Melbourne Day #4 - Phillip Island

Hari ni kami mula sewa kereta. Trip2 yang lepas, kami memang dah siap book & bayar kereta dari kl.. tapi memandangkan 2 minggu sebelum pergi aku tak sihat, dan kemudian masuk ward  (aku discharged 3 hari sebelum kami ke sini) maka memang tak sempat nak book kereta sebab aku masih recovering. Encik suami dengan cool nya cakap boleh walk in je.. yes..memang boleh, tp harga tak sama dengan booking online.

Well, maka malam sebelum sewa kereta, aku dok pulun menggugel mana car rental yang kasi harga paling ok. Kami nak sewa dari sabtu dan pulangkan pada petang isnin.  Dah la last minute, dan sabtu tu ada event apa tah..maka banyak kereta yang mampu sewa dah tak ada.  Pilihan pertama aku adalah ke eastcoast rental.

Kami keluar dari hotel, jam 9.30 pagi. Eastcoast rental ni dekat je dengan hotel kami. Jalan kaki tak sampai 5 minutes. Sampai2 saja, orang tu tanya ada buat reservation tak? Of koz tak ada.. maka katanya kereta semua dah fully booked. Dia cadangkan semua kami ke branch eastcoast rental di airport, mungkin di sana masih ada kereta. Tapi, tak perlulah ye. Kos ke airport pun dah hampir sehari sewa kereta.

Kami berjalan ke depan sikit dan jumpa thriffy.  Walk in, dan ada kereta. Sebab aku ambil kereta jam 10  hari Sabtu dan akan pulangkan jam 5 hari Isnin, kadar sewa adalah 2 setengah hari. Campur dengan insurans, admin fees, sewa dan segala mak nenek, harga adalah $ 377. Bagi aku itu adalah mahal. Mengapa mahal? Sebab masa aku ke NZ, aku sewa untuk seminggu, dan aku bayar tak sampai $500.  Jadi kawan2, lagi elok kalau book online ye.. banyak boleh jimat.  Kami dapat kereta mistubishi ASX. 
Walaupun aku tak memandu di sini, tapi boleh tahan stress juga jadi co-pilot di Melbourne ni. Dah la jalan raya share dengan tram, aku lak nerveous lebih2 masa tu.

Kami set GPS ke Phillip Island.  Baru drive 10 minutes, GPS abis bateri.  Dah la masa tu tengah2 bandar, nak berhenti pun tak ada tempat, maka terpaksalah dia teruskan memandu sambil aku cari charger gps dan on semula si gps tu.  Gps tu pulak kena reset berkali2 sebab tak jumpa signal..hilang juga sabar aku. Singgah 7E beli air sambil aku reset GPS dan teruskan perjalanan.  Kami ikut jalan tak ada tol ke Phillip Island.

Sampai Phillip Island dalam jam 1230. Perut memang dah lapar. Kami singgah dulu di Visitors Information Centre untuk mengambil peta. Dari situ, kami pergi ke lokasi paling dekat dengan center , Panny's Chocolate Factory.   Di sini ada muzium coklat, tapi kami x masuk pun. Kami pergi ke cafe,  dan makan di sana. Cafe ni menyajikan sajian halal ye. Nasi dia ala2 Indian food. Kami tak makan nasi, cuma sandwiches, nuget and fries, fish and chips, cakes, milk shake dan capucino.  Orang lain semua makan di dalam cafe, tapi kami anak beranak makan di patio di luar cafe dalam suasana sejuk tu. Perasan omputih sangat kan!!

Selesai makan, teruskan perjalanan ke penguin parade. Tak masuk pun, tangkap gambar kat luar saja sebab penguin balik malam hari. Tak koser nak tunggu malam.

Kami memandu lagi ke The Nobbies. The Nobbies terletak di hujung pulau.  Sejuk dan anginnya sangat kuat. Rasa nak terbang diriku yang besar ini. Bila tengok ombak tu, rasa ngeri pulak .mula  la aku terpikir kalau tsunami apa kan jadi..eehh..ngeri sangat!!

Dari The Nobbies,  kami teruskan perjalanan ke Koala Conservation Centre. Sebelum sampai, kami lalu di Philip Island GP circuit.  semasa memandu keluar dari The Nobbies je jalam utama, sempat kami nampak kanggaro melompat2 di tepi jalan. Comel je..

Di depan Koala conservation centre ni adalah Amaze n  Things. Tp banyak review cakap tempat ni tak seberapa..so, malas nak buang duit masuk ke sini. Lagipun, kami dah penah ke puzzle world Wanaka, NZ. 

Entry ke Koala centre ni kena bayar $29 untuk 2 adults , 2 kids. mula2 masuk, ada pameran pasal koala, then, untuk tengok koala secara life,  kena berjalan di kawasan hutan di dalam centre. Koala ni sedang tidur di atas pokok. Nyenyak je dia bergayut walaupun kami kat bawah ni punya la bising.

Jam 4++ petang, kami keluar dari Philip
Island untuk kembali ke melbourne.  Kalau ditanya antara Sydney dan Melbourne dimana paling senang memandu, aku akan jawab Sydney. Sebabnya, jem di Melbourne adalah sgt teruk. Jalan pulak kena hati2 sebab share dengan tram.

Bermula Ahad, akan berakhirlah day light saving di Victoria dan negeri2 sekitarnya. Maka, start jam 3 pagi Ahad, aku kena update jam jadikan satu jam ke belakang ( 2 pagi), menjadikan perbezaan waktu antara Victoria dan Msia hanya 2 jam saja.  Untuk pengetahuan korang, day light saving di sini bermula pada October hingga April.

Esok, kami akan check out hotel ni dan akan ke Great Ocean Road. Kalau ada wifi, boleh la aku update lagi. Kalau tak, kenalah tunggu aku kembali ke Melbourne.

3 ulasan diberikan:



cik ain | sweet thots said...

cantikksss nya view ... damai rasa ..

Cik Sar said...

Cik Ain sure rindu Perth kan.. btw..cantik kan..sejuk je rasa dan hati...

Norazila Azmi said...

kami sekeluarga nk ke melb this weekend... kalu public transport ke GOR berapa kos nya?