Umrah 2013

Aku combine je gambar2 umrah ye..Alhamdulillah, pengalaman umrah ni adalah pengalaman paling berharga dalam hidup kami sekeluarga.  Terasa sangat bertuah dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya bersama2 keluarga.  Ramai  yang tanya, senang ke bawa anak kecil ke sana.. Bagi aku, alhamdulilah..anak2 senang dijaga di sana. Sebelum pergi, kawan aku pesan banyakkan solat taubat dan solat hajat, mohon dipermudahkan urusan kami. Dan alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami..




 Berada di Masjidil Nabawi memang amat menenangkan..  Lebih2 lagi bila kita mengenangkan jasad Rasulullah ada dimakamkan di sini, lagi la sayu.. Masa hari terakhir, memang terdetik di hati, akan ke sini lagi..
Di Madinah, kami di bawa ke Ladang kurma, Bukit Uhud,Solat sunat di Masjid Aqsa.. Si kecik H@kim pun x melepaskan peluang solat sunat di sini..Alhamdulillah...


Gambar atas di bukit Uhud...Walaupun panas, H@zim berjaya juga naik ke atas Bukit Pemanah.. Aku dengan H@kim tunggu di bawah ..sebab lama sangat depa kat atas, kami decided naik bas dulu..
Setelah 3 malam di Madinah, kami bertolak ke Mekah dalam jam 3 petang, dan sampai di Mekah jam 11 malam..
 Clock tower ni, korang boleh nampak sebelum masuk Mekah lagi..sangat tinggi dan sangat gah. Semasa kami di bawa ziarah luar ke Arafah pun, kami still leh nampak jam di tower ni..
Perasaan semasa tawaf, semasa saie, adalah perasaan yang sangat sukar dilupakan.. Mendengar bacaan imam semasa solat di Mekah dan Madinah adalah pengalaman yang amat berharga..
Ya Allah, kau tetapkanlah hati kami dalam Islam dan Iman, dan semoga kami akan dapat ke sini lagi.Aminn

0 ulasan diberikan: