Melbourne day #3 - Puffing Billy

Day #3 memang dedicated untuk ke Puffing Billy. Kami keluar dari hotel jam 9 pagi dan terus ke Flinders Street station. Beli myki - myki ni ala2 touch n go yang kita boleh pakai untuk naik tram, train dan bas sekitar melbourne.  Kami beli starter pack untuk visitor,  2 adults dan 2 untuk kids.  Menurut kata penjual tu, starter pack ni boleh dipakai kemana2 untuk 1 day, dan kalau nak pakai lagi kad ni boleh di top up di mana2 station atau di 7E.
Tujuan kami beli myki adalah untuk ke Belgrave. Dari Flinders St station, turun ke terminal 2 atau 3 untuk ke Belgrave. Tunggu saja train  Belgrave.. jangan risau tersalah hentian sebab Belgrave adalah hentian paling hujung sekali. Train mereka sangat bersih dan selesa. Perjalanan dari Flinders St station ke Belgrave mengambil masa 1 jam. Memang jauh la juga. 

Sampai di Belgrave, keluar dari station dan berjalan ke kiri. Akan ada  papan tanda puffing billy. Kalau tengok jadual train, next train adalah jam 11.10 pagi. Waktu kami sampai di Belgrave jam sudah 11 pagi. Terkejar2 juga kami berjalan masa tu (aku la yang terhegeh2..yang lelaki2 ni laju je) .
Kami ambil tiket pergi balik Belgrave to/fr Lakeside. Perjalanan sehala mengambil masa 1 jam.  Kalau nak teruskan ke hentian terakhir pun boleh..tapi jauh lagi tu.  Macam kami, lagi untung beli tiket family daripada beli tiket individu. Tiket family adalah $94.  Sepanjang perjalanan,  kita akan dibawa melalui  country side yang cantik2 pemandangannya. Dan, setiap kali tren bertembung dengan penduduk tempatan, mereka akan melambai tangan dengan gembira sekali. Budak2 sekolah, pemandu yang berhenti di traffic light mahupun pekerja yang membetulkan jalan..semua akan melambai dengan gembira.  Bangga betul mereka dengan puffing billy ni.
Semasa di Menzies Creek, tren berhenti agak lama sebab ada orang yang turun, ada yang naik, ada yang saja2 nak bergambar. Cuaca memang sangat sejuk. Kalau dapat minum kopi memang hilang sedikit sejuk. Memandangkan macam lama juga dia stop, encik suami pun turun la beli kudapan dan kopi. Sementara mennunggu kopi, station master dan buat pengumuman tren akan bergerak dalam masa 2 minit. Lama la pula kopi ni nak siap sampaikan guard dah tutup pintu gerabak kami. Encik suami kelam kabut masuk ke dalam tren dan kami ketawa besar memikirkan apa akan jadi kalau dia tertinggal.  Keluarga dari China yang masa gerabak dengan kami dok tengok2  apa la yang kelakar sangat kalau kena tinggal. 


Perjalanan diteruskan merentasi country side yang cantik, stesen2 kecil (ada yang  tren stop, ada yang tidak) sehinggalah kami sampai ke Lakeside.  Kami turun ke Lakeside,periksa jadual dan next tren turun ke Belgrave adalah pada jam 2.20 pm. Tren yang kami naik tadi akan meneruskan perjalanan ke Grembrook. 
Jadi, kami ambil kesempatan ini untuk makan dulu.  Ada cafe di sini, kami pesan fish tempura, capucino, pepsi dan scones. Setelah makan, jalan2 di sekitar tasik dan kemudian lepak2 di taman. kawasan ni sunyi saja. Sempat juga anak aku meng pau babah depa dengan beli Thomas The Train di souvenir shop. Asal boleh membeli budak2 ni. 


Jam 2.20, tren datang dan dalam perjalanan pulang, semua dah penat. H@kim siap tertidur lagi.  Di Belgrave, naik semula train ke Flinders st.  Dan sampai di CBD jam 5 ++.  Puas hati sangat dapat tengok puffing billy ni. Penat pun tak terasa.
Bila dah sampai hotel, selesai solat jamak, masing2 lapar. Anak2 dah x larat nak berjalan, hasben suruh akh google Nandos mana yang halal. Tak semua Nandos di sini serve ayam yang halal ye. So, kena la check.  Then, dia keluar tapau ayam di Nandos, singgah Mamak lagi sekali beli nasi dan sambal udang. Masing2 makan dengan lahap sebab kelaparan.
Day # 3 completed. Walaupun penat, tapi berbaloi.

0 ulasan diberikan: