Aku ke Cherating last weekend . Percutian free sebab family day opis hasben aku. Aku memang tak sabar nak pergi sebab dah lama sangat tak pergi Cherating . Terbayang2 betapa cantiknya pantai Cherating , dan betapa putihnya pasir pantai Cherating . Tahun lepas aku memang dah book hotel kat Cherating untuk bawak mak abah ke hotel . .tapi terpaksa dicancel seminggu sebelum pergi sebab banjir . Dan lokasi percutian masa tu ditukar ke PD.
Kami mula2 ke Teluk Chempedak, sampai dalam tengah hari, jalan2 di tepi pantai yang cantik & bersih. Berbanding dengan pantai di PD dan Teluk Batik, pantai2 di pantai timur ni memang cantik dan bersih. Suasana masih ada jerebu sikit2 di TC, walaupun camtu, tak la seteruk KL.
Kami kendian teruskan ke hotel.. The Legends Cherating. First impression aku adalah , keciknya bilik air dia.. shower curtain yang tak bersih, dan paling aku sedih,tuala yang berbau . So sad la hotel ni. Aku dulu2..penah sekali datang sini .. dan aku rasa perabot dia lansung tak diupgrade. Tv pun jenis yang kotak..dengan remote yang tak berfungsi . Dan channel yang sedih. Dan yang paling parah.. volume up dia tak berfungsi . Maksudnya, kau dah slowkan, jangan harap kau nak kuatkan suara..gitew!!
Masa tu aku penat..malas nak komplen. Aku terus baring dan rehat sementara suami dan anak2 join aktiviti kat luar. Mereka balik semula dan cakap mereka dah order pizza cheese dan pizza satay. Bila pizza tu sampai ke bilik, memang tak seperti yang kau bayangkan.again..aku malas nak bising. Anak aku si H@ZIM ni memang perangai hasben aku .dia tak banyak komplen . .tapi dia akan tunjuk dari perbuatan.. dia slow2 letak pizza tu semula..tak habis pun.. last2 kami simpan dalam peti ais, bawa balik kl dan hasben aku improvisekan dan habiskan kat rumah.
Aku pula call housekeeping sebab nak nak iron..aku nak gosok baju aku..katanya dia akan hantar, tapi aku boleh guna 30 minit. Aku ok je.. malas nak diva2..aku tunggu dari jam 3pm sampai 5.30, bayang iron pun takde. Dengan redhonya aku pakai je la baju kedut2 pergi keluar.
So..macam banyak sangat komplen kan.. basically yes.. aku sangat tak puas hati dengan hotel ni. Aku bebel juga la dalam kereta masa otw back tu.bukanlah aku ni demanding ke apa.. tapi, memang tak memenuhi criteria lansung bilik hotel dia. Bukan aku je yang komplen tau..hasben aku cakap, kawan2 dia pun tak puas hati dengan bilik. They shld do something untuk perbaiki servis dan kebersihan bilik.
Tapi , ada je benda2 elok kat sini. Pemandangan sangat2 cantik. Dari tempat breakfast , terus boleh nampak sunrise. Cantiknya subhanallah. Pantai di Legend ni pun sangat bersih dan cantik..putih je. Kolam renang besar dan bersih. So, anak2 aku berendam lama di kolam. Kasi mereka puas hati.
Aku definitely akan datang lagi ke Cherating. Tak puas hati bercuti kali ni. Tapi sorry Legends. Memang tak la aku nak datang lagi kecuali mereka after buat renovation.
4 ulasan diberikan:
sudah tulis surat komplen? xder kotak aduan ker? bisnes tak berapa kencang kut tu yg tak upgrade hotel
Tak terpikir nak tulis surat komplen (mebbe sebab aku x bayar..so, kadar nak tulis surat komplen tu kurang..balik tu aku google je pasal hotel ni.bukan aku sorang je ada pengalaman ngeri ni. Ramai juga sebenarnya..siap ada yg call management . . Tp macam x de perubahan pon . .
legend cherating ni aku pernah pegi dulu, 8 tahun dulu.. mcm ok je. maintenance tak bagus la tu.
ataupun dulu aku pegi free so tak banyak bunyik..kahkah..
Betul beb..lama dulu aku penah pergi, tapi aku tak komplen gini..ni macam menda yg sama dihidangkang cehh..dihidangkan (kagum dengan ayat sendiri) pada kau tanpa diubah2 dan dimaintain.. bab toilet dan towel berbau tu mmg mengundang sangat.. kebersihan bilik pun so so je..
Post a Comment