Mini Pasar Ramadhan

Since semalam badan aku gatal2.. tak tau puncanya apa.. mula2 cover2 juga.tp dh semakin petang, semakin gatal dan aku rasa sangat   x selesa. Call hasben aku dan dia kata, balik nanti terus jumpa doktor. Sebaik2 aku sampai, hasben aku dah tunggu dan kami terus   ke dr . Korang penah tak rasa gatal yang menyengat2 tu? Aku dok pikir apa yang aku makan semalam..sotong, ikan kembung . .adakah mereka culpritnya ?
Dr kasi ubat sapu dan ubat makan..duhhhh..haruslah   makan ubat masa berbuka kan.. dan aku seriously   cakap dengan hasben, aku malas nak masak hari ni..aku hanya nak masak nasi goreng je.  Dia ok je..katanya nak beli   ayam golek kat param depan rumah . 
 
Dah nak raya ni, aku x penah lansung pergi param   walaupun hanya depan rumah je. aku pemalas nak bersesak2 like that! Disebabkan bebudak kirim nak makan roti john,  makanya kami terus ke area pasar kecil melawati. Depan tu memamg ada jual burger dan roti john. Dan ada few gerai jual kuih2. Aku terus cakap dengan hasben   yang aku nak kluar . .nak beli kuih..

Aku beli donut dan karipap (kuih2 dia leh campur   rm2 untuk 5 pieces, so aku ambil karipap 3 dan donat 2.) Anak2 mmg suka karipap..so, sila lah beli konsepnya.  Kiranya   gerai2 tu param   ke? Aci ke? Walaupun   hanya ada 4 gerai, aku still nak panggil   mini param . Memang seswai   dengan orang2 anti sosial macam aku.

Balik tu, terus berdesup masak nasi goreng. Ari tu adik   aku ajar masak nasi goreng yg sedap..so, asek2 nak buat   nasi goreng je aku ni. Hasben   aku beli ayam golek kat param.. lepas masak nasi goreng, aku baring2   je sambil2 tunggu magrib .  Tak larat la gatal2 ni.. stress tau..

I am officially 38

6I am proud to announce  that i am now officially   38 years old. Alhamdulillah.. macam2 dugaan dan rahmat yang aku dah kecapi sepanjang2 38 tahun ni..

macam mana kami celebrate? Well..actually   kami celebrate awal. 2 hari awal lak tu.. since birthday aku hari Isnin ..memang tak la nak celebrate isnin kan.. so, petang Sabtu, hasben suruh aku pilih nak makan mana. Aku memang tak kan pilih   buffet   sebab   kami memang tak kan makan banyak.. kena cari tempat   ala carte. Dan kami ni sangatlah obses dengan Citta Mall. Jauh sebenarnya dari   melawati . .tp kami sanggup je pergi.  Sebab kedai makan kat situ semua best2.. *dan semua favorite   kami ada kat situ.

Sebab baru je minggu sebelumnya makan kat tony roma's,so aku dengan bermurah hatinya pilih   chilies. Ada orang tak puas hati tapi heloo..birthday   mak kan.. sukati mak lah.. kau tu makan kids meal pun tak habis,so dok diam2.. dah la chilies tak boleh reserved..kau datang trus cop tempat   kekdahnya .   Maka duduk la aku kat situ   dari pukul 6.15 sampai tersengguk2 menahan mengantuk sehingga waktu berbuka . .  Terbayang2 lagi betapa sedapnya  triple dipper (yang hasben aku cakap tak suka sangat..tp dia yang habiskan) ..  konsep kau macam mana ni bang..kalau tak suka, boleh tak kasi semua kat i.. hasben aku tanya nak apa lagi untuk besday..aku cakap nak bokitta sehelai.. baik betul isteri ni..mintak sehelai je.. konsepnya adalah aku tak berkenan dgn new collection ni..so, minta   sehelai jadi la . Jadi syarat dapat hadiah besday   kan. Kau banyak2 beli sendirik jek la.. *untung   kau bang dapat wife baik cam i.

Hari ni, aku masak macam biasa, dan request   lasagna dari hasben aku.  Tak sabarnya nak makan lasagna . . Yummehh..  kiranya lasagna jadi besday kek . Sama je tak healthy nya kan.. tp takperla bukan selalu  . aku masak   sotong tepung dan bendi masak asam pedas. Then panaskan leftover ayam mayonis yang lansung   tak terusik semalam, dan panaskan ikan kembung   sambal. Untuk h@kim kita kasi dia   makan pizza dengan lasagna . . Dan h@zim,ayam percik.

Ok la..bday girl nak siapkan meja skrg.. lagi 10 minit nak berbuka.

Of interview

Meh sini akak nak ajar sikit   adab interview. Yeahh..i know  there are loadssssss of website yang tulis  dan ajar   pasal interview, tapi tak kira..nak tulis juga..

Apa yang aku   tulis ni based on experience   dan harap2 dapat membantu org2 yang tengah cari kije esp.  adik2 yang baru grad.

1. Your resume
Tolong la jangan exaggerated  kebolehan masing2.. ini namanya membunuh diri. aku tau kau cuba impress interviewer   dengan letak pelbagai knowledge   yang mungkin.  Tapi berpada2.. kalau kau letak, makes sure ko really into it.
Untuk fresh grad, yes, korang memang akan letak semua technical   knowledge   dan methodology   yg korang   belajar   kat uni.macam kita yang grads IT ni, letak la segala mak nenek C++, Java, Framework   knowledge, and please   letak competency level: beginner,intermediate ,  advanced. So, we will assess accordingly.
Untuk yang dah kerja more than 3 years, aku yakin korang dh ada experience   yang banyak.. , so,competency     level kau bukan lagi berdasarkan  university grade kau.. tapi based on your industrial   experience.  kalau kau letak advanced in Java, then aku dah impress dan mula   tanya advanced   questions, adalah sangat potong ye bila kau tak boleh jawab dan kasi alasan "ooo..it s been a while i did not touch any programming. All written are based on my experience   in university " kau rasa ? ??
Krik krik moment    di situ..

Do not over polish your resume. Aku pernah masuk interview   candidate tu  sangat over polish resumenya.. semua orang akan polish   resume..aku paham..tapi  jangan melampau2.. sebab interviewer   akan tengok each and every words dan ask.   Kalau mereka rasa tertipu,that's it!! Boleh dia kata"i  x tulis macam tu.". tak mengaku . . Bila kita baca sebijik2 apa yang dia tulis,dia leh kasi alasan ooh.. "itu resume lama..x update".. resume lama kau?? Dan kau punya experience   tu x valid dah sekarang?? Like seriyesli?? Kau baru buat tahun lepas , dan kau cakap experience   tu dah x valid? Nextttt...

2. Your appearance 
Semua tau kita kena professional   semasa interview.  bukan   setakat pakaian, tapi cara kau duduk, dan body language kau.. dont you ever peluk tubuh, or menongkat dagu or whatsoever. Be professional.

3. Be prepare
Ada sesetengah   interview   dah set yang kau kena present your fyp project (untuk fresh   grad) , atau suruh kau bawak updated   resume.  Dan selalunya HR akan kasi notis   seawal yang mungkin. Aku tak boleh terima kalau orang datang, dan benda2 tu tak ada. Aku akan rasa yang interviewee tu tak bersungguh2 .  Adik2 fresh   grad ni, dah suruh   present bawak la laptop, makes sure your ppt slide lengkap, dan system tu dah ready. Ini siap kasi alasan, hard disk corrupted, kawan saya yang pegang slide yang full..like seriously ?  

4. Language
Walaupun dua2 interviewers adalah melayu, kau still   kena cakap english ye..kau tengok   nature   of the company.. aku penah masuk interview yang interviewee tu mula2 cakap english,then tetiba syok cakap melayu dan style macam kedai kopi.. dah la partner aku tu bukan melayu..she dah buat muka.. sampai aku kena stopkan dan suruh dia cakap english.

Yang   paling utama adalah benda2 kat atas   tu. Benda2 lain macam kau kena tau pasal company, pasal job description dan pasal interviewer   kau. Aku sedar yang  linkedin  profile   aku diview oleh candidates. Tak per . . Aku pun jarang masuk linkedin..aku terlalu fully occupied kat blog ni..hahahhaha. 

Bila kau x boleh datang,please call dan let them know. Adalah sangat   tak wajar, bila kita dah block   time untuk kau, tiba2 no show.  You can always call to reschedule   atau kalau memang kau x nak datang,decline je .. terutama fresh   grad..please ye adik2..

Banyak lagi ..dos and donts.  Korang google la.. insyaAllah   membantu . . apa yang aku kasi kat atas adalah   based on experience   dan tidak merujuk kepada mana2 kampeni .  Gituh..

Of Sorry

Mak aku dulu2 masa aku kecik dia selalu membebel sebab katanya kami adik   beradik selalu lebih2kan kawan2.. dengan kawan cakap elok2 je..dengan adik beradik ,  kalau x bergaduh x sah.

Betul juga kot.. sama ada adik beradik, atau besf fren.. kita akan cenderung kepada lebihkan kawan2 kita dari adik beradik.. atau, kita lebih cenderung   jaga hati kawan2 biasa   dari jaga hati   bestfren..mengapa? Sebab bagi kita, adik beradik   akan maafkan kita, adik beradik   kalau terasa pn tak lama..konsep   nya adalah air dicincang tak kan putus.
Kita cenderung untuk cakap elok2 dengan kawan..kalau dengan besfren, kalau tak menjerit tak sah.. betul, kita cenderung buat semua2 tu.. tapi adakalanya kita overboard. Adakalanya kita melampau2.. dah buat salah dengan adik beradik ,  kita tak minta maaf. Dah la x mintak maaf, kita buat macam org lain yang salah.  Konsep   nak minta maaf masa raya ke apa?
Dah buat salah dengan besfren, kita tunggu one fine day,tanpa minta maaf kita tetiba ramah mesra dengan dia..

Susah kan nak minta maaf? Why? Sebab kita tend untuk ambil ringan orang2 yang rapat dengan kita..  belajar2 la minta maaf..say sorry dan kemudian   baru move on.

Dari aku yang nak dengar org cakap sorry...

Of Report Card Day

Semalam aku ambil half day leave pagi.  Ada report    card day di sekolah anak2 dan kemudian   pada  jam 11 am ada perjumpaan dengan guru besar untuk parents   yang anak2nya terlibat   dalam program Champions.

Cadangnya aku nak pergi awal, tapi guess what, aku tak boleh tido lansung malam sebelumnya. Culpritnya adalah caramel  machiato yang aku minum   pada malam tu. Terkebil2 aku sorang2.. on tv, tengok tv sampai   pukul 4 , terlena  45 minutes , itupun on off sebab takut   terlepas sahur.  

Kami ambil report   card H@kim dulu.  Kami (read: hasben  ) tak push sangat   anak masa darjah 1. Dia ni lebih bersifat nurturing tapi aku lebih kepada   controlling. Macam H@kim, dah la tak tuition (dia tak mo g tuition), study pun malas..sakit hati mak kau ni dik..  malam sebelum exam,aku la yang jadi   monster   buat revision dengan dia.  Dan aku puas    hati dengan result adik.  Kalau dia study,insyaAllah   he can get   better, tapi kita biarkan dulu.. cikgu pun tak komen banyak  pasal H@kim,cuma satu je: dia pendiam sangat .  Nak tergelak aku dengar cikgu cakap dia pendiam. Kalau kat rumah, sampai terjerit2 kita  nak suruh dia diam. Kat sekolah diam pula kau ye..

Selepas ambik report   card H@kim, kami ke kelas H@zim pula. Tak lama tunggu   sebab parents 6 Murni ramai yang tak sampai  lagi. Terus jumpa   cikgu,dan Alhamdulillah   cikgu pun kasi feedback yang baik pada   H@zim. Lagi 70 hari nak UPSR,aku memang nervous dan selalu harap H@zim boleh dapat   good result.  cikgu2 SKTM2 memang sangat komited dengan kerja, macam2 program mereka buat untuk anak2 UPSR tahun   ni..

Aku selalu cakap dengan H@zim, Sekarang bukan masa  nak baca2 semua buku lagi.  Dia patut dah khatam buku2 ni. Sekarang adalah masa buat soalan banyak2. Discuss dengan kawan2 tentang soalan yang tak paham.  Gitu.. macam2 nasihat aku kasi.. lecturer   yang sorang tu,diam je.. aku lak yang kasi tips belajar, kalah lecturer.  Nak main internet, nak main games boleh, tapi after kerja siap..  selalunya dia akan tanya akan dulu, boleh tak dia main internet. so, yang untung di sini   adalah H@kim, sebab masa abang buat   kerja, dia boleh    main komputer.

Aku ada beli soalan2 UPSR past years kat POPULAR, dan sekarang aku suruh H@zim buat soalan2   tu... so kita boleh agak kita kat level mana sekarang.  Macam H@zim, dulu   aku risau tentang BM dia,now dah BM dah banyak   improve,so kita  concentrate   pada   Sains pula. Ini semua tips dari perjumpaan parents tu la.. katanya now, tumpukan pada subject yang dia perlu improve  je..yang selalu dapat 90 dan ke atas,insyaAllah   kita maintain   je..
Semasa perjumpaan parents  untuk Champions ,cikgu2 banyak kasi tips kepada   parents. Aku suka dengan komitmen parents yang datang. Ada few parents   depan aku siap keluarkan   buku nota dan salin the tips. Aku?? Akak acah2 hafal ..lalalalala. hasben? Haruslah maintain cool je..

Balik dari sekolah,aku terus   on lappy dan kerja. Working   from home,so,dah jimat masa travelling. Tp, bila kerja dari rumah ni, lagi banyak kerja kena buat. Dari sepatutnya off pukul   430,pukul   530 baru aku offline. 

Of Spring Cleaning

Sabtu lepas kami buat spring   cleaning kat rumah.. kemas store dan buang barang2 yang x pakai dan rosak..guess what..85% barang kena buang   dan store terus jadi kemas dan terang benderang..

Baru aku sedar yang aku suka sangat mengutip segala macam kotak, dan segala plastik.. suka sangat membeli barang dan simpan kotak2 tapi aku x tau nak guna apa kotak2 tu..half of it, aku tak sedar pun   ianya wujud..nasib baik dalam store je..so, tak la nampak bersepah rumah ku . .

Aku malas nak involve dalam spring   cleaning store   sebab kalau aku involve, semua   barang2 tu aku simpan   semula .Bercakap pasal simpan barang2 ni..masa hasben aku kemas barang  tu dan put aside barang yang nak dibuang, aku sangat terkejut dengan betapa banyaknya barang yang x guna dalam store aku.. and some it aku dah lupa pun kewujudannya.aku sangat sayang   nak buang barang..even  kalau resit pun aku simpan bertahun2.. slip atm pun   aku simpan tapi x tau bila masa nak guna.. omg. Adakah aku telah   menjadi   the hoarder? Adakah???    Reaksi berlebihan   sangat ni mengapa   cik sar?  Aku tak mau jadi macam mereka. Tidak !!!! (Abaikan   reaksi berlebihan ini)

Aku pernah tgk hoarder   yang kronik(kat tv ye..so jangan speku).. serius rumah dia not in a living condition. Gudang lagi lawa kot dari rumah dia.. Segala mak nenek ada kat ruang tamu . Sepanjang2 hall way tu semua barang..kalau aku, aku buang   jek semua..dan start a brand new life..serius kau x tau where   to start pun   sbb segala2nya nampak sama..bersepah dan all sampah..  mmg kalau ko tgk, kau akan rasa pengotornya.. x reti mengemas   , pemalas dan sengkatan dengannya. Even ada sesetengah tu tak suka bila orang dah kemas rumah   mereka sebab mereka kata tak biasa rumah   kemas2..eeee..marah lak aku tengok , rasa nak lempang..dah la pemalas, bila orang  tolong,lagi mau komen . .meh sini tadah pipi kau kat sini..

Aku mengaku yang aku suka mengumpul barang ,  tapi ada masa yang aku rasa this is enough,macam dah tak betul ni, aku akan buat  spring   cleaning.. macam almari budak2.. buku2.. at one point  yang kau rasa baju2 ni dah x muat   or almari perlu dikosongkan skit untuk kasi ruang pada baju lain, aku akan kemas dan decide   which one to buang dan which  one to kasi pd orang lain . Percayalah ko simpan lama2 pun, bukannya kau akan guna benda tu.. better donate to orang yang memerlukan..ada juga pahalanya..

Dalam pada spring cleaning store , encik suami   pun spring   cleaning   lappy dia. He need to transfer all data from his old lappy to new lappy. Masa tu la dia delete mana yang x perlu . .dan masa tu la dia discover semula gambar2 lama. Bila aku cakap   lama ..lama tu maksudnya dari   h@kim baru lahir. Gambar dari 7 tahun   lepas. Aku tak perasan   apa yang berlaku   sampai la 3 beranak tu gelak macam nak rak. Suspicious   sangat gelak tu.. rupanya they tengah   gelakkan gambar aku masa aku kat Sabah..menyampah   tau . .tau la i selekeh vs spek beso segala..tp perlu ke gelak..
Dapat tengok gambar2 h@kim masa kecik yg super montel..rindunya zaman tu..dan gambar2 lama masa vacation..bestnya.. lama x g cuti . . Lesen memandu aku dari tahun 2000 yang aku nak buang tapi encik suami   simpan diam2..then dia tangkap gambar lesen tu..itu pun jadi   bahan ketawa .  And bila yg jadi bahan ketawa tu adalah kita, seriyes aku rasa x funny lansung. Geram pula hati kita.

Spring cleaning boleh buat kita jumpa banyak   memory as well as banyak  benda    unexpected kita akan jumpa.  Nasib baik bulan puasa,so lepas kemas2 tak payah sibuk2 kena prepare   lunch ke apa.semua tido semula dan rehat dan bila bangun terus decide   x payah masak la kita makan luar  je. We had our iftar at Tony Romas Citta Mall hari tu. Makan lelaju..solat Maghrib then balik semula ke Melawati by 9 pm. Productive sangat   weekend lepas kan..

Of Online Shopping

Aku ni memang la pembeli tegar online. Tp mostly benda yang aku beli adalah baju2 aku dan handbag (itu pun   hanya dari pembeli yang sama yang aku tau ketulenannya sebab dah bayar mahal2 takut fake...nangis kan).  Aku penah beli segala mak nenek barang such as dell lappy dan desktop,juice maker, kasut, baju, barang  dapur etc.   Tp aku makes sure dari website yg dipercayai..

Ada satu website popular   jual2 baju   ni, dah bertahun2 aku beli dengan mereka...dulu2 baju2 dia sangat berkualiti dan cantik serta   affordable . Tp sekarang ko kena pilih betul2   baru dapat baju yg design cantik.. aku amat berhati2 kalau nak beli baju yg bercorak kat situ sbb corak yang sama akan dijumpai di section skrit, tudung dan baju..  kang tiba2 kak tipah   naik lrt, ada org pakai   tudung sama corak dgn baju kak tipah.. terus dua2 bajet awkward.  To play safe, aku beli je baju plain. Korang sure tau website mana kan.. gi la terjah,hari ni bayar,esok dah sampai opis dah baju tuuu (nampak sgt kau guna alamat opis cik sar)

Adik aku ada kasi satu ig yg jual2 baju ni.. harga dia uolss..kalah kau beli baju kat isetan.. seriyes..baju dia ala2 design   baju kat  website yg aku cerita kat atas tu je.. aku cam apakah ??? Mahal bebenor ni.. sebagai cik kepoci   aku pun masuk ig tersebut dan sahlah..semua baju2 dia bajet tinggi .bagi aku, kalau dah harga gini, baik aku terus beli yg branded..at least puas hati kan.. akak teruskan menscroll dan bingo!!! I dah tau mengapa baju dia mahal secara extreme ... sebab fotoshoot dia kat Paris dan seorang   pelakon malaysia yang aku jarang2 tgk lakonan dia di kaca tv tp amat glamer di beautifulnar@ telah promote dan pakai baju tu..lantas jadi mahal?? Kawan adik aku beli dan katanya x berbaloi kualiti dan harga.. welll..  bagi aku , kalau blouse dah harga >100, aku x kan beli online . . Itu rules of thumb aku.. lebih dari rm100, big NO. Kecuali kalau kau betul2 yakin   ianya sangat hebat ..
Ok ..tu je bebelan akak di subuh yg hening ni. Selamat berpuasa semua..