Zahra

Dah tengok video   tu? Sila la cari kat youtube.  Kasihan zahra ni kena kutuk kat ig, fb,forum. Bagi aku, betul la apa yang dia cakap. Tp kalau kita ambil bulat2 , banyak yang kita boleh argue cthnya macam "kau baru kije, sabar2 la untuk jadi kaya" .. dia bukan nak kaya..dia cuma utarakan kebimbangan dia untuk   survive.. cuba korang masukkan kaki korang dalam kasut dia.  Within 7-8 minutes, apa sangat la yang dia boleh   cakap..dia kena compress   semua ucapan dia dan bagi aku, aku get the points. She made it.. at least, dia suarakan depan pak menteri.

Within 2 years memang la kalau kau baru grad, kau x kan kaya.. tp survival tu yg penting (aku setuju kata zahra). Dengan kos hidup yang meningkat,macam mana kita nak survive?  Kita yang   gaji yg kira ok ni pun terdetik betapa mahalnya barang dan  akan terasa ..apatah lagi org2 yg gaji x seberapa .

Aku mulakan kerja aku 15 tahun dulu dengan gaji rm1400 ..  ko rasa sikit kan.. tp rm1400 banyak nilai nya   pada tahun 2000.   Rumah pun murah lagi masa tu.  Masa tu  aku pakai handphone  alcatel *warna kuning dan phone pun prepaid. Masa tu x de smart phone,wasap, ig,fb.. semua x de..so kita leh jimat banyak kat situ .   Aku boleh kasi mak abah aku duit, sewa rumah flat   kat taman kosas berdua je ngan kawan   aku dengan   sewa rm500 sebulan..  siap simpan   duit   untuk kawin lagi.. banyak nilainya rm1400 dulu. Tp aku x de kereta..aku pergi kerja naik bas jek.. kalau aku balik lewat sangat, aku naik teksi . .  Aku dah lalui semua tu..tp ada aku rasa susah? Tak..serius aku rasa aku  ok sangat  masa tu dengan cara aku.. aku ni memamg mudah berpuas hati dan itu adalah kunci mengapa aku rasa cukup je ... dan Alhamdulillah   sampai sekarang cukup je.

Yang penting kita hidup within   our means.. jangan nak berlebihan  kalau tak mampu. . tapi korang sedar tak dengan keadaan sekarang, minyak naik, barang naik harga ,  rumah mahal2, currency jatuh, apa nasib generasi akan  datang?  Kita bukan hanya perlu pikir   diri kita ,  tapi kita kena fikir pasal   anak2 dan cucu2 kita nanti. So,jangan judgemental pada ucapan orang. At least dia dah suarakan secara face to face suara generasi muda *walaupun   aku tak applicable   dalam context tu, tapi bagi aku kena ada orang yang berani bersuara   depan2 macam nih..dengan emosi yang sangat stabil dan tak terjerit2..

Ini bukan isu politik..tolong jangan politikkan.ini adalah suara hati generasi baru.  
Sekarang ni, mana ada rumah yang mampu   milik lagi di Melawati ni..Alhamdulillah   aku beli awal ..masa harga tak menggila macam sekarang. Tapi, mahal2 pun, orang beli. Ramai org2 kaya kat Msia ni ..tp cuba2 la menyelami cara hidup org2 kebanyakan cam kami ni.

Pemimpin2 kena bangun ..jangan nak syok sendiri dan rasa selesa sangat. Terimalah luahan rakyat dan bila dikomen   jangan la melenting.. aku malas nak sentuh pasal politik   sebab aku sama macam zahra: kami sayang Malaysia .  Cumanya   yang membezakan adalah  aku agak bernasib baik kerna aku generasi 70an yang mana  pemimpin di zaman kami membesar sangat mementingkan rakyat. 

1 ulasan diberikan:



edrina said...

itu laa.. akak pun faham apa yg nak disampaikan tapi biasalah org kita ni.. banyak sgt analisa nya haha.. yg penting dia dah suarakan supaya pak2 menteri ni berpikir sikit.