Dublin Part 1

Aku ke Dublin dengan Emirates.  Mulanya ingatkan nak check in di KL Sentral,  tp sampai jam 6, check in kaunter Emirates masih tak bukak.  Flight aku jam 940 am. Tunggu lagi 10 minit, then aku decided untuk terus ke KLIA dan check in di sana.
Sampai2 di KLIA pun kaunter x bukak lagi. Ramai orang dah tunggu.  Dia bukak kaunter jam 7.. ok la.. nasib ada family dari Gombak yang beratur belakang aku boleh buat kawan bersembang.  Selesai check in, aku terus masuk ke departure.jauh juga gate utk emirates ni. Sampai2 , mula2 aku buat adalah call amex center untuk confirmkan yang amex opis  tu dah activatekan untuk overseas. Then, aku call visa cc *personal aku untuk activatekan overseas usage. Memang last minute sangat. Dah nak bertolak baru call.
Kapalterbang yang aku naik ni adalah dari kl -dubai, transit sejam 40 minit,  then dubai -dublin.
Sepatutnya berlepas 940, tapi dah lepas jam 10 pun x boarding lagi. Agak lambat la juga berlepas. Risau juga aku sebab takut tertinggal flight ke dublin.  Flight almost full. Aku dapat duduk belakangggggggg sekali. Ala2 stewardess gitu. Tp yang best, sebelah aku kosong. Ini la nasib travel sorang2.  Tp aku suka je dok sorang2 ..sebab aku boleh baring kat situ.   Bagi aku, pramugari emirates ni baik2.. senyum je..  apa aku buat sepanjang 7 jam kl -dubai adalah tengok movie *tapi tak habis dan tido.  Bangun untuk makan saja.  Aku memang paksa diri aku tido sebab aku sangat nebes setiap kali ada turbulent.  So..better la aku tido..
Sampai di Dubai, terus cari gate untuk transit ke Dublin. Memang x lama pun tunggu sebab kami memang sampai agak lambat.  Yang tak bestnya airport dubai ni adalah wireless dia free untuk 30 minutes je..kedekut betul.. dah la free sekejap je..yang sekejap tu pun aku tak leh masuk.
Dari dubai ke dublin took me another 7 hours.  Kali ni aku duduk kat depan skit. Memang depan la juga.. Bayangkan , aku dok sit 4 yang tengah2 tu..dan sorang2.. wahhh.. siap leh baring juga. Depan aku ada group dari China..bisingnya..tp aku x kira..tido tetap tido. Sampai di ireland jam 530 pm..dah gelap gelita.. dan yang bestnya. .imigresen x check beg pun..lepas gitu saja. Tak macam australia dan nz yang sangat strict.  Patut la bermacam2 bahan students kita kat sini boleh bawak.. 
Sampai2 tawakal je ikut signboard taxi. Aku tinggal di trinity city hotel, dublin. Dari airport kos teksi adalah €21 ++. Lebih kurang sama macam yang aku baca di internet. Sebab dah sampai lewat,  bilik pun dah ada. Sesampai terus cuba sim card  yang aku beli kat airport.  Tak boleh pakai sebab phone aku sim locked. Hampeh! !! Nasib la hotel ni wireless free..so sempat wasap family inform yang aku dah sampai. Cantik sangat hotel ni dan sgt klasik.






Esoknya pepagi lagi si Jackie *lead dari Boston, US dan call bilik aku  untuk remind pegi opis sama2. Kami x pernah jumpa.. hanya penah bercakap di phone masa meeting. Masa aku sampai di lobi, nasib la ada sorang je pompuan tgh tunggu di situ..senang skit aku nak tuduh itu adalah Jackie. Sebab ini hari pertama, kami decided nak naik teksi dulu ke opis ..dari hotel ke office charge teksi adalah €28 ..mahal kan.. jackie tuduh kami kena tipu dengan driver teksi.  Biasalah..nak tuduh lebih2 pun x berani kan.. redho je la.. sebab dia x puas hati dengan tambang teksi tu, bersungguh dia research kalau ada train dari Dundrum ke city.
Rupanya dekat dekat je train station tu dari opis. Kami tanya pada sorang pakcik di lobi, di mana nak dapatkan train. Di sini, train tu namanya LUAS. Dia x de pagar2 scan  tiket macam Star atau Putra Lrt . So balik dari opis, kami berjalan ke Ballaly * dah la aku pakai high heel..lenguh berjalan.. . Sampai2, beli tiket kat mesin, kami beli ke last station iaitu Stephen Green . Tolong jangan imagine station tren ni macam station kita sebab bagi aku ianya hanyalah macam bus stop. Siap kau leh pegi lane sebelah selamba2 je lalu tengah2.Tren pun lalu tengah2 jalan raya biasa. Sapa2 penah gi Melbourne, train stop dia macam tram stop kat Melbourne. .tp train dia canggih macam train Melbourne. Tiket manual yang kita beli tu, x yah scan bagai. Randomly akan ada org check tiket kita. Dari Ballaly ke Stephen Green cost us €2.60 ..amat murah berbanding teksi.





Bila turun di Stephen Green, kawasan sekitar ni namanya Dame Street . Banyak kedai2 ala2 high end dan branded di sini. Jackie tanya samaada aku nak terus balik hotel or nak jalan2 dulu. Masa tu jam dah pukul 530.. hari dah malap2.. memandangkan budak opis kata area ni dekat dengan dublin castle, kami decided untuk jalan cari castle tu. Jauh rupanya..aku dah la.sakit kaki. Ciss sangat. Dah la jauh.. castle dah tutup. Hari dah gelap.  Maka,kami tangkap gambar kat luar saja.  Kawasan tu sendiri memamg dah cantik. Untuk.pengetahuan korang, dublin castle ni mmg di tengah2 town. Tak ada apa bolrh di tengok selain castle yang ditutup...sedih..




Balik tu, kami naik teksi ke hotel. .sebab aku memang dah menderita dengan kasut aku. Kasut ni mmg kasut lama aku ..memang bawa g opis ari2..tp kat Msia mana la jalan jauh kan..so memang aku taha lagi..  Esoknya terus  pakai sport shoes.



2 ulasan diberikan:



Norliana Abdul Rahman said...

oiii berjalan!

ok jeles. nyampah!!!

Cik Sar said...

Hahahah CPK.. tak enjoy mana pun sbb balik opis dah gelap..kedai pun byk tutup..