku nak buang tapi encik suami   simpan diam2..then dia tangkap gambar lesen tu..itu pun jadi   bahan ketawa .  And bila yg jadi bahan ketawa tu adalah kita, seriyes aku rasa x funny lansung. Geram pula hati kita.

Spring cleaning boleh buat kita jumpa banyak   memory as well as banyak  benda    unexpected kita akan jumpa.  Nasib baik bulan puasa,so lepas kemas2 tak payah sibuk2 kena prepare   lunch ke apa.semua tido semula dan rehat dan bila bangun terus decide   x payah masak la kita makan luar  je. We had our iftar at Tony Romas Citta Mall hari tu. Makan lelaju..solat Maghrib then balik semula ke Melawati by 9 pm. Productive sangat   weekend lepas kan..

Of Online Shopping

Aku ni memang la pembeli tegar online. Tp mostly benda yang aku beli adalah baju2 aku dan handbag (itu pun   hanya dari pembeli yang sama yang aku tau ketulenannya sebab dah bayar mahal2 takut fake...nangis kan).  Aku penah beli segala mak nenek barang such as dell lappy dan desktop,juice maker, kasut, baju, barang  dapur etc.   Tp aku makes sure dari website yg dipercayai..

Ada satu website popular   jual2 baju   ni, dah bertahun2 aku beli dengan mereka...dulu2 baju2 dia sangat berkualiti dan cantik serta   affordable . Tp sekarang ko kena pilih betul2   baru dapat baju yg design cantik.. aku amat berhati2 kalau nak beli baju yg bercorak kat situ sbb corak yang sama akan dijumpai di section skrit, tudung dan baju..  kang tiba2 kak tipah   naik lrt, ada org pakai   tudung sama corak dgn baju kak tipah.. terus dua2 bajet awkward.  To play safe, aku beli je baju plain. Korang sure tau website mana kan.. gi la terjah,hari ni bayar,esok dah sampai opis dah baju tuuu (nampak sgt kau guna alamat opis cik sar)

Adik aku ada kasi satu ig yg jual2 baju ni.. harga dia uolss..kalah kau beli baju kat isetan.. seriyes..baju dia ala2 design   baju kat  website yg aku cerita kat atas tu je.. aku cam apakah ??? Mahal bebenor ni.. sebagai cik kepoci   aku pun masuk ig tersebut dan sahlah..semua baju2 dia bajet tinggi .bagi aku, kalau dah harga gini, baik aku terus beli yg branded..at least puas hati kan.. akak teruskan menscroll dan bingo!!! I dah tau mengapa baju dia mahal secara extreme ... sebab fotoshoot dia kat Paris dan seorang   pelakon malaysia yang aku jarang2 tgk lakonan dia di kaca tv tp amat glamer di beautifulnar@ telah promote dan pakai baju tu..lantas jadi mahal?? Kawan adik aku beli dan katanya x berbaloi kualiti dan harga.. welll..  bagi aku , kalau blouse dah harga >100, aku x kan beli online . . Itu rules of thumb aku.. lebih dari rm100, big NO. Kecuali kalau kau betul2 yakin   ianya sangat hebat ..
Ok ..tu je bebelan akak di subuh yg hening ni. Selamat berpuasa semua..

Puasa Day #1

Selamat berpuasa   semua. Seperti biasa, bila puasa beriya2 aku mencari   resipi   siap buat list   sampai 30 hari nak masak apa everybody (free sangat ke ko cik sar oiii).. dan kawan aku si fae pun dan buat list macam ni since years.. dia siap hapload kat ig lagi..  aku tak berapa gemar makan bukak puasa kat luar..sebabnya;
1. Ramai   orang .. aku kan anti sosial.tak kuasa nak bersesak2 queue amik food.lepas tu nak solat pun susah..dapat lak tmpt yang   kasi ruang solat   kecik dan jauh..
2. Kami memang tak makan banyak.. rugi bawak makan buffet. 
3. Mahalnya wehh makan bukak puasa kat luar. Dengan merujuk  fakta no 2 dan fakta yang kami ni bukan orang   ada-ada (bak kata p ramlee) baiklah kita masak.
*panjang kan justifikasi (lepas beberapa   hari cik sar up entry makan kat hotel..sure mengundang   kata nista rakan2..lalalalala)
Utk hari pertama aku masak ayam roasted, sambal ikan bilis, salad telur dan fettucini carbonara. Ayam roasted tu aku combine kan   resipi kakak aku & resipi mil aku.. kang aku kasi  kat bawah.. semua bahan2 aku siapkan malam before sahur..dan masa sahur just perap semua..senang jek..
Fettucini tu hakim   yang nak..sekali dia x makan pun..dia nak burger pula . Mengada kan..
Resipi fettucini mohon tengok je kat belakang botol prego tu..Cumanya   aku tambah daging kisar, cendawan butang , cheeese dan susu. Bila masa nak tambah tu.. daging dan cendawan tambah awal2. Cheese dan susu tambah   kat akhir2 .. gitewww . . *macam x  mo kasi tau je kan .
Ayam roasted  :
Bahan2
1. Ayam seekor (aku belah   2 supaya   senang   dan cepat   masak..dan aku rebus dulu selama lebih kurang 10 minit)
2. Jintan   manis, ketumbar,lada hitam (sesudu setiap satu) aku tumbuk sampai   lumat (aku x jumpa grinder aku letak mana..gigih menumbuk..
3. Kicap, osyter sos, serbuk pati ayam
Cara:
1. Ayam dah direbus, sejukkan sekejap dan kendian sapukan semua bahan2 pada ayam.
2. Balut dengan aluminium   foil ..letak dlm fridge..biarkan   semalaman
3. Panaskan oven 200 degree dan set timer 1 jam.. masak ayam..
Senang   kan..kalau x de banyak masa, mmg seswai sangat masak ayam cenggini..
By the way, kali ni bazar ramadan betul2 dah depan rumah aku.. jemnya jangan cakap..siap parking2 depan rumah iols..aku macam x boleh balik kije ikut jalan  depan adni  dan kawasan mall baru yy tengah buat tu sebab sure
jem juga bersama2 orang2 pasar ramadhan tu..nasib baik la nak masuk melawati ni ada banyak jalan lain.. 
Kalau aku rajin, aku letak lagi gambar hari2 next  ye..tp Biasalah   gambar main tangkap je..tabahlah..

Time management

Minggu lepas aku ada management   training.. ada 2 modules dan setiap   module adalah   2 hari. Module   ke 2 akan berlansung bulan puasa nanti.masak la  masuk training x leh makan kan...

Masa permulaan   training, seperti biasa kena introduce diri masing2..dan berapa lama kerja..apa yang  kita do well, dan apa yang kita paling tak suka. Kita kena tulis dulu dan kendian present kepada peserta lain. Aku paling tak suka bad time management . .. baik dalam kerja, atau dalam ur daily routine.. seriyes   rasa macam hellloo...kau ingat aku takde kerja lain??  Nak tunggu kau bersiap dan mereput di sini ?

Masa aku matriks kat UUM dulu, aku ada sorang kawan.. kecik molek budaknya....A^FA namanya.. dia punya time management   memang   big time fail.  Dari bersiap nak pegi pasar malam sampai   la ke makan.. kalau dia makan, dia akan sudu dalam 5 butir je nasi tu sekali suap..seriyes wehh..rasa nak suapkan je..then dia kunyah pelan2..aku dh jegil2 mata tgk dia  makan. . Dan most of the time, aku akan tinggalkan je dia kat cafe..konsep dia adalah sebab ko lembab kau makan sorang2.  Sebab tu dia selalu makan sorang2..dan dia pun jenis tau dia lembab kot..hhahaha. so dia pon relaks je makan sorang2..

Paling kronik kalau hari Selasa.. hari selasa ada PMC: pasar malam changlun. Dah nama pasar malam..kena la g malam or lewat petang   kan.. A^FA ni rajin la nak ikut   geng2 aku sekali ke PMC.. masa tu kami dh alamakkk..masak la nak tunggu dia..tiap kali dia tanya kul bape nak tunggu kat cafe,kami mesti kasi sejam awal.. percayalah . .dan kami dtg sejam lewat dari waktu yang kami  cakap..kadang2 kena tunggu dia jugakkk.. giveup ok orang2 lambat gini.. tp dia jalan laju..konsepnya   adalah bad time management   tp jalan kena laju . ..tapi satu aku respek, dia tau dia lembab.. so, dia x kisah kena tinggal   sebab dia tau dia yg salah..

Yang paling aku menyampah . .dah ko lembab . . Call x angkat, x cakap sorry.. message x reply . . Dan last2 ko buat macam aku x menyempat2 . . Ye la.. hidup ni mmg semua berkisar tentang kau je kan..  time orang   lain apa la sangat !!!
Just imagine   masa orang lain yang   depa boleh gunakan utk benda2 lain selain dari tunggu kau.. kalau lambat 5 minit..10 minit ok la lagi beb.. kalau more   than that..memang meminta sangat. Kalau sekali sekala x per..tapi asek2   ko..asal lambat je kau..asal kau je lambat..  aihh..mengundang sangat . .

So.. Please   ye.. kalau deal dengan aku, please la punctual . .aku leh paham kalau sekali sekala kau lambat..sebab aku pon kadang2 lambat with   valid reason dan aku akan inform awal2 yg aku might be late.. tp berbudi bahasa la..say sorry..  next time jgm buat lagi..  ni kalau   setiap kali aku kena tunggu kau..memang nak kena sangat.. hilang mood i tau..

Melaka again and again

Kami ke Melaka lagi.. encik suami   ada kerja , dan ajak kami teman .  Makanya, H@kim  & H@zim  kena ponteng   sekolah hari Jumaat. Nasib baiklah hari terakhir penggal ni cikgu buat celebration   untuk hari guru, jadinya x kisah lah ponteng   kan budak2 sebab bukan belajar pun..
Tapi,malam before pergi tu, jenuh   juga aku membalut  hadiah utk cikgu2. Hari Khamis anak2 aku nak   kasi kat cikgu masing2 hadiah..  malam tu la nak g aeon au2 nak membeli hadiah..malam tu juga kena balut2. .malam tu juga lah nak kemas barang utk ke melaka.. pengsan mak!!!




sampai Melaka dalam pukul 8 malam .. laju gak encik suami drive. Checkin kat tempat   biasa..Equatorial   .. Sampai2 je lamanya hasben aku dok kat kaunter ..padahal dah book lama .. aku siap suruh   anak2 jenguk apa la babah depa buat.. seperti yang di sangka,  dia cuba prektis kan apa yang kami tonton di "How to win".. korang ada tengok x rancangan   tu kat Discovery   Channel ?
Basically   dia tunjukkan benda2 yang kita boleh buat tapi  tak penah cuba, dan dia ajar how to deal with it. One of it is how to upgrade our room. katanya, 80%  kalau kita minta utk upgrade   bilik kita , hotel will gv it.. Cumanya,  kita ni memalu nak mintak.. just ask katanya.. si suami   aku ni  nak eksperimen   la konon..cuba mintak..tp lamanya ko deal . . And guess what.. dapat upgrade to premier room. .. yang lamanya sbb hotel dah prepare room lain, then kena kasi room lain..tu yg lama kena check kot.. aku rasa benda ni x leh implement   kalau peak season..atau kau jenis malu2...kami pon baru ni mintak..saja nak test boleh ke x..
Esoknya pepagi hasben dah g meeting.. so,  hanya kami ber3 pegi bekpes kat bawah.. again, kami ni memang jenis makan sepinggan   dah kenyang, tapi aku nak buang masa kat situ, kami sembang2 je.. so..lepak   kat cafe bawah sampai pukul 930.. Sehinggalah h@kim bising bila la pegi swimming . . Aihh.budak ni kan.. naik ke atas dan tukar baju bebudak, then pegi swimming   pool . .  Cuaca panas ya amat kat  Melaka  ni,walaupun   baru pukul   9++.. tapi suasana  cantik la sebab terang jek.. aku lepak2 kat tepi swimming   pool sampai rasa nak tertido .. bdk2 ni mandi sampai  kecot..




Malam tu, again ke mana lagi kalau tak makan Seafood.. memang x pernah miss makan di Umbai,tapi  dengan mengada nya aku kasi suggestion untuk   lajak ke depan dan  cuba di Serkam.. hasben aku macam x setuju tp sebab dia malas nak layan dan argue, dia bawa la aku ke sana..jauh juga tau medan ikan bakar tu..dan kedai pun sikit sangat compared   to Umbai.. masa tu baru jam 630.. aku bila tengok je keadaan macam tu, terus cancel . . Kita patah balik dan makan di Umbai .. Aku pun x tak pasti macam mana food kat Serkam tu..tp sebab dah terbiasa   makan kat Umbai yg ramai org walaupun baru pukul   6 pm, aku macam pelik la why kat Serkam tak de org.. tp kalau ada orang yg penah makan di sana, dan kasi komen yg bagus, maybe aku akan cuba kot.
Update: rupanya aku salah tempat kat Serkam tu.. bila sampai hotel, aku google Serkam,  ehh..ok je tempat   ni..tak macam tempat   yang aku sampai   tadi.. masalahnya, waze   aku tu sama bengong .. mebbe x de rezki lagi aku cuba kat Serkam.  Aku memang kena g makan kat Umbai je.. 
Kami ambil ikan silap sweet and sour , udang butter nestum, sayur kalian dan sotong tepung.. ikan dan udang tak habis maka , jadi kami tapau   bawa balik hotel   dan kos nya rm95 saja. Murah kannnn.sebab tu aku suka.murah dan sedap...
Tapi aku lupa nak bawa balik udang & ikan.. aku tertinggal   kat dalam fridge kat hotel.. sedih sangat...
Pagi tu, encik hasben g bayar awal..konsep dia adalah bayar dan masa check   out nanti just hantar kunci je..  sebab masa ada banyak lagi, kami keluar pegi breakfast   kat luar, dan masa keluar breakfast tu aku dah cakap tak perlu la bawa beg baju ni. Kang mereka ingat kita nak balik.. tapi Biasalah. .suamiku kan degil, dia kata dia dah cakap dengan kaunter kami akan checkout   jam 1130..so  no worry..  kami pun keluar dgn semua barang2 siap masuk dalam kereta   kecuali laptop *sebab konsepnya adalah bahaya bawa laptop dalam kereta sebab kita akan kluar   dan tinggalkan lappy.. ok fine..  tinggalkan la lappy tu..
Balik2  bekpes,ingatkan nak baring2 kejap..tp masuk2 bilik..bilik dah siap2 kemas.. dan lappy dah takde. Aku tengok muka hubby dan cakap. See..betul tak saya cakap..depa ingat kita dah balik. Cari2 lappy mmg x de dalam bilik.. nasib baik adik house  keeping   tu masih ada di bilik hujung. .hasben tanya ada jumpa lappy tak masa kemas bilik? Dia kata ada..dia dah letak   kat bawah...gitewww...nasib baik adik tu jujur.. kalau dapat yang x jujur macam mana?
Di pendek kan cerita..kami dapat laptop semula, dan terus kluar.tq Equatorial   Melaka.. pekerja2 anda sangat jujur  dan mesra. 
And of koz akan dtg lagi.. tp, kalau korang perasan ,  betul2 depan Equatorial   ada satu hotel baru..imperial   heritage kot nama dia. . Next time..ingat nak cuba sana pula.. We all suka that location  sbb dekat dgn tempat makan, dan semua tempat2 menarik kat Melaka . . Jalan kaki je.. 
that's   all abt melaka trip kali ni...jumaat next week aku cuti lagi..adik aku kahwin pula.. later I update   the wedding k. Bye..




Bad day .. but I am ok

Tajuk ... macam positif je kan..  aku tak penah   face bad secara bersiri macam hari ni.. aku rasa macam satu dunia cuba sabotaj aku ..adakah hari ini telah diisytiharkan sebagai 'bad day ciksar?' Kena jadi public   holiday ke macam mana ni?
Kisahnya pepagi aku ada meeting dgn US. Sesampai opis terus ke meeting room,on laptop, tp lappy aku blue screen.. biru sebirunya.. aku restart   5,6 kali pun sama.. meeting harus diteruskan.. macam mana ni? Dengan   x de apa2 reference   di tangan, aku meneruskan meeting   (mereka di US sah2 ada refer emel bagai..aku hanya refer memori sel2 otak aku yg x berapa berhubung   ni) dan..lebih menyakitkan hati,ada something   yg diraise yang menyentuh hati akak. Down sekejap akak tau *sambil melihat   luar   tingkap .. 
Selesai meeting, dengan laptop yg skrin biru itu (tapi muka konfiden macam lappy   tu berfungsi) aku ke bilik lain utk conference   call yang seterusnya   pula..  hari ni memang hari meeting   sedunia.  Tp mood aku dah dilambung ombak dok pikirkan solusi masalah sebelum   tu.. demmit betul..  ayat agak skema disitu   ye..
Cepat la habis meeting..aku nak bekpes.. nak minum   kopi..
Kuar   je dari meeting room,literally . .literally  yee.. boss aku kat luar ..tunggu utk meeting lain..what??!! Apa ni.. kasi aku bernapas sejenak boleh tak? bila dia tgk muka   aku macam nak makan org . .dia leh ckp kalau aku x mau join   x per..kang dia update aku intipati meeting . .ko rasa??? Haruslah   daku malas nak dgr point bullet   je dari dia..baik aku masuk   dan dgr je..sambil jalan seret kaki, aku join   juga meeting dia tu.  Sambil2 tu, aku jeling2 jam.. sebab aku ada interview   dalam masa lagin 30 minit ..   memang semua orang pilih hari ni untuk buat semua menda ke? Esok korang nak buat apa wehh.. .
Masa tu aku dh nekad, biarlah hr ingat aku mc ke  apa ..sebab sure depa cari aku x de kt meja..x on communicator   bagai.. biarlah   mereka cari je replacement   interviewer  tu..akak x mampu nak klonkan diri   ye..
Selesai meeting, aku terus ke bilik   IS hantar lappy ku.. menurut kata adiK IS,hardisk aku corrupted . . Sekian,terima kasih..esok baru siap recover semua dan tranfer ke disk baru..esok ye.. ni camne nak buat kije ni.korang jangan nak macam2 sangat dgn aku..  jangam bermain2 dgn perempuan   yg busy kerna dia mampu bertukar menjadi raksasa hijau dan mengalahkan otremen..
Adik IS kasi aku   spare laptop tp pendek cerita ,  aku tak boleh access email apa ..jam dh kul 12 dan aku kena g meeeting dgn S-on kat level 26. Sampai2..aku explain to s-on yg aku x bawa apa2 sbb hard disk aku corrupted .  Dengan sweet dan baiknya, dia printkan semua details,dan kasi pada aku..  sweet kan..nampak   macam bad dah berakhir kan..tak ye..takkk..sebab aku kena update all docs yg aku buat dan aku ammend ms meeting to by COb today . .gilak.. dengan apa aku nak taip..spare machine tu  x de ms word pun..leh surf   internet   je..motip   sgt adik IS yg kasi   aku spare lappy tu..
Abis meeting kul 1 ,aku balik tempat, ada sorang adik tu cam free2 je.. aku tanya ada kerja ke? Bila x de ..haruslah akak kasi kije.. opss.. akak nak g makan sat.. *K!ran dah siapkan tapau utk aku..muka kiran nebes2 je masa aku sampai level 29 nak makan..dia kata,  u tgk dulu lauk u..before i cakap harga . .eleh k!ran . .ni sure mahal ni.. bila aku bukak bekas, sotong 2 ekor, ayam seketul, sayur   water crest.. aku cam..amboi . .ni perli ke apa ni.. dengam nebesnya Kiran menerangkan ..lawak bdk   K!ran ni , dia cakap nasi ni rm15.. aku cam..ye la..dh 2 ekor sotong..haruslah rm15..tp.aku tak  marah dia..mana leh marah sweetheart   aku sorang ni.. hahha..*aku makan sampai habis.. tp x bayar lagi kat dia..esok i bayar.. tp dia x abis2 buat lawak pasal lauk rm15 tu.. xyah nebes sangat .. dia belikan pun aku dah beruntung sangat2..

Bila budak2 US shift datang, again meeting at 2pm..  dan discussion sampai kul 5.. Aku tak leh bernapas.. Dengan sakit hati dengan decision making yang x berapa bijak .. dengan macam2 la..Tapi sebelum aku bertindak tidak waras , baiklah aku balik..duduk lama2 pun tiadalah gunanya kan .. esok masih ada.. esok je la aku siapkan report2 yg tertunda hari ni .. Tp kalau esok lappy aku x sihat, aku akan pergi jumpa adik IS tu .. dan buat muka pompuan bawah ni dan ayat pun sama.. 






MARRI@T,PJAYA

Lama kan aku tak memblog.. banyak sangat benda  jadi yang menjadikan   blog ni terpinggir.kasihan dia.

Aku pun sejak bukak sekolah ari tu dah busy sangat. Dengan maid x de. So,weekend dah jarang berjalan. Lagipun sabtu every week si h@zim ada kelas UPSR.. Alhamdulillah   berjaya dapat  5As untuk exam bulan 3 lepas . . aku harap sangat dia  boleh maintain   sampai UPSR..

Ahad pula h@zim ada kelas piano .. tahun ni kami request cikgu piano dia datang rumah . . Kelas dia sampai 1130 - 1230, then pukul 130 kami dh bergegas ke Wangs@ Walk sebab H@kim ada kelas   drum kat Yamaha. Budak H@kim ni minat melukis, drum, math.. apa yang dia minat, itu yg kita nak dia buat kan. Tp aku ni bukan rajin melayan..encik suami la yang  rajin, tah hapa2 tah dijanjikan kepada budak2   tu.   so weekends mmg busy la akak ko ni kan.. memang family time   ahad..so kawan2 yang ajak jumpa weekend mmg susah  nak ditunaikan (padahal x  de sapa pun ajak..propa sangat kau ciksar)  

Masa CNY yang lepas, kami ke M@rriot, PJaya.. untuk family day belah hasben . Plan mulanya nak ke Cherating la, ke Hot spring trolak la...last2 sebab takut jem bagai kat hiway, dan tak mau tinggal rumah   lelama, ke Putrajaya la kita..

Aktiviti   dimulakan dgn makan tengah hari kat Marina Putrajaya.. bagi aku, aku kasi rating 3/5.. food wise biasa2 je, servis pun agak lambat ditambah dengan waiter yg confuse .. tp confuse2 dia pon, dia x tunjuk muka boring..so, kira ok la kan..  kalau ikut aku, aku prefer la makan kat tempat lain, tapi dah organiser beriya nak makan situ, ikut je la..*nasib baik free, so, sila jangan banyak   komplen..giteww (sambil menadah tangan sukurrr)

at 2, memasing dh check in kat M@rriot. Kami amik executive level, amik extra bed utk bebudak..akak x mampu nak amik 2 bilik   kat executive   level ni.   Dah semua kazen2  ada , budak2 ni sebaik checkin,terus salin baju renang, beriadah di kolam renang kekdahnya..aku? Aku beriadah   di bilik dgn biras aku si suz!.  Sesi beramas mesra dua orang . .  Dah agak2  x de idea nak sembang, aku turun bawah  tengok bebudak ni main air.. chill  kata orang kg kan.. elok juga korang main lama2.. kang penat, cepat je memasing tido..

Tepat jam 5, memasing dah berkumpul di executive   lounge untuk hi tea cum bday celebration   PIL.   Lounge ni hanya utk guest yang stay kat Executive level.. air dia free flow sepanjang   hari,  dan yang paling penting ; coffee dia sgt sedap.. makanan dia aku rasa ada utk breakfast   dan hi tea je..  tp food dia x la banyak sgt optionnya..   setakat nak sembang2 sambil makan sambil berangan yang kau orang kaya bolehlah.. tapi kalau kau tgh lapar, x yah la makan kat sini, sila makan kat bawah ye.

Masa makan tu la depa plan nak pegi cruise   tasik malam2.. malam cruise tasik tu ada jam 815.. dengan tiket x berbeli..main redah je..dah la pjaya jem nak mampus..bertolak dari hotel jam 6..jam 715 ko still kat jalan . .padahal dekat je kan. Hampir2 la juga berputus asa, akhirnya berjaya parking dalam pukul 740 kot .. kelam kabut masuk masjid ..masa ni la guard tu tegur   pakaian akak x syariah   compliant . . Apakah? Baju aku labuh   tutup punggung   kot.. kecik ati akak.. cecepat   amik jubah kat kaunter   dan turun   bawah untuk amil wudu..  selesai solat,  baru jumpa yang lain2 dan terus ke jeti cruise tu. 

Kami dah pernah naik cruise ni siang2..malam2 x de apa pun ye..gelap je..pjaya ni pon bukannya ada lampu terang2 cam kat kl kan..menguap2 aku tahan mengantuk sepanjang2 45 minit tu.. 

Turun2 depa ajak makan pulak   * depa ni x tau penat kot..kami sekeluarga decided x join makan2 sebab aku dh ngantuk dan x lapar. Kalau lapar, kita makan room service je la..  bila dengar family   aku x join ,  anak si suz!  Pun x mau join . .nak ikut kami balik ke hotel.. set la.. ayuh la kita balik sekarang.. 

Memang betul, sampai2 je, bebudak ni terus mengadu lapar..terus order room servis, dan aku nak tido je.. x koser nak makan2 dah..korang makan la ye..  mak is penat.. pengaruh umur la ni..baru aktiviti   lebih skit,kepenatan nya tu memang sangat2 berbanding   dulu2 . . 

Esoknya, kami check out at 11 dan terus balik Melawat! .. kalau nak chill dekat2, boleh la kot marriot ni.  Breakfast kat bawah banyak pilihan. Tapi, sebab kami ni makan sepinggan pun amik msa sejam, dan x bertambah, memang tak seswai la makan buffet ..kalau korang yang mmg breakfast banyak, memang seswai sangat2.. 

Actually M@rriot   ni dekat sangat2 dgh I0I citymall tu. Tp sebab kami ni dtg ramai2, kang kalau hilang x join   aktiviti  , x sedap la kan.. that's our CNY holiday . . Dekat sangat2 dengan rumah, tapi quality   time la kan. Itu yang penting . .