Malu..sakit.. dem yu el ar ti..
How do u spend your longgg weekend
Selamat bercuti warga Malaysia . Aku hanya kerja isnin & selasa, ambil cuti hari rabu dan sambung public holiday sampai weekends.
Since kami dah balik kampung last week, this week kita duduk je la kl sambil settlekan urusan beli barang2 H@zim utk ke Al@m Sh@h (S@S).
Hari rabu tu..baru la beli baju2 H@zim & H@kim .. kita beli kat Aeon, AU2.. ada promosi kat tengah2 tu.. tp aku rasa sama je mahalnya.. dan aku rasa juga kami ni yg lambat beli sebab banyak size dah x de. Nasib baik la size both of them ada..kalau x, memang malas la aku nak ke mall lain . . Mak is dah tua..malas nak jalan2 dah..
Aku rasa dulu2..aku boleh je berjalan shopping dari pagi bawa ke malam..tp skrg . . 2 jam pon aku x larat..rasa nak pengsan . .
Kami ikut je list barang dlm surat tawaran SBP tu.. aku rasa baru 50% kami beli..insyaAllah petang ni kami siapkan semua . . Ada lagi sorang kawan H@zim dapat S@s juga..dan menurut H@zim,dia dah siapkan semua . .ye la anak..sabar ye.. minggu ni kita settlekan all..
Khamis (semalam lak) aku dah janji nak makan2 dgn ibu2 grup tremendous utk makan kat sambal cob3k. Plannya utk makan last before anak2 pergi sekolah masing2. Satu aku suka geng2 ibu ni..sangat punctual . . Cakap pukul 12, semua dah ada at 12. Malangnya restoran tu tutup.. diskas punya diskas , kami decided makan kat festival city ..situ ada y@mah@.. lagipun bdk2 ni mmg dh plan nak jamming lepas makan.. dah siap2 bawak gitar,amplifier bagai ( anak aku la tu)..
Sampai FC, dalam pukul 1230..malas nak pikir nak makan mana..kita pilih tcrs je.. bdk2 makan kat meja lain..mak2 kat meja lain..kasi mereka sembang2 before masing2 ke sekolah menengah.
Sementara tunggu bebudak abis jamming, mak2 jalan2 shopping .. x la shopping mana pn aku ni ..kat fc ni..ada few kedai baju yg ala2 jual baju kat ig tu.. printed palazo.. baju2 blouse yg cantik..kedai dia kat tepi lorong nak g surau lelaki . .aku lupa nama kedai tu..memandangkan pergi dgn kawan2..malss nak cuba2 baju. Next time, aku nak pegi sorang2..bleh cuti baju selama yang boleh..
Anddd.. aku sangat larat dah berjalan ..lepas amik bdk2 jamming . .maknya ni yg tasa dehydrated . .macam aku yang jamming kan.. tak mampu nak tunggu2 lagi..trus pegi beli air..dan balik rumah.. penat sangat2 . .mebbe sebab cuaca pun panas.. so, kepenatan tu berlipat ganda.
And rasanya itu penutup aktiviti dgn ibu2 semua tahun ni.. right after upsr keluar,kami buat bbq party kat ukay perdana,then kami buat futsal antara parents vs anak2..
2015 ni memamg tahun yg busy aku ..dgn anak exam, aktiviti2 anak2 yang bertambah2.. so now..lets rehat for the longgg weekend.
Tahniah anak!!
Bawah ni video youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat.
Aku rasa now semua sekolah dah buat majlis graduasi ni kan..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah pentas sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.
This is just the beginning..banyak lagi yang perlu kita buat .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.
Dah x de menda lain nak kutuk ?
Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh blah macamkan teruk sangat english kakak tu.. so..aku bukak dulu video fazura then baru aku tengok video neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya aku admit yang neelof@ agak over dan fazur@ chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.
Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap berterabur yg ko lansung x paham . . Grammar past, present berterabur ke.. sebutan totally out ke. Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang kutuk macamkan dia x pandai lansung bercakap. Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject matter yg berbeza dan situasi dan theme yang berbeza adalah amat tidak adil. Kutuk orang sila berpada2 please.
Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya lagi teruk dari tu. Aku sangat takut dengan dunia internet sekarang terutama kat vlog yang kalau kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least kita kena la tau english dan bahasa melayu.
Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American accent walaupun kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2. Effort sangat aku nak tukar2 slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak la.asalkan orang paham sudah . Asalkan grammar dan pronunciation betul sudah la..yang kutuk tu english sempurna sangat ke .
Aku dulu masa mula2 masuk dlm family hasben aku cultural shock jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . . Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local ) mmg rasa nervous 24 jam bila kena meeting .. dan semua orang dlm opis akan cakap english.. tapi practice makes perfect. Padahal english aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap adalah dua benda yang berbeza . .kau boleh dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ? Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?
Aku ajar anak2 aku cakap english dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa .. so,yang kutuk2 sangat orang tu, mohon cermin diri dulu ...
The beautiful Cherating beach..but not the hotel
Aku ke Cherating last weekend . Percutian free sebab family day opis hasben aku. Aku memang tak sabar nak pergi sebab dah lama sangat tak pergi Cherating . Terbayang2 betapa cantiknya pantai Cherating , dan betapa putihnya pasir pantai Cherating . Tahun lepas aku memang dah book hotel kat Cherating untuk bawak mak abah ke hotel . .tapi terpaksa dicancel seminggu sebelum pergi sebab banjir . Dan lokasi percutian masa tu ditukar ke PD.
Kami mula2 ke Teluk Chempedak, sampai dalam tengah hari, jalan2 di tepi pantai yang cantik & bersih. Berbanding dengan pantai di PD dan Teluk Batik, pantai2 di pantai timur ni memang cantik dan bersih. Suasana masih ada jerebu sikit2 di TC, walaupun camtu, tak la seteruk KL.
Kami kendian teruskan ke hotel.. The Legends Cherating. First impression aku adalah , keciknya bilik air dia.. shower curtain yang tak bersih, dan paling aku sedih,tuala yang berbau . So sad la hotel ni. Aku dulu2..penah sekali datang sini .. dan aku rasa perabot dia lansung tak diupgrade. Tv pun jenis yang kotak..dengan remote yang tak berfungsi . Dan channel yang sedih. Dan yang paling parah.. volume up dia tak berfungsi . Maksudnya, kau dah slowkan, jangan harap kau nak kuatkan suara..gitew!!
Masa tu aku penat..malas nak komplen. Aku terus baring dan rehat sementara suami dan anak2 join aktiviti kat luar. Mereka balik semula dan cakap mereka dah order pizza cheese dan pizza satay. Bila pizza tu sampai ke bilik, memang tak seperti yang kau bayangkan.again..aku malas nak bising. Anak aku si H@ZIM ni memang perangai hasben aku .dia tak banyak komplen . .tapi dia akan tunjuk dari perbuatan.. dia slow2 letak pizza tu semula..tak habis pun.. last2 kami simpan dalam peti ais, bawa balik kl dan hasben aku improvisekan dan habiskan kat rumah.
Aku pula call housekeeping sebab nak nak iron..aku nak gosok baju aku..katanya dia akan hantar, tapi aku boleh guna 30 minit. Aku ok je.. malas nak diva2..aku tunggu dari jam 3pm sampai 5.30, bayang iron pun takde. Dengan redhonya aku pakai je la baju kedut2 pergi keluar.
So..macam banyak sangat komplen kan.. basically yes.. aku sangat tak puas hati dengan hotel ni. Aku bebel juga la dalam kereta masa otw back tu.bukanlah aku ni demanding ke apa.. tapi, memang tak memenuhi criteria lansung bilik hotel dia. Bukan aku je yang komplen tau..hasben aku cakap, kawan2 dia pun tak puas hati dengan bilik. They shld do something untuk perbaiki servis dan kebersihan bilik.
Tapi , ada je benda2 elok kat sini. Pemandangan sangat2 cantik. Dari tempat breakfast , terus boleh nampak sunrise. Cantiknya subhanallah. Pantai di Legend ni pun sangat bersih dan cantik..putih je. Kolam renang besar dan bersih. So, anak2 aku berendam lama di kolam. Kasi mereka puas hati.
Aku definitely akan datang lagi ke Cherating. Tak puas hati bercuti kali ni. Tapi sorry Legends. Memang tak la aku nak datang lagi kecuali mereka after buat renovation.
EQ,iQ , sekolah dan exam
Lagi 3 hari anak2 nak exam.. mak2 yang nervous ..anak2 lelaki cam anak aku bila aku tanya . .abang dh ready? Ready!!! Aku pun mata kebil2 tengok dia menjawab dengan konfiden . . Budak2 sekarang konfiden dan semoga keyakinan kau tu dibawa sampai ke besar la kan..
Permohonan ke SBP dah bukak. Zaman aku dulu, SBP x banyak , dan x yah mintak. Ko dpt result , tetiba kelak sekolah akan hubungi kasi surat melapor diri ke sbp mana. Zaman sekarang sebab ramai je parents yang x mau anak2 g asrama, sebab tu kot dia suruh mintak dan pilih.
So now..kita pergi website moe dan keyin segala info,dan done. *aku x buat lagi..petang sikit baru buat. Aku ingatkan x mau isi tp hasben suruh aku isi dan pilihkan sekolah untuk h@zim. Kalau ikut aku, aku ada pilihan lain dah yang kita dah agree.tp x mau la derhaka .so,kita buat jek.
Aku cakap kat H@zim kalau dia nak g asrama, dia kena bersedia. Kalau dia nak pergi asrama..bayangkan ada satu kelas yang semua orang adalah @dam (kawan dia yang asek2 dapat no 1) .. dan yang lain semua adalah @fnan dan s!ddiq.. gitu kau aku punya analogy nak kasi dia paham betapa kat sbp cabaran dia macam mana. Macam mana kau nak deal emosi kau bila kau rasa why semua orang pandai ni. Aku cakap ngan dia..just imagine kelas 1-6 kat sekolah adalah semua kelas murni.. (kelas dia now kat sktm2).
Aku cerita kat dia.. aku memang bukan budak sbp. Masa matrix zaman dulu , matrix kat university terus. Dah intake satu u just less than 1000..aku rasa macam 700 lebih kot macam tu je. Sebab satu kelas ada 25 orang dan ada 30 kelas jek. Kelas aku kelas no 17. Then sem last aku naik kelas 10. Kau imagine masa berkenalan dengan cikgu aku kena kasi nama sekolah, dan sangat inferiority nya sebab hanya aku dah 2, 3 orang je dlm kelas tu yang sekolah kampung . . Yang lain ko just name it..stf, mckk, ssp, mrsm, sekolah sains mana2..dan sekolah town yang semua orang kenal.. aku cam...errrr..takotnya.. tp. Aku cakap dengam diri, aku kat sini bukan nak compete dengan mereka2 ni..aku nak compete dengan diri aku sebab aku nak dapat course yang baik masa degree. Akak masa tu cuba memotivasikan diri sendiri . Ehem..bangga juga aku masa tu sebab aku lagi score dari mereka. Nampak x ciri2 pemotibasi dah ada didalam diri ku seawal umur 18 tahun.
So, macam mana kita handle eq kita untuk face cabaran2 macam tu. Iq yang tinggi je x cukup. aku x mau anak2 membesar jadi pandai, tapi x tau macam mana nak handle dunia kat luar. So,kita siapkan dia sekarang . Aku berkawan dengan anak2 aku.. aku firm with them sebab hasben aku sangat berlembut.tp at the same time depa x takut dengan aku. They know kalau nak apa2..minta kat babah..tp mak kena approve. Kalau babah dia dibiarkan, rumah aku akan jadi studio music. (Yang tu aku ceritakan kendian di post lain)
Aku rasa satu kebolehan aku adalah aku nampak yakin x boleh blah (terbawa2 sampai skrg dan diwarisi oleh h@kim). H@zim lak banyak features dan perangai hasben aku..relaks x tentu hala.. hahhaha.opss.*aku tau dia baca.. so, kita kena yakin dan nampak yakin.. u know how to talk the right thing at the right time. Percayalah..ramai je yang brcakap sebab asal boleh bcakap dan isi semua takde. Eq ni berkembang dengan masa. Datang dengam pengalaman dan macam mana kau handle situasi masa dia datang. Kadang2 kita pun overboard . Tak semua orang sempurna..tp Sekurang2nya aku nak anak2 aku ada eq dan iq yang seimbang.
Next week aku cuti masa exam tu..bukannya nak dok kat skolah . aku dok kat rumah solat hajat masa anak exam. Aku ada support group yang bagus. Parents utk team champion h@zim sangat berpengalaman. Antara kami ber6..aku yang first timer anak upsr..yang lain ada yg anak2 dah masuk u.. so.depa banyak guide aku what to do..
Selepas apa yang kita usahakan...kita tawakal..Allah tahu yang terbaik untuk kita. Semoga anak2 kita berjaya.amin..
Zahra
Dah tengok video tu? Sila la cari kat youtube. Kasihan zahra ni kena kutuk kat ig, fb,forum. Bagi aku, betul la apa yang dia cakap. Tp kalau kita ambil bulat2 , banyak yang kita boleh argue cthnya macam "kau baru kije, sabar2 la untuk jadi kaya" .. dia bukan nak kaya..dia cuma utarakan kebimbangan dia untuk survive.. cuba korang masukkan kaki korang dalam kasut dia. Within 7-8 minutes, apa sangat la yang dia boleh cakap..dia kena compress semua ucapan dia dan bagi aku, aku get the points. She made it.. at least, dia suarakan depan pak menteri.
Within 2 years memang la kalau kau baru grad, kau x kan kaya.. tp survival tu yg penting (aku setuju kata zahra). Dengan kos hidup yang meningkat,macam mana kita nak survive? Kita yang gaji yg kira ok ni pun terdetik betapa mahalnya barang dan akan terasa ..apatah lagi org2 yg gaji x seberapa .
Aku mulakan kerja aku 15 tahun dulu dengan gaji rm1400 .. ko rasa sikit kan.. tp rm1400 banyak nilai nya pada tahun 2000. Rumah pun murah lagi masa tu. Masa tu aku pakai handphone alcatel *warna kuning dan phone pun prepaid. Masa tu x de smart phone,wasap, ig,fb.. semua x de..so kita leh jimat banyak kat situ . Aku boleh kasi mak abah aku duit, sewa rumah flat kat taman kosas berdua je ngan kawan aku dengan sewa rm500 sebulan.. siap simpan duit untuk kawin lagi.. banyak nilainya rm1400 dulu. Tp aku x de kereta..aku pergi kerja naik bas jek.. kalau aku balik lewat sangat, aku naik teksi . . Aku dah lalui semua tu..tp ada aku rasa susah? Tak..serius aku rasa aku ok sangat masa tu dengan cara aku.. aku ni memamg mudah berpuas hati dan itu adalah kunci mengapa aku rasa cukup je ... dan Alhamdulillah sampai sekarang cukup je.
Yang penting kita hidup within our means.. jangan nak berlebihan kalau tak mampu. . tapi korang sedar tak dengan keadaan sekarang, minyak naik, barang naik harga , rumah mahal2, currency jatuh, apa nasib generasi akan datang? Kita bukan hanya perlu pikir diri kita , tapi kita kena fikir pasal anak2 dan cucu2 kita nanti. So,jangan judgemental pada ucapan orang. At least dia dah suarakan secara face to face suara generasi muda *walaupun aku tak applicable dalam context tu, tapi bagi aku kena ada orang yang berani bersuara depan2 macam nih..dengan emosi yang sangat stabil dan tak terjerit2..
Ini bukan isu politik..tolong jangan politikkan.ini adalah suara hati generasi baru.
Sekarang ni, mana ada rumah yang mampu milik lagi di Melawati ni..Alhamdulillah aku beli awal ..masa harga tak menggila macam sekarang. Tapi, mahal2 pun, orang beli. Ramai org2 kaya kat Msia ni ..tp cuba2 la menyelami cara hidup org2 kebanyakan cam kami ni.
Pemimpin2 kena bangun ..jangan nak syok sendiri dan rasa selesa sangat. Terimalah luahan rakyat dan bila dikomen jangan la melenting.. aku malas nak sentuh pasal politik sebab aku sama macam zahra: kami sayang Malaysia . Cumanya yang membezakan adalah aku agak bernasib baik kerna aku generasi 70an yang mana pemimpin di zaman kami membesar sangat mementingkan rakyat.









