Everly Hotel, Pjaya

Percutian adhoc. Nak puaskan hati si H@kim yang asek2 nak  dok hotel.. asalnya nak pegi royal bintang kat the curve, tapi tempat tu kan bising.. tak kuasa la kan nak weekend getaway, tapi tempat bising.  
So, nak kasi feeling jauh sikit, kita pegi ke Putrajaya. Book  via  agoda.com kul 12 tengah hari, kul 2 dah terpacak kat hotel.
Kami dapat executive suite.  Besar dan selesa..
Dah la wireless free, maka budak2 ni sambung aktiviti tengok youtube.
Hotel ni ada swimming pool, tapi disebabkan hujan dan sejuk, maka anak2 aku x mo mandi di swimming pool.   Kami memang betul2 bercuti di dalam bilik je. Tengok tv dan rehat2 .. dari bilik tidur, boleh nampak tasik di belakang MoE dan Alamanda.. tp bila malam gelap saja.. tak ada apa2 pun yang nak ditengok.
Petang dalam jam 5, kami ke alamanda nak tengok Hunger Games la kononnya. Sekali x de dah movie tu. We are sooo yesterday.. takpela.. nanti kita beli cd saja la. Movies lain pun macam bosan saja.  Jadi, kami pusing2 Alamanda saja..  tak lama kami pusing2,  sebab so the very bosan kan..kami tapau burger  di food court dan aku beli popia juga di food court alamanda tu. Tapi popia tu sangat la x sedap, dan berasa aneh. tak habis pun aku makan.. membazir je.
Malam tu memasing tengok piala AFF.. bersorak2 dalam bilik.. walaupun kalah, puas hati sebab main bersungguh2 kan.. dah namanya pun nak relaks saja..memang betul2 relaks duduk dalam bilik la.. puas hati si Hakim tu.. keluar kejap2 pegi Alamanda malam tu, dan sempat aku sambar jeans sehelai kat Parkson.. asal boleh aku ni..
Nak jadikan cerita,  aku bangun solat subuh, perut aku sakit dan memulas ya amat2 sakitnya.. kena cirit birit uols. . Sekejap2 aku ke toilet. . Dah la aku sorang je yang sakit perut. . Aku rasa culprit nya di sini adalah popia tersebut, kerana aku sorang saja yang makan popia tu.
Bila dah sakit perut,  aku x jadi breakfast.  Hanya hasben dah anak2 saja yang pergi. Aku dok bilik sambil main phone..
Suite  ni 2 kali ganda besar size bilik biasa. Masuk2 ruang tamu, then ada pintu ke ruang tidur, tapi aku x tutup pintu tu..aku baring atas katil dan tengah2 aku main phone tetiba  dengar air shower bilik air dengan kuat.  Aku cam..helloo..bunyi apakah itu. .aku jengok ke pintu ke arah ruang tamu..takkan bilik air orang sebelah..melampau sangat jelas bunyinya..sah bilik air aku. Kau ingat aku berani sangat nak bangun nak check? Memang tak la.. lama juga bunyi tu..level takut aku dari 1-5 adalah 2 je. Sebab aku berprasangka baik yg itu adalah pressure air. Dan prasangka baik tu berhasil sebab skala ketakutan aku tak berubah sampai bunyi tu stop.  Aku yakin something wrong dgn pressure air kat bilik tu..tu yang dia on sendiri.. yakin..yakin ..
Lama pula encik hasben aku g bekpes.. bila dia balik, kami terus check out sebab plannya nak ke rumah adik hasben kat klang.
Kesimpulannya, mmg sangat worth it harga bilik kat Everly ni. Aku suka..bilik besar dan selesa. Pekerja2 dia pun baik dan ramah tamah. Kalau saja nak relaks2, boleh la ke sini, nak ke Alamanda pun jalan kaki je.

2 ulasan diberikan:



orggilacinta said...

Amboi kakk,dkt dah umah linda ni... Syokla kan makan angin mcm ni

Cik Sar said...

Sonok juga saja2 dok hotel fefeeling tourist ni.