Malu..sakit.. dem yu el ar ti..
How do u spend your longgg weekend
Selamat bercuti warga Malaysia . Aku hanya kerja isnin & selasa, ambil cuti hari rabu dan sambung public holiday sampai weekends.
Since kami dah balik kampung last week, this week kita duduk je la kl sambil settlekan urusan beli barang2 H@zim utk ke Al@m Sh@h (S@S).
Hari rabu tu..baru la beli baju2 H@zim & H@kim .. kita beli kat Aeon, AU2.. ada promosi kat tengah2 tu.. tp aku rasa sama je mahalnya.. dan aku rasa juga kami ni yg lambat beli sebab banyak size dah x de. Nasib baik la size both of them ada..kalau x, memang malas la aku nak ke mall lain . . Mak is dah tua..malas nak jalan2 dah..
Aku rasa dulu2..aku boleh je berjalan shopping dari pagi bawa ke malam..tp skrg . . 2 jam pon aku x larat..rasa nak pengsan . .
Kami ikut je list barang dlm surat tawaran SBP tu.. aku rasa baru 50% kami beli..insyaAllah petang ni kami siapkan semua . . Ada lagi sorang kawan H@zim dapat S@s juga..dan menurut H@zim,dia dah siapkan semua . .ye la anak..sabar ye.. minggu ni kita settlekan all..
Khamis (semalam lak) aku dah janji nak makan2 dgn ibu2 grup tremendous utk makan kat sambal cob3k. Plannya utk makan last before anak2 pergi sekolah masing2. Satu aku suka geng2 ibu ni..sangat punctual . . Cakap pukul 12, semua dah ada at 12. Malangnya restoran tu tutup.. diskas punya diskas , kami decided makan kat festival city ..situ ada y@mah@.. lagipun bdk2 ni mmg dh plan nak jamming lepas makan.. dah siap2 bawak gitar,amplifier bagai ( anak aku la tu)..
Sampai FC, dalam pukul 1230..malas nak pikir nak makan mana..kita pilih tcrs je.. bdk2 makan kat meja lain..mak2 kat meja lain..kasi mereka sembang2 before masing2 ke sekolah menengah.
Sementara tunggu bebudak abis jamming, mak2 jalan2 shopping .. x la shopping mana pn aku ni ..kat fc ni..ada few kedai baju yg ala2 jual baju kat ig tu.. printed palazo.. baju2 blouse yg cantik..kedai dia kat tepi lorong nak g surau lelaki . .aku lupa nama kedai tu..memandangkan pergi dgn kawan2..malss nak cuba2 baju. Next time, aku nak pegi sorang2..bleh cuti baju selama yang boleh..
Anddd.. aku sangat larat dah berjalan ..lepas amik bdk2 jamming . .maknya ni yg tasa dehydrated . .macam aku yang jamming kan.. tak mampu nak tunggu2 lagi..trus pegi beli air..dan balik rumah.. penat sangat2 . .mebbe sebab cuaca pun panas.. so, kepenatan tu berlipat ganda.
And rasanya itu penutup aktiviti dgn ibu2 semua tahun ni.. right after upsr keluar,kami buat bbq party kat ukay perdana,then kami buat futsal antara parents vs anak2..
2015 ni memamg tahun yg busy aku ..dgn anak exam, aktiviti2 anak2 yang bertambah2.. so now..lets rehat for the longgg weekend.
Tahniah anak!!
Bawah ni video youtube anak2 kami menari.. suara2 kuat cheerleader tu of koz la dari the mommies dan daddies . . Supportive sangat.
Aku rasa now semua sekolah dah buat majlis graduasi ni kan..
Masa tu aku nak peluk je anak2 Murni yg kat bawah pentas sbb aku tau feeling mereka bila cikgi dah mula announce kelas lain pula.. masa tu aku rasa nak peluk mereka dan cakap..this is ok.. dh ok ni.. no worry.. seriyes sedih tgk muka mereka. Cikgu H@nisah datang dan peluk mereka...tq cikgu.. sebab comfortkan kan anak2 tu.
This is just the beginning..banyak lagi yang perlu kita buat .. mak doakan abang H@zim terus berjaya dan menjadi anak soleh dan membahagiakan keluarga dunia dan akhirat.
Dah x de menda lain nak kutuk ?
Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh blah macamkan teruk sangat english kakak tu.. so..aku bukak dulu video fazura then baru aku tengok video neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya aku admit yang neelof@ agak over dan fazur@ chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.
Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap berterabur yg ko lansung x paham . . Grammar past, present berterabur ke.. sebutan totally out ke. Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang kutuk macamkan dia x pandai lansung bercakap. Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject matter yg berbeza dan situasi dan theme yang berbeza adalah amat tidak adil. Kutuk orang sila berpada2 please.
Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya lagi teruk dari tu. Aku sangat takut dengan dunia internet sekarang terutama kat vlog yang kalau kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least kita kena la tau english dan bahasa melayu.
Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American accent walaupun kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2. Effort sangat aku nak tukar2 slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak la.asalkan orang paham sudah . Asalkan grammar dan pronunciation betul sudah la..yang kutuk tu english sempurna sangat ke .
Aku dulu masa mula2 masuk dlm family hasben aku cultural shock jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . . Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local ) mmg rasa nervous 24 jam bila kena meeting .. dan semua orang dlm opis akan cakap english.. tapi practice makes perfect. Padahal english aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap adalah dua benda yang berbeza . .kau boleh dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ? Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?
Aku ajar anak2 aku cakap english dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa .. so,yang kutuk2 sangat orang tu, mohon cermin diri dulu ...
The beautiful Cherating beach..but not the hotel
Aku ke Cherating last weekend . Percutian free sebab family day opis hasben aku. Aku memang tak sabar nak pergi sebab dah lama sangat tak pergi Cherating . Terbayang2 betapa cantiknya pantai Cherating , dan betapa putihnya pasir pantai Cherating . Tahun lepas aku memang dah book hotel kat Cherating untuk bawak mak abah ke hotel . .tapi terpaksa dicancel seminggu sebelum pergi sebab banjir . Dan lokasi percutian masa tu ditukar ke PD.
Kami mula2 ke Teluk Chempedak, sampai dalam tengah hari, jalan2 di tepi pantai yang cantik & bersih. Berbanding dengan pantai di PD dan Teluk Batik, pantai2 di pantai timur ni memang cantik dan bersih. Suasana masih ada jerebu sikit2 di TC, walaupun camtu, tak la seteruk KL.
Kami kendian teruskan ke hotel.. The Legends Cherating. First impression aku adalah , keciknya bilik air dia.. shower curtain yang tak bersih, dan paling aku sedih,tuala yang berbau . So sad la hotel ni. Aku dulu2..penah sekali datang sini .. dan aku rasa perabot dia lansung tak diupgrade. Tv pun jenis yang kotak..dengan remote yang tak berfungsi . Dan channel yang sedih. Dan yang paling parah.. volume up dia tak berfungsi . Maksudnya, kau dah slowkan, jangan harap kau nak kuatkan suara..gitew!!
Masa tu aku penat..malas nak komplen. Aku terus baring dan rehat sementara suami dan anak2 join aktiviti kat luar. Mereka balik semula dan cakap mereka dah order pizza cheese dan pizza satay. Bila pizza tu sampai ke bilik, memang tak seperti yang kau bayangkan.again..aku malas nak bising. Anak aku si H@ZIM ni memang perangai hasben aku .dia tak banyak komplen . .tapi dia akan tunjuk dari perbuatan.. dia slow2 letak pizza tu semula..tak habis pun.. last2 kami simpan dalam peti ais, bawa balik kl dan hasben aku improvisekan dan habiskan kat rumah.
Aku pula call housekeeping sebab nak nak iron..aku nak gosok baju aku..katanya dia akan hantar, tapi aku boleh guna 30 minit. Aku ok je.. malas nak diva2..aku tunggu dari jam 3pm sampai 5.30, bayang iron pun takde. Dengan redhonya aku pakai je la baju kedut2 pergi keluar.
So..macam banyak sangat komplen kan.. basically yes.. aku sangat tak puas hati dengan hotel ni. Aku bebel juga la dalam kereta masa otw back tu.bukanlah aku ni demanding ke apa.. tapi, memang tak memenuhi criteria lansung bilik hotel dia. Bukan aku je yang komplen tau..hasben aku cakap, kawan2 dia pun tak puas hati dengan bilik. They shld do something untuk perbaiki servis dan kebersihan bilik.
Tapi , ada je benda2 elok kat sini. Pemandangan sangat2 cantik. Dari tempat breakfast , terus boleh nampak sunrise. Cantiknya subhanallah. Pantai di Legend ni pun sangat bersih dan cantik..putih je. Kolam renang besar dan bersih. So, anak2 aku berendam lama di kolam. Kasi mereka puas hati.
Aku definitely akan datang lagi ke Cherating. Tak puas hati bercuti kali ni. Tapi sorry Legends. Memang tak la aku nak datang lagi kecuali mereka after buat renovation.
EQ,iQ , sekolah dan exam
Lagi 3 hari anak2 nak exam.. mak2 yang nervous ..anak2 lelaki cam anak aku bila aku tanya . .abang dh ready? Ready!!! Aku pun mata kebil2 tengok dia menjawab dengan konfiden . . Budak2 sekarang konfiden dan semoga keyakinan kau tu dibawa sampai ke besar la kan..
Permohonan ke SBP dah bukak. Zaman aku dulu, SBP x banyak , dan x yah mintak. Ko dpt result , tetiba kelak sekolah akan hubungi kasi surat melapor diri ke sbp mana. Zaman sekarang sebab ramai je parents yang x mau anak2 g asrama, sebab tu kot dia suruh mintak dan pilih.
So now..kita pergi website moe dan keyin segala info,dan done. *aku x buat lagi..petang sikit baru buat. Aku ingatkan x mau isi tp hasben suruh aku isi dan pilihkan sekolah untuk h@zim. Kalau ikut aku, aku ada pilihan lain dah yang kita dah agree.tp x mau la derhaka .so,kita buat jek.
Aku cakap kat H@zim kalau dia nak g asrama, dia kena bersedia. Kalau dia nak pergi asrama..bayangkan ada satu kelas yang semua orang adalah @dam (kawan dia yang asek2 dapat no 1) .. dan yang lain semua adalah @fnan dan s!ddiq.. gitu kau aku punya analogy nak kasi dia paham betapa kat sbp cabaran dia macam mana. Macam mana kau nak deal emosi kau bila kau rasa why semua orang pandai ni. Aku cakap ngan dia..just imagine kelas 1-6 kat sekolah adalah semua kelas murni.. (kelas dia now kat sktm2).
Aku cerita kat dia.. aku memang bukan budak sbp. Masa matrix zaman dulu , matrix kat university terus. Dah intake satu u just less than 1000..aku rasa macam 700 lebih kot macam tu je. Sebab satu kelas ada 25 orang dan ada 30 kelas jek. Kelas aku kelas no 17. Then sem last aku naik kelas 10. Kau imagine masa berkenalan dengan cikgu aku kena kasi nama sekolah, dan sangat inferiority nya sebab hanya aku dah 2, 3 orang je dlm kelas tu yang sekolah kampung . . Yang lain ko just name it..stf, mckk, ssp, mrsm, sekolah sains mana2..dan sekolah town yang semua orang kenal.. aku cam...errrr..takotnya.. tp. Aku cakap dengam diri, aku kat sini bukan nak compete dengan mereka2 ni..aku nak compete dengan diri aku sebab aku nak dapat course yang baik masa degree. Akak masa tu cuba memotivasikan diri sendiri . Ehem..bangga juga aku masa tu sebab aku lagi score dari mereka. Nampak x ciri2 pemotibasi dah ada didalam diri ku seawal umur 18 tahun.
So, macam mana kita handle eq kita untuk face cabaran2 macam tu. Iq yang tinggi je x cukup. aku x mau anak2 membesar jadi pandai, tapi x tau macam mana nak handle dunia kat luar. So,kita siapkan dia sekarang . Aku berkawan dengan anak2 aku.. aku firm with them sebab hasben aku sangat berlembut.tp at the same time depa x takut dengan aku. They know kalau nak apa2..minta kat babah..tp mak kena approve. Kalau babah dia dibiarkan, rumah aku akan jadi studio music. (Yang tu aku ceritakan kendian di post lain)
Aku rasa satu kebolehan aku adalah aku nampak yakin x boleh blah (terbawa2 sampai skrg dan diwarisi oleh h@kim). H@zim lak banyak features dan perangai hasben aku..relaks x tentu hala.. hahhaha.opss.*aku tau dia baca.. so, kita kena yakin dan nampak yakin.. u know how to talk the right thing at the right time. Percayalah..ramai je yang brcakap sebab asal boleh bcakap dan isi semua takde. Eq ni berkembang dengan masa. Datang dengam pengalaman dan macam mana kau handle situasi masa dia datang. Kadang2 kita pun overboard . Tak semua orang sempurna..tp Sekurang2nya aku nak anak2 aku ada eq dan iq yang seimbang.
Next week aku cuti masa exam tu..bukannya nak dok kat skolah . aku dok kat rumah solat hajat masa anak exam. Aku ada support group yang bagus. Parents utk team champion h@zim sangat berpengalaman. Antara kami ber6..aku yang first timer anak upsr..yang lain ada yg anak2 dah masuk u.. so.depa banyak guide aku what to do..
Selepas apa yang kita usahakan...kita tawakal..Allah tahu yang terbaik untuk kita. Semoga anak2 kita berjaya.amin..
Zahra
Dah tengok video tu? Sila la cari kat youtube. Kasihan zahra ni kena kutuk kat ig, fb,forum. Bagi aku, betul la apa yang dia cakap. Tp kalau kita ambil bulat2 , banyak yang kita boleh argue cthnya macam "kau baru kije, sabar2 la untuk jadi kaya" .. dia bukan nak kaya..dia cuma utarakan kebimbangan dia untuk survive.. cuba korang masukkan kaki korang dalam kasut dia. Within 7-8 minutes, apa sangat la yang dia boleh cakap..dia kena compress semua ucapan dia dan bagi aku, aku get the points. She made it.. at least, dia suarakan depan pak menteri.
Within 2 years memang la kalau kau baru grad, kau x kan kaya.. tp survival tu yg penting (aku setuju kata zahra). Dengan kos hidup yang meningkat,macam mana kita nak survive? Kita yang gaji yg kira ok ni pun terdetik betapa mahalnya barang dan akan terasa ..apatah lagi org2 yg gaji x seberapa .
Aku mulakan kerja aku 15 tahun dulu dengan gaji rm1400 .. ko rasa sikit kan.. tp rm1400 banyak nilai nya pada tahun 2000. Rumah pun murah lagi masa tu. Masa tu aku pakai handphone alcatel *warna kuning dan phone pun prepaid. Masa tu x de smart phone,wasap, ig,fb.. semua x de..so kita leh jimat banyak kat situ . Aku boleh kasi mak abah aku duit, sewa rumah flat kat taman kosas berdua je ngan kawan aku dengan sewa rm500 sebulan.. siap simpan duit untuk kawin lagi.. banyak nilainya rm1400 dulu. Tp aku x de kereta..aku pergi kerja naik bas jek.. kalau aku balik lewat sangat, aku naik teksi . . Aku dah lalui semua tu..tp ada aku rasa susah? Tak..serius aku rasa aku ok sangat masa tu dengan cara aku.. aku ni memamg mudah berpuas hati dan itu adalah kunci mengapa aku rasa cukup je ... dan Alhamdulillah sampai sekarang cukup je.
Yang penting kita hidup within our means.. jangan nak berlebihan kalau tak mampu. . tapi korang sedar tak dengan keadaan sekarang, minyak naik, barang naik harga , rumah mahal2, currency jatuh, apa nasib generasi akan datang? Kita bukan hanya perlu pikir diri kita , tapi kita kena fikir pasal anak2 dan cucu2 kita nanti. So,jangan judgemental pada ucapan orang. At least dia dah suarakan secara face to face suara generasi muda *walaupun aku tak applicable dalam context tu, tapi bagi aku kena ada orang yang berani bersuara depan2 macam nih..dengan emosi yang sangat stabil dan tak terjerit2..
Ini bukan isu politik..tolong jangan politikkan.ini adalah suara hati generasi baru.
Sekarang ni, mana ada rumah yang mampu milik lagi di Melawati ni..Alhamdulillah aku beli awal ..masa harga tak menggila macam sekarang. Tapi, mahal2 pun, orang beli. Ramai org2 kaya kat Msia ni ..tp cuba2 la menyelami cara hidup org2 kebanyakan cam kami ni.
Pemimpin2 kena bangun ..jangan nak syok sendiri dan rasa selesa sangat. Terimalah luahan rakyat dan bila dikomen jangan la melenting.. aku malas nak sentuh pasal politik sebab aku sama macam zahra: kami sayang Malaysia . Cumanya yang membezakan adalah aku agak bernasib baik kerna aku generasi 70an yang mana pemimpin di zaman kami membesar sangat mementingkan rakyat.
Mini Pasar Ramadhan
Since semalam badan aku gatal2.. tak tau puncanya apa.. mula2 cover2 juga.tp dh semakin petang, semakin gatal dan aku rasa sangat x selesa. Call hasben aku dan dia kata, balik nanti terus jumpa doktor. Sebaik2 aku sampai, hasben aku dah tunggu dan kami terus ke dr . Korang penah tak rasa gatal yang menyengat2 tu? Aku dok pikir apa yang aku makan semalam..sotong, ikan kembung . .adakah mereka culpritnya ?
Dr kasi ubat sapu dan ubat makan..duhhhh..haruslah makan ubat masa berbuka kan.. dan aku seriously cakap dengan hasben, aku malas nak masak hari ni..aku hanya nak masak nasi goreng je. Dia ok je..katanya nak beli ayam golek kat param depan rumah .
Dah nak raya ni, aku x penah lansung pergi param walaupun hanya depan rumah je. aku pemalas nak bersesak2 like that! Disebabkan bebudak kirim nak makan roti john, makanya kami terus ke area pasar kecil melawati. Depan tu memamg ada jual burger dan roti john. Dan ada few gerai jual kuih2. Aku terus cakap dengan hasben yang aku nak kluar . .nak beli kuih..
Aku beli donut dan karipap (kuih2 dia leh campur rm2 untuk 5 pieces, so aku ambil karipap 3 dan donat 2.) Anak2 mmg suka karipap..so, sila lah beli konsepnya. Kiranya gerai2 tu param ke? Aci ke? Walaupun hanya ada 4 gerai, aku still nak panggil mini param . Memang seswai dengan orang2 anti sosial macam aku.
Balik tu, terus berdesup masak nasi goreng. Ari tu adik aku ajar masak nasi goreng yg sedap..so, asek2 nak buat nasi goreng je aku ni. Hasben aku beli ayam golek kat param.. lepas masak nasi goreng, aku baring2 je sambil2 tunggu magrib . Tak larat la gatal2 ni.. stress tau..
I am officially 38
6I am proud to announce that i am now officially 38 years old. Alhamdulillah.. macam2 dugaan dan rahmat yang aku dah kecapi sepanjang2 38 tahun ni..
macam mana kami celebrate? Well..actually kami celebrate awal. 2 hari awal lak tu.. since birthday aku hari Isnin ..memang tak la nak celebrate isnin kan.. so, petang Sabtu, hasben suruh aku pilih nak makan mana. Aku memang tak kan pilih buffet sebab kami memang tak kan makan banyak.. kena cari tempat ala carte. Dan kami ni sangatlah obses dengan Citta Mall. Jauh sebenarnya dari melawati . .tp kami sanggup je pergi. Sebab kedai makan kat situ semua best2.. *dan semua favorite kami ada kat situ.
Sebab baru je minggu sebelumnya makan kat tony roma's,so aku dengan bermurah hatinya pilih chilies. Ada orang tak puas hati tapi heloo..birthday mak kan.. sukati mak lah.. kau tu makan kids meal pun tak habis,so dok diam2.. dah la chilies tak boleh reserved..kau datang trus cop tempat kekdahnya . Maka duduk la aku kat situ dari pukul 6.15 sampai tersengguk2 menahan mengantuk sehingga waktu berbuka . . Terbayang2 lagi betapa sedapnya triple dipper (yang hasben aku cakap tak suka sangat..tp dia yang habiskan) .. konsep kau macam mana ni bang..kalau tak suka, boleh tak kasi semua kat i.. hasben aku tanya nak apa lagi untuk besday..aku cakap nak bokitta sehelai.. baik betul isteri ni..mintak sehelai je.. konsepnya adalah aku tak berkenan dgn new collection ni..so, minta sehelai jadi la . Jadi syarat dapat hadiah besday kan. Kau banyak2 beli sendirik jek la.. *untung kau bang dapat wife baik cam i.
Hari ni, aku masak macam biasa, dan request lasagna dari hasben aku. Tak sabarnya nak makan lasagna . . Yummehh.. kiranya lasagna jadi besday kek . Sama je tak healthy nya kan.. tp takperla bukan selalu . aku masak sotong tepung dan bendi masak asam pedas. Then panaskan leftover ayam mayonis yang lansung tak terusik semalam, dan panaskan ikan kembung sambal. Untuk h@kim kita kasi dia makan pizza dengan lasagna . . Dan h@zim,ayam percik.
Ok la..bday girl nak siapkan meja skrg.. lagi 10 minit nak berbuka.
Of interview
Meh sini akak nak ajar sikit adab interview. Yeahh..i know there are loadssssss of website yang tulis dan ajar pasal interview, tapi tak kira..nak tulis juga..
Apa yang aku tulis ni based on experience dan harap2 dapat membantu org2 yang tengah cari kije esp. adik2 yang baru grad.
1. Your resume
Tolong la jangan exaggerated kebolehan masing2.. ini namanya membunuh diri. aku tau kau cuba impress interviewer dengan letak pelbagai knowledge yang mungkin. Tapi berpada2.. kalau kau letak, makes sure ko really into it.
Untuk fresh grad, yes, korang memang akan letak semua technical knowledge dan methodology yg korang belajar kat uni.macam kita yang grads IT ni, letak la segala mak nenek C++, Java, Framework knowledge, and please letak competency level: beginner,intermediate , advanced. So, we will assess accordingly.
Untuk yang dah kerja more than 3 years, aku yakin korang dh ada experience yang banyak.. , so,competency level kau bukan lagi berdasarkan university grade kau.. tapi based on your industrial experience. kalau kau letak advanced in Java, then aku dah impress dan mula tanya advanced questions, adalah sangat potong ye bila kau tak boleh jawab dan kasi alasan "ooo..it s been a while i did not touch any programming. All written are based on my experience in university " kau rasa ? ??
Krik krik moment di situ..
Do not over polish your resume. Aku pernah masuk interview candidate tu sangat over polish resumenya.. semua orang akan polish resume..aku paham..tapi jangan melampau2.. sebab interviewer akan tengok each and every words dan ask. Kalau mereka rasa tertipu,that's it!! Boleh dia kata"i x tulis macam tu.". tak mengaku . . Bila kita baca sebijik2 apa yang dia tulis,dia leh kasi alasan ooh.. "itu resume lama..x update".. resume lama kau?? Dan kau punya experience tu x valid dah sekarang?? Like seriyesli?? Kau baru buat tahun lepas , dan kau cakap experience tu dah x valid? Nextttt...
2. Your appearance
Semua tau kita kena professional semasa interview. bukan setakat pakaian, tapi cara kau duduk, dan body language kau.. dont you ever peluk tubuh, or menongkat dagu or whatsoever. Be professional.
3. Be prepare
Ada sesetengah interview dah set yang kau kena present your fyp project (untuk fresh grad) , atau suruh kau bawak updated resume. Dan selalunya HR akan kasi notis seawal yang mungkin. Aku tak boleh terima kalau orang datang, dan benda2 tu tak ada. Aku akan rasa yang interviewee tu tak bersungguh2 . Adik2 fresh grad ni, dah suruh present bawak la laptop, makes sure your ppt slide lengkap, dan system tu dah ready. Ini siap kasi alasan, hard disk corrupted, kawan saya yang pegang slide yang full..like seriously ?
4. Language
Walaupun dua2 interviewers adalah melayu, kau still kena cakap english ye..kau tengok nature of the company.. aku penah masuk interview yang interviewee tu mula2 cakap english,then tetiba syok cakap melayu dan style macam kedai kopi.. dah la partner aku tu bukan melayu..she dah buat muka.. sampai aku kena stopkan dan suruh dia cakap english.
Yang paling utama adalah benda2 kat atas tu. Benda2 lain macam kau kena tau pasal company, pasal job description dan pasal interviewer kau. Aku sedar yang linkedin profile aku diview oleh candidates. Tak per . . Aku pun jarang masuk linkedin..aku terlalu fully occupied kat blog ni..hahahhaha.
Bila kau x boleh datang,please call dan let them know. Adalah sangat tak wajar, bila kita dah block time untuk kau, tiba2 no show. You can always call to reschedule atau kalau memang kau x nak datang,decline je .. terutama fresh grad..please ye adik2..
Banyak lagi ..dos and donts. Korang google la.. insyaAllah membantu . . apa yang aku kasi kat atas adalah based on experience dan tidak merujuk kepada mana2 kampeni . Gituh..
Of Sorry
Mak aku dulu2 masa aku kecik dia selalu membebel sebab katanya kami adik beradik selalu lebih2kan kawan2.. dengan kawan cakap elok2 je..dengan adik beradik , kalau x bergaduh x sah.
Betul juga kot.. sama ada adik beradik, atau besf fren.. kita akan cenderung kepada lebihkan kawan2 kita dari adik beradik.. atau, kita lebih cenderung jaga hati kawan2 biasa dari jaga hati bestfren..mengapa? Sebab bagi kita, adik beradik akan maafkan kita, adik beradik kalau terasa pn tak lama..konsep nya adalah air dicincang tak kan putus.
Kita cenderung untuk cakap elok2 dengan kawan..kalau dengan besfren, kalau tak menjerit tak sah.. betul, kita cenderung buat semua2 tu.. tapi adakalanya kita overboard. Adakalanya kita melampau2.. dah buat salah dengan adik beradik , kita tak minta maaf. Dah la x mintak maaf, kita buat macam org lain yang salah. Konsep nak minta maaf masa raya ke apa?
Dah buat salah dengan besfren, kita tunggu one fine day,tanpa minta maaf kita tetiba ramah mesra dengan dia..
Susah kan nak minta maaf? Why? Sebab kita tend untuk ambil ringan orang2 yang rapat dengan kita.. belajar2 la minta maaf..say sorry dan kemudian baru move on.
Dari aku yang nak dengar org cakap sorry...
Of Report Card Day
Semalam aku ambil half day leave pagi. Ada report card day di sekolah anak2 dan kemudian pada jam 11 am ada perjumpaan dengan guru besar untuk parents yang anak2nya terlibat dalam program Champions.
Cadangnya aku nak pergi awal, tapi guess what, aku tak boleh tido lansung malam sebelumnya. Culpritnya adalah caramel machiato yang aku minum pada malam tu. Terkebil2 aku sorang2.. on tv, tengok tv sampai pukul 4 , terlena 45 minutes , itupun on off sebab takut terlepas sahur.
Kami ambil report card H@kim dulu. Kami (read: hasben ) tak push sangat anak masa darjah 1. Dia ni lebih bersifat nurturing tapi aku lebih kepada controlling. Macam H@kim, dah la tak tuition (dia tak mo g tuition), study pun malas..sakit hati mak kau ni dik.. malam sebelum exam,aku la yang jadi monster buat revision dengan dia. Dan aku puas hati dengan result adik. Kalau dia study,insyaAllah he can get better, tapi kita biarkan dulu.. cikgu pun tak komen banyak pasal H@kim,cuma satu je: dia pendiam sangat . Nak tergelak aku dengar cikgu cakap dia pendiam. Kalau kat rumah, sampai terjerit2 kita nak suruh dia diam. Kat sekolah diam pula kau ye..
Selepas ambik report card H@kim, kami ke kelas H@zim pula. Tak lama tunggu sebab parents 6 Murni ramai yang tak sampai lagi. Terus jumpa cikgu,dan Alhamdulillah cikgu pun kasi feedback yang baik pada H@zim. Lagi 70 hari nak UPSR,aku memang nervous dan selalu harap H@zim boleh dapat good result. cikgu2 SKTM2 memang sangat komited dengan kerja, macam2 program mereka buat untuk anak2 UPSR tahun ni..
Aku selalu cakap dengan H@zim, Sekarang bukan masa nak baca2 semua buku lagi. Dia patut dah khatam buku2 ni. Sekarang adalah masa buat soalan banyak2. Discuss dengan kawan2 tentang soalan yang tak paham. Gitu.. macam2 nasihat aku kasi.. lecturer yang sorang tu,diam je.. aku lak yang kasi tips belajar, kalah lecturer. Nak main internet, nak main games boleh, tapi after kerja siap.. selalunya dia akan tanya akan dulu, boleh tak dia main internet. so, yang untung di sini adalah H@kim, sebab masa abang buat kerja, dia boleh main komputer.
Aku ada beli soalan2 UPSR past years kat POPULAR, dan sekarang aku suruh H@zim buat soalan2 tu... so kita boleh agak kita kat level mana sekarang. Macam H@zim, dulu aku risau tentang BM dia,now dah BM dah banyak improve,so kita concentrate pada Sains pula. Ini semua tips dari perjumpaan parents tu la.. katanya now, tumpukan pada subject yang dia perlu improve je..yang selalu dapat 90 dan ke atas,insyaAllah kita maintain je..
Semasa perjumpaan parents untuk Champions ,cikgu2 banyak kasi tips kepada parents. Aku suka dengan komitmen parents yang datang. Ada few parents depan aku siap keluarkan buku nota dan salin the tips. Aku?? Akak acah2 hafal ..lalalalala. hasben? Haruslah maintain cool je..
Balik dari sekolah,aku terus on lappy dan kerja. Working from home,so,dah jimat masa travelling. Tp, bila kerja dari rumah ni, lagi banyak kerja kena buat. Dari sepatutnya off pukul 430,pukul 530 baru aku offline.
Of Spring Cleaning
Sabtu lepas kami buat spring cleaning kat rumah.. kemas store dan buang barang2 yang x pakai dan rosak..guess what..85% barang kena buang dan store terus jadi kemas dan terang benderang..
Baru aku sedar yang aku suka sangat mengutip segala macam kotak, dan segala plastik.. suka sangat membeli barang dan simpan kotak2 tapi aku x tau nak guna apa kotak2 tu..half of it, aku tak sedar pun ianya wujud..nasib baik dalam store je..so, tak la nampak bersepah rumah ku . .
Aku malas nak involve dalam spring cleaning store sebab kalau aku involve, semua barang2 tu aku simpan semula .Bercakap pasal simpan barang2 ni..masa hasben aku kemas barang tu dan put aside barang yang nak dibuang, aku sangat terkejut dengan betapa banyaknya barang yang x guna dalam store aku.. and some it aku dah lupa pun kewujudannya.aku sangat sayang nak buang barang..even kalau resit pun aku simpan bertahun2.. slip atm pun aku simpan tapi x tau bila masa nak guna.. omg. Adakah aku telah menjadi the hoarder? Adakah??? Reaksi berlebihan sangat ni mengapa cik sar? Aku tak mau jadi macam mereka. Tidak !!!! (Abaikan reaksi berlebihan ini)
Aku pernah tgk hoarder yang kronik(kat tv ye..so jangan speku).. serius rumah dia not in a living condition. Gudang lagi lawa kot dari rumah dia.. Segala mak nenek ada kat ruang tamu . Sepanjang2 hall way tu semua barang..kalau aku, aku buang jek semua..dan start a brand new life..serius kau x tau where to start pun sbb segala2nya nampak sama..bersepah dan all sampah.. mmg kalau ko tgk, kau akan rasa pengotornya.. x reti mengemas , pemalas dan sengkatan dengannya. Even ada sesetengah tu tak suka bila orang dah kemas rumah mereka sebab mereka kata tak biasa rumah kemas2..eeee..marah lak aku tengok , rasa nak lempang..dah la pemalas, bila orang tolong,lagi mau komen . .meh sini tadah pipi kau kat sini..
Aku mengaku yang aku suka mengumpul barang , tapi ada masa yang aku rasa this is enough,macam dah tak betul ni, aku akan buat spring cleaning.. macam almari budak2.. buku2.. at one point yang kau rasa baju2 ni dah x muat or almari perlu dikosongkan skit untuk kasi ruang pada baju lain, aku akan kemas dan decide which one to buang dan which one to kasi pd orang lain . Percayalah ko simpan lama2 pun, bukannya kau akan guna benda tu.. better donate to orang yang memerlukan..ada juga pahalanya..
Dalam pada spring cleaning store , encik suami pun spring cleaning lappy dia. He need to transfer all data from his old lappy to new lappy. Masa tu la dia delete mana yang x perlu . .dan masa tu la dia discover semula gambar2 lama. Bila aku cakap lama ..lama tu maksudnya dari h@kim baru lahir. Gambar dari 7 tahun lepas. Aku tak perasan apa yang berlaku sampai la 3 beranak tu gelak macam nak rak. Suspicious sangat gelak tu.. rupanya they tengah gelakkan gambar aku masa aku kat Sabah..menyampah tau . .tau la i selekeh vs spek beso segala..tp perlu ke gelak..
Dapat tengok gambar2 h@kim masa kecik yg super montel..rindunya zaman tu..dan gambar2 lama masa vacation..bestnya.. lama x g cuti . . Lesen memandu aku dari tahun 2000 yang aku nak buang tapi encik suami simpan diam2..then dia tangkap gambar lesen tu..itu pun jadi bahan ketawa . And bila yg jadi bahan ketawa tu adalah kita, seriyes aku rasa x funny lansung. Geram pula hati kita.
Spring cleaning boleh buat kita jumpa banyak memory as well as banyak benda unexpected kita akan jumpa. Nasib baik bulan puasa,so lepas kemas2 tak payah sibuk2 kena prepare lunch ke apa.semua tido semula dan rehat dan bila bangun terus decide x payah masak la kita makan luar je. We had our iftar at Tony Romas Citta Mall hari tu. Makan lelaju..solat Maghrib then balik semula ke Melawati by 9 pm. Productive sangat weekend lepas kan..
Of Online Shopping
Aku ni memang la pembeli tegar online. Tp mostly benda yang aku beli adalah baju2 aku dan handbag (itu pun hanya dari pembeli yang sama yang aku tau ketulenannya sebab dah bayar mahal2 takut fake...nangis kan). Aku penah beli segala mak nenek barang such as dell lappy dan desktop,juice maker, kasut, baju, barang dapur etc. Tp aku makes sure dari website yg dipercayai..
Ada satu website popular jual2 baju ni, dah bertahun2 aku beli dengan mereka...dulu2 baju2 dia sangat berkualiti dan cantik serta affordable . Tp sekarang ko kena pilih betul2 baru dapat baju yg design cantik.. aku amat berhati2 kalau nak beli baju yg bercorak kat situ sbb corak yang sama akan dijumpai di section skrit, tudung dan baju.. kang tiba2 kak tipah naik lrt, ada org pakai tudung sama corak dgn baju kak tipah.. terus dua2 bajet awkward. To play safe, aku beli je baju plain. Korang sure tau website mana kan.. gi la terjah,hari ni bayar,esok dah sampai opis dah baju tuuu (nampak sgt kau guna alamat opis cik sar)
Adik aku ada kasi satu ig yg jual2 baju ni.. harga dia uolss..kalah kau beli baju kat isetan.. seriyes..baju dia ala2 design baju kat website yg aku cerita kat atas tu je.. aku cam apakah ??? Mahal bebenor ni.. sebagai cik kepoci aku pun masuk ig tersebut dan sahlah..semua baju2 dia bajet tinggi .bagi aku, kalau dah harga gini, baik aku terus beli yg branded..at least puas hati kan.. akak teruskan menscroll dan bingo!!! I dah tau mengapa baju dia mahal secara extreme ... sebab fotoshoot dia kat Paris dan seorang pelakon malaysia yang aku jarang2 tgk lakonan dia di kaca tv tp amat glamer di beautifulnar@ telah promote dan pakai baju tu..lantas jadi mahal?? Kawan adik aku beli dan katanya x berbaloi kualiti dan harga.. welll.. bagi aku , kalau blouse dah harga >100, aku x kan beli online . . Itu rules of thumb aku.. lebih dari rm100, big NO. Kecuali kalau kau betul2 yakin ianya sangat hebat ..
Ok ..tu je bebelan akak di subuh yg hening ni. Selamat berpuasa semua..
Puasa Day #1
1. Ramai orang .. aku kan anti sosial.tak kuasa nak bersesak2 queue amik food.lepas tu nak solat pun susah..dapat lak tmpt yang kasi ruang solat kecik dan jauh..
2. Kami memang tak makan banyak.. rugi bawak makan buffet.
3. Mahalnya wehh makan bukak puasa kat luar. Dengan merujuk fakta no 2 dan fakta yang kami ni bukan orang ada-ada (bak kata p ramlee) baiklah kita masak.
*panjang kan justifikasi (lepas beberapa hari cik sar up entry makan kat hotel..sure mengundang kata nista rakan2..lalalalala)
Resipi fettucini mohon tengok je kat belakang botol prego tu..Cumanya aku tambah daging kisar, cendawan butang , cheeese dan susu. Bila masa nak tambah tu.. daging dan cendawan tambah awal2. Cheese dan susu tambah kat akhir2 .. gitewww . . *macam x mo kasi tau je kan .
Bahan2
1. Ayam seekor (aku belah 2 supaya senang dan cepat masak..dan aku rebus dulu selama lebih kurang 10 minit)
2. Jintan manis, ketumbar,lada hitam (sesudu setiap satu) aku tumbuk sampai lumat (aku x jumpa grinder aku letak mana..gigih menumbuk..
3. Kicap, osyter sos, serbuk pati ayam
1. Ayam dah direbus, sejukkan sekejap dan kendian sapukan semua bahan2 pada ayam.
2. Balut dengan aluminium foil ..letak dlm fridge..biarkan semalaman
3. Panaskan oven 200 degree dan set timer 1 jam.. masak ayam..
jem juga bersama2 orang2 pasar ramadhan tu..nasib baik la nak masuk melawati ni ada banyak jalan lain..
Kalau aku rajin, aku letak lagi gambar hari2 next ye..tp Biasalah gambar main tangkap je..tabahlah..
Time management
Minggu lepas aku ada management training.. ada 2 modules dan setiap module adalah 2 hari. Module ke 2 akan berlansung bulan puasa nanti.masak la masuk training x leh makan kan...
Masa permulaan training, seperti biasa kena introduce diri masing2..dan berapa lama kerja..apa yang kita do well, dan apa yang kita paling tak suka. Kita kena tulis dulu dan kendian present kepada peserta lain. Aku paling tak suka bad time management . .. baik dalam kerja, atau dalam ur daily routine.. seriyes rasa macam hellloo...kau ingat aku takde kerja lain?? Nak tunggu kau bersiap dan mereput di sini ?
Masa aku matriks kat UUM dulu, aku ada sorang kawan.. kecik molek budaknya....A^FA namanya.. dia punya time management memang big time fail. Dari bersiap nak pegi pasar malam sampai la ke makan.. kalau dia makan, dia akan sudu dalam 5 butir je nasi tu sekali suap..seriyes wehh..rasa nak suapkan je..then dia kunyah pelan2..aku dh jegil2 mata tgk dia makan. . Dan most of the time, aku akan tinggalkan je dia kat cafe..konsep dia adalah sebab ko lembab kau makan sorang2. Sebab tu dia selalu makan sorang2..dan dia pun jenis tau dia lembab kot..hhahaha. so dia pon relaks je makan sorang2..
Paling kronik kalau hari Selasa.. hari selasa ada PMC: pasar malam changlun. Dah nama pasar malam..kena la g malam or lewat petang kan.. A^FA ni rajin la nak ikut geng2 aku sekali ke PMC.. masa tu kami dh alamakkk..masak la nak tunggu dia..tiap kali dia tanya kul bape nak tunggu kat cafe,kami mesti kasi sejam awal.. percayalah . .dan kami dtg sejam lewat dari waktu yang kami cakap..kadang2 kena tunggu dia jugakkk.. giveup ok orang2 lambat gini.. tp dia jalan laju..konsepnya adalah bad time management tp jalan kena laju . ..tapi satu aku respek, dia tau dia lembab.. so, dia x kisah kena tinggal sebab dia tau dia yg salah..
Yang paling aku menyampah . .dah ko lembab . . Call x angkat, x cakap sorry.. message x reply . . Dan last2 ko buat macam aku x menyempat2 . . Ye la.. hidup ni mmg semua berkisar tentang kau je kan.. time orang lain apa la sangat !!!
Just imagine masa orang lain yang depa boleh gunakan utk benda2 lain selain dari tunggu kau.. kalau lambat 5 minit..10 minit ok la lagi beb.. kalau more than that..memang meminta sangat. Kalau sekali sekala x per..tapi asek2 ko..asal lambat je kau..asal kau je lambat.. aihh..mengundang sangat . .
So.. Please ye.. kalau deal dengan aku, please la punctual . .aku leh paham kalau sekali sekala kau lambat..sebab aku pon kadang2 lambat with valid reason dan aku akan inform awal2 yg aku might be late.. tp berbudi bahasa la..say sorry.. next time jgm buat lagi.. ni kalau setiap kali aku kena tunggu kau..memang nak kena sangat.. hilang mood i tau..
Melaka again and again
Bad day .. but I am ok
Cepat la habis meeting..aku nak bekpes.. nak minum kopi..
Bila budak2 US shift datang, again meeting at 2pm.. dan discussion sampai kul 5.. Aku tak leh bernapas.. Dengan sakit hati dengan decision making yang x berapa bijak .. dengan macam2 la..Tapi sebelum aku bertindak tidak waras , baiklah aku balik..duduk lama2 pun tiadalah gunanya kan .. esok masih ada.. esok je la aku siapkan report2 yg tertunda hari ni .. Tp kalau esok lappy aku x sihat, aku akan pergi jumpa adik IS tu .. dan buat muka pompuan bawah ni dan ayat pun sama..
MARRI@T,PJAYA
Lama kan aku tak memblog.. banyak sangat benda jadi yang menjadikan blog ni terpinggir.kasihan dia.
Aku pun sejak bukak sekolah ari tu dah busy sangat. Dengan maid x de. So,weekend dah jarang berjalan. Lagipun sabtu every week si h@zim ada kelas UPSR.. Alhamdulillah berjaya dapat 5As untuk exam bulan 3 lepas . . aku harap sangat dia boleh maintain sampai UPSR..
Ahad pula h@zim ada kelas piano .. tahun ni kami request cikgu piano dia datang rumah . . Kelas dia sampai 1130 - 1230, then pukul 130 kami dh bergegas ke Wangs@ Walk sebab H@kim ada kelas drum kat Yamaha. Budak H@kim ni minat melukis, drum, math.. apa yang dia minat, itu yg kita nak dia buat kan. Tp aku ni bukan rajin melayan..encik suami la yang rajin, tah hapa2 tah dijanjikan kepada budak2 tu. so weekends mmg busy la akak ko ni kan.. memang family time ahad..so kawan2 yang ajak jumpa weekend mmg susah nak ditunaikan (padahal x de sapa pun ajak..propa sangat kau ciksar)
Masa CNY yang lepas, kami ke M@rriot, PJaya.. untuk family day belah hasben . Plan mulanya nak ke Cherating la, ke Hot spring trolak la...last2 sebab takut jem bagai kat hiway, dan tak mau tinggal rumah lelama, ke Putrajaya la kita..
Aktiviti dimulakan dgn makan tengah hari kat Marina Putrajaya.. bagi aku, aku kasi rating 3/5.. food wise biasa2 je, servis pun agak lambat ditambah dengan waiter yg confuse .. tp confuse2 dia pon, dia x tunjuk muka boring..so, kira ok la kan.. kalau ikut aku, aku prefer la makan kat tempat lain, tapi dah organiser beriya nak makan situ, ikut je la..*nasib baik free, so, sila jangan banyak komplen..giteww (sambil menadah tangan sukurrr)
at 2, memasing dh check in kat M@rriot. Kami amik executive level, amik extra bed utk bebudak..akak x mampu nak amik 2 bilik kat executive level ni. Dah semua kazen2 ada , budak2 ni sebaik checkin,terus salin baju renang, beriadah di kolam renang kekdahnya..aku? Aku beriadah di bilik dgn biras aku si suz!. Sesi beramas mesra dua orang . . Dah agak2 x de idea nak sembang, aku turun bawah tengok bebudak ni main air.. chill kata orang kg kan.. elok juga korang main lama2.. kang penat, cepat je memasing tido..
Tepat jam 5, memasing dah berkumpul di executive lounge untuk hi tea cum bday celebration PIL. Lounge ni hanya utk guest yang stay kat Executive level.. air dia free flow sepanjang hari, dan yang paling penting ; coffee dia sgt sedap.. makanan dia aku rasa ada utk breakfast dan hi tea je.. tp food dia x la banyak sgt optionnya.. setakat nak sembang2 sambil makan sambil berangan yang kau orang kaya bolehlah.. tapi kalau kau tgh lapar, x yah la makan kat sini, sila makan kat bawah ye.
Masa makan tu la depa plan nak pegi cruise tasik malam2.. malam cruise tasik tu ada jam 815.. dengan tiket x berbeli..main redah je..dah la pjaya jem nak mampus..bertolak dari hotel jam 6..jam 715 ko still kat jalan . .padahal dekat je kan. Hampir2 la juga berputus asa, akhirnya berjaya parking dalam pukul 740 kot .. kelam kabut masuk masjid ..masa ni la guard tu tegur pakaian akak x syariah compliant . . Apakah? Baju aku labuh tutup punggung kot.. kecik ati akak.. cecepat amik jubah kat kaunter dan turun bawah untuk amil wudu.. selesai solat, baru jumpa yang lain2 dan terus ke jeti cruise tu.
Kami dah pernah naik cruise ni siang2..malam2 x de apa pun ye..gelap je..pjaya ni pon bukannya ada lampu terang2 cam kat kl kan..menguap2 aku tahan mengantuk sepanjang2 45 minit tu..
Turun2 depa ajak makan pulak * depa ni x tau penat kot..kami sekeluarga decided x join makan2 sebab aku dh ngantuk dan x lapar. Kalau lapar, kita makan room service je la.. bila dengar family aku x join , anak si suz! Pun x mau join . .nak ikut kami balik ke hotel.. set la.. ayuh la kita balik sekarang..
Memang betul, sampai2 je, bebudak ni terus mengadu lapar..terus order room servis, dan aku nak tido je.. x koser nak makan2 dah..korang makan la ye.. mak is penat.. pengaruh umur la ni..baru aktiviti lebih skit,kepenatan nya tu memang sangat2 berbanding dulu2 . .
Esoknya, kami check out at 11 dan terus balik Melawat! .. kalau nak chill dekat2, boleh la kot marriot ni. Breakfast kat bawah banyak pilihan. Tapi, sebab kami ni makan sepinggan pun amik msa sejam, dan x bertambah, memang tak seswai la makan buffet ..kalau korang yang mmg breakfast banyak, memang seswai sangat2..
Actually M@rriot ni dekat sangat2 dgh I0I citymall tu. Tp sebab kami ni dtg ramai2, kang kalau hilang x join aktiviti , x sedap la kan.. that's our CNY holiday . . Dekat sangat2 dengan rumah, tapi quality time la kan. Itu yang penting . .