Meh sini akak nak ajar sikit adab interview. Yeahh..i know there are loadssssss of website yang tulis dan ajar pasal interview, tapi tak kira..nak tulis juga..
Apa yang aku tulis ni based on experience dan harap2 dapat membantu org2 yang tengah cari kije esp. adik2 yang baru grad.
1. Your resume
Tolong la jangan exaggerated kebolehan masing2.. ini namanya membunuh diri. aku tau kau cuba impress interviewer dengan letak pelbagai knowledge yang mungkin. Tapi berpada2.. kalau kau letak, makes sure ko really into it.
Untuk fresh grad, yes, korang memang akan letak semua technical knowledge dan methodology yg korang belajar kat uni.macam kita yang grads IT ni, letak la segala mak nenek C++, Java, Framework knowledge, and please letak competency level: beginner,intermediate , advanced. So, we will assess accordingly.
Untuk yang dah kerja more than 3 years, aku yakin korang dh ada experience yang banyak.. , so,competency level kau bukan lagi berdasarkan university grade kau.. tapi based on your industrial experience. kalau kau letak advanced in Java, then aku dah impress dan mula tanya advanced questions, adalah sangat potong ye bila kau tak boleh jawab dan kasi alasan "ooo..it s been a while i did not touch any programming. All written are based on my experience in university " kau rasa ? ??
Krik krik moment di situ..
Do not over polish your resume. Aku pernah masuk interview candidate tu sangat over polish resumenya.. semua orang akan polish resume..aku paham..tapi jangan melampau2.. sebab interviewer akan tengok each and every words dan ask. Kalau mereka rasa tertipu,that's it!! Boleh dia kata"i x tulis macam tu.". tak mengaku . . Bila kita baca sebijik2 apa yang dia tulis,dia leh kasi alasan ooh.. "itu resume lama..x update".. resume lama kau?? Dan kau punya experience tu x valid dah sekarang?? Like seriyesli?? Kau baru buat tahun lepas , dan kau cakap experience tu dah x valid? Nextttt...
2. Your appearance
Semua tau kita kena professional semasa interview. bukan setakat pakaian, tapi cara kau duduk, dan body language kau.. dont you ever peluk tubuh, or menongkat dagu or whatsoever. Be professional.
3. Be prepare
Ada sesetengah interview dah set yang kau kena present your fyp project (untuk fresh grad) , atau suruh kau bawak updated resume. Dan selalunya HR akan kasi notis seawal yang mungkin. Aku tak boleh terima kalau orang datang, dan benda2 tu tak ada. Aku akan rasa yang interviewee tu tak bersungguh2 . Adik2 fresh grad ni, dah suruh present bawak la laptop, makes sure your ppt slide lengkap, dan system tu dah ready. Ini siap kasi alasan, hard disk corrupted, kawan saya yang pegang slide yang full..like seriously ?
4. Language
Walaupun dua2 interviewers adalah melayu, kau still kena cakap english ye..kau tengok nature of the company.. aku penah masuk interview yang interviewee tu mula2 cakap english,then tetiba syok cakap melayu dan style macam kedai kopi.. dah la partner aku tu bukan melayu..she dah buat muka.. sampai aku kena stopkan dan suruh dia cakap english.
Yang paling utama adalah benda2 kat atas tu. Benda2 lain macam kau kena tau pasal company, pasal job description dan pasal interviewer kau. Aku sedar yang linkedin profile aku diview oleh candidates. Tak per . . Aku pun jarang masuk linkedin..aku terlalu fully occupied kat blog ni..hahahhaha.
Bila kau x boleh datang,please call dan let them know. Adalah sangat tak wajar, bila kita dah block time untuk kau, tiba2 no show. You can always call to reschedule atau kalau memang kau x nak datang,decline je .. terutama fresh grad..please ye adik2..
Banyak lagi ..dos and donts. Korang google la.. insyaAllah membantu . . apa yang aku kasi kat atas adalah based on experience dan tidak merujuk kepada mana2 kampeni . Gituh..
0 ulasan diberikan:
Post a Comment