MARRI@T,PJAYA

Lama kan aku tak memblog.. banyak sangat benda  jadi yang menjadikan   blog ni terpinggir.kasihan dia.

Aku pun sejak bukak sekolah ari tu dah busy sangat. Dengan maid x de. So,weekend dah jarang berjalan. Lagipun sabtu every week si h@zim ada kelas UPSR.. Alhamdulillah   berjaya dapat  5As untuk exam bulan 3 lepas . . aku harap sangat dia  boleh maintain   sampai UPSR..

Ahad pula h@zim ada kelas piano .. tahun ni kami request cikgu piano dia datang rumah . . Kelas dia sampai 1130 - 1230, then pukul 130 kami dh bergegas ke Wangs@ Walk sebab H@kim ada kelas   drum kat Yamaha. Budak H@kim ni minat melukis, drum, math.. apa yang dia minat, itu yg kita nak dia buat kan. Tp aku ni bukan rajin melayan..encik suami la yang  rajin, tah hapa2 tah dijanjikan kepada budak2   tu.   so weekends mmg busy la akak ko ni kan.. memang family time   ahad..so kawan2 yang ajak jumpa weekend mmg susah  nak ditunaikan (padahal x  de sapa pun ajak..propa sangat kau ciksar)  

Masa CNY yang lepas, kami ke M@rriot, PJaya.. untuk family day belah hasben . Plan mulanya nak ke Cherating la, ke Hot spring trolak la...last2 sebab takut jem bagai kat hiway, dan tak mau tinggal rumah   lelama, ke Putrajaya la kita..

Aktiviti   dimulakan dgn makan tengah hari kat Marina Putrajaya.. bagi aku, aku kasi rating 3/5.. food wise biasa2 je, servis pun agak lambat ditambah dengan waiter yg confuse .. tp confuse2 dia pon, dia x tunjuk muka boring..so, kira ok la kan..  kalau ikut aku, aku prefer la makan kat tempat lain, tapi dah organiser beriya nak makan situ, ikut je la..*nasib baik free, so, sila jangan banyak   komplen..giteww (sambil menadah tangan sukurrr)

at 2, memasing dh check in kat M@rriot. Kami amik executive level, amik extra bed utk bebudak..akak x mampu nak amik 2 bilik   kat executive   level ni.   Dah semua kazen2  ada , budak2 ni sebaik checkin,terus salin baju renang, beriadah di kolam renang kekdahnya..aku? Aku beriadah   di bilik dgn biras aku si suz!.  Sesi beramas mesra dua orang . .  Dah agak2  x de idea nak sembang, aku turun bawah  tengok bebudak ni main air.. chill  kata orang kg kan.. elok juga korang main lama2.. kang penat, cepat je memasing tido..

Tepat jam 5, memasing dah berkumpul di executive   lounge untuk hi tea cum bday celebration   PIL.   Lounge ni hanya utk guest yang stay kat Executive level.. air dia free flow sepanjang   hari,  dan yang paling penting ; coffee dia sgt sedap.. makanan dia aku rasa ada utk breakfast   dan hi tea je..  tp food dia x la banyak sgt optionnya..   setakat nak sembang2 sambil makan sambil berangan yang kau orang kaya bolehlah.. tapi kalau kau tgh lapar, x yah la makan kat sini, sila makan kat bawah ye.

Masa makan tu la depa plan nak pegi cruise   tasik malam2.. malam cruise tasik tu ada jam 815.. dengan tiket x berbeli..main redah je..dah la pjaya jem nak mampus..bertolak dari hotel jam 6..jam 715 ko still kat jalan . .padahal dekat je kan. Hampir2 la juga berputus asa, akhirnya berjaya parking dalam pukul 740 kot .. kelam kabut masuk masjid ..masa ni la guard tu tegur   pakaian akak x syariah   compliant . . Apakah? Baju aku labuh   tutup punggung   kot.. kecik ati akak.. cecepat   amik jubah kat kaunter   dan turun   bawah untuk amil wudu..  selesai solat,  baru jumpa yang lain2 dan terus ke jeti cruise tu. 

Kami dah pernah naik cruise ni siang2..malam2 x de apa pun ye..gelap je..pjaya ni pon bukannya ada lampu terang2 cam kat kl kan..menguap2 aku tahan mengantuk sepanjang2 45 minit tu.. 

Turun2 depa ajak makan pulak   * depa ni x tau penat kot..kami sekeluarga decided x join makan2 sebab aku dh ngantuk dan x lapar. Kalau lapar, kita makan room service je la..  bila dengar family   aku x join ,  anak si suz!  Pun x mau join . .nak ikut kami balik ke hotel.. set la.. ayuh la kita balik sekarang.. 

Memang betul, sampai2 je, bebudak ni terus mengadu lapar..terus order room servis, dan aku nak tido je.. x koser nak makan2 dah..korang makan la ye..  mak is penat.. pengaruh umur la ni..baru aktiviti   lebih skit,kepenatan nya tu memang sangat2 berbanding   dulu2 . . 

Esoknya, kami check out at 11 dan terus balik Melawat! .. kalau nak chill dekat2, boleh la kot marriot ni.  Breakfast kat bawah banyak pilihan. Tapi, sebab kami ni makan sepinggan pun amik msa sejam, dan x bertambah, memang tak seswai la makan buffet ..kalau korang yang mmg breakfast banyak, memang seswai sangat2.. 

Actually M@rriot   ni dekat sangat2 dgh I0I citymall tu. Tp sebab kami ni dtg ramai2, kang kalau hilang x join   aktiviti  , x sedap la kan.. that's our CNY holiday . . Dekat sangat2 dengan rumah, tapi quality   time la kan. Itu yang penting . .

0 ulasan diberikan: