Hasben's birthday treat

Sempena dengan birthday encik suami, kami sekeluarga pergi bercuti.tp dekat2 .memandangkan aku busy sangat .. so, ok la . dapat menjauhkan diri dengan KL selama 2 hari pun kira dah ok. Since sekarang ni musim ujan, jadi kami decided untuk ke Gr@nd Lexis, PD.. Ini kali ke 3 kami ke sini. Dan setiap kali pergi, kami cuba bilik2 yang berbeza.

 This time, kami amik 2 bedrooms villa.Budak2 amik satu bilik, ai dengan encik suami satu bilik.. Bilik budak2 terus ke swimming pool, jadi depa leh terjun bila2 masa saja. Setiap bilik ada bilik air, tv sendirik,so mak dan babah leh ada own sweet time sendirik.. * x le . aku still terkejar2 dengan budak2 dua orang tu..

 Masa pertama aku tido sini dulu, aku cuba yang villa atas air ni..Then, kali kedua aku cuba yang amik yang kat main building hotel tu. Dia  panggil sky pool villa. This time, garden lanscaped villa. Hasben aku suka yang ni (ala.sebab pegi masa birthday dia )..
After check in je, Budak2 tu dah masuk swimming pool, berjimba puas.. Then, dalam kul 5 gitu, hujan turun lebat..Siap petir bagai..  Budak2 tu still swimming .. Bila aku dah memetir, baru depa kuar dari swimming pool.. Kalau x, sanggup berhujan tu.. Dalam kul 630 gitu, ujan dah reda, depa berendam balik..Aku biorkan je ..dah memang nak depa main swimming pool puas2 kan...Malam tu ujan balik..aku malas nak kuar dinner *sebab aku pun selsema ..makan ubat so mmg mengantuk ya amat. Encik  hasben yang kuar beli dinner..

Malam tu sambung ujan..Bila bangun pagi tu, aku tengok ada bunga kemboja pink ni jatuh kat tepi swimming pool. Aku x ubah ok .aku snap pic ni naturally gitu..santek kann. Budak2 mandi lagi sampai kul 830.. Pepagi dah berendam.. Then, kul 9 kami g bekpes.


Bekpes kat sini mmg out. Seriyes tau.. Dah la banyak lalat..Seriyes x paham nape.. Aku rasa food dia x berasa. Aku minum kopi ala2 kadar, kuar. Dari dulu aku rasa makanan kat hotel ni out.  So, kalau korang g sini, please jangan expect too high utk food dia ye.., Korang anggap la korang bayar mahal2 utk bilik je .. bukan untuk buffet bekpes dia.,.kalau x ..mmg sakit hati.

After bekpes, jalan kaki keliling hotel.. Lalu kat tepi tempat archercy ni..H@zim beriya nk cuba.  Ok la .kasi chance. Murah je uols..RM 10 utk 12 kali panah..  Orang tu ajar kejap, then dia suh buat sendirik.. Not bad anak aku ni. Kagum gak aku sebab x sangka dia leh aim dengan hebat..Kalau aku, mebbe x terbang kot anak panah tu..hihih
Balik bilik, depa swimming lagi samapi kul 11 gitu..Sambil2 depa swimming, aku kemas2 barang untuk balik. Actually kami plan nk lunch kat Putrajaya..so, guna la LEKAS.. senang skit dan x jem ..
Masuk je LEKAS, x lama lepas tu aku rasa keta aku bunyik pelik.. Rupanya2 tayar pecah..
sebab ada anak2  dalam keta, nebes juga..Sebab LEKAS ni sunyi tau..
Hasben aku decided nk tukar tayar sendiri. Emmm..aku call LEKAS (tanpa pengetahuan dia mulanya).. Dalam 10 minutes, peronda LEKAS datang dan tolong. Baik sangat orang tu..
Dia tolong hasben aku tukar tayar.. Then, bila lepas tukar tayar, drive slow ke next exit untuk tukar tukar tayar baru..
Anak2 aku ni jenis yang happy 24 jam..jadi walaupun suasana masa tu adalah agak penat, tp sebab depa 24 jam gelak.. trus ilang penat..

Sampai Melaw@ti dalam kul 3.. Alhamdulillah..walaupun penat, tayar pecah bagai..tp at least dapat quality time with family dan celebrate bestday encik Suami..

Ayam Bakar versi Mama Sya

Sebagai ibu bekerjaya ni, bila petang je sure aku dok pikir apa la nak masak for dinner (Ye.. sila percaya ye.. Cik Sar memang pemasak orangnye).  Dulu rajin la juga makan luar, tp sejak H@kim dah semakin membesar dia tak suka  makan kat luar(Lain sangat dengan abang dia ..)
Encik suami pun selalu busy.. balik dah lewat, kalau aku ajak makan luar pun, dia akan kelam kabut sebab nak hantar H@zim g tuition, then, kul 10 kena amik pula.. Di buatnye kedai makan tu lambat, or  makan jauh skit lantas jem .. memang kesian anak  aku. 

Tapi lately memang dah x tau nak masak apa.. Seriyesss.. Aku jalan2 ke blog2 , lantas kawan aku suggest blog ni.. Mama Sya .. Bile aku tengok.. wahhh..menarik ni. bahan2 semua dah ada.. Aku selalu masak ayam bakar juga. sebab hasben dan anak2 aku ni mmg pemakan ayam tegar.. Tp x penah lagi cuba macam yang Mama Sya ni buat..  Simple je .. 

Resipi korang tengok kat blog Mama Sya ye.. Aku x perap lama pun. Dalam setengah jam pun x sampai. Dan aku x guna oven .. Aku guna  pemanggang merah tu (namanye pemanggang ajaib --jangan nak gelak, itu nama yang diberikan oleh penjual) Aku beli kat FB.. 

Kejap je pun masaknye.. Sambil masak ayam, aku buat kari ikan bawal, buat sambal belacan makan dengan salad.. Buat telur dadar.. 
Ini la hasilnye ayam bakar versi aku tu...not bad kann..rasa nye pun sedap..Korang sila la cuba..Tq ye Mama  Sya...

Short Getaway & Makan2

Another weekend gateway untuk kami sekeluarga is PutraJ@ya Sh@ngri-La. Dekat je.. tp sebab tak penah pun tido Putrajaya, kami gunakan kesempatan ni la. Actually hasben aku ada dinner kat putraj@ya, dan since dinner tu plannye akan habis lewat,dia malas nak drive balik KL.. So, dia book hotel tu utk kami yang x pegi dinner ni, so boleh la anak2 aku enjoy.

Sabtu tu, lepas H@zim abis piano terus gerak ke PutraJ@ya.  Terus boleh check in. Kami amik bilik yang facing park.  Cantik pemandangan dia, lagi2 bila malam sebab boleh nampak Jambatan *apa ek nama dia .. and boleh tgk warna jambatan tu berubah2 malam2..(of koz sebab lampu kan..)..





 Overall, hotel ni memang selesa.  Orang pun tak ramai, makanan pun best.  Swimming pool dia sangat cantik..anak2 aku memang have fun  betul kat situ..Boleh la untuk gateway dekat2 kan.. kawasan pun aman damai.. 

Esoknye, aku jemput geng sekolah aku datang makan kat rumah.  Kami ni asalnye ber4 mmg close.  Ni geng study group aku dulu, aku, zil@, h@lim, and Nud!n.  Aku masak simple2 je.. Buat hi tea saja. Tp Nud!n x dapat datang sebab dia balik kg ari tu. Dia cuba gak nak terjah rumah aku ..Tp jalam jem.dia sampai KL dah senja,.malu katanye nak datang..Dia ni  lama kije architect kat Ireland. Tahun lepas dia balik Msia, siap buat rumah2 ala resort lagi kat kampung.. Saya adalah sangat suka..

Sempat la aku hidang soto, rendang, bubur kacang dan kek.. And of course sembang2 ngan depa mmg seronok. Family pun dah kenal since sekolah..now anak2 & suami isteri masing2 pun dah close.  Aku sayang kawan2 aku ni..









Melaka Duck Tour

Melaka lagi.. Tp aku x komplen ..sebab aku kan suka sangat makan kat Umbai.. Kami dok kat Equ*torial, tp kali ni kita cuba Club Room.   Istimewanya Club Room ni adalah dia ada level sendiri untuk check-in.  Spesel skit. Dan, everyday ada complimentary hi tea kat Club Level.   Masa breakfast kita boleh choose nak breakfast kat bawah, or kat Club level.



Apa aktiviti aku kali ni?? Anak aku si Ha*im awal2 dah cakap dia nak naik Duck Tour.  Dia dah awal2 cari kat internet pasal Duck Tour ni..Aku cam.. apa2 je la .. ikut je la . Katanya, Duck Tour adalah kenderaan yang boleh berjalan di daratan dan di lautan .. wahh.. aku cam ..apa2 je la.sure tepi2 laut je ni..
Aku ni kan penakut dengan laut.. Dulu masa matrik aku penah naik feri g Langkawi..mak aihh.. i dun like.. x sukak lansung..aku rasa perjalanan tu sangat jauh.. di lambung ombak adalah pengalaman yang tidak cool.

Masa mula2 naik duck tour ni, adalah tourist guide yang ada terangkan here and there.  Slow je dia jalan. Aku ok lagi.. Then, bile sampai kat area bawah ni.. dia stop kejap.. katanya nak tukar driver since nak bawak duck ni dalam air. Aku dah nebes..Biar betul..Tp aku sedapkan hati aku dengan harapan dia bawak sipi2 je tepi pantai... hasben dan anak2 aku dah gelak2 ok...


Bila dia bawak makin ke tengah, mata aku dah asyik cari mana jaket keselamatan pelampung bagai.. apa yang tourist guide tu cakap pun aku x layan .. aku nebes.. Anak2 aku eksaited.. Tp aku x eksaited lansung .. Sebab masa tu cuaca pun mendung.. Lama sangat aku rasa perjalanan tu .. Then, aku ingat dia akan naik kat hujung sana,, Tp tidak.. Dia U turn ok..
Apa2 pun, pengalaman menarik juga sebenarnye .. *lepas kejadian baru aku sedar pengalaman ni berharga.  Tp seriyes, aku x kan naik lagi. Korang leh cuba bile pegi Melaka nanti ye..

Blue Mountain to Sydney Olympic Park


 Kami bertolak dari Sydney dalam pukul 10 dan sampai ke Blue Mountain National Park dalam pukul 12 lebih (note: Kami x ikut jalan tol). Sampai2 je, terus ke Echo Point. Ada satu tower kecik yang tengah2 center tu yang tulis suhu masa tu adalah 11darjah celcius. Aku mula nya macam relaks je (Sebab masa tu  still dalam keta). Sekali bila kuar je dari keta, dah kena angin, aku terus migrain sebab sejuk sangat(seriyesli). Aku cakap dengan encik suamiku yang aku perlukan coffee ; mulanya dia tengok aku dengan sinis sebab dia tau aku mmg hantu kopi (haa..jangan nak salahkan aku, dia yang ajar aku).
 Luckily, ada cafe kat situ.Order kopi dan duduk2 dulu dalam cafe ; anak2 aku sempat beli souvenir kat kedai depan tu (jalan2 x lagi , dah mula beli souvenir).Opss..sebelum tu, Echo Point ni ada kawasan pelantar yang korang boleh tengok icon blue mountain yang glamer tu (three sisters). Ini gambar2 yang anak aku tangkap dari atas pelantar tu. emm..gambar 3 sisters tu ada, tp dalam video la pulak. so kalau korang nak tau  mitos 3 sisters tu sila google .
 Gambar atas ni hasben dengan anak2 aku dalam cubaan tengok air terjun kat area Echo Point. Tp makin lama makin sunyi dan macam terbiar je kawasan tu. Siap ada sign no entry.  Dan ada tanda2 pokok2 situ terbakar.  Bila kami sampai  kat satu  simpang, dia tutup jalan tu, dan tulis yang kawasan air terjun tu ditutup sebab depa tengah selenggarakan area tu sebab ada kebakaran.

Jadi kami berpatah balik dan pergi ke dataran.  Anak aku eksaited sebab ada mamat ni main menda ni (aku x tau nama dia ,tp amazingly bunyi dia walaupun berdengung2 tp nice juga. Aku actually zoom dari jauh pic ni. See.. dalam sejuk2 dia boleh je x pakai baju kan.

 Sebelum keluar dari situ, aku gi minum lagi.  Hasben aku tiba2 datang dan kasi aku souvenir ni. Suweett sangat.. :). dan murah saja.. Aku amik yang bracelet tu *bukan sebab dia mahal 4 dollar dari rantai tu yee.,  Tp sebab aku memang suka bracelet.  Yang rantai tu aku suh hasben aku kasi mak dia ..

Then, kami ke Schenic World.  Scenic World x sampai pun 10 minute drive dari Echo Point.Apa yang menarik? From here, we can take train (train ke depa panggil) yang ala2 coal miners naik tu, then jalan2 dalam hutan Blue Mountain, then, naik semula ke Scenic World guna cable car.
Mula2 kita naik ni dulu.. Ohh..pengalaman ni sungguh nightmare bagi aku sebab dia turun 90 degree okkkk.. Aku menjerit (aahh..x kire !!!) Tp anak2 aku relaks je..cisss...Bila dah sampai pit stop ni, semua orang turun, aku cam yeahhh(sambil lap dahi). Nasib baik kami amik pakej yang untuk naik ke atas kami choose cable car. Kalau x , aku x sanggup kot naik menda ni lagi.

Then, kami ikut je walkway dia ke untuk ke kable car. Menariknya, kat setiap pokok2 yang ada unik kat situ, depa akan tulis penerangan2nya. So, macam hasben aku, dia baca satu2 okkk.. Aku??? errrr ..aku nak cepat naik je. Bawah ni gambar masa kami tunggu cable car. Happy betul aku  naik ni. Oh ya. nak tegur sikit kat sini sebenarnya. Ada 2 family melay* yang queue sama dengan aku. Berlagak ok.. orang senyum pun x balas.  Aku sure depa bukan dari kota singa or dari *ndonesia sebab 1) pakaian 2) cara cakap .. Muka seko2 cam bangga je. Apa salahnye senyum, x mintak bayar pun.. atau korang bajet kaya sangat ke  dapat jalan2 oversi? geram aku..kang next entri aku cerita pasal families yang aku aku jumpa masa tour kat Circular Quay. Beza sangat dengan family yang aku jumpa kat sini. aihhh.. sabar je la..

Lagi sekali beli souvenir. Actually H@kim la tu.. Dia amik satu koala, satu kanggaro. Emmm.. Dua2 dia nak.. Aku rasa kat paddy market lagi murah kot..Hasben aku pun beli souvenir sini,,aku cakap jangan la beli, beli kat Paddy lagi murah .. dia leh cakap sama je.Haa..degil kan .. Bila aku beli kat Paddy, actually harga aku dapat half price dari tmpt ni.. Then dia leh cakap  kualiti lain (aku cam ..yeahh rite)..ahhahahha

On the way back, kami singgah ke Sydney Olympic Park.  2x5  je dengan Bulit Jalil.. Kosong, sunyi...



Anak2 aku suka la .,. main2 kat taman..ada la tourist dari Ch*na kat sini juga, Sama macam Bu*it Jalil, I guess depa sewakan stadium2 ni utk outsiders and untuk show, sebab aku tengok ada banyak iklan2 kat luar stadium ..ie. concert..Next entry aku cerita pasal Circular Quay :)

Wollongong & Kiama

Kami bertolak ke Wollongong jam 10 dan sampai dalam jam 12 tengah hari..Just nice untuk lunch.  Perjalanan nye biasa2 saja, seriyesli rasa macam drive kat PLUS.. GPS tu memang banyak membantu la..Kalau korang drive kat NSW ni, tolong la pakai GPS, sebab aku rasa simpang dan exit dia macam kat M'sia je.. so, GPS adalah penting.  Masa aku drive kat NZ *baca  (hasben aku drive), kami memang x pakai GPS, peta & signboard dah memadai ..

Ini kereta yang kami sewa untuk 2 hari.  Mulanye ingat nak sewa compact je, sebab kami bukan drive jauh2 , tp memandangkan harga pun x banyak beza, kami terus sewa sedan.. senang & selesa..

Kawasan ni aku x tau apa nama dia.. But, I guess it must be kawasan pelancongan *what else, sebab banyak juga bas stop sini. Gambar2 lain x leh upload sini, sebab ada je gambar aku ngan anak2..so aku leh letak sikit je la.. Dalam sejuk2 kat sini pun, bila hasben aku tengok lori aiskrim, dia beli juga.. Aku kagum dengan tahap hasben aku & anak2 leh makan aiskrim dalam keadaan sejuk cenggini.. Hasben aku  feeling2 teringat zaman dia study dulu la tu. cehhhh..Kami makan tengah hari kat Wolonggong juga. Ada kedai fish ship kat tepi laut ni..  And..ada tanda halal .. yes!!! kami x makan dalam kedai,  saja nak feeling2 local, maka kami makan kat taman..

Lepas lunch, set GPS lagi sekali, gi Kiama.. Kiama ni ada femes dengan blowhole. Aku cam x de idea apa sebenarnye Blowhole tu .. Tp nasib baik  la ada penerangan kat situ..
Masa tu dah nak gelap..Kami  ada masa 2 jam untuk balik ke Sydney sebelum hari gelap.. Tangkap2 gambar lebih kurang dalam kul 2 kami balik ke Sydney.. bajet  cam sempat la sampai dalam kul 4.
Sampai town dah gelap. Dalam kul 3.30 tu dah gelap skit..aik.. nk ujan ke.. Aku bajet kalau gelap2 gini ujan je..x de lain dah.. Tp x ujan pun..elok la x ujan, akak x bersedia nak drive dalam ujan2 kat sini .. *macam la aku yg drive kan.
Dalam kul 4 dah gelap gelita, dannn jem!!! Hampess!!! baru kul 4..Ofis tutup kul 5 or 6 kan..ai x paham nape. Dan seperti biasa, GPS akan jadi gile masa masuk town. Dia suh turn right, tp turn right tu no entry.. Nebes aku masa tu.. Hasben aku yakin cakap.. mebbe depan sana kot massa kanan.. okkk..depa sana la sangat..mana ada simpang!!!

Lama gak kami sesat kat tengah2 bandar tu.. Sampai aku suh hasben aku stop, dan aku reset GPS tu.. *padan muka kau.. dah la kasi jalan salah pada aiii...Ni aku rasa dalam kul 430... Masa ni aku bersyukur sangat kita kije KL.. jem dia acceptable lagi.. Tp jem kat sini..leh membuat aku stress.. Tak bergerak lansung...Dah la GPS menggila di city.. Bila aku cerita kat kawan aku  baru je balik dari assignment kat Sydney, dia pun ada same experience dengan GPS kat tengah2 town... mebbe x update kot kan.
 Last2, hasben aku decide x pakai GPS, dia kata dia ingat sikit2 kot..boleh kot, Aku cam give him benefit of the doubt je la.. yakin  je la. Alhamdulillah sampai jugak.. Fuh.. terus hasben aku cakap , esok kita keluar, makes sure balik sebelum gelap..

Darling Harbour & ChinaTown, Sydney

Dah almost sebulan aku pegi Sydney, baru ni aku nak cerita.

Flight kami dari KL ialah jam 1145 pm. Sampai je Sydney dalam kul 10  (settle semua checkout). Alhamdulillah, imigresen dia x check lansung beg kami *bukan ada apa pun, megi pun x de.. Cuma aku ada tulis situ bawak medicine, dia tanya ubat apa..Encik suami cakap .. ubat demam.. Dia angguk dan suruh kami terus je.. X perlu bukak2 beg.., Alhamdulillah ..

Kat airport kan panas .. ada heater.. Melangkah je kuar kat tempat teksi, terus kesejukan .. Tp sebab sweater dalam beg, x koser aku nak kuarkan.. redah je..budak2 memang dah siap2 ada sweater..so aku suh depa trus pakai.. Tahan teksi, dah terus laju je kami ke Hotel..

Kat Sydney, kami dok kat Seasons Hotel, Harbour Street. Dari Airport, of koz ikut meter kan.. kami bayar 35 Dollar. so.. kire ok la tuh.. Sampai2 je.. sebab check in kul 2, kami letak beg dulu kat lobi, terus jalan2 dulu..  Bilik dia sangat besar dan selesa.  Ada family area, ada 2 tv, satu kat  bedroom, satu kat family area, siap microwave bagai.. So, mmg sangat berbaloi.. Kami amik extra bed, so extra bed tu letak kat family area. Actually bila tengok bilik, x perlu pun extra bed(kalau nak Mesia), sebab sofa kat family area tu leh di jadi katil  juga.. tp aku pasan kat oversea ni , depa mmg particular pasal bape orang dalam satu bilik, and maximum  ppl in a room.

Dah letak beg tu, terus amik peta kat receptionist dan kuar . sejuk ok. rasa nak nangis.. Tp after 10 minute tu, dah immune. Jalan je la.. Ini kat sebelah hotel kami. Memang x de masalah makan lansung!


Selama 5 hari kami kat sini, tetiap hari makan kat restoran bawah ni.. MMC..
 Adik ni siap tebar2 roti canai depan mat saleh.. Kagum dik!! Etlis, leh la memperkenalkan makanan M'sia kan.. Pekerja2 dia semua ramah . Siap leh sembang2 ngan kami dah eksaited ..Tanya dari mana,, dok sini sampai bile..bla bla bla. Dah kami selama2 dok Sydney tiap2 hari la makan sini .. Emm.. harga dia leh tahan gak..  Aku lupa exact amount, tp cam kami makan ber4, tiap kali makan dalam 100 dollar..kami hanya makan dinner saja di sini, every nite kat sini.. Sebab dekat & sedap. X yah pikir menda lain dah..menu pun  bermacam *wahh..aku promote kedai adik ni ...


 Since baru kul 10 lebih, x tau kedai2 kat sini bukak kul bape, kami buat pusing satu ChinaTown. Then, gi Darling Harbour.  Kat Area situ, seriyes terasa cam KLCC..jauh gak kami jalan..Nampak cam terang benderang kan..ekceli sejuk dan berangin.. So, mmg x terasa la penat sebab sejuk je..

Mula2 g Sydney Aquarium.. Sydney Aquarium ni lebih kurang Langkawi UnderWater World; tp dalam larger scale.. And lagi banyak haiwan2 peliharaannye.. Susah aku nak cari gambar letak kat sini sebab semua gambar ada gambar kami.. Aihh,.. gambar  bawah ni orang ni tengah cuci aquarium, aku dok depan dia sambil sengih2 .. Sure dia stress kan ..sebab beriya2 aku dok depan dia *kebetulan ada kerusi depan tu. anak2 aku lak dah ke depan ..aku dah sakit kaki, aku depa jalan2 dulu sambil aku usha orang nih..


Kuar je dari Akuarium, dah kul 2 lebih, wahh..lama kan kami jalan2.. terus balik hotel, dah dapat bilik, terus masuk bilik dan lepak.. before that memang dah siap2 makan kat kedai MMC.. Kul 4 dah gelap cam makan.. emmm..winter uols.. Dah la masing2 penat, masing2 nak tengok Tv je.. kul 5 tu kami kuar g MMC untuk dinner, then masuk bilik untuk tido, sebab esoknye mmg plan nak jalan jauh..


Queenstown to Lake Tekapo to CHC

Satu perkara menarik pasal bandar QTN ni ialah dia x de traffic lite ( kat pusat bandar). And everybody know that they have to keep give way to right. Kat every simpang, ada letak papan tanda bulat warna hijau dan itu lah tandanya yang kita kena kasi jalan kepada orang belah kanan. and, it's works. Aku x tau le kalau kat Malaysia kau cuba buat gini, apa akan jadi. Tp apa salahnya mencuba kan, mebbe akan berjaya.



As per advised oleh kawan opis aku, kalau nk beli souvenir, beli kat QTN, maka, mmg gigih aku beli kat sini.. harga mmg murah.. Si Kim kim mmg pantang masuk kedai, dia gigih gak masukkan barang dalam bakul..mungkin dia berhalusinasi yang mak dia adalah cop duit kat Mesia.. dai masuk dalam bakul, aku keluarkan..dia masuk aku keluarkan..last2, kami kena gilir2 beli barang..Hasben aku sungguh2 beli baju Rugby World Cup tu..aku?? emm..x minat ok.. dia kununnye nak satu family ada baju tu.. emm.tp bile aku tengok harganye, terus aku x rasa x seswai. hihhi.. So, dia beli untuk dia plus anak2 .. Boleh beli satu handbag Coach untuk aku ok.. tp x leh nk bising la..sebab kalau aku beli handbag dia x penah bising..so, aku ikutkan je laa..

Dari QTN, kami bertolak pulang ke CHC via Lake Tekapo. Kami tido satu malam kat Lake Tekapo. nothing much to do here. JAlan2 kat tasik, tengok church (apa ek nama dia aku lupa) tp kecik je ..




Esoknye pagi2, kami bertolak balik ke CHC.. masing2 dah penat, so semua diam je dalam kereta. Masing2 dah rindu nasi lemak, mee goreng.. so, melayan perasaan je la..
Sampai CHC, ada banyak masa lagi, since flight kami kul 4 petang.. So, kami pegi jalan2 kat Botanical Garden dulu.. masa nk gi hantar kereta leh sesat pulak. mmg kelakar la . pusing2 satu area tu nak kampeni yang kami sewa kereta ..padahal seberang jalan je..

Gambar as usual ada kat FB.. now, let me prepare for our next trip on May.. daaaa