Melbourne Day # 7 - Bandar Melbourne

Hari terakhir kami nak jalan2 dalam town je.  Kami plan nak naik semula Visitors Shuttle dari Federation Square.  kami keluar jam 830 ke Flinders Street. Singgah dulu di Pappa Roti di Elizabeth street untuk sarapan: minum latte & bun.
Selesai sarapan, teruskan berjalan sebab nak catch bas pertama jam yang akan bertolak pada  930 pagi. Bila sampai di Federation Square, hasben aku beli tiket dulu, sementara aku dan anak2 lepak di atas sambil minum slurpee yang dibeli di 7E. Cuaca tak berapa sejuk.. sesuai la untuk berjalan2.
Walaupun ada 13 stops, kami hanya aim nak ke Victoria Market dan Botanical Garden saja. 
Victoria Market ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Pada pemerhatian aku, harga pada hari Khamis adalah jauh lebih murah dari hari Selasa (barang yang sama boleh naik harga sehingga $2 pd hari Selasa.)  Lagi satu, pada hari Selasa, lebih banyak gerai dibuka.  Aku cuba  cari gerai adik dari Indonesia yang kami beli minggu lepas, tapi tak ada. Mungkin dia tak berniaga hari ni.  Ada satu gerai tu, aku sangat berkenan dengan barang2 dia..tapi bila ditanya harga, dia macam tak layan.. kami tunggu dia pergi ke belakang, kemudian kami pun ambil keputusan untuk pergi. Baru beberapa langkah, dia panggil kami, sambil beritahu harga patung kangaro tu berapa. Rupanya, dia pun tak pasti harga barang tu, dia check di belakang. Bila kami belek2 barang, dia datang dan tanya adakah kami muslim. Bila kami cakap ya, dia terus hulurkan tangan sambil memberitahu dia dari Afganistan. Kemudian, dia tanya kami dari mana. Bila kami cakap Malaysia, respon dia adalah "ohhh..the MH 370!" Sabar je la aku!! Banyak juga dia kasi diskaun pada kami. Lawatan kali ni, aku tak beli souvenir yang sama macam kami beli dari Sydney. Ye la kan..orang yang akan terima souvenir ni pun orang yang sama juga, jadi kena la cari souvenir yang berlainan. Kalau dibandingkan dengan Sydney dan Melbourne,  aku rasakan kos di Melbourne jauh lebih murah. 
Selesai membeli, hujan pun turun. Semasa kami di Victoria Market, hujan masih gerimis..tak lebat lagi.  Dari Victoria Market, kami ke Botanical Garden.  Cantik taman ni dan sangat besar. Kami pusing tak sampai satu pusingan pun sebab anak2 dah penat berjalan. 
Dekat botanical garden ni ada dibina tugu untuk memperingati perajurit yang terkorban semasa perang dunia ke 2; Shrine of Rememberance. Tugu ni kelihatan seperti Istana Rom. Tugu ni sangat tinggi, dan dari atas, kita boleh tangkap gambar bandaraya Melbourne yang cantik.  Di dalam tugu, ada diletakkan nama setiap perajurit yang terkorban di dalam kotak kaca.
Dari atas, kami nampak Visitor Shuttle datang. Hasben dan anak2 jalan punya la laju dari tugu sebab nak mengejar bas. Kalau kami tertinggal bas yang ni, bas seterusnya akan datang dalam masa 30 minit.  Dah la masa tu hujan, dan kebetulan bas berhenti lama sebab ada visitors bertanya soalan pada driver. Rezeki kami dapat kejar bas tu.
Bila menghampiri Federation Square,  hujan semakin lebat. Kami turun dan berjalan ke Imax dalam hujan. Di imax, ada pameran games dan moving picture.  Anak2 seronok la. Hari Khamis akan bermula pameran Dreamwork's Production . Anak2 aku kecewa sangat sebab kami tak sempat tunggu pameran tu.  Untuk menghilangkan kekecewaan, kita tangkap gambar depan poster pameran pun jadi la. Tapi, pameran2 sedia ada di Imax tu pun dah cukup menarik.
Dari situ, kami teruskan berjalan kaki dalam hujan untuk beli makanan. Kami take away fish n chip, dan juga ayam (beli di Nandos). Untuk balik ke La Trobe street, kami naik tram no 35 dari Flinders Street.  Ramai orang dalam tram, tapi mujurlah tak lama aku berdiri. Di depan Melbourne Aquarium, ada satu keluarga turun, dan kami dapat duduk di tempat mereka. Penatnya memang sukar digambarkan, dengan lapar lagi. Kami sampai di hotel jam 3.30 petang.
Berehat sebentar, dalam pukul 4.45, hasben aku dah kerah kami semua keluar ke Coles untuk membeli coklat. Memandangkan masa keluar awal tadi cuaca tak sejuk, aku pun assume cuaca masih tak sejuk, rupanya, sejuk sampai ke tulang. Betul la orang cakap, cuaca di Melbourne ni boleh berbagai2 dalam satu hari. Suami dan anak2 aku memang dah siap2 pakai sweater, tapi aku yang  degil ni, bersejuklah sepanjang jalan ke Coles.
Di Coles, kami borong coklat dengan beriya sekali. Di Coles, memang hanya ada 1 atau 2 kaunter sahaja yang ada cashier. Yang lain, kaunter layan diri yang kita kena scan sendiri barang dan bayar sendiri dengan swipe debit/credit card.  Memandangkan kami bayar cash, dan hanya ada satu kaunter saja buka masa tu untuk cash, maka terpaksalah kami beratur. Aku sempat usha mamat depan aku, punya banyak barang dia beli, harga hanya $60++.. (jangan mengada convert, kita compare secara biasa,  bayangkan kalau rm60 kat Msia apa saja kita akan dapat). Cthnya, gaji kita kat Msia adalah rm1000, gaji mereka  di sini $1000, tapi mereka boleh dapat banyak barang dengan $60, tapi dengan rm60??   Ada juga benda yang tak logik mahalnya..cthnya adalah parking rate. Parking di sini sehari dalam $18 (early bird)  dan kena keluar dari parking tu sebelum jam 8pm sebab lepas tu rate jadi lain. sebab tu mereka lebih rela naik tren atau tram.  Selamba je pakai kot naik tram. Cool betul kan.. Lagi satu, di Melbourne ni juga kita akan nampak orang pakai kot, bawa basikal. Melbourne adalah bandar yang 'bicycle-friendly' di mana di jalan raya di dalam bandar, memang ada lane yang dedicated untuk basikal. Dan basikal2 ni boleh juga disewa samaada secara harian atau mingguan. Basikal2 sewa ni berwarna biru.  Tapi, lajunya mereka mengayuh basikal. Aku pulak yang ngeri. Hasben aku cerita, masa dia belajar di Aussie ni dulu pun dia beli basikal. Senang nak pergi mana2, kos minyak pun takde..Dan, bila nak balik Msia, dia jual basikal tu. (Patut la masa belajar dulu kurus.. cyclist rupanya..lol)
Di luar Coles tu, ada satu coffee shop. Aku cuba cafe latte dia. Rasanya --->Biasa2 je.sepanjang2 aku di sini, memang aku cuba banyak kedai kopi dia, dan cafe Michel ni la paling so so rasanya.  Dan, kopi di sini murah2 ye. Memang puas minum kopi. Secawan kopi dalam $3++ hingga $5 ++. Itu size  biasa. Itu pun dah cukup kan.
Hari Sabtu lepas juga ada grand opening untuk H&M kat Melbourne yang kebetulannya juga adalah H&M pertama di Aussie.  Kesian kan. Di mana2 ada iklan H&M..kita kat Msia dah ada banyak H&M.  Aku tengok mereka ni pun ghairah membeli H&M (ramai yang bawak paper bag H&M).
Malam ni aku nak kemas2 barang. Tadi kat lobi, kami dah siap request front desk book kan teksi untuk kami esok, jam 6 pagi. Flight kami jam 9.30. Dan, insyaAllah sampai KL dalam jam 3.30 petang.  Anak2 pun dah penat berjalan.
Ok..ini last overseas vacation untuk 2014. Lepas ni jalan2 dekat je. Tahun depan, H@zim nak UPSR, so, no more jalan2 overseas sampai dia habis UPSR. Lepas habis UPSR baru boleh jalan2 lagi.
Hari Khamis aku dah kerja. Kenalah kerja sebab cuti tak banyak kan.  Tak sabar nak balik ..dah terbayang2 masak sambal udang petai. Yummyyy! !!

1 ulasan diberikan:



WRA said...

Laaa...cik Sar, komennya ada kat sini...tadi tak jumpa hehehhe....seronoknya cuti-cuti malaysia....