Tahniah anak!!

Hari Sabtu lepas   hari anugerah kecemerlangan sktm2. Selesai majlis, ada hari karnival sampai ke petang.   Budak2 looking forward   nak main rumah hantu..tak paham aku apa eksaited nya..padahal hantu2 tu kawan2 ko juga. Tah apa2 anak2 aku..siap masuk berkali2  pula tu (yang masuk berkali2   tu of koz la si H@kim).
Aku memang dh janji dengan   mommies 6 murni untuk   jumpa memandangkan   anak aku amik anugerah utk pencapaian  5A utk  trial UPSR. ngeri uolss.. ada 23 orang   yg dpt   5A masa trial.  Dah la anugerah tu hari Sabtu, selasa akan dapat result   betul..so, untuk tidak  mengundang spekulasi, aku mmg x update gambar atau apa2 ke ig utk majlis anugerah.  Malangnya... malang bagi aku..dari malam Jumaat tu, aku demam. Hari Sabtu makin teruk , tapi   aku cakap   dengan H@zim aku akan datang juga. Sebelum dia pergi sekolah, dengan muka harapannya dia pegi   ke katil aku dan cakap..nanti mak datang kejap tgk abang je..lepas tu balik.. sedih aku tau..sbb aku tau aku tak larat  nak bangun.
Memang betul. Aku memang x larat nak bangun . . Tapi rakan2 grup wasap 6 murni dan hasben aku kasi live update. Bangganya mak .. walaupun baru setakat   trial masa tu..  anugerah 5A katanya.. harus la bangga . .

Itu cerita Sabtu. Ahadnya pula ada majlis graduasi tahun 6.. kelas hazim buat persembahan   tarian endang yang di careograph  kan oleh be+ty, mama Ar!f. Kagum aku dgn effort   be+ty & mommies yang sanggup   berkampung   di sekolah ajar anak2 menari .. cari baju and all. Sayang sangat geng mommies ni..walaupun   semuanya baru je kenal sebab anak2 nak UPSR, tapi kami sangat2 close.
Bawah ni video   youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat. 

Aku rasa now semua sekolah dah  buat majlis graduasi ni kan..
And..hari Selasa datang. Aku admit.. aku x boleh tido   malam tu.. since dinner ,  aku slow talk dengan h@zim. aku cakap dengan dia..whatever result   yang dia dapat, terima   dengam redho. Mak dan babah akan terima ..u already did your best..kalau result tak seperti yang kita harap..semua tu ada sebab.. jangan stress ye..
H@zim tgk aku...dia cakap, dia tak sangka aku akan cakap camtu..sob sob sob..sedih iolss.. laki aku dengan relaksnya cakap.. kita tawakal .. dan redo.. mak baru feefeling nak motivasi..dia dah potong jalan. Sejujurnya , aku yakin   dengan   H@zim..tapi aku tak mau over konfiden . .  Tp mmg mak tak boleh tido..risau kalahkan masa zaman aku amik result SPM.. 
Pagi tu..memang tak boleh buat apa. Dari pagi   grup wasap masing2 dah gundah gulana.  Mmg tak boleh buat kerja apa..last2 kul 930 aku dah pergi   sekolah.. rupanya   kak L!za dabmn T!n! Dah lama ada. Hahha..lawak wehh..memasing duduk   layan wasap.. at 10, ramai dah ada..geng2 semua dah penuh   kat sekolah.   Actually   at 10,kita dah boleh check result   via sms,tp aku x mau check . . Penantian tu..rasa nak menangis.. i know this is only UPSR,aku dah siapkan skrip A dan skrip B untuk hadapi sebarang kemungkinan. 
Berdebar sangat..tiba2 hasben aku datang dan cakap H@zim dan check via sms result   dia.. dia dapat 5A. Aku macam?? Haaa..kawan2 aku yang dgr semua peluk aku dan menangis. Yeahh..menangis..cakap la aku over pun.. tp tak tau feeling   dia macam   mana..aihh..budak2 ni check buat   apa kan.. 
Terus aku g dewan sebab cikgu dah panggil berkumpul dan kawan2 H@zim all salam aku dan congrats . .sweetnya korang.. im so touched.  Masa tu dh ramai parents   check juga.sbb rasa lambat  sangat announcement   cikgu.. 6 murni ramai yg dapat 5a   ..again mak2 congrats   each other.. tp jangan happy sangat   kan.. masa tu aku ada sedikit gentar...betul ke sms ni..hahaha..typical!!!
Masa adik2 aku wasap tanya result .   Aku cakap aku nak tunggu formal   frm cikgu .   Tunggu ye. And the moment of truth   tiba..
Sktm2... diumumkan   sebagai sekolah terbaik daerah Gombak, dan top 10 Selangor . . Gambar bawah ni adik ipar aku kasi semasa pengumaman peringkat negeri kat Klang.. GB SKTM2 dijemput untuk ambil anugerah sekolah terbaik.


71 students dapat 5A.  Semua murid2 jerit yeayyyy.. so..cikgu   kelas naik..dan umumkan  penerima 5A.. Alhamdulillah . .H@zim is first   student lelaki yg dipanggil..hilang nervous mak. And Alhamdulillah ,  37 dari 42 students   Murni dapat 5A, yang 5 tu dapat   4A, 1B. Tp anak2 lain please jangan sedih..  chill ok..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah  pentas    sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce   kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk   mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.

This is just the beginning..banyak lagi   yang perlu kita buat   .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.

4 ulasan diberikan:



Norliana Abdul Rahman said...

bebbb!!! tahniah!! aku plak nak nangis baca ni. tetiba rasa nak pindah balik masuk sktm2. kalu balqis masih kat sana mesti kita geng kan? teheheh

Cik Sar said...

Harus beb..kalau Balqis still here, mmg kau dan aku satu grup dah ni.. mmg grup parents paling atktip kata cikgu Aznam..hahaahhaha..

edrina said...

Tahniah Hazim & mamanya :)

Cik Sar said...

Tq kak ed..lama x update blog..rindu cerita kak ed