Lagi 3 hari anak2 nak exam.. mak2 yang nervous ..anak2 lelaki cam anak aku bila aku tanya . .abang dh ready? Ready!!! Aku pun mata kebil2 tengok dia menjawab dengan konfiden . . Budak2 sekarang konfiden dan semoga keyakinan kau tu dibawa sampai ke besar la kan..
Permohonan ke SBP dah bukak. Zaman aku dulu, SBP x banyak , dan x yah mintak. Ko dpt result , tetiba kelak sekolah akan hubungi kasi surat melapor diri ke sbp mana. Zaman sekarang sebab ramai je parents yang x mau anak2 g asrama, sebab tu kot dia suruh mintak dan pilih.
So now..kita pergi website moe dan keyin segala info,dan done. *aku x buat lagi..petang sikit baru buat. Aku ingatkan x mau isi tp hasben suruh aku isi dan pilihkan sekolah untuk h@zim. Kalau ikut aku, aku ada pilihan lain dah yang kita dah agree.tp x mau la derhaka .so,kita buat jek.
Aku cakap kat H@zim kalau dia nak g asrama, dia kena bersedia. Kalau dia nak pergi asrama..bayangkan ada satu kelas yang semua orang adalah @dam (kawan dia yang asek2 dapat no 1) .. dan yang lain semua adalah @fnan dan s!ddiq.. gitu kau aku punya analogy nak kasi dia paham betapa kat sbp cabaran dia macam mana. Macam mana kau nak deal emosi kau bila kau rasa why semua orang pandai ni. Aku cakap ngan dia..just imagine kelas 1-6 kat sekolah adalah semua kelas murni.. (kelas dia now kat sktm2).
Aku cerita kat dia.. aku memang bukan budak sbp. Masa matrix zaman dulu , matrix kat university terus. Dah intake satu u just less than 1000..aku rasa macam 700 lebih kot macam tu je. Sebab satu kelas ada 25 orang dan ada 30 kelas jek. Kelas aku kelas no 17. Then sem last aku naik kelas 10. Kau imagine masa berkenalan dengan cikgu aku kena kasi nama sekolah, dan sangat inferiority nya sebab hanya aku dah 2, 3 orang je dlm kelas tu yang sekolah kampung . . Yang lain ko just name it..stf, mckk, ssp, mrsm, sekolah sains mana2..dan sekolah town yang semua orang kenal.. aku cam...errrr..takotnya.. tp. Aku cakap dengam diri, aku kat sini bukan nak compete dengan mereka2 ni..aku nak compete dengan diri aku sebab aku nak dapat course yang baik masa degree. Akak masa tu cuba memotivasikan diri sendiri . Ehem..bangga juga aku masa tu sebab aku lagi score dari mereka. Nampak x ciri2 pemotibasi dah ada didalam diri ku seawal umur 18 tahun.
So, macam mana kita handle eq kita untuk face cabaran2 macam tu. Iq yang tinggi je x cukup. aku x mau anak2 membesar jadi pandai, tapi x tau macam mana nak handle dunia kat luar. So,kita siapkan dia sekarang . Aku berkawan dengan anak2 aku.. aku firm with them sebab hasben aku sangat berlembut.tp at the same time depa x takut dengan aku. They know kalau nak apa2..minta kat babah..tp mak kena approve. Kalau babah dia dibiarkan, rumah aku akan jadi studio music. (Yang tu aku ceritakan kendian di post lain)
Aku rasa satu kebolehan aku adalah aku nampak yakin x boleh blah (terbawa2 sampai skrg dan diwarisi oleh h@kim). H@zim lak banyak features dan perangai hasben aku..relaks x tentu hala.. hahhaha.opss.*aku tau dia baca.. so, kita kena yakin dan nampak yakin.. u know how to talk the right thing at the right time. Percayalah..ramai je yang brcakap sebab asal boleh bcakap dan isi semua takde. Eq ni berkembang dengan masa. Datang dengam pengalaman dan macam mana kau handle situasi masa dia datang. Kadang2 kita pun overboard . Tak semua orang sempurna..tp Sekurang2nya aku nak anak2 aku ada eq dan iq yang seimbang.
Next week aku cuti masa exam tu..bukannya nak dok kat skolah . aku dok kat rumah solat hajat masa anak exam. Aku ada support group yang bagus. Parents utk team champion h@zim sangat berpengalaman. Antara kami ber6..aku yang first timer anak upsr..yang lain ada yg anak2 dah masuk u.. so.depa banyak guide aku what to do..
Selepas apa yang kita usahakan...kita tawakal..Allah tahu yang terbaik untuk kita. Semoga anak2 kita berjaya.amin..
5 ulasan diberikan:
good luck beb!
Tq bebeh..same goes to Balqis..all the bestest!!!
wahhh abg hazim sudah besar...cepatnya masa berlalu...aku pun risau anak2 aku ni yg heroes belaka nak membesar ni..kena menuntut dengan akak pemotivasi ni gamaknya...
Ayu . .dah besar abg hazim kalah ketinggian mak dia.. apa khabar heroes2 kau yg bertiga? Mohon update gambar mereka di insta please..
heroes makin melasak...ibu manjang jadi ijau hehe
Post a Comment