Kami ke Melaka lagi.. encik suami ada kerja , dan ajak kami teman . Makanya, H@kim & H@zim kena ponteng sekolah hari Jumaat. Nasib baiklah hari terakhir penggal ni cikgu buat celebration untuk hari guru, jadinya x kisah lah ponteng kan budak2 sebab bukan belajar pun..
Tapi,malam before pergi tu, jenuh juga aku membalut hadiah utk cikgu2. Hari Khamis anak2 aku nak kasi kat cikgu masing2 hadiah.. malam tu la nak g aeon au2 nak membeli hadiah..malam tu juga kena balut2. .malam tu juga lah nak kemas barang utk ke melaka.. pengsan mak!!!
sampai Melaka dalam pukul 8 malam .. laju gak encik suami drive. Checkin kat tempat biasa..Equatorial .. Sampai2 je lamanya hasben aku dok kat kaunter ..padahal dah book lama .. aku siap suruh anak2 jenguk apa la babah depa buat.. seperti yang di sangka, dia cuba prektis kan apa yang kami tonton di "How to win".. korang ada tengok x rancangan tu kat Discovery Channel ?
Basically dia tunjukkan benda2 yang kita boleh buat tapi tak penah cuba, dan dia ajar how to deal with it. One of it is how to upgrade our room. katanya, 80% kalau kita minta utk upgrade bilik kita , hotel will gv it.. Cumanya, kita ni memalu nak mintak.. just ask katanya.. si suami aku ni nak eksperimen la konon..cuba mintak..tp lamanya ko deal . . And guess what.. dapat upgrade to premier room. .. yang lamanya sbb hotel dah prepare room lain, then kena kasi room lain..tu yg lama kena check kot.. aku rasa benda ni x leh implement kalau peak season..atau kau jenis malu2...kami pon baru ni mintak..saja nak test boleh ke x..
Esoknya pepagi hasben dah g meeting.. so, hanya kami ber3 pegi bekpes kat bawah.. again, kami ni memang jenis makan sepinggan dah kenyang, tapi aku nak buang masa kat situ, kami sembang2 je.. so..lepak kat cafe bawah sampai pukul 930.. Sehinggalah h@kim bising bila la pegi swimming . . Aihh.budak ni kan.. naik ke atas dan tukar baju bebudak, then pegi swimming pool . . Cuaca panas ya amat kat Melaka ni,walaupun baru pukul 9++.. tapi suasana cantik la sebab terang jek.. aku lepak2 kat tepi swimming pool sampai rasa nak tertido .. bdk2 ni mandi sampai kecot..
Malam tu, again ke mana lagi kalau tak makan Seafood.. memang x pernah miss makan di Umbai,tapi dengan mengada nya aku kasi suggestion untuk lajak ke depan dan cuba di Serkam.. hasben aku macam x setuju tp sebab dia malas nak layan dan argue, dia bawa la aku ke sana..jauh juga tau medan ikan bakar tu..dan kedai pun sikit sangat compared to Umbai.. masa tu baru jam 630.. aku bila tengok je keadaan macam tu, terus cancel . . Kita patah balik dan makan di Umbai .. Aku pun x tak pasti macam mana food kat Serkam tu..tp sebab dah terbiasa makan kat Umbai yg ramai org walaupun baru pukul 6 pm, aku macam pelik la why kat Serkam tak de org.. tp kalau ada orang yg penah makan di sana, dan kasi komen yg bagus, maybe aku akan cuba kot.
Update: rupanya aku salah tempat kat Serkam tu.. bila sampai hotel, aku google Serkam, ehh..ok je tempat ni..tak macam tempat yang aku sampai tadi.. masalahnya, waze aku tu sama bengong .. mebbe x de rezki lagi aku cuba kat Serkam. Aku memang kena g makan kat Umbai je..
Kami ambil ikan silap sweet and sour , udang butter nestum, sayur kalian dan sotong tepung.. ikan dan udang tak habis maka , jadi kami tapau bawa balik hotel dan kos nya rm95 saja. Murah kannnn.sebab tu aku suka.murah dan sedap...
Tapi aku lupa nak bawa balik udang & ikan.. aku tertinggal kat dalam fridge kat hotel.. sedih sangat...
Pagi tu, encik hasben g bayar awal..konsep dia adalah bayar dan masa check out nanti just hantar kunci je.. sebab masa ada banyak lagi, kami keluar pegi breakfast kat luar, dan masa keluar breakfast tu aku dah cakap tak perlu la bawa beg baju ni. Kang mereka ingat kita nak balik.. tapi Biasalah. .suamiku kan degil, dia kata dia dah cakap dengan kaunter kami akan checkout jam 1130..so no worry.. kami pun keluar dgn semua barang2 siap masuk dalam kereta kecuali laptop *sebab konsepnya adalah bahaya bawa laptop dalam kereta sebab kita akan kluar dan tinggalkan lappy.. ok fine.. tinggalkan la lappy tu..
Balik2 bekpes,ingatkan nak baring2 kejap..tp masuk2 bilik..bilik dah siap2 kemas.. dan lappy dah takde. Aku tengok muka hubby dan cakap. See..betul tak saya cakap..depa ingat kita dah balik. Cari2 lappy mmg x de dalam bilik.. nasib baik adik house keeping tu masih ada di bilik hujung. .hasben tanya ada jumpa lappy tak masa kemas bilik? Dia kata ada..dia dah letak kat bawah...gitewww...nasib baik adik tu jujur.. kalau dapat yang x jujur macam mana?
Di pendek kan cerita..kami dapat laptop semula, dan terus kluar.tq Equatorial Melaka.. pekerja2 anda sangat jujur dan mesra.
And of koz akan dtg lagi.. tp, kalau korang perasan , betul2 depan Equatorial ada satu hotel baru..imperial heritage kot nama dia. . Next time..ingat nak cuba sana pula.. We all suka that location sbb dekat dgn tempat makan, dan semua tempat2 menarik kat Melaka . . Jalan kaki je..
that's all abt melaka trip kali ni...jumaat next week aku cuti lagi..adik aku kahwin pula.. later I update the wedding k. Bye..