Kejadian depan mata-- berwaspadalah wahai pemandu wanita

Lama aku diam kan.. x update2 blog. Reasonnya, aku gi umrah.baru je balik last week.  Bab umrah kita update nanti ye.. sebab gambar2 dalam kamera pun x transfer lagi.. kameranya pun aku x sentuh lagi.

Kita selalu diingatkan pasal kejadian pecah tingkap kereta,,macam dalam gambar bawah ni (aku google je tau gambar ni..

 

Sebab tu kalau aku drive apa aku akan buat:
1) Letak beg kat bawah kaki aku (bukanlah kat  bawah kaki  betul2..tp kat tepi kaki(agak2 x mengganggu keselesaan, dan asalkan orang luar x leh nampak beg tu)
 2) Kalau aku shopping dan barang shopping tu  banyak dan nampak cam mahal , aku akan simpan je kat boot belakang.  
3) Aku akan keluarkan handphone dari handbag.. So, kalau ada apa2 emergency, terus leh call orang..

Ini memang prektis aku ..dan kadang2 memang aku rasa leceh, tapi better la  buat dari menyesal kendian hari ..Aku selalu berjaga2 kat traffic light sebab benda ni selalu jadi kat masa lampu merah..Tp hari ni, aku sedar, benda ni boleh jadi anytime..

Hari ni memang kadar jem luar biasa.. Aku keluar jam 9 pagi pun still jem kat Jalan Genting -Klang tu..Ingat x aku ada citer kes accident depan mata aku kat area ni.. yes..lokasi yang sama ..beza less than 10 metre  je dari kejadian ni .. click here to read

So..sebab jem x gerak kan .. aku pun dengar radio je la.. tetiba aku dengar cam bunyi orang press motor beriya, dan ada orang hon kereta dia.. aku pandang kiri, dan aku nampak sorang pompuan tengan pandu honda, dan aku tau dah dia ni la yang hon motor tu..motor tu lak laju je ..and something weird pada tingkap belah co-driver that honda.  Pompuan tu then menyelit ke tepi dan stop..so aku sempat la tengok dengan jelas apa jadi kat kereta dia.. Rupanya, tingkap kereta dia kena pecah..sebiji cam kat gambar atas.. Tp bunyi dia x kuat.so, aku saspek dia x guna kayu besbol macam kat atas.. 

X tau la handbag dia hilang ke x..tp yang pasti, dia kena la baiki cermin tingkap dia .. sian dia kan .. So, wahai pemandu wanita sekalian.. berhati2 la ye.. Sebelum memandu, pastikan anda simpan barang2 berharga anda supaya orang luar x leh skodeng..

Ps: x penah lak dengar benda ni jadi kat pemandu lelaki kan..

Hasben's birthday treat

Sempena dengan birthday encik suami, kami sekeluarga pergi bercuti.tp dekat2 .memandangkan aku busy sangat .. so, ok la . dapat menjauhkan diri dengan KL selama 2 hari pun kira dah ok. Since sekarang ni musim ujan, jadi kami decided untuk ke Gr@nd Lexis, PD.. Ini kali ke 3 kami ke sini. Dan setiap kali pergi, kami cuba bilik2 yang berbeza.

 This time, kami amik 2 bedrooms villa.Budak2 amik satu bilik, ai dengan encik suami satu bilik.. Bilik budak2 terus ke swimming pool, jadi depa leh terjun bila2 masa saja. Setiap bilik ada bilik air, tv sendirik,so mak dan babah leh ada own sweet time sendirik.. * x le . aku still terkejar2 dengan budak2 dua orang tu..

 Masa pertama aku tido sini dulu, aku cuba yang villa atas air ni..Then, kali kedua aku cuba yang amik yang kat main building hotel tu. Dia  panggil sky pool villa. This time, garden lanscaped villa. Hasben aku suka yang ni (ala.sebab pegi masa birthday dia )..
After check in je, Budak2 tu dah masuk swimming pool, berjimba puas.. Then, dalam kul 5 gitu, hujan turun lebat..Siap petir bagai..  Budak2 tu still swimming .. Bila aku dah memetir, baru depa kuar dari swimming pool.. Kalau x, sanggup berhujan tu.. Dalam kul 630 gitu, ujan dah reda, depa berendam balik..Aku biorkan je ..dah memang nak depa main swimming pool puas2 kan...Malam tu ujan balik..aku malas nak kuar dinner *sebab aku pun selsema ..makan ubat so mmg mengantuk ya amat. Encik  hasben yang kuar beli dinner..

Malam tu sambung ujan..Bila bangun pagi tu, aku tengok ada bunga kemboja pink ni jatuh kat tepi swimming pool. Aku x ubah ok .aku snap pic ni naturally gitu..santek kann. Budak2 mandi lagi sampai kul 830.. Pepagi dah berendam.. Then, kul 9 kami g bekpes.


Bekpes kat sini mmg out. Seriyes tau.. Dah la banyak lalat..Seriyes x paham nape.. Aku rasa food dia x berasa. Aku minum kopi ala2 kadar, kuar. Dari dulu aku rasa makanan kat hotel ni out.  So, kalau korang g sini, please jangan expect too high utk food dia ye.., Korang anggap la korang bayar mahal2 utk bilik je .. bukan untuk buffet bekpes dia.,.kalau x ..mmg sakit hati.

After bekpes, jalan kaki keliling hotel.. Lalu kat tepi tempat archercy ni..H@zim beriya nk cuba.  Ok la .kasi chance. Murah je uols..RM 10 utk 12 kali panah..  Orang tu ajar kejap, then dia suh buat sendirik.. Not bad anak aku ni. Kagum gak aku sebab x sangka dia leh aim dengan hebat..Kalau aku, mebbe x terbang kot anak panah tu..hihih
Balik bilik, depa swimming lagi samapi kul 11 gitu..Sambil2 depa swimming, aku kemas2 barang untuk balik. Actually kami plan nk lunch kat Putrajaya..so, guna la LEKAS.. senang skit dan x jem ..
Masuk je LEKAS, x lama lepas tu aku rasa keta aku bunyik pelik.. Rupanya2 tayar pecah..
sebab ada anak2  dalam keta, nebes juga..Sebab LEKAS ni sunyi tau..
Hasben aku decided nk tukar tayar sendiri. Emmm..aku call LEKAS (tanpa pengetahuan dia mulanya).. Dalam 10 minutes, peronda LEKAS datang dan tolong. Baik sangat orang tu..
Dia tolong hasben aku tukar tayar.. Then, bila lepas tukar tayar, drive slow ke next exit untuk tukar tukar tayar baru..
Anak2 aku ni jenis yang happy 24 jam..jadi walaupun suasana masa tu adalah agak penat, tp sebab depa 24 jam gelak.. trus ilang penat..

Sampai Melaw@ti dalam kul 3.. Alhamdulillah..walaupun penat, tayar pecah bagai..tp at least dapat quality time with family dan celebrate bestday encik Suami..