Uncle suratkhabar

Pepagian tadi masa aku keluar dari rumah , bukak gate,aku nampak pakcik yg selalu hantar suratkhabar ke rumah   untie ros.. Tapi dia tolak motor dia..dengah berat penuh   suratkhabar, slow je dia tolak . .kesian lak aku tgk..

"Uncle, motor rosak  ke?" Yes..aku tau   soklan ni agak bodoh,lame and typical sangat.. tp heloo . .aku cuba   jadi peramah..so, kasi la kredit sikit..

"Ye la.. dah sejam i tolak motor..penat!!" Kata uncle   sambil tersenyum, baling suratkhabar ke rumah untie ros, dan terus tolak motor ke rumah   seterusnya. 

Aku sebenarnya   terpikir.. betapa uncle ni punya rasa tanggungjawab amat tinggi . . Dia tau ramai yg tunggu suratkhabar dia..yg dah amanahkan dia utk hantar   pada mereka   everyday..so; walaupun motor dia rosak ,  dia rela tolak motor dan still deliver   suratkhabar   tu..

Tak de pon   uncle nak amik EL,mahupun   Mc. I salute u,uncle..

Dem yu lrt

Malu..sakit.. dem yu el ar ti..

How do u spend your longgg weekend

Selamat   bercuti warga Malaysia . Aku hanya   kerja isnin & selasa, ambil cuti hari rabu dan sambung   public   holiday   sampai   weekends.
Since kami dah balik kampung last week, this week kita duduk je la kl sambil settlekan   urusan beli barang2   H@zim   utk ke Al@m Sh@h (S@S).

Hari rabu tu..baru la beli baju2 H@zim & H@kim .. kita beli kat Aeon, AU2.. ada promosi   kat tengah2 tu.. tp aku rasa sama je mahalnya.. dan aku rasa   juga kami ni yg lambat   beli sebab  banyak size dah x de. Nasib baik la size both  of them ada..kalau x, memang malas la aku nak ke mall lain . . Mak is dah tua..malas nak jalan2 dah..

Aku rasa dulu2..aku boleh je berjalan   shopping   dari pagi bawa ke malam..tp skrg . . 2 jam pon aku x larat..rasa nak pengsan . .

Kami ikut je list  barang dlm surat   tawaran SBP tu.. aku rasa baru 50% kami beli..insyaAllah   petang ni kami siapkan   semua . . Ada lagi sorang kawan H@zim dapat S@s juga..dan menurut H@zim,dia dah siapkan semua . .ye la anak..sabar ye.. minggu ni kita settlekan all.. 

Khamis (semalam lak) aku dah janji nak makan2 dgn ibu2 grup tremendous   utk makan kat sambal cob3k. Plannya utk makan last before   anak2 pergi sekolah masing2.  Satu aku suka geng2 ibu ni..sangat punctual . . Cakap pukul 12, semua dah ada at 12. Malangnya restoran tu tutup..  diskas punya diskas , kami decided   makan kat festival   city ..situ ada y@mah@..  lagipun   bdk2 ni mmg dh plan nak jamming lepas makan.. dah siap2 bawak gitar,amplifier   bagai ( anak aku la tu)..
Sampai FC, dalam pukul   1230..malas nak  pikir nak makan mana..kita pilih tcrs je.. bdk2 makan kat meja lain..mak2 kat meja lain..kasi mereka sembang2 before   masing2 ke sekolah menengah.

Sementara tunggu bebudak   abis jamming, mak2 jalan2 shopping   .. x la shopping   mana pn aku ni ..kat fc ni..ada few kedai baju yg ala2 jual baju kat ig tu.. printed   palazo.. baju2 blouse   yg cantik..kedai dia kat tepi lorong nak g surau lelaki . .aku lupa nama kedai tu..memandangkan   pergi dgn kawan2..malss nak cuba2 baju. Next time, aku nak pegi sorang2..bleh cuti baju selama yang boleh..

Anddd.. aku sangat larat dah berjalan   ..lepas amik bdk2 jamming . .maknya ni yg tasa dehydrated . .macam aku yang jamming kan.. tak mampu nak tunggu2 lagi..trus pegi beli air..dan balik rumah.. penat   sangat2 . .mebbe sebab cuaca   pun panas.. so, kepenatan   tu berlipat ganda.

And rasanya itu penutup aktiviti   dgn ibu2   semua tahun ni.. right after upsr   keluar,kami buat   bbq party   kat ukay   perdana,then kami buat futsal antara parents vs anak2.. 
2015 ni memamg   tahun yg busy   aku ..dgn anak exam, aktiviti2 anak2 yang bertambah2.. so now..lets rehat for the longgg weekend.

Tahniah anak!!

Hari Sabtu lepas   hari anugerah kecemerlangan sktm2. Selesai majlis, ada hari karnival sampai ke petang.   Budak2 looking forward   nak main rumah hantu..tak paham aku apa eksaited nya..padahal hantu2 tu kawan2 ko juga. Tah apa2 anak2 aku..siap masuk berkali2  pula tu (yang masuk berkali2   tu of koz la si H@kim).
Aku memang dh janji dengan   mommies 6 murni untuk   jumpa memandangkan   anak aku amik anugerah utk pencapaian  5A utk  trial UPSR. ngeri uolss.. ada 23 orang   yg dpt   5A masa trial.  Dah la anugerah tu hari Sabtu, selasa akan dapat result   betul..so, untuk tidak  mengundang spekulasi, aku mmg x update gambar atau apa2 ke ig utk majlis anugerah.  Malangnya... malang bagi aku..dari malam Jumaat tu, aku demam. Hari Sabtu makin teruk , tapi   aku cakap   dengan H@zim aku akan datang juga. Sebelum dia pergi sekolah, dengan muka harapannya dia pegi   ke katil aku dan cakap..nanti mak datang kejap tgk abang je..lepas tu balik.. sedih aku tau..sbb aku tau aku tak larat  nak bangun.
Memang betul. Aku memang x larat nak bangun . . Tapi rakan2 grup wasap 6 murni dan hasben aku kasi live update. Bangganya mak .. walaupun baru setakat   trial masa tu..  anugerah 5A katanya.. harus la bangga . .

Itu cerita Sabtu. Ahadnya pula ada majlis graduasi tahun 6.. kelas hazim buat persembahan   tarian endang yang di careograph  kan oleh be+ty, mama Ar!f. Kagum aku dgn effort   be+ty & mommies yang sanggup   berkampung   di sekolah ajar anak2 menari .. cari baju and all. Sayang sangat geng mommies ni..walaupun   semuanya baru je kenal sebab anak2 nak UPSR, tapi kami sangat2 close.
Bawah ni video   youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat. 

Aku rasa now semua sekolah dah  buat majlis graduasi ni kan..
And..hari Selasa datang. Aku admit.. aku x boleh tido   malam tu.. since dinner ,  aku slow talk dengan h@zim. aku cakap dengan dia..whatever result   yang dia dapat, terima   dengam redho. Mak dan babah akan terima ..u already did your best..kalau result tak seperti yang kita harap..semua tu ada sebab.. jangan stress ye..
H@zim tgk aku...dia cakap, dia tak sangka aku akan cakap camtu..sob sob sob..sedih iolss.. laki aku dengan relaksnya cakap.. kita tawakal .. dan redo.. mak baru feefeling nak motivasi..dia dah potong jalan. Sejujurnya , aku yakin   dengan   H@zim..tapi aku tak mau over konfiden . .  Tp mmg mak tak boleh tido..risau kalahkan masa zaman aku amik result SPM.. 
Pagi tu..memang tak boleh buat apa. Dari pagi   grup wasap masing2 dah gundah gulana.  Mmg tak boleh buat kerja apa..last2 kul 930 aku dah pergi   sekolah.. rupanya   kak L!za dabmn T!n! Dah lama ada. Hahha..lawak wehh..memasing duduk   layan wasap.. at 10, ramai dah ada..geng2 semua dah penuh   kat sekolah.   Actually   at 10,kita dah boleh check result   via sms,tp aku x mau check . . Penantian tu..rasa nak menangis.. i know this is only UPSR,aku dah siapkan skrip A dan skrip B untuk hadapi sebarang kemungkinan. 
Berdebar sangat..tiba2 hasben aku datang dan cakap H@zim dan check via sms result   dia.. dia dapat 5A. Aku macam?? Haaa..kawan2 aku yang dgr semua peluk aku dan menangis. Yeahh..menangis..cakap la aku over pun.. tp tak tau feeling   dia macam   mana..aihh..budak2 ni check buat   apa kan.. 
Terus aku g dewan sebab cikgu dah panggil berkumpul dan kawan2 H@zim all salam aku dan congrats . .sweetnya korang.. im so touched.  Masa tu dh ramai parents   check juga.sbb rasa lambat  sangat announcement   cikgu.. 6 murni ramai yg dapat 5a   ..again mak2 congrats   each other.. tp jangan happy sangat   kan.. masa tu aku ada sedikit gentar...betul ke sms ni..hahaha..typical!!!
Masa adik2 aku wasap tanya result .   Aku cakap aku nak tunggu formal   frm cikgu .   Tunggu ye. And the moment of truth   tiba..
Sktm2... diumumkan   sebagai sekolah terbaik daerah Gombak, dan top 10 Selangor . . Gambar bawah ni adik ipar aku kasi semasa pengumaman peringkat negeri kat Klang.. GB SKTM2 dijemput untuk ambil anugerah sekolah terbaik.


71 students dapat 5A.  Semua murid2 jerit yeayyyy.. so..cikgu   kelas naik..dan umumkan  penerima 5A.. Alhamdulillah . .H@zim is first   student lelaki yg dipanggil..hilang nervous mak. And Alhamdulillah ,  37 dari 42 students   Murni dapat 5A, yang 5 tu dapat   4A, 1B. Tp anak2 lain please jangan sedih..  chill ok..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah  pentas    sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce   kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk   mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.

This is just the beginning..banyak lagi   yang perlu kita buat   .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.

Dah x de menda lain nak kutuk ?

Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry   dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan  dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh  blah macamkan teruk   sangat english kakak   tu.. so..aku bukak dulu   video   fazura then   baru aku tengok   video   neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya   aku admit yang   neelof@   agak over   dan fazur@  chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.

Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap   berterabur yg ko lansung   x paham . . Grammar past, present   berterabur ke.. sebutan totally   out ke.  Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang   kutuk macamkan dia x pandai   lansung bercakap.  Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject   matter yg berbeza dan situasi dan theme   yang berbeza adalah amat tidak   adil. Kutuk orang   sila berpada2 please.

Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya   lagi teruk dari tu. Aku sangat   takut dengan dunia internet   sekarang terutama kat vlog yang kalau   kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least   kita kena la tau english dan bahasa melayu.

Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American   accent walaupun   kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2.  Effort sangat aku nak tukar2   slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang   agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak   la.asalkan orang paham sudah .  Asalkan grammar dan pronunciation  betul sudah la..yang kutuk tu english   sempurna   sangat   ke .

Aku dulu masa mula2 masuk dlm family   hasben aku cultural shock   jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . .  Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local  ) mmg rasa nervous   24 jam bila kena meeting .. dan semua orang   dlm opis akan cakap english.. tapi practice   makes perfect. Padahal english   aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap   adalah dua benda   yang berbeza . .kau boleh   dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ?  Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan  x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar  ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?

Aku ajar anak2 aku cakap english   dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa ..  so,yang kutuk2   sangat orang tu, mohon   cermin diri dulu ...

The beautiful Cherating beach..but not the hotel

Aku ke Cherating last weekend . Percutian   free sebab family day opis hasben aku. Aku memang   tak sabar nak pergi sebab   dah lama sangat tak pergi   Cherating .  Terbayang2 betapa cantiknya pantai   Cherating , dan betapa putihnya pasir pantai Cherating .  Tahun lepas aku memang dah book hotel kat Cherating untuk bawak mak abah ke  hotel . .tapi terpaksa dicancel seminggu   sebelum pergi sebab banjir .  Dan lokasi percutian   masa tu ditukar ke PD.

Kami mula2 ke Teluk Chempedak,  sampai dalam tengah hari, jalan2 di tepi   pantai yang cantik   & bersih. Berbanding   dengan pantai di PD dan Teluk Batik, pantai2 di pantai timur ni memang cantik dan bersih.  Suasana masih ada jerebu sikit2   di TC, walaupun camtu,  tak la seteruk KL. 

Kami kendian teruskan ke hotel.. The Legends Cherating. First   impression   aku adalah , keciknya bilik air dia.. shower   curtain yang tak bersih, dan paling aku sedih,tuala yang berbau . So sad la hotel ni. Aku dulu2..penah sekali datang sini .. dan aku rasa perabot   dia lansung   tak diupgrade. Tv pun jenis yang kotak..dengan remote   yang tak berfungsi .  Dan channel yang sedih.  Dan yang paling parah.. volume   up dia tak berfungsi .   Maksudnya, kau dah slowkan, jangan harap kau nak kuatkan suara..gitew!!

Masa tu aku penat..malas nak komplen. Aku terus baring dan rehat sementara suami dan anak2 join   aktiviti   kat luar. Mereka balik semula dan cakap mereka dah order pizza cheese dan pizza satay. Bila pizza tu sampai   ke  bilik, memang tak seperti yang   kau bayangkan.again..aku malas nak bising. Anak aku si H@ZIM ni memang perangai   hasben aku .dia tak banyak komplen . .tapi dia akan tunjuk dari perbuatan.. dia slow2 letak pizza   tu semula..tak habis pun.. last2 kami simpan dalam peti ais, bawa balik kl dan hasben aku improvisekan dan habiskan kat rumah.

Aku pula call housekeeping sebab nak nak iron..aku nak gosok baju aku..katanya dia akan hantar, tapi aku boleh guna 30 minit. Aku ok je.. malas nak diva2..aku tunggu dari jam 3pm sampai 5.30, bayang iron pun  takde. Dengan redhonya aku pakai je la baju kedut2 pergi keluar.

So..macam banyak sangat komplen kan.. basically yes.. aku sangat tak puas   hati dengan hotel ni. Aku bebel juga la dalam   kereta masa otw back tu.bukanlah aku ni demanding   ke apa.. tapi, memang tak memenuhi criteria lansung bilik hotel dia.  Bukan aku je yang komplen tau..hasben aku cakap, kawan2 dia pun tak puas hati dengan bilik.  They shld do something untuk perbaiki servis dan kebersihan bilik.

Tapi ,  ada  je benda2 elok kat sini. Pemandangan sangat2 cantik. Dari tempat   breakfast ,  terus boleh nampak sunrise. Cantiknya subhanallah.  Pantai di Legend ni pun sangat bersih dan cantik..putih   je. Kolam renang besar   dan bersih. So, anak2 aku berendam lama di kolam. Kasi mereka puas   hati.

Aku definitely   akan datang lagi ke Cherating. Tak puas hati bercuti kali ni. Tapi sorry Legends. Memang tak la aku nak datang lagi kecuali   mereka after buat renovation.

EQ,iQ , sekolah dan exam

Lagi 3 hari anak2 nak exam.. mak2 yang nervous ..anak2 lelaki cam anak aku bila aku tanya . .abang dh ready? Ready!!! Aku  pun mata kebil2 tengok dia menjawab dengan konfiden . . Budak2 sekarang   konfiden  dan semoga keyakinan kau tu dibawa sampai ke besar la kan..

Permohonan ke SBP dah bukak. Zaman aku dulu, SBP x banyak ,  dan x yah mintak. Ko dpt result , tetiba kelak sekolah akan hubungi kasi surat melapor diri ke sbp mana. Zaman sekarang sebab ramai je parents yang x mau anak2 g asrama, sebab tu kot dia suruh mintak dan pilih.

So now..kita pergi   website   moe dan keyin segala info,dan done. *aku x buat lagi..petang sikit baru buat. Aku ingatkan x mau isi tp hasben suruh   aku isi dan pilihkan sekolah untuk h@zim. Kalau ikut aku, aku ada pilihan lain dah yang kita dah agree.tp x mau la derhaka .so,kita buat jek.

Aku cakap kat H@zim kalau dia nak g asrama, dia kena bersedia. Kalau dia nak pergi asrama..bayangkan ada satu kelas yang  semua orang adalah  @dam (kawan dia yang asek2 dapat   no 1) .. dan yang lain semua adalah @fnan dan s!ddiq.. gitu kau aku punya analogy nak kasi dia paham   betapa kat sbp cabaran   dia macam mana. Macam mana kau nak deal emosi kau bila kau rasa   why semua orang pandai ni. Aku cakap ngan dia..just imagine   kelas 1-6 kat sekolah   adalah semua kelas murni.. (kelas dia now kat sktm2).

Aku cerita kat dia.. aku memang   bukan budak  sbp. Masa matrix zaman dulu   , matrix kat university   terus. Dah intake   satu u just less than 1000..aku rasa macam 700 lebih  kot macam tu je. Sebab satu kelas ada 25 orang  dan ada 30 kelas jek. Kelas aku kelas no 17. Then sem last aku naik kelas 10.  Kau imagine   masa berkenalan dengan cikgu   aku kena kasi nama sekolah, dan sangat inferiority nya sebab hanya aku dah 2, 3 orang je dlm kelas tu yang sekolah kampung . . Yang lain ko just name it..stf, mckk, ssp, mrsm, sekolah sains mana2..dan sekolah town yang semua orang   kenal.. aku cam...errrr..takotnya.. tp. Aku cakap dengam diri, aku kat sini bukan nak compete   dengan mereka2 ni..aku nak compete dengan diri aku    sebab aku nak dapat course yang baik masa degree. Akak masa tu cuba memotivasikan diri sendiri . Ehem..bangga juga aku masa tu sebab aku lagi score dari mereka.  Nampak x ciri2 pemotibasi dah ada didalam diri ku seawal umur 18 tahun.

So, macam mana kita handle eq kita untuk face cabaran2 macam tu. Iq yang tinggi je x cukup. aku x mau anak2 membesar jadi pandai, tapi x tau macam mana nak handle dunia kat luar. So,kita siapkan   dia sekarang .  Aku berkawan dengan anak2 aku.. aku firm   with them   sebab hasben aku sangat   berlembut.tp at the same time depa x takut dengan aku. They know kalau nak apa2..minta kat babah..tp mak kena approve. Kalau babah dia dibiarkan, rumah aku akan jadi studio   music. (Yang tu aku ceritakan kendian di post lain)

Aku rasa satu kebolehan aku adalah aku nampak yakin x boleh blah (terbawa2 sampai skrg dan diwarisi oleh h@kim). H@zim lak banyak features dan perangai hasben aku..relaks x tentu   hala.. hahhaha.opss.*aku tau dia baca.. so, kita kena yakin dan nampak yakin.. u know how to talk the right   thing at the right time. Percayalah..ramai je yang brcakap   sebab asal boleh   bcakap dan isi semua takde. Eq ni berkembang dengan masa. Datang dengam pengalaman dan macam mana kau handle situasi masa dia datang. Kadang2 kita pun overboard . Tak semua orang sempurna..tp Sekurang2nya   aku nak anak2 aku ada eq dan iq yang seimbang.

Next week aku cuti masa exam tu..bukannya nak dok kat skolah . aku dok kat rumah solat hajat masa anak exam.  Aku ada support   group yang bagus. Parents utk  team champion   h@zim sangat berpengalaman. Antara kami ber6..aku yang first timer anak upsr..yang lain ada yg anak2 dah masuk u.. so.depa banyak guide aku what to do..

Selepas   apa yang kita usahakan...kita tawakal..Allah tahu yang terbaik untuk kita. Semoga   anak2 kita berjaya.amin..