Aku masuk be@utifuln@ra dan first entry dia adalah pasal vlog neel0fa yang dibandingkan dengan fazur@. Tajuk memang tak boleh blah macamkan teruk sangat english kakak tu.. so..aku bukak dulu video fazura then baru aku tengok video neelofa . . Bagi aku..ok je.. paham je.. Cumanya aku admit yang neelof@ agak over dan fazur@ chill je..siap gelak2..cakap pun cam biasa. Then aku scroll ke komen..komen2 azab sangat sampai aku rasa tak de kena mengena dengan topik.
Ini lah masalah kita orang esp Melayu. Serba salah orang tu.. semua benda nak kondem. Lain la kalau dia cakap berterabur yg ko lansung x paham . . Grammar past, present berterabur ke.. sebutan totally out ke. Layaklah kau ditegur.. tp ni ok je..korang kutuk macamkan dia x pandai lansung bercakap. Yes dia over.. tp membandingkan dia dengan orang yang bercakap pasal subject matter yg berbeza dan situasi dan theme yang berbeza adalah amat tidak adil. Kutuk orang sila berpada2 please.
Dan aku yakin..yang kutuk tu,agaknya lagi teruk dari tu. Aku sangat takut dengan dunia internet sekarang terutama kat vlog yang kalau kau cakap english skit, mulalah pejuang bahasa akan datang dan menyerang kau. Dalam dunia globalisasi ni, at least kita kena la tau english dan bahasa melayu.
Memang ada artis, even kawan2 kita yg over sampai sebut twitter jadi twider.. haa..kau mampooo..tp gelak2 kat situ je la..mebbe dia nak cakap slang american..
Aku admit, aku x de slang.. i am malaysian bebeh.. aku x ikut Brit,aus mahupun American accent walaupun kerja seharian aku kena meeting dan call dengan mereka hari2. Effort sangat aku nak tukar2 slang kan. Macam kau cakap dengan india, kau tukar slang india, kau cakap dengan ah seng, kau tukar slang cina.. so not me.. tapi aku x la kutuk orang2 yang slang..dah memang agaknya kat rumah dia cakap slang gitu..lantak la.asalkan orang paham sudah . Asalkan grammar dan pronunciation betul sudah la..yang kutuk tu english sempurna sangat ke .
Aku dulu masa mula2 masuk dlm family hasben aku cultural shock jua.. why mereka ni suka cakap english. Dah la semua english powerful . . Tp x de pun aku kena kutuk kaw2 (kena kutuk main2 tu ada la) bila aku salah sebut . . Relaks je . Masa mula2 aku kerja kampeni MNC tahun 2005 (before that dari tahun 2000 kerja kampeni local ) mmg rasa nervous 24 jam bila kena meeting .. dan semua orang dlm opis akan cakap english.. tapi practice makes perfect. Padahal english aku bukannya teruk pon...tp sebab aku jarang guna since grads, mmg agak kaput skit.. baca dan bercakap adalah dua benda yang berbeza . .kau boleh dapat A masa spm sebab hanya bertulis..tp adakah kau boleh excel dalam communication ? Tak semestinya..dan itulah yang terjadi pada aku. Tp bila lama2 bahasa tu la yg kau kena cakap hari2..kau dh biasa,dan x de masalah. Accent atau tak,aku x kira. Asalkan semua grammar ok. Aku adalah orang yang mmg x suka orang yang buat fake accent.. aku mengaku . .tp nak kutuk teruk2...emmmm.. x yah la.. jangan merendahkan martabat kau boleh ?
Aku ajar anak2 aku cakap english dari sekarang..Alhamdulillah . .dua2 boleh cakap good English dan good Bahasa .. so,yang kutuk2 sangat orang tu, mohon cermin diri dulu ...
2 ulasan diberikan:
english aku dah makin kaput. btul la kata kau, praktis makes perfect. sejak aku tak keje ni mmg aku tak bercakap omputih dgn org. habis sgt pun dgn anak2 aku je la.
kalau nak jumpa org mmg matik la aku kejung.
so solusi aku meh la tengok citer omputih byk2.
Bagus solusi kau. Aku skema sikit..tgk discovery channel..lakiku bengang je sbb dia nak tgk movie kena kautim dgn channel2 skema aku..
Post a Comment