Melbourne day #5 & #6 -Great Ocean Road

Apa menariknya GOR?  GOR ni adalah jalan sepanjang pinggir pantai (tujuan jalan dibina, sila google ya). Pemandangan sepanjang jalan adalah sangat cantik, dengan ombak yang ganas tapi cantik.  Aku guna kamera phone saja, itu pun dah cantik sangat aku rasa.

Kami keluar dari Somerset jam 830 pagi. Terus menghala ke Great Ocean Road, melalui Geelong. Sampai di Geelong, kami berhenti dulu untuk isi minyak kereta, beli air dan juga buah anggur. Anggur sekilo adalah $3 sahaja. Kalau convert ke RM pun baru RM9++, haruslah beli kan. (Kalau musim ceri sah2 aku dah borong ceri.tapi apakan daya) ..

Di Geelong, aku ke information center dan ambil peta. Pakcik volunteer di sini beriya2 terangkan pada aku apa yang menarik dan wajib dilawati di setiap town sepanjang GOR.  Dia tanya aku dari mana..bila aku cakap dari KL, dia sangat excited sebab menurutnya dia dah 3x ke KL dan dia sangat suka KL.   Pakcik tu cakap lagi, tak perlu la on GPS, ikut saja signboard GOR dan peta ni..sah2 sampai.  Menurut GPS, perjalanan akan mengambil masa 4 jam. 4 jam tu kalau non stop driving.  macam kami, kami ambil masa 6 jam.


Dari Geelong, kami ke Torquay dan seterusnya Angelsea. Kami tak singgah pun di Torquay.  Tak lama selepas Torquay, ada sebuah pekan kecil lagi yang bernama Angelsea. Di sini kami singgah.  Setiap kali kami singgah, kami akan cari visitor information centre.  Sekurang2nya, kalau kita singgah di sini, ramai orang dan kalau ada apa2 yang kita nak tahu, kita boleh tanya pada pekerja di center.

Di Angelsea, ada dibina jeti di depan information center. Kami berjalan sampai ke depan jeti, air di sini terus mengalir ke laut. Jernih sangat airnya dan sejuk. Setiap kali angin bertiup, makin sejuk rasanya. Di sini, angin yang bawa udara sejuk. Bukan alang2 sejuknya ya.

Selepas Angelsea,  agak lama juga memandu baru kita akan jumpa dengan pintu gerbang GOR yang menandakan permulaan GOR. Kami berhenti di sini untuk bergambar dan ke pantai. Lembutnya pasir dia.. excited anak2 aku.

Kemudian,  kami teruskan perjalanan ke Lorne. Lorne ni agak besar dibandingkan dengan bandar2 lain di GOR.  Sepanjang pantai, ada yang surfing, bermain bola tampar,berjogging, atau duduk2 saja sambil kasi makan seagull. Aku amik kesempatan ni dengan duduk2 di kerusi tepi pantai sambil baca pamplet yang amik di Geelong tadi.  Husband aku sangat suka Lorne .. dia kata suasana di tepi laut tu mengingatkan dia pada Wanaka. Bezanya, Wanaka kami lepak depan tasik(luasnya macam laut, siap berombak).

Perjalanan diteruskan lagi ke Apollo bay. Sepanjang2 perjalanan dari pekan2 kecil ni, pemandangan laut adalah sangat cantik. Apollo bay ni kawasan pelabuhan. Ramai orang berhenti kerana di sini banyak kedai makan. Disini ada kedai makanan halal, Iluka namanya. Kami makan fish & chips, nasi dan ayam. Hasben siap bertambah. Dan kemudian, dia take away lagi. Lapar sangat la tu. 

Selepas Apollo bay, jalan tak lagi melalui tepi2 laut.  Jalan mula masuk ke hutan2 dan ladang.  Nak jumpa kenderaan lain dan rumah2 orang adalah sangat jarang. Perjalanan darj Apollo Bay ke Port Campbell adalah 104km.  Jalannya wahh.. sangat mencabar. Bayangkan jalan lama Cameron Highland .. ye. Gitu lah jalannya. Aku yang tak drive ni pun rasa penat. 

Kesian hasben aku. Aku nak drive pun tak  boleh sebab aku tak bawa spek.  Bila nampak signboard Port Campbell lagi 19 km, wahh..gembira betul kami. Dah terbayang katil.


Sampai di hotel almost jam 4. Hotel ni aku tempah via booking.com juga. Port Campbell Motor Inn.  Kecil saja kawasan ni. Family room  hanya $ 135. Overall, aku sangat puas hati, bilik selesa, siap ada microwave; jadi boleh kami panaskan makanan yang dibeli di Iluka tadi.  

Setelah rehat dan bersolat, kami memandu ke London Bridge. Aku bajet2 tak sejuk, lantas aku tanggalkan sweater semasa keluar kereta. Menyesal ok. Dah la jauh berjalan, nak kembali ke kereta jauh, maka mengigillah la aku sepanjang melawat London Bridge tu. Sebenarnya setiap yang kita nampak tu  dihasilkan dari hentaman ombak. Nampak lebih kurang kan.. 12 Apostle,  The Arch, Grotto dan apa lagi tah.. semuanya unik walaupun nampak macam lebih kurang saja.

Dari situ, aku terus ke Peterborough. Hasben aku nak tengok Peterborough tu macam mana. Peterborough ni tak ada apa2 pun.  Kalau malam, macam mana la sunyinya kan.

Bila sampai kembali di Port Campbell,  jam dah almost jam 530. Kami ingatkan nak minum kopi sambil lepak di kerusi tepi pantai. Tapi, kedai kopi dah nak tutup. Mereka sedang kemas2 meja. Yang buka hanyalah mini market kecil yang katanya akan ditutup lagi setengah jam. Kami park kereta tepi pantai dan berjalan di pekan yang hanya sepelaung tu. Sunyi...tak ada orang dan kedai pun dah nak tutup. 

Kami singgah beli fish dan udang goreng.. kemudian beli roti.  Kami pusing2 lagi *tempat yang sama je dan kemudian kembali ke bilik untuk makan dan tido. 

Jam 830 esoknya kami dah check out dari Port campbell.  Kami ke pekan dulu untuk breakfast. Menurut kata pemilik motel yang kami menginap, ada satu cafe yang memang mendapat review yang baik dari pelancong, nama cafe : the alcove cafe. Aku plan nak beli dan takeaway, makan tepi laut..tp hasben aku tak setuju sebab sejuk sangat. So, kami makan di cafe.  Kami beli air mocha, capucino,  hot choc, dan muffin. Burberry muffin dia sangat sedap. Kopi dia memang terbaik. Terima kasih pada pemilik motel kami yang suggest tempat ni.

Selesai breakfast, kami bertolak balik ke Melbourne melalui Timboon, Collac dan terus ke Geelong dan Melbourne semula. Sepanjang perjalanan dari Port campbell ke Collac, kami melalui ladang dan jalan kampung yang cantik. Menurut GPS, perjalanan akan mengambil masa 2 jam setengah. 

Kami  sampai di Melbourne jam 12++.. GPS yang thriffy kasi keep on on off sebab bateri weak. Aku memang connectkan ke charger..tapi dia tetap on off. Bila dah masuk town, aku pegang GPS tu *tak tau apa kaitan.hahhaha , tak pulak dia off. Mengada!!

Kami patutnya kena isi minyak penuh semula semasa pulangkan kereta, tapi nak mencari pump station  pun satu hal.. maka, kami redha je hantar kereta dengan half tank.  Pekerja thriffy suggest supaya kami drive semula dan isi minyak sendiri sebab mereka akan charge $3 seliter untuk penuhkan tank yang kami tinggalkan. Kalau di luar, minyak hanya $1.43 seliter. Memandangkan hasben puj dah giveup nak drive..penat,  maka kami bayar saja $133 untuk penuhkan minyak tu. Aku dan suami memang dah bajet $100 untuk penuhkan minyak, so $133 tu kira reasoanable la. Tambah $33 je.. tak perlu pening2 cari pump station.

Selesai  urusan di Thriffy, kami terus ke La Trobe st untuk ke penginapan kami yang seterusnya. Kali ni kami akan tidur 2 malam di Harbour View apartment yang aku book melalui agoda.com . Sampai2, bilik dah sedia. Bayangkan kami berjalan kaki 15 minutes selepas hantar kereta. Nasib baik aku memang dah tau di mana apartment ni, sebab masa 1st day kami ada lalu di La Trobe street, dan nampak di mana Harbour View ni. Kalau tak tau di mana, memang aku naik teksi dah. Tapi cuaca pun tak panas dan lokasi pun x berapa jauh, anak2 pun ok nak jalan kaki..so, kami jalan kaki saja. Suhu di Melbourne tak sejuk mana pun.. mebbe dalam 20 darjah saja. Tak perlu pakai sweater pun. 

Bilik kami 2 bedroom apartment..memang selesa . Masuk2, semua terus terbaring di katil. Hasben terus bakar roti, lapar la tu. 

Dalam pukul 3, kami keluar ke arah Southern Cross Station. Southern Cross Station ni ala2 KL sentral. Di sinilah train2 ke luar dari Melbourne akan bermula dan berhenti. Di sini juga ada sky bus, bus 24 jam yang akan ke airport. Yang menariknya, di sini aku nampak signboard prayer room. Aku ikut tanda tu dan ianya di dalam visitors waiting rooms; bilik solat. Agak besar juga bilik tu dan bersih.  

Disini juga banyak kedai halal, dan keluar sikit dari station ada Coles. kami plan esok nak ke Coles, beli coklat untuk dibawa balik ke KL.

Kemudian, kami tunggu tram 35 betul2 depan apartment kami. Aku nak rasa satu pusingan tram 35 ni.. tapi sebab kami masing2 dah penat, memang tak enjoy sangat. Hanya aku dan suami je yang excited. Budak2 siap tu  nak tido lagik. 

Bila sampai di Docklands, tetiba hasben aku cuit aku. Eh...Camelia la. Hasben aku ni memang peminat Camelia. Rupanya, Camelia dan keluarga pun bercuti ke Melbourne.  Kecik saja orangnya..cantik dan lemah lembut bila brcakap. Si hasben ni asek usha Camelia je .sabo je aku.

Esok hari terakhir kami di sini. Rabu pagi, kami akan balik ke KL. Tak sabarnya nak balik. Tapi esok aku kena pegi semula ke Victoria Market dan  bawa anak2 berjalan sekitar Melbourne. Hari no 6 berakhir dengan penat.. jom tido. Zzzzzz

1 ulasan diberikan:



ayumin said...

Salam. Saya baru pulang dari Great Ocean Road. Restoran ILUKA di Apollo Bay memang ada mempamerkan tanda halal di luar restoran, tapi kalau lihat dengan teliti..menu makanan ada yang mengandungi "ham" & "bacon". Mohon pelancong2 muslim lebih peka dengan penyediaan makanan di luar negara walaupun sudah ada tanda halal di hadapan restoran. Sekadar berkongsi untuk yang bakal berkunjung ke GOR & terbaca blog ini..Wassalam.